Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, June 28, 2007

YOU LOOK SO CUTE WITH HAIR LIKE.... WAIT!!!!! WHERE THE HELL IS YOUR HAIR???

Selepas kontroversi "saya rasa bodoh bila cakap bahasa melayu", kini Sharifah Amani datang lagi dengan bentuk kontroversi terbaru.... Kepala Botak!!! Amani membotakkan rambutnya kerana memberikan komitmen dalam filem terbaru Yasmin Ahmad, Mualaf. Macam-macam la ko ni amani...
Apa perasaan anda apabila fesyen rambut ini menular ke seluruh Malaysia dan menjadi ikutan semua gadis sunti & tak berape sunti, anak dara & anak yang dah hilang dara walaupun belum kawin, mak anak, janda berhias, nenek-nenek dan sekalian wanita??

Apa perasaan anda apabila awek, girlfriend, makwe, kekasih hati, marka anda datang dating dengan rambut botak macam ni sambil berkata "bang/darling/papa/hubby/by/dy (pilih mana2 yang berkenaan)..... cantik tak stail saya yang baru ni???"

Macam pernah ku lihat.... Tapi di mana ya??? Macam dalam salah satu scene dalam cerita Planet Of The Apes aje?? Hehe...

Apa-apa pun, amani dah pun mengundang kontroversi apabila ada beberapa mufti mengatakan yang pompuan haram membotakkan rambut... Entah la.. bab-bab agama ni aku serahkan pada yang pakar..

Mak aku pun dulu suka gak dengan amani nih. Kira kalau aku bawak amani balik rumah dan cakap "Mak, ni bakal menantu mak", mesti mak aku setuju. Tapi sejak gambar botak ni keluar, memang sah-sah la mak aku reject dengan laju nya.

Amani, nape la kau tak habis-habis suka buat kontroversi?? Dulu aku minat jugak kat kau, tapi sekarang.... hilang la selera.... hilang dah kau punya cute & sweet kau tu..

Cukup-cukup la buat kontroversi. Pakai la minyak bon banyak, cepat sikit tumbuh rambut tu. Cepat kembali cute... jangan la botak lagi...

===================================================

Final exam intersessi dah berakhir... Aku nak HIATUS 3 - 4 hari ni....

H I A T U S


5 comments:

Nash said...

Kalau dah mmg lawa..berbotak bagai sekali pon, ttp lawa ;)

aremierulez said...

hehe...
jgn nash pun cuba fesyen botak ni jugak sudah la ye... (",)

Nash said...

Ekeke..idak le..dia ni lawa...klu kita botak..semua org lari :p

makhluk buas said...

kalau aku botak ok tak?

aremierulez said...

hehe...
btul gak nash...
nnt hubby u pun lari..

makhluk buas...
kommg sesuai botak..
haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...