Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, June 13, 2007

IS THIS THING FOR REAL???

Aku rase korang mesti penah dapat ayat2 ni kat e-mel atau pun kat message @ bulletin kat friendster/myspace....

aku dah banyak kali dapat tapi aku buat tak tau je. Tp semalam tetiba, aku terpikir... "betul ke benda alah ni?"

mari kita renungkan sama2 dan korang tengok betul ke tak atau ade jadi dalam hidup korang tak....

ni la lebih kurang ape yang aku dapat:

Sesuatu yg anda tak perasan atau terfikir

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

Hah? Ye ke? sape plak yang sanggup mati untuk aku ni? aku rase mcm tak de je... maybe parents aku kot.. tp baru 2, lagi 3 sape eh? kawan2 maybe? sape??? mengaku la wei!!!

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

15? bnyk gak orang sayang kat aku... ok! parents aku dah 2 orang, abang aku.. baru 3 beb... siapa lagi 12 tu?banyak nye!!! biar betul. mungkin aku ade kawan yang betul sayang kat aku (TQ kepada kawan2 yang sayang kat aku tu.. I really appreciate friends that remember me & love me..)
tapi still satu figure yang besar..menyayangi anda dalam beberapa cara.. Wow!! banyak cara orang sayang aku... macam mana la tu yek?

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

aku rasa orang benci aku sebab tak suka perangai aku ke, aku ada terlepas cakap ke... bukan sebab nak jadi macam aku. aku ni bukan ada ape pun sampai orang nak jadi macam aku..

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

wwwaaa..... orang ni tak suka aku, tapi bila aku senyum orang ni bahagia.. okeh!! aku rase aku boleh list down orang yang tak suka aku tapi aku tak leh list down dalam ramai2 tu sape yang suka tengok senyuman aku... siap bawak kebahagiaan lak tu... huihui.... manis pulak senyuman aku ni...

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

yang pasti bukan awek sebab aku takde awek. yang ni btul2 aku tak tau. aku rasa mak aku je sebab mak aku cakap,

"mama selalu ingat kat anak2 dia dan doakan keselamatan & kebahagiaan anak2 mama..."

okeh, yang ni aku terima kot..

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

sekali lagi, yang pasti bukan awek. sape ye? aku amat bermakna dalam hidup orang ni.. besar influence aku dalam hidup orang ni. I wonder who he/she is....???

7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

wow!! aku telah menyebabkan orang ni bahagia!!! sape orang ni?? adakah pesakit jiwa di hospital bahagia? aku tak tau...

8. Anda seorang yang istimewa dan unik

istimewa? unik? okey, aku tak unik sebab aku tak de super power macam watak heroes. My frens, btul ke aku unik & istimewa? ape yang unik dan istimewa pasal aku ni??

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

yang ni aku rasa betul kot (merujuk kepada fakta no. 4, 5, 6 & 7.. dr td ckp aku boleh bahagiakan orang) tp sape yang sayang kat aku tu? secret admire ke? best nye!!! (mimpi la ko mirul oi..)

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

yang ni aku setuju. Pernah jadi kat aku maybe penah jugak jadi kat korang.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.

maybe kot tapi setakat ni tak pernah rasa terpinggir.. kecuali bila aku beberapa di tempat / kawasan tertentu je..

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

aku selalu pikir macam tu tapi setakat ni aku belum dapat lagi peluang macam tu.. Maybe belum rezeki aku lagi kot... Korang macam mana?

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

Siapa yang dalam dunia ni nak ingat bila kena maki. Mesti la nak ingat bila kena puji. Tapi biasanya la kan, kita akan lebih ingat bila kita kena maki dari puji.. Kadang2 siap ingat lagi sape yang maki kita dan hai pun berdendam lalu berkata lah hati...
"babi punya manusia... I will get my revenge"

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

Yang ni aku setuju sebab bila aku suka kat pompuan tu, aku terus cakap (kecuali kalau aku tau yang dia dah ade balak, aku penda, je la... jangan main keruh, beb!) Tapi bab2 cinta je la, bab lain tak pernah aku praktik kan lagi.. korang macam mane?

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga.

Yang ni memang benar la. Bukan senang nak cari sahabat sejati. kawan memang ramai tapi kawan yang betul2 sejati tak ramai. Hanya kita yang tau sape sahabat sejati kita. Kepada kawan & sahabat sejati aku (aku tak payah mention nama kot, you know who you are, my real frenz) Thanks for being a friend of mine....

Ok.. Ape pendapat korang pasal artikel kat atas ni? Sila la komen yang no 1 sampai 9 tu. Korang agak ade ke orang sayang kat aku sampai sanggup mati? Orang ingat kat aku sebelum tido? Admire kat aku? Aku buat orang bahagia? Ape istimewa & unik nye aku ni? Atau benda ni ade jadi kat korang? Sila lah komen....

7 comments:

makhluk buas said...

eh mirul, aku sanggup mati sebab ko.....
siriusly, aku tak tipu......
of course aku sayang member2 aku. tidak aku tak la spend masa nak buat comment ni walaupun kerja aku belambak-lambak.....
sebelum tido teringat kat ko tuuuu tak kot. buat apa teringat kat hang, buang space sel otak aku saja....
yang lain tu ada la kena kat aku and ia jugak banyak memberi pengajaran dan kesedaran kepada aku.......

aremierulez said...

tq..
aku tau ko sanggup mati sbb aku sbb ko ade mention kat aku masa kita tengah belajar kat poli dulu..

thanks for being a REAL frenz to me..

Sbb tu aku tulis "you know who you are" masa ulasan yg last tuh

aremierulez said...

aku x tau spe yg cilok nama kite tu..

aku pantang bende2 ni.. aku da kena skali.. teruk org salahkn aku.. aku terpaksa diam je..
shit klu jd skali lg..pandai2 nk peralat nama org

harap2 lahanat yg rembat nama kite ni bace benda alah ni & sedar dia tu kwn yg baik atau just another fucking bullshit fren yg tak layak di gelar kawan

aremierulez said...

baik jgn tulis pasword tu kt blog..
ko msg aku guna hp..

makhluk buas said...

tak pa..... dah tak ujud pun orang tu.....

biarkan je la.....

aku tak la sampai nak bunuh dia.... tapi kalau jadi macam ko dulu, bukan ko saja yang nak bunuh, aku nanti tolong ko bunuh lahanat tu skali....

aku memahami ko..... jangan bimbang, semua member ko akan tolong ko.....

makhluk buas said...

password tu tak payah bagi tau pun ko dah tahu..... kan......

aremierulez said...

bagus la klu dh x de

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...