Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, June 19, 2007

IS THIS THING FOR REAL??? PART 2

Hari ni aku nak tanye dan bincang dengan korang benda2 yang rase nye korang pun ade dapat jugak kat korang punye e-mel atau pun kat message @ bulletin kat friendster/myspace....

Aku dah banyak kali dapat e-mel yang ni. First time aku dapat e-mel ni masa akhir tahun lepas. E-mel pasal hari akhirat @ kiamat. Betul ke ni...??

Mari baca dan nilai kan nye bersama:

Takutnya!!! sempat ke kita nie ?

a) Mengikut hadith, umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066..

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022,disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066....

Wallahu'alam... Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian... Sampaikanlah mesej ini kepada semua kenalan Islam anda... Semoga saudara-saudari sekalian akan mendapat rahmat ALLAH S.W.T...

Seingat aku.. masa aku belajar dulu, ustaz dengan ustazah aku tak pernah lak cerita kat aku pasal hadith pasal umat islam akan hidup sampai 1500 tahun aje.. (tak tau la kalau aku tido, main2 dalam kelas atau tak tak tumpu kan perhatian aku masa mengajar...) So sape2 yang tau pasal hadith ni, boleh tak e-mel kat kau tau bubuh tang bahagian komen aku tu...

Dalam e-mel tu jugak ada tulis kita dah hidup selama 1439 tahun... ape maksud nye tu??
kalau kalendar islam tahun ni tahun 1428 hijrah... nape eh dia cakap macam tu???

Pasal planet yang nak langgar bumi ni pun aku tak tau...
ade sape2 tau pasal hal ni tak...?? bg aku artikel @ web link pasal planet ni..

pasal kemuncak kuasa israel.. Israel akan sampai ke kuasa puncak pada tahun 2007.. Tahun ni la kan? tapi aku macam tak rasa yang kuasa Israel memuncak pulak tahun ni.. atau aku tak tengok dan peka pasal berita dunia...??


Satu lagi yang paling aku ingat, ustaz aku ade cakap dulu masa aku sekolah agama....

"Manusia tidak boleh meramal hari akhirat... tak de siapa pun yang tahu bila hari kiamat kecuali Allah S.W.T. sahaje yang mengetahui.."

Ha..!!!! kita tak leh ramal hari akhirat.. ni yang buat aku sangsi ni pasal ke sahihan e-mel ni.. nak percaya sangat pun seram gak.. boleh murtad kan kalau kita percaya benda lain selain dari Allah..

So ape pendapat korang...Kalau ada sape2 tau pasal hadith yang umat Islam akan hidup 1500 tahun tu, tolong bagi kat aku eh.. aku nak kaji dalam2 nih... mari bincang...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...