Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, December 30, 2007

AKU KEMBALI......

Akhirnya aku dapat juga masa untuk update blog ni. Dah berhabuk dah blog ni. Lama sangat aku tinggalkan.

Baiklah sambung balik cerita pasal kawan aku, Li....

Aku lepak dengan Li di BP Mall. Kalau lepak di Summit, mesti jumpa ramai member-member. Li memang tak mahu di jumpai dalam keadaan pada masa itu. Kami lepak di kafe White Coffee.

Biar aku cerita sikit pasal Li. Awek Li yang pertama bernama (aku dah lupa la), boleh dikatakan yang diorang ni couple dari darjah lima. Memang lah pada masa itu mereka belum kenal sangat erti percintaan, tapi boleh dikira mereka bercouple sejak pada masa itu.

Tahun 2001, semasa kami tingkatan lima. Tiada ribut, tiada angin, tiba-tiba minta putus. Terkejut juga Li. Li minta penjelasan tetapi tidak beritahu. Akhirnya setelah di desak oleh Li, pun memberikan jawapan. Hati telah di curi oleh lelaki lain. kata, di dalam hatinya sudah tiada lagi Li. Maka kecewalah dalam percintaan buat kali pertama.

Li pun berkata kepada aku dan kawan-kawan lain yang dia amat kecewa dan berjanji tidak akan setia lagi dalam percintaan. Dia mahu main-mainkan kaum hawa. Dia ingin balas dendam.

Tidak lama kemudian, dia dapat mangsa pertama. Maka di kecewakanlah wanita itu. Bukan seorang dua, tapi ramai juga wanita yang telah di kecewakan.

Akhirnya dia berkenalan dengan seorang lagi wanita, bernama Sue (nama tipu ni). Motif awal ialah untuk mempermainkan Sue tapi lama-kelamaan, Li mula jatuh hati kepada Sue. Sue tahu kisah silam Li dan sedia menerima Li jika dia boleh membuang tabiat buruk itu.

Li pun berubah sikap kerana cintanya kepada Sue. Mereka pun bercouple. Selepas 6 bulan, mereka putus. Rupa-rupanya, Sue ingin membalas dendam juga. Rupa-rupanya, salah seorang yang menjadi mangsa Li suatau masa dahulu. Kecewa lagilah Li.

Aku sangka Li akan menjadi semakin benci kepada wanita. Tapi aku silap. Dia belajar dari pengajaran yang di terima. Dia insaf dan berjanji tidak akan mempermainkan wanita lagi. Dia sedia menjadi pencinta agung.

Akhirnya Li pun berkenalan dengan Alia. Aku tidak pasti dari mana dia kenal Alia, tapi Alia memang cantik. Jika dibandingkan dengan wanita-wanita yang pernah berganding dengan Li, Alia yang paling hebat, gah dan cantik.

Tapi akhirnya mereka putus jua selepas lebih kurang setahun menjalinkan hubungan kekasih bersama. Alia telah curang kepada Li.

Wajah Li sugul sambil menceritakan hal tersebut kepada aku. Aku tahu dia sedih. Kisah cinta Li memang malang. Kalau di jadikan filem atau drama, mesti dapat pujian dari pengkritik. Mesti bejuraian air mata penonton.

Kalau aku, aku pun tak tahu apa nak buat. Mesti sedih juga. Aku pun 3 kali putus juga tetapi semua putus dengan aman. KAlau berjumpa denganex-gf aku, rilek je boleh bual-bual lagi. Dalam kes Li ini, aku pun tak tahu.

Di sini timbul persoalan yang pernah aku soal kepada kamu semua. Masih wujudkah cinta sejati di dunia kita ini? Sila komen.....

Monday, December 17, 2007

MAAF

Masih tak sempat nak update blog...

Ni pun bukak kejap je nih...

Sorry... Aku janji lepas raya haji aku akan update... Banyak cerita ingin di luahkan... Kamu semua tunggu ya?

Oh ya. Kalau kamu nak tengok wayang, tengoklah cerita Anak Halal. Aku rasa antara filem melayu yang terbaik pernah aku lihat. Dari kamu membazir tengok cerita Nana Tanjung 2 tu...

Monday, December 10, 2007

PENAT, LETIH DAN KERING IDEA

Aku sekarang berada di Kuala Lumpur. Saja aku lepak di rumah cousin aku cuti-cuti ini sambil mula merancang masa depan (aku akan cerita hal ini di entri yang lain).

Aku baru pulang dari camping di Janda Baik, Pahang selama 2 hari. Badan aku keletihan, minda aku juga tersekat. Ada cerita hendak di tulis tetapi buntu untuk membina ayat.

Aku akan ceritakan kisah Li pada entri lepas ini, lepas semua sekali keletihan aku hilang, otot peha aku pulih dan otak aku mampu menjana idea.

Aku juga belum berkesempatan untuk melawat blog kamu semua. Letih mahu menghadap skrin laptop ini lama-lama.

Oh ya. Di sini aku ingin mengambil kesempatan memberitahu kamu semua bahawa aku bukan doktor love atau pengeran cinta. Cuma beberapa orang kawan aku kata aku merupakan pendengar yang baik bagi mereka mencurahkan masalah mereka.

Ya, aku merupakan pendengar yang baik tetapi bukan penyelesai masalah yang bagus kerana masalah aku sendiri pun banyak yang aku tak boleh selesaikan.

Baiklah, jumpa kamu lain kali dengan entri yang baru nanti.

Monday, December 3, 2007

DUA KISAH SATU CERITA

KISAH 1

Aku mula berkawan dengan Maria. Dan Maria akan berhenti sebentar jika ternampak aku sedang berjalan atau berjoging di sekitar taman tempat aku tinggal ini.

Aku senang berkawan dengan dia. Aku tidak pernah meminta nombor telefonnya. Aku juga tidak meminta e-mel nya. Aku juga tidak pernah bertanya samada dia mempunyai Friendster, Myspace, Hi-5, Facebook atau benda-benda yang sewaktu dengannya.

Kenapa? Aku suka berkawan dengannya begini. Hanya berjumpa jika terserempak. Aku tak mahu berjanji untuk berjumpa dengan dia.

Maria juga sama. Tidak pernah meminta semua itu dengan aku. Kami senang dengan cara kami berkawan. Dia sering bersiar-siar dengan scooter nya. Kadang-kadang dia berseorangan menunggang scooter nya. Kadang-kadang di temani adik nya.

Maria punya 2 orang adik perempuan. Dia ada seorang abang berumur 22 tahun pada tahun ini. Seorang adiknya berumur 17 tahun dan seorang lagi 10 tahun. Yang 17 tahun tu namanya Natallia, hampir sama dengan nama awek cousin aku, Natillia. Adiknya yang bongsu aku tidak ingat namanya.

2 hari lepas, aku lepak di taman permainan bersama Maria dan Nat (nama manja Nattallia). Sedang aku melepak. Telefon bimbit Maria berbunyi. Dia menjawab dan berbual rancak. Dia bangun dari tempat kami melepak dan pergi jauh sedikit dari kami. Makin rancak perbualan dia di sambung dengan hilai ketawa dari nya tak henti-henti.

Tiba-tiba Nat bersuara, "kenapa abang berkawan dengan akak??"

Aku agak terkejut dengan pertanyaan Nat. Ada nada tegas dalam soalan yang di tanya itu. Belum sempat aku nak jawab, Nat menyambung bicaranya.

Nat: Nat harap abang tak berkawan dengan akak semata-mata dengan akak tu seksi. Nat nak abang ikhlas berkawan dengan akak dan layan dan respect her as a woman.

Abang..eh, Aku: Abang kawan dengan akak bukan sebab dia seksi (TIPU!! Sebenarnya ada sikit la), tapi sebab abang suka berbual dengan dia sebab dia mengingatkan abang pada seorang kawan abang.

Nat: Really?

Aku: Yeah. Dengan Maria, abang bebas untuk berbual dengan dia. She's knowledgeable. Bukak apa saje topic, mesti dia boleh bual punya. Pasal sukan, dia boleh. Pasal bola sepak, dia boleh. Hal politik, dia boleh. Even abang dengan dia boleh bual hal-hal perempuan dan lelaki tanpa rahsia and lebih open. Your sister is open-minded.

Nat: Even ?

Aku: Nah. Tak pernah bual dengan dia. Belum lagi kot. Tapi just minat berbual dengan Maria. Tu je.

Nat: I hope abang kawan akak dengan ikhlas. Dan harap abang jangan cuba nak ambik kesempatan kat akak. Kalau abang cuba, siap la abang. And one more thing.....

Aku: Apa?

Nat: Tolong jaga-jaga kan dia ya? Along tak de kat sini. Belajar kat Australia. So, hope abang jaga dia. Jadi macam abang kitaorang. Ok?

Aku: Ok. Abang try my best lah ye? (Tak pasal-pasal aku aku kena jadi abang pulak. Tak pe la. Dapat juga aku adik akhirnya...)

Nat: Nak Tanya ni. Jawab dengan jujur.

Aku: Apa?

Nat: Nat dengan akak, mana lagi lawa? Jawab dengan jujur.

Aku: (setelah diam kejap konon-konon buat-buat berfikir) Maria. Muka Nat still nampak childish sikit. Nampak still macam budak-budak sekolah. Maybe nanti in years to come, muka Nat akan semakin matang.

Nat: Kalau seksi pulak?

Aku: Nat more seksi dari Maria.

Nat: Hehe. Really?Nat ni seksi terpimpin tau.

Aku: Banyak la (gelak sama-sama Nat)

Maria: Ni apa gelak-gelak ni? Ngumpat Maria eh?

Nat: Mana ade?

Tapi aku agak kagum juga dengan Nat. Dia sangat ambil berat akaknya. Malah dia cuba untuk melindungi akaknya dari sebarang kesusahan.

Teringat aku, ada sesetengah orang, tidak pernah nak hiraukan adik beradik mereka. Susah senang atau apa-apalah. Yang penting diri nya selamat. Lantak apa nak jadi pada adik-beradik lain.

Aku besyukur kerana aku mempunyai seorang abang yang amat mengambil berat kepada aku. Lagipun, adik beradik aku kecil sahaja. Aku dan abang aku. Dan ini mungkin menyebabkan hubungan kami lebih akrab, kadang-kadang seperti kawan-kawan pula.

Moga kasih sayang kami adik beradik berkekalan. Begitu juga dengan kamu semua pembaca blog aku. Kalau bergaduh dengan adik beradik, cepatlah buka pintu kemaafan itu.

P/S: Lupa mahu bagitahu kamu, Nat lagi seksi dari Maria. Tapi dia bawah umur. Kalau korang cuba tackle dia dan dia buat report polis, masuk penjara 12 sebatan, beb! Ke 21 sebatan eh? Entah. Aku lupa lak.

KISAH 2

Ada orang call handphone aku. Mesti la orang, kambing mana tahu pakai handphone. Kawan aku yang call. Nama nya Li (nama betul terpaksa di rahsia kan)

Li: Am, kau kat mana?

Aku: Kat rumah la. Apsal?

Li: Aku nak jumpa kau. Betul-betul nak jumpa kau.

Aku: Kenapa pulak ni?

Li: Alia (nama awek Li. Dan masih bukan nama sebenar) tipu aku beb. Dia ada balak lain.

Tersentap aku sebentar. Tak sangaka pula aku yang Alia buat begitu. Aku agak kenal juga dengan Alia. Dan aku rasa Alia bukan jenis perempuan yang curang. Kenapa boleh jadi macam ni?

Aku: Li, rilex beb.

Li menangis. Ini kali kedua kawan lelaki aku menangis di dalam telefon kerana tewas di medan percintaan. Kali pertama masa tahun 2004, semasa aku praktikal di Telekom Batu Pahat. Kalau perempuan, sudah banyak kali.

Mungkin ada kamu yang berkata, "apa lah punya laki. Hal perempuan pun nak nangis ke??"

Bagi aku, tak salah menangis kerana menangis itu sebenarnya dapat meredakan perasaan, dapat menenangkan fikiran dan meluahkan perasaan yang terpendam. Kalau kamu pernah dengar lagu Dewa 19 yang bertajuk Airmata, kamu akan faham.

Menangis tidak semestinya tewas. Marah dan geram juga boleh mengakibatkan air mata berderai. Gembira pun sama juga.

Aku juga pernah menangis. Ketika aku terpijak paku karat dan paku itu terbenam di kaki aku dengan agak dalam. Ketika aku terpijak plug TV dan ada 3 lubang yang agak dalam terbentuk pada kaki aku sampai darah keluar tak berhenti masa aku darjah 4.

Aku juga pernah menangis kerana terhilangkan duit ayah aku yang berjumlah RM 5,000 masa tahun 2001. Sudah 3 jam aku cari, tapi tak jumpa. Aku hanya mampu menangis kerana aku tahu hukuman yang bakal aku terima. RM 5,000 beb, jangan main-main. Macam mana aku mahu ganti duit itu. Aku masih bersekolah.

Rupa-rupa nya aku tersalah letak. Ya. Aku memang cuai orangnya. Aku boleh tidak ingat di mana aku letak barang-barang aku. Roomate aku amat masak dengan habit aku yang satu ini. Kalau aku dah buka cermin mata aku, mesti aku tak tahu mana aku letak kemudiannya.

Aku bersiap untuk keluar dengan Li. Aku rasa perbualan face-to-face lebih kesan untuk menangani masalah seperti ini.

Dan aku dah letih nak menaip. Keadaan siber kafe ini semakin bising dengan kebisingan budak-budak cina yang main Counter Strike macam perang betul-betul. Lagipun panjang lagi kisah Li ni.

Jadi sambung lain kali. Mungkin kisah Li ni boleh di jadikan pengajaran kepada kamu. Adios....

Thursday, November 29, 2007

BERBUAL DENGAN GADIS SAMBIL MENUNGGU BAS YANG TAK KUNJUNG DATANG

(entri ini juga ada sedikit ciri-ciri pemerhatian)

Kisah terjadi minggu lepas, bila aku balik dari Summit Batu Pahat. Aku melepak di Bus Station Batu Pahat, menunggu bas untuk pulang ke rumah. Aku tiada kenderaan jadi semua pergerakan aku di lakukan dengan menaiki bas atau berjalan kaki.

Aku menunggu bas pada pukul 3:40 petang. Ada 2 orang mak cik tua dan sekumpulan 5 orang budak sekolah (lelaki) yang belum cukup masak dan empuk pemikiran dan tingkah lakunya sedang memekak dan cuba mengurat awek-awek yang lalu di hadapan mereka dengan gaya yang agak bodoh dan menjengkelkan (budak-budak belo) juga sedang menunggu bas yang sama dengan aku.

10 minit aku tunggu, bas masih belum tiba. Aku rileks lagi. Tiba-tiba aku nampak seorang gadis berjalan ke arah kawasan kerusi tempat aku menunggu bas tersebut.

Dia duduk jauh dari aku. Lebih kurang 2-3 minit kemudian, dia bangun dari tempat duduknya. Mungkin tak tahan dengar kebisingan yang di buat oleh budak-budak belo. Lebih best lagi ada sesetengah budak-budak belo itu mencuba untuk tackle gadis ini. Dia kemudian duduk betul-betul sebelah aku.

Aku perhatikan gadis itu. Kulit putih melepak. Amoi rupanya. Memang putih betul kulitnya. Rambutnya agak panjang juga. Diwarnakan dengan warna merah pada hujung rambut.

Aku memerhatikan pakaian yang di kenakan oleh gadis itu. Skirt jeans pendek paras lutut. Nampaklah betis nya yang putih dan licin. Aku tahu berdosa merenung aurat perempuan lama-lama tapi kepala dan mata ini tak mahu berpaling jua. Ya! Aku sedang di kuasai syaitan.

Dia tidak pakai baju...... Tapi pakai singlet (hehe..apa yang korang pikir ha?) Singlet putih Jenama Ed Hardy. Hannah Tan dan Andrea Fonseka macam suka baju jenama ini sebab ada beberapa kali aku lihat gambar mereka memakai baju jenama ini.

Singlet yang di pakai gadis itu memang seksi, ternampak sedikit "lurah dendam" nya.. Hehe.. singlet itu juga agak ketat dan menampakkan susuk badannya. Nampak bentuk ..ehem..buah dadanya yang agak besar tu.

Aku lihat lengan kirinya. Ada tatoo. Tatoo yang memang sama dengan tatoo seorang penggusti WWE, Shawn Michaels. Peminat setia Shawn Michaels agaknya.

Secara mendadak gadis itu berpaling ke arah aku. Aku terkejut dan segan. Bukan apa, segan jika dia perasan aku merenung buah dadanya agak lama.. Hehe.. Nak buat macam mana. Dah tayangan percuma.

Sejurus kemudian gadis itu mengeluarkan rokok. Kemudian bertanya kepada aku, "Bro, ada api tak?"

Oh, melayu rupanya. Aku menggeleng sahaja. Dia kecewa. Dia terus menyimpan kembali rokoknya. Keadaan menjadi hening semula. 2 orang mak cik yang turut menunggu bas di situ asyik merenung gadis tersebut lalu mengumpat dia. Tapi umpatan mereka tu agak kuat. Aku dapat dengar beberapa perkataan umpatan mereka seperti budak tak de maruah, hilang akal agaknya budak ni, memang aku tak terima kalau nak kawin dengan anak aku.

Dan kalau aku dapat dengar, tidak mustahil gadis itu juga akan terdengar. Aku merenung muka gadis itu. Aku mahu lihat reaksi gadis tersebut. Tiba-tiba dia berpaling ke arah aku:

Gadis: Yeah. I know what you thinking. Saya dah biasa kena umpat macam ni. I dont care what other people says...

aku: Owh..

(diam kejap sebab tak tahu nak cakap apa)

Aku: Lawa tatoo tu. Buat kat mana?

Gadis: Hei. Ini bukan tatoo betullah. Ini just tatoo tampal lah.

Aku: Owh, nampak real.

Gadis: Walaupun saya pakai seksi, tak semestinya saya ni jahat sampai nak bertatoo betul-betul pulak. Saya tau juga larangan agama. Walaupun saya dress-up macam ni, at least I'm still virgin. Tak macam sesetengah perempuan yang hipokrit. Pakai tudung. Ada sesetengah tu tudung labuh lagi. Tapi semua tu dah tak de dara. Am I right?

Aku: Ah, betul kot.

Gadis: Bukan betul kot. Memang betul. Pakai je tudung. Perangai mengalah kan aku yang seksi ni. Pergi semak, beromen dalam hutan dengan balak masing-masing. Pastu bodoh bagi balak dia rakam aksi sumbang tu. Keluar la internet, video-video gadis bertudung tengah blow job batang balak masing-masing.

Aku: Tapi tak semua diorang perangai macam tu. Ada yang pakai tudung memang baik.

Gadis: So am I. Ingat kitaorang yang seksi ni semuanya jahat.

Emo sungguh gadis ini. Tapi tidak mengapa. Emo tu trend sekarang. Keadaan menjadi senyap. Aku mati akal. Baik aku diam. Kenapa lah jadi macam ni pulak perbualan kami. Tiba-tiba dia bersuara lagi:

Gadis: Nama saya Maria. You can call me Maria or Mary. You?

Aku: Amirul. Panggil la mirul. Tak pun Am.

Tukar nama gadis ke Maria.

Maria: Buat apa sekarang? Dah kerja or still study? How old are you?

Banyak pulak tanya dia ni

Aku: Belajar. Kat UiTM Segamat. Umur 23

Maria: Oh. You are older than me. I should call you abang

Aku: Eh, tak payah la. Panggil Am je (dalam hati sebenarnya gembira juga kalau dia panggil aku abang... Hehe...)

Maria: I'm only 19. Still young. Selalu buat mistake.

Aku: Biasalah. Teenagers.

Maria: Yeah. Your right. Tinggal dekat mana ni?

Aku: Taman Seri Penggaram. Maria?

Maria: Tak jauh pun dari your house. Taman Bukit Perdana. Actually, saya baru pindah sini dalam 3 month. Sebelum ni I duduk KL. Sorry to say but sini agak membosankan.

Aku: Biasalah. Maria dah duduk KL. Bila pindah bandar kecik macam Batu Pahat ni, memang rasa bosan pun. Saya pun rasa bosan juga kadang-kadang sebab ramai member dah tak de kat sini.

Maria. Yeah. Maybe I Boring sebab tak de kawan kat sini.

Kami terus berbual tanpa menyedari jam sudah pukul 5:45 petang dan bas masih tak kunjung tiba. Kemudian baru kami di beritahu yang bas rosak dan tiada bas untuk pulang ke rumah. Akhirnya aku dan Maria pulang bersama-sama menaiki teksi. Teksi berhenti di rumah aku dahulu jadi aku tak dapat melihat rupa paras rumah nya.

Sejak hari itu aku sering jumpa Maria. Bukan jumpa, tapi terserempak. Dia sering merayap di taman aku dengan menaiki skuter bersama seorang budak perempuan kecil yang di boncengnya.

Aku seronok berbual dengan Maria. Dia mengingatkan aku kepada seorang kawan perempuan aku semasa aku belajar di Politeknik. Cara dia berfikir dan bertutur memang sama dengan Maria. Aku amat seronok berkawan dengan dia. Sporting and open minded. Owh... Aku betul-betul merindui masa lampau.

Wednesday, November 21, 2007

PEMERHATIAN KU KE ATAS SUMMIT BATU PAHAT

Cuti ini aku cuma banyak melepak di rumah. Cuti semester ini merupakan cuti aku yang pertama untuk tahun ini. Untuk pelajar UiTM umumnya, tiada cuti pertengahan semester untuk semester Januari dan juga semester Julai. Dan sewaktu cuti semester pada bulan Mei-Jun, aku mengambil kursus intersessi atau kalau orang Amerika menggelarkan ia sebagai summer class. So aku mahu rehat secukupnya.

Tapi ada masa aku keluar juga. Mencari ketenangan jiwa di luar pula. Kadang-kadang aku bantu ibu dan ayah aku di warong. Kemudian aku merayap di Summit Batu Pahat. Tetapi aku perasan ada beberapa perubahan berlaku di sini.

1. Amoi skirt pendek paras peha sudah berkurangan. Mereka yang aku sering menganggap sebagai "penyeri" untuk Summit kini agak berkurangan. Mungkin mereka telah berpindah ke Batu Pahat Mall yang lebih besar dan gah reputasi nya dari Summit ini.

2. Budak punk dan skinhead juga berkurangan. Susah nak jumpa mereka sekarang. Even if aku pergi ke Summit pada hari Sabtu atau Ahad. Rindu pula nak lihat rambut pacak mereka yang berwarna-warni tu. Adakah mereka sudah menjumpai Nur dan pulang ke pangkal jalan? Dah tak nak mabuk-mabuk lagi? Adakah mereka kini menjadi budak nasyid pula? Entah!

3. Pengunjung Summit juga macam sedikit berkurangan. Tak perlu aku kata mengapa. Baca balik nombor 1 untuk sebabnya.

4. Ramai budak sekolah (perempuan) yang cun lepak di Summit. Maklumlah, cuti sekolah. Dan budak-budak sekolah sekarang ni lebih gempak dari zaman aku bersekolah menengah dahulu. Cara dress-up mereka, cara mereka bersolek...Ya lah. Zaman berubah. Rasa mahu masuk sekolah menengah semula.

5. Cyber Cafe di Summit juga tidak sesak seperti dulu. Sudah ramai orang ada internet di rumah. Aku bila pula mahu pasang?

6. Ada seorang perempuan cina dalam lingkungan umur awal 40-an, main game Counter Strike duduk di sebelah kanan aku semasa aku menaip entri ini. Gila gempak auntie ni. Aku ingat budak-budak je hebat main game ni. Tak macam dia kalahkan budak-budak lain dalam cyber cafe ni. Salute You, Auntie!!

7. Ada perempuan pakai jaket terbalik tengah lepak selang satu komputer dari aku, sebelah kiri. Dia tak perasan ke dia pakai jaket terbalik? Ke itu memang fesyen terkini dan aku ketinggalan zaman. Betul ke tu fesyen terkini sekarang?

Sampai sini sahajalah pemerhatian ringkas aku. Entri ini di tujukan khas kepada Joey dengan ucapan... Kau tak rindu Summit ke? Hahaha...

Oh ya. Nak tanya pendapat kamu. Yang mana satu patut aku beli? External hardisc untuk laptop aku atau i-Pod Nano yang aku idam-idamkan sejak dulu?

Thursday, November 15, 2007

KISAH DI ATAS BAS

Pada hari ahad, 11 November 2007 yang lepas, aku pulang ke Batu Pahat setelah menamatkan semester yang panjang, semester yang sibuk, semester yang menyesakkan.

Aku tidak memiliki kenderaan, jadi aku pulang menaiki bas tambang, Bas Yow Hoe, atau aku lebih suka gelarkan sebagai bas perang. Bas ini memang buruk dan sudah layak menjadi tukun ikan.

Aku menaiki bas dari perhentian bas Segamat sehingga ke perhentian Air Hitam. Sesudah sampai di air hitam, aku akan mengambil Bas Johore Motor untuk ke Bandar Batu Pahat. Biasanya, keadaan fizikal Bas Johore Motor adalah lebih baik dari Bas Yow Hoe.

Ini merupakan pertama kali aku pulang ke Batu Pahat pada hari Ahad. Biasanya aku pulang pada hari Jumaat.

Dalam perjalanan dari Air Hitam ke Batu Pahat, aku akan menempuh beberapa buah kilang. Macam-macam kilang ada di kawasan itu termasuk kilang yang paling besar dang ah, Kilang Sharp dan Kilang Fujitsu.

Apabila bas melalui kawasan kilang, bas akan berhenti untuk mengambil penumpang. Penumpang dalam konteks ini ialah pekerja kilang di kilang-kilang tersebut di mana rata-rata pekerja di kilang-kilang tersebut ialah pendatang tanpa atau dengan izin dari negara-negara luar seperti Bangladesh, Vietnam, Filipina dan negara jiran kesayangan, Indonesia.

Mereka terdiri dari jantina lelaki dan wanita, dan bercakap dengan berbilang bahasa. Dan mereka kalau dah bercakap, tidak reti mahu cakap perlahan-lahan. Cakap mahu satu bas dengar, pening kepala aku mendengarnya.

Sambil mendengar perbualan mereka dengan pelbagai bahasa, aku membuat sempat membuat sedikit penelitian dan pemerhatian gelagat mereka dan beberapa perkara lain.

1. Ada seorang dari pekerja kilang tersebut (orang Vietnam rasanya) mempunyai rupa paras orang Melayu (dia ni perempuan). Sekali pandang, aku sangkakan dia orang melayu. Tetapi bila kawan dia ajak dia berborak, barulah kantoi yang dia ini bukan orang melayu. Kalau kamu lihat dia pun pasti kamu sangka dia Melayu.

2. Mereka mula menyerap budaya Malaysia ke dalam mereka. Aku lihat ada 2-3 wanita Vietnam memakai baju kurung. Mungkin mereka bakal menjadi trend setter dalam kommuniti mereka.

3. Seorang jantan Bangla cuba mengurat seorang wanita Vietnam. Oleh kerana mereka berkomunikasi dalam bahasa berlainan, jadi proses mengurat mereka jadi sedikit haru. Pada mulanya, Bangla itu duduk di sebelah minah Vietnam ini, dan bercakap dengan Bahasa Inggeris simple, namun gagal di fahami oleh gadis tersebut. Nyatalah taraf pendidikan gadis Vietnam tu lebih rendah dari Mat Bangla itu. Maka, Mat Bangla itu mula membuat bahasa isyarat, namun masih gagal difahami oleh gadis itu. Maka mereka berbicara dengan bahasa masing-masing. Maka jadilah seperti Itik dengan Ayam sedang bercakap. Setelah melihat usahanya untuk mengurat gagal, maka Mat Bangla itu pun terus pindah tempat. Tidak mengapa, nice try dude (kalau kamu faham maksud ini, bangla).

4. Pertama kali aku nampak ada juga gadis-gadis Vietnam yang cun. Mereka semua dalam satu kumpulan yang mengandungi lima orang dan semuanya cun-cun belaka. Pertama kali aku jumpa. Rupa-rupanya ada juga gadis Vietnam yang cun-cun menjadi operator pengeluar, ingatkan semua yang cun dah menjadi pelakon filem atau drama di Vietnam? Atau menjadi pelakon lucah.

5. Perkara biasa yang kita selalu kita nampak (rasa-rasa akulah), Mat Indon berjalan berpegang-pegangan tangan. Bagi kita, ia sesuatu yang janggal. Tapi bagi mereka, itu perkara biasa. Tapi bagi aku, memang pelik?. (Ya!!! Kamu Gay)

Itu sahaja yang aku dapat rumuskan. Lain kali, aku perhatikan benda lain pula. Selamat bercuti kepada semua student UiTM.

Sunday, November 11, 2007

MASIH WUJUDKAH CINTA DI KEHIDUPAN KITA?

Seringkali aku lihat pada masa kini, sering kita lihat pasangan bercinta di mana-mana sahaja. Pergi ke mana sahaja, pasti akan bersama. Bagaikan belangkas, bagaikan merpati dua sejoli. Dunia ini bagai milik mereka berdua. Kata orang barat, "Love is all around."

Tapi benarkah cinta mereka sejati? Seringkali juga kita lihat, mereka bertukar-tukar pasangan. Hari ini keluar dengan perempuan lain, esok keluar dengan perempuan lain pula. Begitu juga dengan si wanita. Bertukar teman lelaki sesuka hati. bagaikan menukar pakaian.

Fenomena ini lebih mudah di lihat di Universiti. Ada kekasih di luar kampus atau tempat asal mereka. Tetapi masih ada kekasih di dalam kampus. Katanya, cinta kontrak sahaja.

"Alah, main-main je. Bukan betul-betul pun." Itulah kata mereka bila di tanya tentang cinta kontrak, atau sekarang lebih popular dengan nama kekasih gelap (selepas di popularkan oleh kumpulan ungu)

Jadi di sini aku ingin bertanya kepada kamu semua, adakah cinta sejati masih wujud? Kalau kamu betul-betul cinta-mencintai, kenapa perlu ada cinta kontrak? Kenapa perlu ada kekasih gelap? Sila jawap tanya aku.

Maaf kan aku kawan-kawan. Aku sepatutnya meneruskan kempen Revolusi Pencinta Bebas, tapi lain pula yang aku coretkan. Maaf kan aku, aku gagal dalam menghidupkan kempen ini. Aku sering melakukan kesilapan.

_________________________________
Baiklah. Cuti semester sudah bermula. Aku akan kurang memblogging pada masa cuti kerana tiada talian internet di rumah ku. Jadi aku tidak boleh update setiap hari. Tapi tidak bermakna aku tidak akan update. Cuma tidak sekerap sekarang. Tetapi aku tetap akan update. Selamat bercuti semua!!!

Saturday, November 10, 2007

PERGI SELAKU JAGUH, PULANG SEBAGAI JUARA

Akhirnya, tepat pukul 12 tengahari tadi, aku akhirnya berjaya menamatkan peperiksaan akhir tahun ku untuk semester ini. Lega rasanya. Aku menjadi orang ke-4 yang menamatkan peperiksaan di rumah ni, selepas cendol dan pujam juga herman.

Paper tadi mula nya malam semalam aku amat goyang. Sudah pukul 8 malam, aku baru baca 4 bab dari 18 bab. Cuak jua lah aku.

Tapi berkat sedikit hint dan kehebatan aku membuat soalan ramalan semalam, walaupun aku cuma baca 9 bab pada akhirnya, tapi aku berjaya menjawab soalan dengan jayanya. Rezeki aku mungkin agaknya.

Itulah yang aku gelarkan, "PERGI SELAKU JAGUH, PULANG SEBAGAI JUARA."

PERGI SELAKU JAGUH kerana walaupun ilmu belum cukup di dada, tapi masih pergi jua ke medan perang. Memang mahu tunjuk jaguh.

PULANG SEBAGAI JUARA kerana walaupun ilmu belum cukup, tapi aku mampu jua menang di medan perang.

Itu dia sedikit falsafah baru kepada kamu. Inilah satu-satunya paper yang aku paling confident. Tapi sayangnya carry mark untuk paper ni agak kurang baik

Esok aku akan bergerak pulang ke Batu Pahat. Rindu rasanya aku pada masakan ibu ku. Aku juga rindu pada PlayStation2 aku... hehehe...

Malam ni aku mahu tengok tv puas-puas. Mahu tengok bola. Mahu tengok semuanya.

Ok, aku tengah tiada mood untuk menulis. Esok aku hantar entri yang lebih bermakna.

Oh, ya! Aku sudah update blog GAMBARAN MINDA KU YANG USANG. Aku ada upload sedikit gambar untuk tatapan kamu.... Walaupun itu gambar yang tidak bermakna. Enjoy ya!

CENDOL, KAMI TERUS MENYOKONG KAMU

Kata-kata semangat kawan-kawan serumah kepada roomate ku, Cendol. Kalau tak nampak, sila klik pada gambar, baru nampak lebih besar

Friday, November 9, 2007

TAPI PADA MASA ITU, INI ADALAH COOL...

Kali ini, satu lagi entri mengenang zaman silam. Tapi biasa entri kenangan silam bertema cinta, jiwang karat, luahan patah hati dan kisah sedih. Tapi kali ini aku mahu bawa tema sedikit humor kepada kamu.

Sebelum itu, aku harap kamu tengok dulu video ini. Video dari kumpulan 4U2C, Fiona.



Itu antara video yang boleh mengimbau sedikit kenangan silam kita pada zaman dahulu kala. Mesti pada masa lagu ini popular, kamu masih kecil anak, masih belum mumaiz, masih naif dan pada masa itu kamu rasa video ini sangat cool.

Ada beberapa perkara yang kamu boleh nampak dalam video ini..

1. Pakai baju trak sukan walaupun pada masa itu panas terik tak ingat. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

2. Pakai T-Shirt dan bermuda ke mana sahaja, macam orang main futsal.... Walaupun mereka tak main futsal. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

3. Kalau kamu peka sikit, ada antara mereka yang pakai stoking lain-lain warna. Sebelah pakai warna merah, sebelah lagi pakai warna kuning. Warna stoking pun nak striking. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

4. Sebagai ahli kumpulan boy band, kenalah pakai baju yang sama warna dan corak. Walaupun corak baju itu amat menjolok mata dan buruk, tapi kena pakai juga. Ini syarat unity boyband!! Tak boleh langgar!! Sekali pandang macam boria Balik Pulau pula. Tapi boria pakai kena, mereka pakai.... Kena juga... Tapi kena kutuk lah. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

5. Gantung CD di leher. Ada ke budak-budak rap zaman sekarang nak buat lagi seperti ini? Mungkin tidak. Nasib tak gantung kaset. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

6. Tarian trademark 4U2C, tarian kaki tarik atau kaki seret atau nama yang lebih komersial, tarian kaki tertinggal dan perlu di tarik. Sekali tengok macam orang sakit kaki pula. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

7. Betul ke 4U2C ni kumpulan rap. Lagu jiwang dan tiada unsur rap, siap ada goreng gitar pulak tu. Adakah orang tidak peka tentang itu? tapi mereka tidak kisah. Kerana pada masa itu, ini adalah cool.

Itu lah serba sedikit tentang video zaman dulu-dulu. Kelakar tapi mengimbau kenangan lalu. Banyak lagi video-video macam ini di youtube, seperti Feminin dan Restu. Kalau rajin-rajin, cari la. Mungkin kamu pernah ambil lagu-lagu seperti ini menjadi lagu couple kamu.

Aku sudah selesai format laptop aku. Lepas ini, boleh memblogging dengan laptop aku balik.

Thursday, November 8, 2007

MENONGKAH ARUS ITU KERJA GILA!!!

"Blog kau dah jiwang la, bro"

"Apsal kau tulis pasal kisah cintan kau pulak ni?"

Itu adalah antara komen yang aku terima di friendster aku sejak aku menulis kisah-kisah silam aku dari kawan-kawan dan juga budak-budak junior aku semasa aku belajar di Politeknik Merlimau dulu. Ada macam-macam komen lagi.

"Kau sekarang dah banyak cerita pasal kisah silam kau. Kenapa eh?"

Tanya seorang lagi teman ku. Baik aku jawab sedikit persoalan kamu di sini.

Aku tidak seperti Faerrin, yang mampu mengupas tentang isu serius seperti kemunduran orang melayu dalam blog nya (aku suka entri kau yang itu). Aku tidak seperti Azrul yang sangat bijak mengolah kata-kata di dalam blog sehingga setiap entri nya tidak jemu untuk di baca.

Aku tidak seperti Tongah atau Rizuan Bulu-san , yang mampu membuat ambigram dengan baik dan meletakkan pada entri blog mereka. Mereka memang mempunyai seni tangan yang hebat. Azrul juga hebat dalam bidang ini. Aku juga tidak seperti Azman, yang menjumpai tangan bender di library UiTM Segamat.

Itu lah sebabnya aku sekarang menulis sesuatu dari kenangan silam ku. Supaya dapat berkongsi pengalaman aku bersama.

Menulis entri sambil mengelamun mengingatkan kisah silam kita memang seronok. Tapi aku perlu penghayatan yang tinggi untuk tulis semua ini.

"Aku suka baca blog kau. Kau dah berani luahkan perasaan kau. Macam ni la blog tak de la nak tulis pasal apa kau buat hari ini, apa jadi kat kau hari ni, bla bla bla...."

Panjang pulak komen nya, aku pun sudah tidak ingat apa yang di komen oleh dia. Dia junior aku semasa aku belajar di Politeknik Merlimau dulu. Seorang gadis yang genit dan tak pernah bercakap dengan aku walaupun sekali.. Sekali dia hantar komen dekat freindster aku, panjang pula. Macam-macam yang di tulis.

"Your blog is so funny..... I mean, funny in the right way."

Aku tak kenal juga gadis yang komen aku ni. Dia add aku dulu dan dia setahun lebih berusia dari ku. Sebenarnya aku tak faham apa maksud dia. Jadi harap kamu bagi komen lanjutan untuk itu.

"Sedih saya baca kisah kehilangan ayah angkat awak tu. Betul ke cerita pasal awak dengan bak tu?"

Ya betul. tak kan aku mahu main-main kan hal hidup mati seseorang. Aku masih melawat mereka kalau ada waktu terluang. Dan setiap raya aku pasti datang rumah arwah bak. Mak masih tinggal di situ.

"Oit, mirul. Asyik tulis cerita patah hati je. Tulis la kisah percintaan kau ke, masa kau baru nak tackle awek kau ke. Baru best. Kena ada positif dan negatif. Baru cara.."

Aku tidak mahu tulis pasal itu. Aku suka menulis pasal kes patah hati kerana... entah. Tapi aku suka. Tak mahu tulis kisah percintaan. Nanti jiwang sangat. Nanti aku akan terawang-awang pula. Hehehe....

"Saya suka kisah silam awak. Tulis banyak-banyak lagi ya?"

Komen seorang gadis yang dari gambar dan dress-up nya, seperti tomboi, tapi guna kata ganti saya dan awak. Tidak seperti tomboi lain yang guna aku dan kau. Mungkin dia bukan tomboi, tapi suka pakai macam tomboi.

"Lawa siot blog kau..."

Komen dari kawan aku. Eerr... Tak mahu komen pasal penulisan dan isi entri aku ke?

Itu adalah antara komen yang aku dapat dan aku ingat untuk aku tulis ke dalam entri ini. Terima kasih kerana membaca coretan sia-sia aku ini. Harap kamu menyokong aku seterusnya.

Maaf aku tidak sempat hendak mengupdate blog gambar ku, Gambaran Minda Ku Yang Usang. Tidak sempat. Banyak gambar yang ingin ku upload kan. Tunggulah laptop aku sudah elok, aku upload gambar-gambar lain.

Chow....

Wednesday, November 7, 2007

MENONGKAH ARUS

Perbualan telefon antara aku dan pak andak ku...

"Assallammualaikum. Am, tengah buat apa?"

"Waalaikummussalam. Tengah baring-baring. Kenapa pak andak?"

"Oh. Am kat rumah sewa eh?"

"Ha, kenapa?"

"Ingat Am dekat UiTm tadi. Pak andak ada kat sini."

"Buat apa pak andak kat sana?"

"Hari kan farhan last paper exam dia. Ni nak ambik dia la ni. Nak bawak balik semua barang dia."

"Owh. Farhan dah last paper rupanya..."

(Farhan adalah sepupu aku yang belajar di UiTM Segamat dalam jurusan Diploma Perbankkan semester satu)

"Ha. Am abis bila?"

"Sabtu ni."

"Oh. Lama lagi. Ok la. Ingat Am ada kat sini. Boleh la jumpa."

"Oh. Ok la. Kirim salam kat Farhan."

-Perbualan tamat-

Aku cemburu. Sepupu aku dah habis exam. Tongah pun dah habis exam (kalau tidak salah aku la). Aku cemburu kepada kamu semua yang sudah habis exam.

Cepatlah habis exam ni. Kepala aku dah rasa berat gila 2-3 hari ini. Tidur ku tidak cukup kebelakangan ini. Jadual tidur dan makan ku juga tidak menentu.

Aku mahu cepat pulang dan tidur puas-puas. Aku mahu makan puas-puas masakan lazat ibu ku. Aku mahu bermalas-malasan di rumah bersama Play Station2 aku. Aku mahu semua itu......

Maaf.... Tajuk entri ini langsung tiada kaitan dengan isi kandungan entri ini.

Tuesday, November 6, 2007

TIADA JALAN YANG MUDAH

WAKTU : 7:50 PAGI

LOKASI : KEDAI NYONYA DEPAN TAMAN RUMAH SEWA AKU

WATAK TERLIBAT: AKU, NYONYA KEDAI, MAK CIK KEDAI DEPAN

Aku kedai awal pagi. Kenapa? Mahu beli gula-gula kopiko. Aku mengantuk. Ada paper pukul 2:15 petang ni.

Sampai ke kedai, aku nampak mak cik kedai depan (MKD), sedang membeli barangan untuk meniaga petang nanti agaknya. Aku melemparkan satu senyum kelat+mengantuk dan terus mengambil kopiko sebanyak yang mungkin. Nyonya menegur aku...

Nyonya: Haiya. Sarapan pagi makan gula-gula saja ka?

Aku senyum je

MKD: Dia tak tidur ni. Malam diorang belajar. Tu yang mengantuk tu.

Nyonya: Waah! Betul ka?

Aku: Ha'ah. Ngantuk ni auntie

(aku tak panggil dia nyonya. Lagipun dia muda sikit dari nyonya biasa)


Nyonya: Sekarang belajar pun bukan senang la..

Aku setuju dengan nyonya itu. Siapa cakap belajar ni senang. Aku hangin kalau ada member yang lepas SPM tak sambung belajar, lepas tu cakap... "Ala, kau belajar. Senang la. Aku ni kerja tau."

Siapa cakap belajar tu senang. Tahu tak berapa banyak sel-sel otak yang terpaksa di gunakan untuk menghafal bermacam-macam teori untuk di jawap semasa peperiksaan. Bukan satu subjek saja, 7 subjek satu semester. Setahun 14 subjek.

Tidak termasuk asignment yang berlambak, kuiz, test dan presentation. Semua memberikan tekanan. Dan aku cukup marah bila mereka kata belajar tu senang.

Ya. Belajar itu susah. Sama susah dengan paper Channel Management yang aku duduki petang tadi. Sangat susah. Susah nak mampus. Nak mampus pun tak sesusah itu. Kawan-kawan kelas ku semua merungut.

Aku tinggal satu paper sahaja lagi, marketing communication. Harap paper ni senang.

Oh ya!! Untuk menjawab persoalan kamu, aku tidak menutup blog ini. Ada sesetengah orang bertanya, adakah aku akan tutup blog ini sebab aku sudah ada blog gambar? Tidak. Blog ini terus hidup. Aku akan sedaya upaya untuk tidak menutup blog ini.

Terus menyokong Warmness On The Soul.

Dan sokong juga GAMBARAN MINDA KU YANG USANG

Monday, November 5, 2007

KEKERINGAN IDEA

Aku kekeringan idea untuk menaip entri baru malam ini. Tetapi kalau tidak menghadap komputer dan menaip blog, rasa kekurangan pula hidup ini.

Lagipun aku bakal menghadapi dua paper berturut-turut pada hari Isnin dan Selasa. Itu yang membuatkan aku malas ingin memerahkan otak untuk menaip entri.

Apa kata kamu pergi ke blog di bawah ini dan tinggalkan komen pada blog ini. Sebenarnya blog ini juga merupakan blog aku, cuma dalam versi yang agak berbeza. Tetapi aku tidak akan meninggalkan blog ini. Aku akan mengupdate kedua-dua blog ini. Harap kamu terus menyokong aku (ayat pelukis komik jepun)

Untuk ke blog aku yang satu lagi ini, sila klik link di bawah:

Sunday, November 4, 2007

TIDAK KESAMPAIAN

AMARAN: ENTRI INI JUGA KUAT BERBAU JIWANG, PATAH HATI DAN KEKECEWAAN BERCINTA SEPERTI ENTRI TERDAHULU. JIKA KAMU TIDAK SUKA DENGAN TEMA-TEMA ITU, SILA ABAIKAN ENTRI INI DENGAN SEGERA.

SILA BACA ENTRI LOVE HURTS...BUT SOMETIME IT'S A GOOD HURTS SEBELUM MEMBACA ENTRI INI

Setelah aku gagal dalam percintaan aku yang pertama dan gagal menawan hati perawan M, akhirnya aku berjaya menawan hati S. Tetapi kisah aku dan S sekejap sahaja. Kenapa?

Aku menerima dia kerana aku masih terasa tekanan atas 2 kejadian di atas. Dan aku sedar dia bukan perempuan yang di cipta untuk ku. Jadi aku meneruskan kehidupan aku seperti biasa. Aku tak mahu bercerita kisah ku dengan S. Kata Dato' Siti, "biarlah rahsia."

Aku hidup seperti biasa. Bekerja di warong ibu dan ayah. Aku lambat menyambung pelajaran. Orang lain sudah menyambung pelajaran pada bulan Julai, aku pula masuk pada bulan Disember. Aku lambat masuk satu semester.

Aku berjaya meneruskan pelajaran di Politeknik Merlimau Melaka. Aku merupakan pelajar batch pertama di sana.

Ketika belajar di sana, aku sering pulang ke Batu Pahat hampir setiap hujung minggu. Setiap hari sabtu, aku akan merayap di Summit Batu Pahat. Samada bersama kawan-kawan, famili atau seorang diri. Setiap sabtu cuma perjalanan biasa bagi aku.... Sehingga suatu hari.

Aku ternampak seorang gadis, bermuka comel, kulit coklat-coklat cerah (apa nama kulit ni?), pipi licin, bermuka ayu dan body yang baik.... Of coz.

Gadis ini bekerja di sebuah kedai menjual alat tulis dan majalah. One Stop Shop nama kedai itu, kalau tak salah aku. Lama aku memerhatikan dia. Aku bagai jatuh cinta pada pandangan pertama. Aku suka lihat wajah nya.

Setiap minggu, aku akan ke Summit, dan lalu di kedai itu. Aku hanya berani mengintai keayuannya dari jauh. Aku bagaikan gila bayang.

Aku bercerita pada seorang teman ku di Politeknik,

"Habis, kau usha dia dari jauh aje lah?", tanya kawan ku.

"Ya. Aku takut", jawabku ringkas.

"Bodoh. Jangan tunggu lama-lama. Nanti kena kebas dengan orang, Kalau awek tu cun, mesti ramai yang gilakan dia. Kalau kau lambat, kena kebas dek orang lain. Lagipun, bukannya kau tak pernah bercouple sebelum ni. Apa nak takut."

Betul kata kawan ku. Kalau aku lambat, bunga idaman ku akan di sambar orang. Aku perlu pulang hujung minggu ni. Aku kena mulakan langkah.

Maka aku berani kan diri ku. Aku masuk ke kedai itu, dan terus melangkah mendekati gadis kegilaan ku ini. Aku mengatur ayat terlebih dahulu.

"Hai."

"Hai. Ya, abang cari apa?"

"Erm... Boleh tak kita berkenalan?"

Muka gadis itu berubah. Menjadi muka orang yang kebingungan.

"Eh? Marah ke? Kalau tak boleh, tak pe lah. Ok lah, saya gerak dulu."

Tiba-tiba gadis itu bersuara.

"Tak, saya tak marah."

"So, boleh la kenal ni?"

Kami pun berbual-bual sedikit. Baru aku hendak menekan ayat, bos nya sudah menjeling. Tak mengapa, sekurang-kurang nya sudah kenal dia. Ada kemajuan.

Minggu depan nya, aku datang lagi. Begitu juga minggu seterus nya. Aku melakukan perkara tersebut selama 4 minggu berturut-turut.

Oh ya, lupa aku ingin memberitahu kamu semua. Namanya Emilia. Dia baru habis SPM, dan bekerja sambilan di kedai buku tersebut.

Selain raut wajahnya, Emilia juga mempunyai suara yang halus dan gemersik. Aku suka mendengar hilai tawanya. Kadang-kadang, kami keluar semasa waktu rehat dia. Kami makan bersama.

Minggu ke-5, aku datang lagi ke kedai tersebut. Tapi ada sedikit kekurangan kali ini. Emilia tiada di kedai itu. Aku menjadi kalut. Lantas aku bertanya kepada seorang lagi amoi yang juga bekerja di kedai tersebut. Amoi ini kenal dan tahu aku berkawan dengan Emilia.

Aku menerima jawapan yang negatif, dia sudah berhenti. Kenapa? Kerana dia mendapat tawaran belajar di Matrik. Semalam merupakan hari terakhir dia bekerja.

Aku rasa kecewa dan hampa. Tiba-tiba amoi itu menghulurkan aku sekeping kertas, surat dari Emilia katanya. Aku membaca isi surat tersebut.

Emilia berkata dia gembira berkawan dengan ku. Tetapi dia tidak bersedia untuk bercinta. Dia harap aku terus akan berkawan dengan dia. Bila sampai waktu yang tepat, kami bersatu. Dia meninggalkan nombor telefon nya pada ku.

Aku simpan nombornya. Aku menyimpan harapan yang aku ingin berjumpa dengan dia lagi. Aku ada menelefon dia beberapa kali semasa dia di matrik. Aku berhubung dengan dia dan berjumpa beberapa kali lagi dalam setahun.

Akhirnya, kesibukan masing-masing telah membuat kan kami terlupa antara kami. Kami terputus hubungan... Hingga hari ini.

Aku masih simpan nombor telefon nya. Tetapi aku tidak pernah tergerak hati untuk menghubungi dia. Mungkin dia telah berjumpa pasangan hidup yang lebih baik dari ku. Mungkin kehidupan dia jauh lebih baik dari ku...

Harap kau berbahagia, Emilia.....

Saturday, November 3, 2007

HARI YANG PENUH KESALAHAN

Jumaat, 2 November 2007, hari di mana aku mencatatkan agak banyak kesalahan yang sepatutnya boleh di elakkan.

(kesalahan di bawah tidak mengikut susunan, aku tulis secara rawak sahaja)

Kesalahan pertama

Apa kes?

Aku ke blog Azrul dan membaca entri terbaru nya. Kemudian aku pun meninggalkan komen.

Kesalahan Aku

Aku tinggalkan komen dan aku tulis nama Azrul sebagai Faerrin. Aku terlupa yang aku baca blog Azrul, bukannya blog Faerrin.

Kesalahan Kedua

Apa kes?

Aku ingin meminta Apeng mengformat laptop aku kerana laptop aku dah jadi lembab nak mampus.

Kesalahan Aku

Aku terlupa nak burn semua benda dalam hardisc aku (terutamanya Mp3 aku yang seberat 17.1 Gigabyte). Kalau format, hilang semua. Parah nak cari balik semua lagu.

Kesalahan Ketiga

Apa Kes?

Aku hendak hantar SMS ke adik angkat ku, Nana. Ayat yang aku tulis si SMS itu ialah:

"Hai Sayang ku Nana? Tengah buat apa?"

(Aku suka-suka sahaja hendak panggil dia sayang. Saje gurau-gurau)

Kesalahan aku

Aku terhantar SMS tersebut ke ayahku. Nama ayah ku di dalam phone book hand phone aku di tulis sebagai "ABAH", nombor satu dalam senarai phone book aku.

Tak lama kemudian ayah ku membalas...

"Amboi sayang. Dah nak kawin ke? Nana ni bakal menantu abah ke?"

Kesalahan Keempat

Apa kes?

Aku ingin menanya kawan ku, kalau-kalau dia ada hint untuk paper Global Retailing isnin ini.

Kesalahan Aku

Aku terhantar SMS tersebut ke pensyarah yang mengajar subjek itu, Encik Muruga. Naib dia tak balas balik. Mungkin dia tiada nombor aku.

Kesimpulan

Maafkan aku semua. Aku tahu aku bersalah. Aku manusia biasa. Tidak sempurna. Sering melakukan kesilapan.

Harap di hari mendatang, aku tidak melakukan sebarang kesalahan yang sepatutnya boleh di elakkan seperti tadi.... Harapnya....

Friday, November 2, 2007

PERGI TAK KEMBALI

Sebelum aku tidur, tiba-tiba aku teringat aku pun meneruskan siri mengimbau kenangan silam aku lagi.

Kali ini aku teringat kisah silam aku, sewaktu aku berusia 14 tahun, tahun 1998, semasa aku di tingkatan 2.

Semasa kecilku, aku tinggal di Kampung Peserai di Batu Pahat. Aku dilahirkan di Kampung Nakhoda, Selayang, Gombak, Selangor tetapi sesudah habis pantang, ibu ku pulang ke Kampung Peserai. Sejak umur ku sebulan setengah hingga darjah 2, aku tinggal di sana.

Famili ku tinggal di rumah sewa salah seorang penduduk tetap di sana. Tuan punya rumah merupakan jiran aku sebenarnya.

Ibu dan ayah ku merupakan peniagaan warung di bus station di Batu Pahat. Lokasi nya di Bus Station menara di Batu Pahat sekarang. Tapi pada waktu dulu, menara itu belum wujud lagi. Bus station Batu Pahat sewaktu itu memang berlainan, dan aku lebih suka bus station dulu dari yang sekarang ini.

Balik kepada cerita asal, ibu dan ayah ku akan berniaga mula dari pukul 7 pagi sehingga 6 petang. Abang ku bersekolah jadi aku telah di jaga atau di baby sitter kan oleh famili jiranku, a.k.a. tuan rumah sewa ku itu.

Banyak kenangan aku di rumah jiranku itu. Mereka bukan umpama tuan rumah lagi, mereka bukan seperti jiran ku lagi, tetapi mereka seperti keluarga ku. Ya, mereka juga menganggap aku sebagai anak sendiri. Aku mengistiharkan mereka sebagai keluarga angkat.

Di dalam rumah tersebut, ada sepasang suami isteri, di mana aku memanggil si isteri sebagai mak dan si suami sebagai bak... Panggilan ayah dalam bahasa jawa tak salah ku... Walaupun aku bukan orang jawa. Mereka lah mak dan ayah angkat ku.

Mereka di kurniakan dengan 4 orang anak. 1 lelaki dan 3 perempuan. Semua anak-anak mereka jauh lebih tua dari ku. Mereka menjadi abang dan akak angkat ku.

Mak dan bak menjaga aku seperti anak sendiri. Memanjakan aku lebih dari mak dan ayah ku sendiri. Sampai kalau aku di marahi oleh ibu dan ayahku, aku akan ke rumah mereka untuk meminta ehsan. Bermacam aktiviti aku lakukan bersama mereka, banyak kenangan manis dan pahit di sana.

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Akhirnya, famili ku membuat keputusan untuk berpindah ke tempat lain. Kali ini bukan rumah sewa lagi, tetapi rumah sendiri yang di beli hasil titik peluh ibu dan ayahku selama ini.

Tahun 1992, aku darjah 2, kami pun berpindah keluar dari rumah di Kampung Peserai itu. Aku berpindah pada hari di mana satu Malaysia telah terputus bekalan elektrik kerana pencawang di Terengganu rosak (ingat lagi tak?)

Perpindahan kami di iringi dengan juraian air mata dari keluarga angkat ku. Aku juga menangis. Sukar untuk berpisah kerana aku di besarkan di sana.

Akhirnya aku dudk di Taman Seri Penggaram. Aku melawat mereka bila ada masa terlapang. Masa berlalu dengan laju nya. Aku sudah pun tingkatan 1. Semasa aku di sekolah menengah, aku sudah jarang melawat mereka. Aku juga jarang menelefon mereka.

Aku sibuk. Atau mungkin aku lupa pada mereka kerana kau sudah mendapat kebebasan sepenuhnya dari familiku. Sering keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawan. Lupa kepada mereka.

Semasa tingkatan 2, aku mendapat cerita yang Bak sakit tenat. Berulangkali keluar masuk hospital. Aku terkejut dengan berita tersebut. Aku pun pergi melawat mereka.

Bila aku sampai ke rumah mereka, aku terkejut melihat keadaan bak. Bak dulu yang mempunyai tubuh badan yang sihat, kini kurus kering. Dia tidak boleh buang air secara normal lagi. Perutnya terpaksa di tebuk untuk memberi laluan untuk najis keluar dari situ.

Aku terkejut melihat keadaan bak. Aku menangis. Bak juga. Dia memeluk aku. Nyatalah dia amat rindu kepada aku. Aku rasa bersalah kerana lama tidak melawat dia.

Setelah aku melawat bak, keadaan bak menjadi semakin pulih. Aku ada melawat mereka beberapa kali dan menelefon dia. Aku gembira bila mendengar berita yang dia semakin pulih.

Akhirnya cuti sekolah tiba. Aku pun ingin ke selayang, berjumpa sepupu ku di sana. Lagipun setiap cuti sekolah memang aku akan ke sana.

Aku memberitahu bak yang aku ingin ke sana. Dia suruh aku jaga diri ku baik-baik. Aku ke sana dengan menaiki bas ekspress.

Untuk ke Kuala Lumpur, bas ekspress akan melalui kawasan peserai. Lebih tepat, melauli depan rumah bak dan mak. Boleh lah aku melihat rumah mereka nanti.

Semasa melalui depan rumah bak dan mak, aku ternampak ramai orang ada di rumah tersebut. Dan semua memakai songkok dan kopiah. Hati ku berasa gelisah. Nak sahaja aku menyuruh driver bas itu berhenti sebentar.

Apabila sampai di R&R di Melaka, aku pun menelefon ke rumah aku. Ibu ku yang jawab. Aku pun bertanya kepada dia. Ibu diam sahaja. Aku tanya berulangkali. Akhirnya ibu menjawab...

"Bak dah meninggal.."

Aku tak tahu bagaimana nak gambar kan perasaan aku ketika itu. Sedih, hiba, remuk hati dan bermacam-macma lagi. Aku tidak dapat menatap bak ketika detik-detik akhir beliau di dunia ini.

Aku pulang kembali ke Batu Pahat, tapi semuanya dah terlambat. Apa yang aku dapat lihat hanyalah pusara Bak yang masih merah lagi. Aku tidak boleh bersedih kerana Alllah lebih menyayangi Bak lebih dari kami menyayangi nya. AKu berharap Roh Bak di tempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman.

AKU AMAT LETIH

Aku ingin menaip entri petang tadi. Minda ku teringin menaip entri tetapi badan ku lesu dan tak mampu melaksanakan arahan minda ku. Akhirnya aku tidur sahaja.

Aku letih. Rabu dan khamis, kedua-dua hari aku ada paper final. Aku tak cukup tidur Waktu tidur ku tak menentu 2-3 hari ini. Membuatkan minda dan badan ku lesu.

Semasa menjawab paper Sales Management tadi, tiba-tiba aku mengidam ingin makan McDonald. Mengidam.... Seperti wanita yang mengandung pula.

Aku mengajak kawanku untuk lunch di McD, dan kawan aku yang memang hantu McD, terus setuju.

Sampai di McD, aku melihat senarai menu. Baru aku perasan yang McD sudah keluar menu baru, Cornetto McFlurry. Lama sungguh aku tidak pergi melawat ke restoran makanan segera.

Lepas balik, aku terus menyelam ke web. Melawat blog-blog rakan bloggers ku. Selepas meninggalkan komen, aku ingin menaip entri baru, tapi mata ku amat berat. Aku terus tidur.

Aku terlampau letih dan aku cuma sedar bila jam sudah pun mencecah pukul 8:30 malam.

Sekian, kisah kehidupan ku yang membosankan. Kamu telah membazir masa membaca entri sampah ini.

Wednesday, October 31, 2007

TOLONG AKUI KESALAHAN KAMU

(Entri ini adalah kesinambungan dari entri Pagi Yang Gelap telah di ganggu oleh SMS yang salah)

Selepas selesai paper Managerial Economic yang susah macam haram pagi tadi, aku terus tidur. Malam semalam aku tak cukup tidur sebab study Eco ni. Esok pagi aku ada paper Sales Management. Aku perlu tidur untuk recharge energy aku.

Sewaktu aku enak tidur, tiba-tiba ada SMS mengganggu. Cis!!! Aku pun baca SMS tu.

"Salam. Aku Johari. Joe. Kau kenal aku lagi tak?"

Siapa ni? Aku terkejut. Aku tak de kawan nama Johari. Aku tanya dia kembali.

"Ala, yang SMS kau cari member nama Kamal tu."

Oh. Mamat yang kacau aku dulu. Apa lagi mamat ni nak dari aku?

"Betul ke kau bukan Kamal. Ke kau pakai nombor Kamal sekarang? Kamal jual nombor ni kat kau ke?"

Eh, mamat ni. Lebih-lebih pulak dia ni. Aku balas...

"Aku beli nombor ni dari kedai, bukan atas tangan orang. Aku ada kawan nama Kamal. Sorang budak Perlis, sorang budak JB. Ada mana-mana kena dengan kawan kau?"

"Eh. Kamal member aku ni budak Pahang. Tapi betul la ni nombor dia. Aku yang taip nombor ni, dia sebut depan aku."

"Maybe kau salah dengar. Tak pun salah tekan nombor masa tu."

"Tak. Aku yakin betul. Aku yakin telinga aku ok lagi."

Dan aku tak balas SMS seterusnya dari dia. Membazir aku rasa berbalah dengan orang seperti dia.

Aku puji dia kerana dia ada keyakinan yang tinggi pada diri dia cuma aku tak respect dia sebab dia tak mahu menerima kesalahan diri nya. Mana lah tahu dia yang salah dengar masa kawan dia sebut nombor dia tu.

Dia patut menerima kesalahan diri dia tu. Mengakui kesalahan diri tidak bermakna kita mengakui kekalahan tanpa berjuang atau mengakui kebodohan diri. Kita cuma manusia. Tiada manusia yang sempurna di dunia. Semua manusia membuat kesilapan. Dan sesekali mengakui kekalahan diri adalah baik untuk kita juga.

Dan kita tidak boleh sentiasa menang, kerana kemenangan sahaja akan membuat kita lupa tentang permulaan kita, asal-usul kita. Dan kekalahan akan mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan memandang dunia dengan lebih realistik.

Macam Dato Fadzilah Khamsah pula.... Hehe....

Ini entri terakhir untuk bulan ini. Jumpa lagi bulan depan.... Maksud aku, esok lah. Hehehe...

Tuesday, October 30, 2007

TERPERANGKAP DI PULAU

Hari ini mood aku agak baik, jadi aku nak post entri kedua untuk hari ini.. Sila scrool ke bawah entri ini untuk melihat entri pertama aku untuk hari ini. Entri di bawah adalah untuk menghargai jasa kawan-kawan bloggers ku.

Aku terbangun pagi tapi liat nak merangkak keluar dari katil. Masih mengantuk. Jadi baik aku mengenang kisah silam ku, benda yang sering aku buat kebelakang ini.

Hasil dari suka mengenang kisah zaman silam aku, aku teringat suatu perbualan aku dan beberapa kawan aku semasa di sekolah agama dulu. Perbualan ini tidak lah penting sangat, tetapi tiba-tiba pula peristiwa ini muncul di kepala aku. Seperti kata Azrul, terjadi nya Defragmentasi minda. Minda sedang menyusun peristiwa kehidupan kita.

Aku ingat lagi kawan aku, Khusyairi, bertanya pada kami pada masa itu...

"Korang terperangkap dekat satu pulau.. Dan korang terperangkap dengan 5 orang perempuan. Korang nak terperangkap dengan siapa? Pilih perempuan yang best-best lepas tu bagi sebab. Jangan pilih mak sendiri, tak pun akak atau adik korang pulak."

Kawan-kawan yang lain bersungguh-sungguh menjawab. Ada nak terperangkap dengan rakan perempuan sekelas kami yang cute, dengan penyanyi la, dengan sepupu mereka sendiri (ada kawan aku yang suka pada sepupu sendiri. Tapi sepupu dia hot sekarang ni. Masa kecil dulu pun memang cute je tengok dia. Aku tak salah kan dia).

Ada yang nak terperangkap dengan Pamela Anderson (pengaruh tengok cerita Baywatch di TV5 Singapore) dan lain-lain. Ada yang ingin bersama Shannen Doherty. Aku tak kenal dia. Bukan tak kenal, tapi tak ingat. Walhal aku merupakan peminat setia cerita beliau yang sangat popular satu masa dulu, Beverly Hills, 90210.

Pada masa itu aku tak jawab soalan itu. Aku masih mentah. Masih naif. Masih bodoh untuk faham permainan kehidupan. belum mengenal erti cinta, jatuh cinta dan perasaan suka kepada wanita... Kata orang putih, have a cruch on a girl. Sebenarnya aku masih malu nak bercerita tentang wanita pada masa itu.

Tapi cuba kalau kawan aku tu tanya sekarang, pasti aku dengan laju nya boleh senaraikan. Sekarang biar aku senaraikan pula senarai yang gagal aku buat 10 tahun lepas.

Jika aku terperangakap di pulau dan aku terperangkap dengan 5 orang perempuan, dengan siapa aku mahu terperangkap:

1. Leah Dizon

Siapa Leah Dizon? Beliau merupakan penyanyi, pelakon dan model dari jepun, tetapi di lahirkan di Las Vegas. Umur beliau 21 tahun.

Kenapa aku mahu terperangkap dengan dia?

Sebab dia sangat comel. Aku suka tengok muka dia. Potongan badan pun boleh lah...

Tak kan tu je sebab nya?

Ok. Cuba korang google nama dia. Cari gambar dia. Kamu mesti akan dapat banyak gambar beliau yang berposing seksi. Sekarang kamu tahu kenapa aku mahu terperangkap dengan dia kan? Lagipun aku bakal terperangkap di pulau dengan dia. Kamu pasti dapat jangka kan pakaian beliau di tepi pantai.

Masalah yang bakal aku hadapi

Aku tak tahu bahasa jepun. Tapi dia mesti boleh cakap english kan? Rasanya..

2. Alessandra Ambrosio

Siapa Alessandra Ambrosio? Model kelahiran Brazil.

Kenapa aku mahu terperangkap dengan dia?

Muka nya comel. Lagipun dia model... Kamu patut faham maksud aku.

Tak kan tu je sebab nya?

Sama seperti di Leah Dizon, sila google untuk gambar beliau. kamu patut faham....

Masalah yang bakal aku hadapi

Aku tak tahu berbahasa Brazil. Tapi dia boleh cakap english. Oh ya. Dia ni tinggi orangnya. Kalau berbual sambil berjalan tepi pantai, tengkuk aku sakit jawabnya. Hilang romantik.

3. Raja Farah

Siapa Raja Farah? Merupakan pelakon drama dan filem di Malaysia. Di lahirkan di Kuala Lumpur. Umur baru 19 tahun.

Kenapa aku mahu terperangkap dengan dia?

Muka comel. Macam biasa. Aku pernah jumpa dia di KLCC. Memang comel beb.

Tak kan tu je sebab nya?

Ya. Itu je sebab nya. Memang aku suka tengok dia sejak pertama kali tengok Manggo TV.

Masalah yang bakal aku hadapi

Tiada langsung. Betul tak Farah? Hehe.... Faerrin jangan jealous. Aku tahu kamu sedang cari gadis nama farah.

4. Fazura

Siapa Nur Fazura Sharifuddin? Merupakan pelakon drama dan filem di Malaysia. Anak orang kaya juga dia ni.

Kenapa aku mahu terperangkap dengan dia?

Aku minat dia juga. Tapi sekarang dia dah ada balak pulak. Hu...

Tak kan tu je sebab nya?

Tu je. Dia tak pernah posing seksi dalam majalah. Ke aku yang tak pernah tengok.

Masalah yang bakal aku hadapi

Semua orang tahu yang Fazura ni kaki disco dan mabuk. Sudah banyak gambar (yang boleh di jumpai di internet, terutama laman forum-forum bahasa melayu) yang menunjukkan beliau girang di disco. Kat pulau tu mesti tak de disco.....

5. Maria Sharapova

Siapa Maria Sharapova? Pemain tenis dari Russia. Umur? baru 20 tahun beb.

Kenapa aku mahu terperangkap dengan dia?

Aku memang meminati beliau sejak kejohanan pertama yang di sertai oleh beliau. Beliau berjaya membuktikan yang beliau bukan setakat cantik sahaja, tetapi mampu memenangi kejohanan. Tidak seperti Anna Kournikova. Harap lawa sahaja.

Tak kan tu je sebab nya?

Aku suka tengok perempuan yang aktif bersukan.

Masalah yang bakal aku hadapi

Mungkin dia akan meronta untuk pulang dengan segera untuk bertanding. Dia mesti tak mahu ranking beliau jatuh kalau lama sangat terperangkap dekat pulau tersebut.

Itu senarai aku. kalau kawan aku tu terbaca balik, mesti dia pening kepala tengok perangai aku sekarang ni.

Sesungguh nya entri ini memang tiada faedah langsung. Mungkin bakal menerima reaksi negatif dari pembaca... Terutama nya pembaca gadis dan wanita (mungkin).

Teringat pada cerita Jepun yang bertajuk Shimokita Glory Day (kalau tak salah aku, itu tajuk nya. Maaf kalau wrong spelling). Seorang lelaki yang tinggal bersama 6 orang perempuan seksi dan hot dalam satu rumah. Impian liar (wildest dream kata orang putih) bagi semua lelaki....agaknya.... Yang gay mungkin tiada impian seperti itu.

AMBIGRAM UNTUK AKU

Kalau kamu semua perasan, si bawah player eSnips yang memainkan lagu bertajuk Kamu nyanyian kumpulan Nitrus di atas ini, ada satu tulisan dengan reka corak yang unik. Itu adalah tulisan nama aku, Amirul.

Itu namanya ambigram. Terima kasih banyak-banyak kepada saudara Rizuan a.k.a. bulu-san kerana sanggup membuang masa bernilai nya untuk membuat ambigram untuk aku.

Bukan 1 sahaja yang dia buat, tapi 2. Kalau kamu scroll ke bahagian bawah blog aku, kamu akan nampak hasil kedua ambigram beliau, tertera tulisan amierulez.

Terima kasih kepada beliau sekali lagi, juga encik Azrul yang membantu beliau. Memang korang cool. Kini blog beliau juga tersenarai dalam link list aku di sebelah tepi, bahagian kawan-kawan bloggers.

Kawan-kawan bloggers aku semuanya memang cool. Korang patut lawat blog mereka jika belum berbuat demikian.

Apa itu ambigram? Korang tak tau? Klik sini, cepat!!!!

Monday, October 29, 2007

AWAS!!!! ADA OTAI DI SEBELAH MU!!

PROLOG

Otai yang aku maksudkan bukan lah cerita lawak bodoh arahan Prof Madya Abd Razak yang sedang ditayangkan di wayang. Tetapi otai bahasa arab.

Sebelum aku cerita ke bahagian itu, biar aku ceritakan dulu beberapa kisah hidupku yang lain dulu.

BAB 1

Semalam, sekali lagi tidur pagi ku di ganggu untuk kesekian kali nya. Kali ini oleh awek Lula. Aku tak tau kenapa aku sering di ganggu pada waktu pagi. Dan orang yang kacau aku mesti orang yang berlainan. Adakah mereka semua telah berpakat untuk menganggu aku secara bergilir-gilir?

BAB 2

Hari ini aku ada paper final bahasa arab pada pukul 9 pagi. Jadi aku bercadang ingin tidur sejurus selepas perlawanan bola antara Liverpool dan Arsenal. Untuk pengetahuan kamu semua, semenjak kebelakangan ini, aku sering tidur pukul 6 atau 7 pagi. Dan tersedar awal kerana sering di ganggu.

Jadi aku ingin tidur awal untuk menstabilkan kembali waktu tidur aku. Malangnya, sehingga pukul 4:30 pagi, aku masih gagal untuk tidur. Lalu aku bangun dan berbual dengan Apeng dengan harapan aku dapat hilangkan rasa berat mata ku ini. Malas dah nak tidur balik. Takut tidur kejap sangat akan menyebabkan aku pening kepala pula.

Tapi bila jam mencecah 5:30 pagi, aku rasa mengantuk gila pulak. Aku cuba tak mahu tidur, tapi gagal. Aku tidur selama sejam. Kemudian terjaga. Lalu aku bersiap dan meminta roomate ku menghantar aku ke UiTM Segamat. Nampak nya aku bakal berdepan dengan paper arab dengan mata separa terbuka.

BAB 3

Sebaik berjumpa dengan Rahman dan beberapa member yang lain, mata aku jadi segar bugar. Syukur. Alamat baik ni. Maka aku masuk ke dewan peperiksaan.

Aku duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekelas gadis. Aku tak kenal sangat dia dan mula-mula aku sendiri tak berapa pasti benarkah dia ni classmate aku. Maklumlah, aku sering kali gagal menghadirkan diri ke kelas arab setiap rabu pukul 12 tengahari. Aku namakan gadis tersebut sebagai GO (gadis otai. Gila Otai!!! pun boleh juga).

Maka exam bermula. Aku baca soalan perlahan-lahan. Aku pun menjeling ke meja GO. Laju sungguh dia menulis. Aku buat tak tahu.

Masa berlalu dengan laju. Dah 45 minit masa berlalu. Tiba-tiba aku nampak GO dah pun buat soalan yang terakhir, soalan bina ayat. Laju gila minah ni jawab. Gila otai!!! dan sejurus kemudian dia sudah siap. GO meletakkan pen nya lalu menutup kertas jawapan.

45 minit sudah siap. Aku 2 jam pun susah nak siapkan. Betul-betul otai. Aku dah terasa di psycho oleh GO. Yang pelik dia tak nak keluar dewan. Dia sanggup bersejuk di dalam dewan yang air-cond nya sejuk macam kat Alaska dan memerhatikan budak lain.

Lebih psycho bila dia pandang aku dan kemudian tersenyum. Senyuman dia tu bukan lah senyuman yang membawa maksud "Good Luck" atau "selamat berjuang" atau "ganbate". Tapi suatu senyuman sinis yang membawa maksud "jangan mimpi kau boleh siapkan paper tu" atau "jangan mimpi la nak dapat A" atau "tak payah la susah susah jawab. Bukan betul pun apa yang kau tulis tu".

Dia terus menunggu sampai habis 2 jam walaupun ramai orang yang dah siap menjawab keluar dari dewan. Dia memeluk diri dan tersenyum pada kawan-kawan yang lain. Aku tak tahu apa motifnya.

EPILOG

Aku bersyukur kerana buat kali pertama nya aku dapat jawab semua soalan arab (kecuali bahagian bina ayat. Yang tu susah... bagi aku). Selama ini kalau ada 10 soalan, aku cuma mampu jawab 5 atau 6. Tapi kali ini berbeza. Betul salah, belakang kira. Janji jawab semua.

Paper seterusnya, yang paling di geruni. Managerial Economic pada rabu ini.

Sunday, October 28, 2007

PERKARA YANG SELALU TERJADI ATAU AKU SERING LAKUKAN KEBELAKANGAN INI

Berikut adalah perkara yang sering terjadi dan aku lakukan kebelakangan ini:

1. DI GANGGU SEWAKTU TIDUR

Aku sering di ganggu sewaktu pagi hari. Dari orang yang salah nombor dan terSMS aku, kawan aku yang kacau aku pagi-pagi buta, adik angkat aku yang SMS setiap pagi dan Herman, housemate aku, yang selalu kacau aku nak pinjam beg laptop dan pendrive.

Kenapa la telinga aku sensitif sangat. Dengar bunyi mesej yang slow pun boleh terjaga. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau aku pekak lagi susah kan? Syukur kepada Allah kerana deria pendengaran aku masih ok.

Aku ni jenis kalau dah tersedar, susah nak tidur balik. Walaupun aku mengantuk lagi, terpaksa juga bangun akhirnya. Sungguh menganggu. Jadi aku pun layan MP3 untuk menghilangkan mengantuk ku itu.

2. TERFIKIR TENTANG ALAM PEKERJAAN

Ibu dan ayah aku selalu tanya aku, "Nanti nak kerja dekat mana?"

Soalan yang membuatkan aku buntu. Bukan mereka sahaja yang bertanya. Abang ku, akak ipar ku, para pakcik dan mak cik ku, sepupu-sepupu ku, dan ramai lagi.

Ada yang suruh aku kerja di KWSP sahaja. Senang. Abang aku, akak ipar ku, sepupu ku, pak andak ku dan mak andak ku semua kerja di sana. Senang nak dapat kerja kata mak ku. Dah ada orang dalam.

Entah la. Aku rasa seperti belum bersedia untuk itu semua. Aku sendiri tidak pasti bakal pekerjaan aku selepas ini.

Pernah aku luahkan yang aku nak bekerja di agensi pengiklanan, tetapi di tentang keras oleh ahli famili ku. Mereka kata, ramai cina dalam industri tu, melayu tak boleh hidup. Ada yang kata susah dapat cutilah, selalu balik lambat, kerja banyak dan sebagainya.

Semua ini membuatkan aku lemah semangat dan kebingungan.

3. TERKENANG KENANGAN SILAM

Biasanya selepas bangun tidur (di ganggu tidur pagi), aku akan mengenang kisah silam.

Dari kisah mula belajar ijazah, ke zaman diploma, ke zaman menganggur selepas SPM, ke zaman sekolah menengah, ke zaman sekolah rendah hingga aku masih kecil anak.

Macam-macam aku ingat kan. Teringat kawan-kawan lama, kisah kelakar bersama kawan-kawan, kenangan manis percintaan, kisah patah hati, main ting-ting dengan budak perempuan....juga main pondok-pondok. Ada sesetengah yang menarik, aku akan kongsikan dalam entri yang mendatang.

Tak tahu mengapa, tapi selalu sangat terjadi sekarang ni. Mungkin kenangan ini boleh mematangkan aku yang belum cukup matang ini. Hidup ini suatu perjuangan tanpa henti-henti. Betul kata Ahmad Dhani tu....

4. MAKAN MAGGI DI 7-ELEVEN

Sejak bulan ramadan hingga semalam, aku sering makan maggi di 7-Eleven. Aku sering makan bersama roomate aku, tapi kadang-kadang di sertai oleh housemate yang lain.

Biasa aku makan di 7-Eleven Jementah, di mana aku takrifkan sebagai 7-Eleven paling daif sekali yang pernah aku jumpai.

Stok sering habis dan jarang di perbaharui. Bila dah habis terus barang tu, baru mahu letak stok baru. Kadang-kadang sampai 2-3 bulan produk yang habis tu tak di jual di 7-E tersebut. Entah, aku tak tahu apa yang pengurus cawangan di situ buat. tak nampak ke stok selalu habis?

Itulah senarai pendek yang aku dapat taipkan kali ini. Harap kamu puas hati dengan nya. Tiada lagi ayat jiwang atau peristiwa patah hati dalam entri kali ini.

Berjumpa di entri akan datang. Selamat....

Saturday, October 27, 2007

LOVE HURTS... BUT SOMETIMES IT'S A GOOD HURT

AMARAN: ENTRI INI KUAT BERBAU JIWANG, PATAH HATI DAN KEKECEWAAN BERCINTA. JIKA KAMU TIDAK SUKA DENGAN TEMA-TEMA ITU, SILA ABAIKAN ENTRI INI DENGAN SEGERA

Pada pagi jumaat, pagi semalam lah ye, aku terbangun kerana SMS lagi. Tapi kali ini SMS daripada kawan aku. Bukan SMS yang sial menggangu mimpi indah aku.

Tetapi masa tu, aku sedang mimpi. Mimpi aku dapat soalan bocor paper Managerial Economic. Baru aku nak selak kertas soalan tu, SMS kawan aku telah menggangu mimpi aku itu. Cis sungguh.

Lepas tu, aku lepak. Termenung. Aku ambil MP3 yang aku pinjam daripada roomate aku. Mp3 aku sudah rosak. tengah tunggu masa untuk beli yang baru.

Tiba-tiba, bila sampai pada lagu Incubus, Love Hurts. Terus aku teringat kisah percintaan monyet ku semasa sekolah menengah.

Kisah yang aku ingat kan ini bermula selepas aku putus dengan awek pertama aku, A. Percintaan yang di bina sejak aku form 2 hingga 2 bulan selepas SPM tamat kerana salah faham yang bodoh dan kemudian, ego meninggi antara kami menyebabkan kami terus membawa haluan masing-masing.

(Maaf kan aku kalau ayat di atas terlampau jiwang dan puitis. Aku sedang menghayati. Entri kali ini akan di penuhi dengan ayat sebegini. Harap bersabar. Baik, aku sambung)

Kemudian, aku pun keseorangan. Dalam keseorangan, aku teringat kembali seorang gadis yang belajar sekelas dengan aku semasa kelas tuition add math. Nama nya M, sama nama dengan seorang watak dalam cerita lagenda melayu. Kamu patut tahu kan.

Aku memang berminat dengan dia, tetapi disebabkan aku sudah ada awek, aku tidak kacau dia. Sekadar berkawan. Selepas aku putus dengan A, aku terus menghubungi dia.

Tiap-tiap hari aku menelefon dia. Dia tidak berkerja selepas SPM, aku pula tolong ibu dan ayah aku meniaga pada waktu pagi. Jadi waktu malam atau petang, aku pasti menelefon dia.

Hari ke hari (sebenarnya baru 3 minggu je) kami semakin intim. Perbualan kami menjadi semakin mesra. Rasa cinta mula membibit dalam hati aku. Tapi kadang-kadang aku tak pasti betul ke aku cintakan dia? Atau aku cuma menjadikan dia sebagai bahan untuk melupakan kekecewaan aku dengan A.

AAHHH!!! Aku tak peduli semua itu. Lalu aku rasa tidak boleh di pendam lagi perasaan ini. Aku harus luahkan.

Aku fikir, masa sudah sesuai untuk aku meluahkan perasaan suci aku ini. (Suci sangat la pulak) Lalu aku meluahkan perasaan kepada nya. Nak tahu apa jawapan nya....

"Maaf. Saya tak boleh terima awak."

ZAP!! Bagai petir memanah hati. Bagai Mike Tyson menumbuk perut ku. Bagai terkena cirit-birit ketika hendak ambil paper final.

"Kenapa?", tanya aku ringkas.

"Hati saya telah berpunya."

"Awak dah ada boyfriend?"

"Tak."

"Habis tu."

"Saya dah suka dekat sorang laki ni."

"Dia tau ke awak suka kat dia?"

"Tak. Saya tak pernah luahkan lagi."

"Kalau dia tak terima awak. Macam mana?"

"Saya anggap saya dan dia tiada jodoh."

"Tapi saya suka awak."

"Awak cuma suka saya. Bukan cintakan saya."

"Tapi..."

"Awak... Anggaplah kita tiada jodoh. Kita cuma boleh berkawan sahaja."

"Tapi. Kalau dia tolak awak..."

"Tak pe. Saya sanggup terima."

"Kenapa awak sanggup diperlaku demikian?"
(aku tak cakap macam ni pun masa tu. Saje je nak sedap kan ayat. Ni aku bukan ingat semua pun. Main tulis je. Aku ingat isi penting je)

"Cinta itu buta. Awak pernah bercinta kan? Awak mesti pernah rasa macam ni jugak."

"Tapi..."

"Awak... Anggaplah kita tiada jodoh. Kita cuma boleh berkawan sahaja. Kalau awak tak boleh terima kenyataan, lupakan saya. Tapi saya betul-betul suka berkawan dengan awak. Awak selalu ceriakan saya. Lagipun..."

Aku terus letak ganggang. Tak mahu aku dengar dia bercakap lagi Aku tak boleh terima kenyataan. Apa beza suka dan cinta? Tiba-tiba aku rasa benci pada dia.

Dan ini juga pertama kali aku rasa di tolak oleh wanita. Senang cerita, kena reject lah. Aku tak boleh terima kenyataan semasa itu. Aku masih mentah. Masih naif untuk memahami semua itu. Masih bodoh untuk faham permainan cinta.

5 tahun kemudian, aku di sini. Dan aku kini sudah faham semua itu. Aku juga faham sekarang apa maksud suka dan cinta. Dan ya. Aku suka dia, bukan cinta dia.

Apa jadi pada M? Aku pun tak tahu. Aku cuma ada dengar cerita dia menyambung pembelajaran di Matriks dalam jurusan Sains Hayat. Semoga dia bahagia dengan pilihan hati nya (itu pun kalau dia dapat tackle laki tu lah.)

Dan aku berharap aku dapat jumpa dia. Aku hendak berbual dengan dia. Sebagai kawan. Aku sudah tidak benci pada dia. Dia telah mengajar aku tentang realiti hidup. Tentang permainan hati dan perasaan. Dan penting sekali, mematangkan aku.

Aku? Sudah single selama setahun setelah putus pada malam raya tahun lepas dengan awek nombor 3 ( ada seseorang yang wujud setelah aku gagal tackle M dan menjadi awek nombor 2. tapi tak lama)

Tak pe. Pelahan-pelahan. Jangan gopoh. Tunggu samapai yang betul-betul berkenan dihati.

Betul lirik lagu Incubus tu, "LOVE HURTS... BUT SOMETIMES IT'S A GOOD HURT."

Cinta memang menyakitkan, bila aku di reject. Tetapi memang GOOD HURT kerana telah mematangkan aku..........................

AAARRRRGGHHH!!!!! Jiwang gila entri aku ni. Ayat jiwang nak mampus. Aku pun macam tak percaya pulak aku boleh taip semua ni. Mampus aku kena kutuk dengan korang semua.

Apa nak jadi dengan blog ni? Dah jadi sampah ke? Kamu nilai sendiri.....

Friday, October 26, 2007

SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

Hari ini, entah kenapa, susah pula aku nak akses blog aku. Line blogspot buat hal. Susah gila nak masuk dan post entri baru dalam blog ni.

Jangan kan nak post, nak balas komen kamu semua pun susah.

Jadi, jika kamu semua menunggu aku post baru, maafkan aku ya. Bukan salahkan aku, salahkan server blogspot ni.

Thursday, October 25, 2007

PAGI YANG GELAP TELAH DI GANGGU OLEH SMS YANG SALAH

Hari ini merupakan hari keluarga untuk rumah sewa kami. Kami hari ini sebulat-suara telah bersetuju untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekeliling rumah.

Hasil daripada gotong royong yang di jalankan petang tadi, kami berjaya melonggokan sebanyak 13-14 bungkus plastik sampah untuk di buang. Hebatkan? Pasti abang pengutip sampah akan berasa pelik melihat rumah kami mampu menghasilkan sampah demikian rupa.

Tetapi hari aku bermula dengan lebih buruk pagi tadi. Sedang enak aku tidur, aku telah diganggu oleh Herman yang ingin meminjam beg laptop aku. Kemudian, di kala aku baru hendak lelap kembali, aku dapat satu lagi gangguan. Hand phone ku berbunyi. Ada SMS masuk.

SMS di sini disebut sebagai Short Message Service atau dalam bahasa melayu nya, Servis Pesanan Ringkas. Bukan lagu dangdut SMS atau lagu yang telah di nyanyikan semula oleh Kumpulan Kristal.

Mula-mula SMS dari kawan aku. Aku balas SMS kawan ku itu. Kemudian tiba satu lagi SMS. SMS itu berbunyi begini:

"Woi kawan. Lama tak dengar cerita. Apa khabar? Dah kawin ke? Anak dah berapa?"

Sapa pulak ni? Aku tengok nombor pengirim, aku tak kenal. Nombor yang aku tak simpan dalam phone book handphone aku.

Aku balas semula,"Aku belajar lagi la. Ni siapa ni eh?"

Dia membalas kembali, "Aku la. Kawan baik kau pun kau tak simpan nombor ke?"

Siapa pulak ni? Biasa aku simpan semua nombor kawan baik aku. Siapa pulak ni?

Aku jawab balik, "sorry la. Tak de nombor kau dalam phone book aku. Sape ni?"

"Aku la. Johari. Joe"

Eh? Aku tak de kawan nama Johari. Roomate aku ada la.

"Eh? Sorry beb. Aku tak de kawan nama Johari. Are you sure you got the right number?"

Tak sangka dalam mamai aku boleh taip dalam english pulak.

"Kau ni bukan Kamal ke?"

Dan di sini kita dah nampak kesilapan mamat ni.

"Nama aku Amirul la beb."

"Oh ya ke. Sorry. Selamat Hari raya."

Dan tidur aku telah di ganggu oleh SMS durjana itu. Cis sungguh. Aku tak suka di ganggu semasa tidur.

JAWAPAN KEPADA MISTERI MIMPI NADIA

Tadi, semasa aku sedang menonton cerita KAMI di 8TV, adik angkat aku telah pun menghantar SMS kepada aku. Adik angkat aku ni berumur lebih kurang 20 tahun rasanya.

SMS tu tertulis lebih kurang macam ni:

"La, abang cari girl nama Nadia ke? Adik baca blog abang tadi. Adik ada kawan nama Nadia la. Single lagi. Cun tau. Nak kenal tak? Boleh tercapai cita-cita abang masa belum akil baligh tu. Nak tak :-) "

Kamu semua agak apa yang akan balas kepada adik angkat aku?

"Mesti la abang nak... (",)"

Hehe... semua lelaki akan jawap begitu kan? Lagi-lagi kalau kamu sedang kesunyian selepas setahun single.

"Macam mana orang nya kawan adik tu?", balas aku semula.

"Kenal la dulu. Abang nilai sendiri. Kawan dengan dia. Kalau ok, abang carry on la dengan dia. Kalau tak minat ambik jadi adik angkat sudah."

Bijak adik angkat aku. Betul. Kenal dulu dengan dia. Lepas tu kita tengok apa terjadi.

Untung juga ya jadi seorang bloggers ni. Banyak kelebihan nya... (",)

Tongah, aku rasa kau dah boleh buat entri pasal kau nak cari gadis nama Julia pula. Mana la tau dapat jugak. Kalau tak ok, buat adik angkat. Tak gitu... Hehehe....

Wednesday, October 24, 2007

ADA APA DENGAN NAMA

Nampaknya entri aku berkenaan pencarian gadis bernama Nadia semasa aku belum akil baligh lagi mendapat sambutan dan komen yang pelbagai dari kawan-kawan bloggersfera yang lain. Aku ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan sekalian.

Kepada kawan-kawan yang ada kawan bernama Nadia yang cun dan masih single, jangan teragak-agak untuk foward kan nombor telefon bimbit mereka kepada aku (kecuali Nadia student Diploma Hotel Katering batch aku masa aku belajar di Politeknik Merlimau dan yang bernama Azrul Nadia). Juga jika adakamu kenal gadis bernama Julia, sila foward nombor kepada Tongah.

Sekarang aku nak menjawap soalan daripada kawan-kawan aku. Ada ramai kawan-kawan dan pembaca blog aku yang bertanya kepada aku melalui e-mel, mesej friendster, SMS, secara face-to-face dan lain-lain cara lagi berkenaan nama blog aku ni. Mana kau dapat nama Warmness On the Soul ni? Kenapa tak nama kan blog kau ni bahasa melayu? Dan sebagainya.

Kadang-kadang aku jawab dan kadang-kadang aku biarkan soalan itu tergantung tanpa jawapan. Tapi kali ini aku akan jawap semua persoalan kamu selama ini dalam blog ini supaya semua orang, termasuk yang tak bertanya soalan ini, tidak berada dalam kebingungan lagi.

Soalan 1
Mana kau dapat nama Warmness On The Soul ni?

Warmness On The Soul sebenarnya satu judul lagu daripada kumpulan Avenged Sevenfold. Lagu ini di ambil daripada EP mereka yang juga mempunyai tajuk yang sama dengan tajuk lagu mereka ini, Warmness On The Soul.

Kumpulan Avenged Sevenfold merupakan band yang memainkan lagu-lagu bergenre kan Metalcore, Hard Rock dan Heavy Metal. Tetapi lagu ini berbeza. LAgu ini merupakan lagu paling slow, paling Mellow atau senang cerita, paling jiwang yang pernah di hasilkan oleh band ini. Aku pun agak terkejut yang band ini boleh buat lagu macam ini.

Lagu ini secara keseluruhan nya di penuhi nyanyian penyanyi nya, M. Shadow, secara solo dan di iringi bunyi piano. Bunyi drum dan gitar masuk dalam pertengahan lagu tapi secara biasa. Tiada bunyi metal pun.

Aku ni bukan la kreatif sangat dalam mencari nama blog. Ceduk ikut suka je.

Soalan 2
Kenapa pilih Warmness On The Soul jadi tajuk blog Kau?

Sebab masa aku buat blog ni, aku kebuntuan idea untuk memilih tajuk yang sesuai.

Tiba-tiba, lagu Warmness On The Soul di mainkan di winamp aku. Terdetik hati aku untuk memilih tajuk lagu ini menjadi tajuk blog aku.

Lagipun kebanyakkan peminat Avenged Sevenfold tidak pernah dengar lagu ini atau pun tidak suka lagu ini lalu lagu ini luput dari memori mereka. Jadi secara spontan aku mendapat nama blog aku.

Soalan 3
Kenapa blog kau ni tak di tetapkan dengan satu tema? Maksud aku, kau tulis pasal muzik aje ke, bola sepak je ke?

Itu tak cool beb. Aku tulis ikut suka aku. Apa terlintas dalam otak aku, segera aku tuliskan (atau taip kan untuk lebih tepat).

Aku tak suka blog aku bertema. Nanti kalau aku dah buat tema muzik. Aku tak boleh tulis pasal bola sepak. Aku kena buat blog lain pula khas untuk bola sepak. Itu melecehkan. Jadi ini adalah yang terbaik aku buat.

Soalan 4
Kau tak nak tukar nama blog kau ke bahasa melayu ke? Kau pun blogging dalam bahasa melayu kan?


Walaupun nama blog aku dalam bahasa inggeris, tak bermakna aku tidak cintakan bahasa ibunda kita ini. Lagipun aku tidak rasa salah untuk menggunakan tajuk inggeris untuk blog melayu.

Biar aku bagi contoh kepada kamu. Berapa banyak nama band di Malaysia yang menggunakan nama inggeris untuk Band mereka tetapi menyanyi dalam bahasa melayu? Biar aku senaraikan nama-nama band itu kepada kamu:

Black Dog Bone, Sweet September, Carefree, Boney M...eh. Ni band omputih, Sweet Charity, The Revolvers, Gingerbread, Alleycats, Flybaits, Bloodshed, Wings, May, Search, Rusty Blade, Crossfire, Lefthanded, Black Rose, Teachers Pet, Handy Black, Flop Poppy (erm...ni bahasa inggeris ke?), O.A.G (refer as Old Automatic Garbage), Spider, Def Gab C (yang ni bahasa inggeris jugak ke?), Kamikaze (ha...yang ni siap bahasa jepun lagi), Meet Uncle Hussain, Pretty Ugly, The Muffins, The Times, Sil Khannaz, Jason Lo (ni bukan band la), The Fabolous Cats (hehe..), Jinbara (erm...ni bahasa ape ni? Ke bahasa melayu ni) dan banyak lagi la.

Jadi bagi aku, tidak menjadi masalah untuk aku meletakkan nama blog aku dalam bahasa inggeris walaupun aku blogging dalam bahasa melayu.

Kemungkinan untuk aku tukar nama blog aku ini mungkin ada. Kita tunggu dan lihat.

Begitulah entri aku yang panjang lebar, mengarut dan agak sampah untuk kali ini. Entri yang sesuai jika anda tiada idea tetapi gatal tangan untuk post entri walaupun tiada idea.

Jika kamu ingin download lagu tersebut, boleh melawat Multiply aku. Link multiply aku ada di bahagian tepi tu. Tapi multiply aku sangat cikai. Kosong je kecuali bahagian muzik ada sedikit lagu untuk kamu download. Selamat berjaya.

Kalau mahu dengar dulu lagu itu, sila pergi ke bahagian paling bawah blog aku ni. Akan ada gadget yang boleh memainkan lagu tersebut. Sila klik play. Kalau suka, baru download kat multiply aku.

Tuesday, October 23, 2007

MISTERI MIMPI NADIA

Pagi tadi, sebaik aku sedar daripada tidur aku, tiba-tiba aku teringat kosah-kisah semasa aku masih sekolah rendah.

Dan tiba-tiba, aku teringat kisah aku semasa aku masih sekolah rendah. Semasa aku sekitar aku darjah 4 hingga darjah 6. Aku masih ingat lagi, semasa itu aku belum ada girlfriend lagi, walaupun sesetengah kawan aku sudah pun mempunyai girlfriend pada masa itu.

Semasa itu, aku teringin sangat untuk mendapatkan sorang girlfriend yang bernama Nadia. Kenapa? Aku pun tak ingat mengapa aku mahu teman wanita bernama Nadia. Aku masih naif, belum matang, mumaiz, belum berfikiran panjang dan sebagainya sewaktu itu. Jadi aku pun tidak ingat mengapa aku mahu girlfriend bernama Nadia.

Semasa aku sekolah menengah, aku langsung lupa mengenai hal ini, lebih-lebih lagi bila aku berjaya mendapatkan seorang girlfriend pada tingkatan 2. Nama awek aku semasa itu bermula dengan huruf A. Dan semasa aku berumur 23 tahun ini, baru aku teringat semula peristiwa tidak matang itu.

Ironi nya, bila aku fikir-fikir kan semula, sepanjang hidup aku, aku tidak pernah ada girlfriend bernama Nadia. Dan lebih menarik lagi, aku tidak pernah ada kawan pun yang bernama Nadia (aku rasa la). Tapi memang aku yakin aku tak de kawan bernama Nadia. Aku check senarai phone book dalam hand phone aku, memang tiada.

Paling dekat pun sepupu aku bernama Nadia, dan dia masih kecil lagi. Dan kawan kepada kawan aku, bernama Nadia. Aku pernah jumpa dia, tapi tidak pernah pun berbual dengan aku. Sebab dia bukannya kawan aku pun.

Setelah aku fikir-fikir kan, sejurus selepas aku bangun tidur petang tadi. Baru aku faham kenapa aku mahu awek bernama Nadia (mungkin la ni):

N - Nadia
A - Adalah
D - Delusi
I - Indah
A - Aku

Tapi tak mungkin aku boleh fikir benda di atas ni semasa aku sekolah rendah. Perkataan delusi tu pun aku tahu semasa aku sedang belajar peringkat diploma.

Kan bagus aku boleh patahkan balik pemikiran aku semasa aku sekolah rendah. Mungkin aku dapat tahu apa sebabnya aku mahukan girlfriend bernama Nadia. Mungkin.....

Mungkin semasa aku sudah bekerja nanti, aku di jodohkan dengan gadis bernama Nadia? Mungkin kah? Aku pun tak tahu. Time will tell.

P/S: Kepada saudara azrul, aku rasa entri terbaru aku ni pun agak sampah juga.

Monday, October 22, 2007

LEPAS SATU HALANGAN

Petang tadi aku menduduki paper pertama dalam final exam aku, hubungan etnik.

Bagi aku, ok la paper tadi tu. Soalan objektif banyak juga yang mengelirukan tapi boleh la aku jawab (di campur dengan hentam keromo dan membabi buta).

Soalan esei aku jawab menggunakan 20% apa yang tertulis dalam buku teks dan 80% jawapan yang aku fikir mengikut logik akal.

Paper seterusnya, Bahasa Arab, pada isnin depan. Tapi ini bukan alasan untuk aku relax, kena study juga.

Sunday, October 21, 2007

PERJALANAN AIDILFITRI AKU

9 Oktober

Test 2 Managerial Economic pada pukul 8 hingga 10 pagi. Selesai test, aku balik rumah, lepak-lepak sementara menunggu ke kelas Sales pukul 1 tengahari. Kawan aku yang ambik aku dekat rumah pukul 2 petang. Bila sampai ke kelas, kelas dah pun selesai. Kami tanda attendance lepas tu terus berangkat.

Aku tidur sepanjang perjalanan ke Batu Pahat. Sedar-sedar dah sampai di depan rumah. Laju gila minah ni bawak kereta. 1 jam 10 minit dari Segamat ke Batu Pahat. Ikut Bukit Kepong. Memang laju. NAsib baik aku tidur

10 Oktober

Aku bersama ibu dan ayah pulang ke kampung di Kampung Nakhoda, Selayang Lama, Gombak. Walaupun kampung aku tu dah tak serupa kampung sangat, tapi aku suka kampung aku. Naik bas pukul 12 tengahari. Sampai di puduraya pukul 4:30 petang. Biasa lah, traffic Jam

11 Oktober

Keluar bersama abang aku. Shopping raya. Bukan apa, cuma nak cari kasut baru. Tapi last-last, beli baju dan seluar sekali.

Akhirnya, dalam tempoh sejam shopping, aku dapat beli kasut Converse, 1 seluar jeans BUM, 2 helai baju dan tali pinggang. Kalau perempuan yang shopping, sejam belum dapat apa-apa lagi tu.

12 Oktober

Sehari sebelum raya, aku, ayah aku dan abang aku di tugaskan untuk memasak rendang dan ketupat. Tahun ini, Pak Uteh aku di tugaskan untuk membuat lemang. Nasib baik. Kalau tak lepak nak jaga semua.

Malam temankan anak saudara aku dan sepupu kecil (dan juga sepupu yang dah boleh jadi emak dan ayah) main bunga api. Lepas tu acara isi kuih raya dalam balang sambil tengok drama malam raya lakonan Rosyam Nor.

Lewat malam, hampir pukul 1 pagi. Apeng SMS aku. Aku dan Apeng berkongsi kampung yang sama. Dia datang ke rumah aku sebab nak menentukan kedudukan rumah aku ni, esok dia nak beraya dekat rumah aku.

Apeng datang naik Perdana. Perdana pak cik dia...kata dia lah. Lepas berbual pendek, Apeng pun chow. Dia janji nak beraya esok

13 Oktober

Hari raya!!! Semua ahli keluarga aku berkumpul di rumah pusaka arwah atuk dan nenek. Tema baju raya tahun ini berwarna hijau. Semua ahli famili aku pakai baju warna hijau kecuali keluarga Pak Uteh aku. Kenapa? Aku malas nak jawab. Isu sensitif.

Petang tu aku tunggu Apeng. Tak sampai-sampai pulak. AKu SMS dia, haram dia balas mesej aku.

14 Oktober

Raya kedua di mulakan dengan kami semua beraya di rumah mertua abangku. Kemudian, kami bergerak ke Mantin untuk beraya di rumah sepupu mak aku.

Di Mantin, Apeng call aku. Dia baru nak beraya aku. Nampaknya tak de rezeki tahun ini. Tahun depan la nampaknya apeng...

15 Oktober

Pulang ke Batu Pahat. Mula beraya di sana pula.

Aku kira jumlah duit raya aku tahun ini. Untuk pengetahuan kamu, aku masih menerima duit raya. Menurut peraturan famili aku, selagi seseorang itu masih belajar dan tidak bekerja, mereka masih layak menerima duit raya, tak kira berapa umur nya. Aku masih dalam golongan itu.

Berapa duit raya aku? Ada la RM 500++. Duit itu akan di gunakan untuk tujuan menambahkan prestasi laptop aku dan lain-lain aktiviti yang bermoral.

Banyak dah aku taip ni.... Jumpa lagi.

KEMBALI BERAKSI

Ya!!! Aku dah kembali ke rumah sewa aku...

Ini juga bermaksud, final exam aku bermula esok!!!! Cuak juga aku sebenarnya. Nasib baik paper hubungan etnik yang memulakan tirai peperiksaan, satu subjek yang ringan. Kalau Managerial Economic atau Channel Management yang membuka tirai, maka aku yang akan menutup tirai dahulu.

Aku sebenarnya rasa belum bersedia untuk final exam ni. Masih dalam mood raya. SALAH! Masih dalam mood cuti! Seronok betul cuti. Di tambah pula semester ini tiada cuti petengahan semester dan semasa cuti semester yang lepas, aku mengambil kelas intersessi.

Aku rasa aku memerlukan cuti yang lebih panjang. Tapi final exam sudah bermula. Mahu tak mahu aku kena berdepan dengan exam tahun ini.

Harap semester ini keputusan aku lebih memberangsangkan. Selamat berjaya aku ucapkan kepada kawan-kawan aku dan juga rakan-rakan blogging yang akan menghadapi peperiksaan. May the force be with you
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...