Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, July 31, 2007

ANALISA BULAN JULAI

Akhirnya sampai juga kita semua di penghujung bulan Julai. Cepat sungguh masa berlalu dan sedar tak sedar tak lama lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-50.

Kalau korang semua perasan, bulan Julai ni merupakan bulan yang paling banyak aku post di blog aku ni. Ini merupakan post yang ke 31 dalam bulan Julai ini, macam aku post satu post tiap-tiap hari sepanjang Julai ini. Kenapa ye? Mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan aku banyak memblogging kebelakangan ini:

1. Sebab aku tak sibuk sangat. Ya, belum sibuk dengan kata lain, aku akan sibuk nanti. Sibuk dengan apa? Aku baru sahaja mendaftar masuk untuk semester baru pada awal bulan Julai. Ini bererti, aku belum ada banyak assignment, kuiz dan test. Bulan Ogos ni memang sah-sah akan ada banyak kuiz dan Test 1 akan berjalan. Malah, kebanyakan assignment perlu di hantar pada bulan Ogos. Maybe bulan depan aku akan kurang blogging sikit agaknya.

2. Banyak benda yang aku nak ceritakan. Dari hal aku kehidupan aku (di mana hari hujan lebat dan ada gadis cute peluk aku, kisah reunion dengan kawan-kawan lama), kisah kawan-kawan aku(Lula accident dan malapetaka), hal-hal panas terutama persembahan hambar skuad bola sepalk kita dan macam-macam lagi.

Maybe bulan depan aku tak seaktif bulan ini (maybe ya. Kalau tak faham bahasa inggeris, maybe maksud nya mungkin). Mungkin aku masih aktif seperti ini atau mungkin lebih aktif dari bulan ini. Kita tunggu dan lihat.

Kamu semua nak tahu fakta tentang bulan Julai??? Klik sini.

REWIND: KISAH KERETA APENG & KERETA BELL

Kali aku nak bercerita pasal kereta-kereta kawan aku yang lain pulak. Kira macam expose la ni.
KISAH KERETA APENG
Tragedi ini terjadi pada 19 julai 2007, seminggu sebelum Lula accident. Bukan ape pun, cuma tayar kereta Apeng pecah. Beliau mendapat pertolongan daripada Lula dan Bell. Jenuh jugalah mereka menukar tayar kereta di tepi jalan. Gambar tragedi ini sekali lagi sumbangan Bell. Rajin sungguh dia ambik gambar. Aku rasa dia ni boleh jadi fotographer pada masa depan. Baik kau tukar course la Bell.
Tayar kereta Apeng pecah tak ingat punye
Lula sedang menunjukkan skill yang amat sikit Rakyat Malaysia tahu, skill membuka tayar dengar satu tangan sambil menghisap rokok.
Setelah mendapat tunjuk ajar daripada Lula, Apeng mencuba skill di atas tadi. Setelah 8 kali gagal, akhirnya Apeng pakai dua-dua tangan nya
Akhirnya mereka menggunakan alat yang betul untuk membuka tayar setelah menghadapi kesukaran ketika membuka tayar menggunakan tangan

Apeng: Sempat pulak budak Lula ni tido time-time genting ni. Hentak dengan tayar ni kang.

KISAH KERETA BELL

Kereta Bell belum pernah lagi megalami kecederaan serius sangat. Tapi kereta Bell ni sinonim dengan perkataan habis minyak. Kereta beliau sering di lihat tersadai di tepi jalan kerana habis minyak. Sampai lecturer dia pun pernah berkata, "Saya selalu jugak tengok kereta awak tersadai tepi jalan. Kereta awak yang colour hijau tu kan?"

Begitulah kisah kereta kawan-kawan ku di rumah ini. Kereta-kereta yang lain tak de masalah lagi setakat ni. Macam mana pun aku amat berterima kasih kepada kawan-kawan aku kerana sudi menumpangkan aku untuk ke kelas. Tanpa kamu semua, tak sampailah aku ke kelas. Aku harap satu hari nanti korang semua dapat kerja best, bergaji besar, lepas tu boleh beli kereta-kereta besar, best dan berkualiti. Amin......

UPDATE: KEADAAN TERKINI KERETA LULA DI BENGKEL

Korang ada baca post aku yang bertajuk "Kawan aku accident"? Sekarang kereta kelisa kesayangan nya tu tersadai di bengkel sekarang, dalam proses rehab atau dengan bahasa yang lebih sopan, baik pulih. Tak lama lagi boleh lah kereta beliau beraksi di jalan raya kembali. Berikut adalah gambar Lula dan Kelisa nya di bengkel.

(Gambar ehsan dari Encik Bell. Sorry sebab buat kau terbangun. Aku tak sengaja, aku ingat kau taruk Hand Phone kat sebelah kau. Nanti aku belanja kau nasi lemak kat kedai depan. Hehehe...)

Kelisa Lula sedang berposing di bengkel
Dari sudut yang lain pula
Anda dapat lihat kesan kerosakkan kereta Lula ini


Tuan punya kereta berposing sambil tersenyum. Walaupun muka tersenyum tapi dalam hati kecilnya berkata, "Kopak la aku nih nampaknya.."

Dalam rumah sewa aku ni, seramai 5 orang kawan-kawan aku yang mempunyai kereta. Dan setakat ni, 3 daripadanya pernah kecundang di medan perang (pernah mengalami kerosakan la). Lula merupakan orang terbaru yang masuk dalam senarai sentuhan kecundang ini. Lagi dua ialah Bell dan Apeng. Insyaallah, aku akan ceritakan pada post akan datang. Mesti cerita punye beb. Hahahaha.... Anyway, harap kereta kawan-kawan ku ini tak kan kecundang lagi dan berharap kereta Lula kembali kepangkuan Lula semula dengan segera dan selamat. Amin....

Monday, July 30, 2007

KISAH SI ARNAB YANG EMO DAN GAMBAR TENSION

Ramai jugalah kawan-kawan aku (biasanya para-para gadis), tanya dekat aku pasal layout Friendster aku.

"Apsal ko pakai layout gambar arnab? Macam pompuan punya je?"

Atau pun....

"Apsal arnab dalam layout friendster kau tu berdarah? Kan arnab tu binatang yang comel, nape nak ade darah-darah pulak?"

Ok. Aku jawab soalan kamu semua. Kenapa aku pakai layout tu? Sebab arnab tu bukanlah arnab yang jenis comel-comel dan sinonim dengan para-para gadis. Tapi arnab ni special sikit. Nama layout tersebut ialah Emo Rabbit. Emo Rabbit ialah seekor arnab yang nampak lembut tapi dia berani meyuarakan apa saja dan kadang-kadang berani bertindak di luar dugaan.

Emo Rabbit juga berani menempuh dugaan yang kadang-kadang sampai sanggup mengorbankan jiwa dia sendiri. Tu yang berdarah-darah tu. Dia tak menghiraukan apa jua cabaran yang mendatang. Arnab ini mempunyai jiwa yang kental dan tak menghiraukan semua tu demi perjuangan untuk diri sendiri.

Puas hati dengan penjelasan aku? Tak puas hati? Ah, arnab tu tak ganggu korang dalam mimpi pun kan?

Soalan atau komen lain yang sering aku dapat ialah...

"Kenape gambar tu? Awak tengah tension ke?"

atau pun...

"Mirul, ko tukar gambar ko tu. Nyampah lak aku tengok gambar tu."

Ok. Kenapa aku pakai gambar ni? Sebab gambar tu mempunyai ciri-ciri seni estetika yang tinggi. Gambar tu macam ada related dengan gambar Emo Rabbit. Tapi bukan bermakna aku bercita-cita nak jadi seekor arnab. Tidak!! Tidak sekali-kali. Cuma gambar tu memang seni habis. Hehe...

Aku guna gambar yang sama untuk profile Friendster, Myspace dan Profile bloggers aku. So kalau aku tukar gambar, aku akan tukar tiga-tiga sekali. Tapi gambar yang aku pakai tetap mempunyai nilai-nilai seni estatika yang tinggi. Hehe... Kepada Suhana, aku tak kan tukar gambar profile aku tu senang-senang. Gambar yang perlu aku gunakan mesti ada value yang tinggi. Baru boleh jadi pengganti yang sesuai.

Para-para gadis, puas hati dengan penjelasan aku? Jadi jangan tanya lagi. Nanti aku tukar layout Emo Pig pula... Baru korang tahu. Kena samak komputer korang...

HUJAN DAN KELAS AKU BATAL SEPANJANG HARI

Hari ini hujan lagi di Segamat. Dari pagi sampai la petang ni. Tapi hujan tu rahmat, so tak boleh complaint la kan. Tapi tu bukan main point di sini. Hari ini hari isnin. Hari di mana UiTM Segamat menggelarkan sebagai Hari Korporat dimana pelajar lelaki perlu memakai baju kemeja siap dengan bertali leher manakala perempuan perlu memakai baju kurung.

Hari isnin juga merupakan hari paling sibuk dalam jadual belajar aku. Kelas aku bermula seawal pukul 8 - 10 pagi dengan subjek Hubungan Etnik, pukul 10 - 12 tengahari Managerial Economic, pukul 4-6 petang Sales Management dan 8 - 10 malam Global Retailing. Banyak sungguh kelas aku.

Tapi apa terjadi hari ni???

Bila aku sampai kelas pagi tadi (agak lewat aku sampai, dalam pukul 8:15 pagi), aku tengok classmate aku tengah lepak-lepak luar kelas. Bila aku tanya, mereka jawab Ustaz Nawawi tak datang. Kawan aku, Kulon, ajak lepak dan makan kat bilik dia di SR. Dari mulut Kulon jugak aku dapat berita yang kelas malam aku hari ni iaitu Global Retailing batal. Tak de kelas Global Retailing untuk minggu ini. YYYYAAAHHHHOOOO!!!!

Aku pergi kelas Managerial Economic pada pukul 10 pagi. Kelas ada hari ni setelah Encik Hassan tak menunjukkan batang hidung selasa lepas. Kami semua di sambut dengan kuiz yang agak sukar. Bukan agak la, memang sukar pun. Sorang pun tak dapat jawab soalan yang kedua tu. Balik pukul 12 tengahari.

Bila sampai ke rumah aku terus tidur. Sedapnya tidur. Maklumlah, hari hujan. Sejuk je. Pukul 3:30 petang, aku gagahkan diri untuk bangun dan ke kelas sebab memikirkan aku dah pun ponteng kelas dia sekali. Setiba nya aku kat UiTM classmate aku dah nak balik dah. Ciss!!! Kelas batal. Kenapa la Encik Isa tak bagitahu awal-awal. kalau tak mesti aku belum bangun lagi. Aku rasa Encik Isa ni belum pernah buat kelas hari Isnin. Batal je memanjang.

So, akhirnya hari aku yang paling sibuk menjadi hari paling rileks. Kan bagus hari-hari macam ni....

Sunday, July 29, 2007

D'OH!!!!

Cis!!! Kenapa tak semua panggung wayang kat Malaysia tayangkan The Simpson Movie???

Kecewa aku bila GSC Summit Batu Pahat tak menayangkan Simpson...

Kenapa ada diskriminasi di sini?? Aku nak tengok Simpson!!!!!!!

Thursday, July 26, 2007

KAWAN AKU ACCIDENT

Kawan aku yang terkenal dengan nama nickname nye Lula kemalangan tengahari tadi berdekatan Batu Anam, Segamat. Kawan aku tu memandu kereta Perodua Kelisa bersama awek tercinta nya, Naz. Mereka dalam perjalanan hendak ke rumah Lula di Port Dickson. Syukur kepada allah, mereka tidak mengalami kecederaan serius. Lula tak injured langsung, sementara Naz pulak cuma bengkak lutut je. Sikit je.

Kereta yang terlibat ialah Honda City yang di pandu oleh seorang amoi yang aku tak tahu namanya sebab aku tak sempat nak interview dia. Dia dalam keadaan trauma, menggeletar dia, beb. Mesti lepas ni dia pun seram je nak bawal kereta.

Kejadian tersebut berlaku pada lebih kurang jam 1:50 tengahari. Alhamdulillah semua selamat. Semasa aku menaip post ni, Lula sudah pun selamat sampai ke rumahnya di Port Dickson, sebab mak Lula datang sini dan mengambil dia pulang ke rumah.

Ni bukan kereta Lula, ni kereta amoi tu. terhumban ke longkang
Keadaan kereta Kelisa Lula dari pandangan sisi. Agak parah jugak la
Ni dari pandangan depan
Face to face
kereta amoi tu dari pandangan sisi
Lula (pakai cap), tengah bercerita pada kawan-kawan tentang kejadian tersebut

JULY IS THE BEST MONTH...

Sekarang aku merupakan second writer dalam blog polimers, blog untuk ex-studens Politeknik Merlimau Melaka, terutama first batch student la.

Aku ada buat senarai birthday member polimers. Bila buat list tu, baru aku perasan satu benda. Ramai member-member aku yang lahir bulan Julai. Hhhhmmm.... July is the best...

Wednesday, July 25, 2007

HAPPY BIRTHDAY TO ME.....

Yup... Hari ni 25 julai dan ini bermakna genaplah 23 tahun aku bernafas kat bumi ciptaan Allah S.W.T. ini. Tak sangka aku dah 23 tahun.

Ramai jugak orang yang wish kat aku melalui SMS, ada yang call aku, ada yang wish aku kat blog polimers, ada yang wish kat friendster dan ada jugak yang wish aku dekat myspace. Terima kasih banyak-banyak. Dan ada jugak orang yang aku tak sangka-sangka wish dekat aku. Aku ingat dia dah tak nak bercakap dan berkawan dengan aku lagi. Tak sangka dia wish jugak. Thank you... You know who you are. Saya menghargai wish tersebut.

Aku harap apa yang aku impikan akan menjadi kenyataan tahun ini.

Amin...

Sunday, July 22, 2007

LAWAK MABUK DARI SI BODOH

Masa tengah aku tunggu kawan aku, Malapetaka dan budak-budak lain untuk reunion, aku lepak dekat pintu gerbang BP Mall. Masa aku lepak dekat situ, ada sorang budak pun tengah lepak sambil tunggu member dia dekat situ.

Budak tersebut adalah seorang lelaki, pakai baju hitam. Aku gelarkan dia sebagai A untuk memudahkan penulisan aku. Tak lama lepas tu, sampailah kawan dia. Kawan dia pulak pakai baju Liverpool FC warna kuning, away jersey untuk musim lepas. Aku gelarkan mamat berjersi Liverpool ni sebagai B.

Maka Si A pun menegur Si B dengan nada separa marah:

A: Apsal kau pakai jersi ni. Berdosa besar tau.

B: Nape pulak?

A: Ye la. Jersi ni ada tulisan Carlsberg. Kan jenama arak tu.

B: Ala, bukan aku minum pun. Aku pakai je.

A: Ye la. Ni kira macam kau mempromosikan Carlsberg ni haram. Berdosa besar kau tau tak? masuk neraka

B: Ah. Kau pun sama. Kau pakai baju kau ni pun salah jugak.

A: Kenapa salah pulak?

B: Tu, baju kau ada tulisan Jack Daniel's. Apa cerita pulak?

A: Kenapa pulak dengan Jack Daniel's? Apa pulak salah aku pakai baju Jack Daniel's ni?

B: Hotak kau. Jack Daniel's ni jenama arak lah bodoh.

A: Hah!!! Ye ke? Aku tak tau la.

B: kau pandai la nasihat aku. Kau pun sama. Aku pakai baju ni sebab aku support Liverpool. kau pakai baju ni sebab support Jack Daniel's ke?

A: Ah, diam la kau.

Maka kedua-dua budak ni pun beredar dari tempat tu

Moral of the story: Kalau nak pakai baju, pastikan yang korang tahu apa maksud ayat yang ada kat baju korang. Jangan main sarung je. Dan di nasihatkan korang semua mengetahui dan ambil tahu pasal nama brand-brand arak yang ada kat pasaran untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku kat korang pulak

Pesanan terakhir, Liverpool johan EPL musim ni, oi.....

BERJUMPA DENGAN MALAPETAKA

INTRO (1993 - 2002)
BAGAIMANA NAMA MALAPETAKA TERBENTUK

Malapetaka dalam konteks post ini bukanlah merujuk kepada bala bencana, bencana alam, kemalangan jalan raya, kecelakaan yang menimpa dan sewaktu dengannya lah. Tapi malapetaka merupakan nickname kepada salah seorang kawan aku. Nama betul dia ialah R, dia tak mahu namanya di display kan dalam blog aku atas sebab tak nak jadi famous. Phuih...

Dia ni kadang-kadang macam budak lembab jugak. lain yang di suruh, lain yang dia buat. Dia ni ada masalah nak mematuhi arahan orang. Tapi lembab-lembab tu, Study dia superb. SPM dapat 6A. Not bad la kan?

Kenapa dia dapat nama Malapetaka? ini kerana dia selalu boleh menimbulkan malapetaka ataupun kesusahan kepada orang lain, kadang-kadang pada diri dia sendiri juga.

Pernah sekali, masa tu kami semua ada kat padang permainan atas bukit. Masa tu dia tengah pegang Pencil box aku. Aku pun cakap la...

"baik-baik pegang pencil box aku tu. karang jatuh pulak. Dah la kau tu berdiri kat tepi...."

Belum pun habis aku cakap, terlepas la pencel box aku dari genggaman dia maka tamat lah riwayat pencil box aku tu....

Pernah juga aku bagi dia pinjam video tape aku (masa ni VCD belum wujud lagi). Lepas habis dia tengok dia pun pulangkan. Aku belek la kotak video tu, nak selidik mana lah tau dah cacat di sebabkan malapetaka yang dia bawak. Setelah aku belek, aku tak jumpa apa ke rosakkan. So aku anggap dia dah berjaya buang badi dia tu. Rupa-rupanya tidak. Bila aku bukak kotak video tu, aku tengok video tu macam basah je. Bila aku bau, ada bau teh pada video aku tu. Rupa-rupanya dia dah tumpahkan teh kat video aku. Jahanam video aku!!!!!

Tu insiden dengan aku, dengan member-member aku ada jugak. Pinjam basikal member aku, pastu bila pulangkan, tayar basikal dah pecah. Hilangkan buku member-member memang dah jadi tabiat utama. Sampai member-member dah tak bagi pinjam buku kat dia lagi.

Dia jugak pernah tolong pegangkan duit member aku. Masa tu semua duit kertas. Bila member aku tu mintak balik duit dia, tengok-tengok duit tu ada yang dah koyak. terkoyak putus dua pulak tu. Aku pun jadi pelik, apa dia buat sampai duit tu boleh koyak.

Pernah sekali, Amri, kawan satu kumpulan kami jugak la, suruh Malapetaka mintak nombor telefon sorang budak cun. Masa tu kitaorang tengah lepak dekat bus stand Batu Pahat. Si Malapetaka ni boleh pulak pergi mintak nombor telefon budak gemuk sebelah yang duduk sebelah budak cun tu. Pulak tu, dia siap bagi nombor telefon si Amri tu dekat budak gemuk tu. Aku pun tak tau macam mana Amri handle budak gemuk tu. Entah-entah Amri couple dengan budak gemuk tu kot.. Hehe.. Rilex Amri. Gurau beb.

Macam-macam lagi lagi kejadian buruk yang dia bawak. Kalau nak cerita semua, 10 kali post pun belum tentu habis. Lepas SPM, dia dapat tawaran ke UiTM Melaka, belajar dalam jurusan Mass Comm pada tahun 2002. Lepas dia daftar kat Melaka, family dia pun pindah ke Kuanatan. Maka lost contact la aku dengan dia.

PRESENT TIME (2007)
PERJUMPAAN SEMULA SETELAH TERPISAH 5 TAHUN

Setelah sekian lama merancang reunion, akhirnya kita orang bersepakat untuk buat tahun ni setelah hampir 2 tahun merancang. Banyak kali kitaorang terpaksa cancel kan program sebab kesibukan schedule masing-masing. Tapi kali ni dapat jugak.

Seram jugak sebab dah lama tak jumpa dengan sekalian member, yang paling selalu aku jumpa pun Alif seorang je, itu pun kalau aku ke surau. Kalau tak, tak jumpalah aku dengan dia. Perjumpaan di buat di Batu Pahat Mall a.k.a. BP Mall sebab ada sesetengah member yang dah pindah dari Batu Pahat dan tak tau kewujudan tempat ni. So, nak bagi peluang pada diorang untuk mengenali tempat ni dengan lebih dekat la.

Malapetaka merupakan member yang terakhir sampai Kat BP Mall dengan alasan sesat sebab dah 5 tahun tak datang Batu Pahat. Ok, alasan di terima. Macam-macam la kami bercerita. Almaklumlah, dah lama tak jumpa. Bila 7 orang mulut dah bercakap, macam-macam cerita yang keluar. yang, kelakar, sedih, serius... Macam-macam la.

Si Malapetaka ni lepas diploma, dia sambung belajar dekat UiTM Shah Alam pulak, dalam jurusan Ijazah Mass Comm. Family dia pun nak pindah ke Shah Alam lepas raya ni. Asyik pindah je family dia ni. Tapi maybe aku boleh jumpa dia kat sana sebab rumah abang aku dekat sana.

Maka bertanya la kami kepada Malapetaka ni...
"Kau ni ada kebolehan mendatangkan malapetaka macam dulu lagi tak?"

Dengan confident nya dia jawab,
"Itu dulu la geng. Sekarang aku dah berjaya hilangkan badi tu, beb."

"Bagus la tu, sekurang-kurangnya hidup kitaorang pun aman la sikit", kata aku.

Lepas tu kami pun bercerita lagi. Malapetaka ni kalau bercerita bukan dengan mulut je, siap tangan-tangan dia pun bergerak sekali. Cerita punya cerita, tangan dia sudah terkena cawan si Amri. Tumpahlah air lalu terkena la baju si Amri. Tak banyak, kena sikit je. Tapi kira kena juga la kan?

"Ape ni? Cakap dah buang badi?" Kata amri.

"Hehe... Aku tipu korang je..." balas Malapetaka dengan senyum kelat.

Mandi bunga la nampaknya kau ni. Baru boleh elok agaknya.

P/S: Post ni di tulis atas persetujuan semua kawan-kawan yang reunion sekali, terutama Malapetaka sendiri. Good luck in your future. And I really mean it....

Friday, July 20, 2007

AKU MAHU PULANG!!!!

Ya!! Aku mahu pulang!! Bukan tajuk lagu kumpulan Amuk, tapi luahan hati aku yang ingin pulang ke rumah aku di Batu Pahat.

Kenapa aku beria-ia mahu pulang minggu ini. Kerana aku nak berjumpa dengan kawan-kawan aku yang rasa-rasanya sangat lah lama aku tak jumpa. Ada yang selepas SPM terus menghilang entah ke mana sampai hidup-mati diorang pun aku tak tau.

Tapi yang paling penting sekali aku akan berjumpa dengan kawan aku yang tidak payah la aku sebut nama sebenarnya (sebenarnya aku dah lupa nama dia) tapi lebih di kenali dengan nama manja dikalangan rakan-rakan sebaya iaitu malapetaka.

MALAPETAKA????

Kenapa teruk sangat nama nickname dia tu? Mesti mesti kamu semua tertanya-tanya kan? Aku akan ceritakan asal-usul nama tersebut pada post akan datang, selepas aku jumpa dia. Boleh dapat cerita update dari dia sebelum post. Oh, ya. Maybe ada baiknya kalau aku tanya nama betul dia.

ok jumpa lagi hari ahad atau isnin nanti...

Hey, gadis. Jumpa isnin nanti, ya..... (",)

TEKA SIAPA AKU JUMPA PAGI TADI??

Guess who I saw this morning????

Ya!!!! Aku terserempak dengan gadis yang peluk aku dalam insiden hujan turun dengan lebatnya. Aku terserempak masa aku nak turun tangga, dia pulak tengah turun tangga. Dia mula-mula macam buat biasa lepas tu dia senyum dekat aku. Aku pun senyum lah balik...

Hehe... memang kita ada jodoh.... Hehe...

BLANK

Aku tak de idea sangat nak menulis...

Pagi aku post pasal kutukan kepada FAM.... Lepas tu dah sampai pukul 2 pagi, masih tak de idea...

Tak pe, maybe esok lepas kelas , sebelum aku pulang ke Batu Pahat, aku dapat idea yang melimpah untuk di tulis. Harapnya lah...

Esok nak balik, nak suruh mak aku masak nangka masak gulai cili api... Nyam, nyam....

Dah nak tido....

Thursday, July 19, 2007

END OF THE JOURNEY

Seperti yang dijangka ramai, Skuad Bola Sepak Malaysia kalah lagi. Tapi cuma 2-0. Adakah persembahan Malaysia semakin mantap (aku tak tengok), atau Iran Kesian dekat Malaysia. Ye lah, saudara sesama islam, tu yang tak nak bantai cukup-cukup tu.

Apa-apa pun, di harap selepas Piala Asia ni ramai orang-orang atasan FAM buka mata selepas keputusan hambar. Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sudah pun meletakkan jawatan selepas Malaysia kena lauk dengan Uzbekistan. Aku dan 95% rakyat Malaysia setuju dengan tindakan beliau untu kmeletakkan jawatan (survey di buat oleh pihak TV3). Tapi kemeruduman prestasi Skuad Malaysia bukan salah beliau seorang sahaja, tapi semua komiti FAM. Semua orang atas FAM patut letak jawatan sekarang, biar orang yang lebih profesional dalam hal bola.

Statistik juga menunujukkan bahawa semenjak Presiden FAM sekarang, iaitu Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, memegang tampuk president FAM, semenjak itu jugalah prestasi skuad kita mula merudum. Organisasi tersebut perlu dibersihkan, di gantikan dengan muka-muka baru yang boleh mengubah nasib skuad kita seperti dahulu, semasa skuad kita mampu layak ke Sukan Olimpik, semasa zaman kegemilangan Arwah Mokhtar Dahari, dan semasa kita menjadi kuasa bola sepak asia dan sangat di geruni oleh Jepun dan Korea Selatan.

Berikut ada beberapa quote yang aku jumpa di akhbar inggeris tempatan yang aku jumpa dan aku rasa menarik:

"IT'S 10 YEARS TOO LATE. The damage has already been done. The game need a major overhaul. Who ever takes over has a massive repair job to do. They must start from scratch." - Benson Wong

"GET THE PROFESSIONALS IN. Keep out the politicians and those who are in it only for self-gain. Malaysian football and the fans has suffered long enoug.h" - Zubir Yahya

"FAM MISMANAGED THE SPORT FOR SO LONG THAT THEY CRIPPLED IT. They must all be held accountable and quit for the good of the game." - Abdul Kalam

"IT MIGHT ALREADY TOO LATE. Malaysia football has lost it all - NO RESPSCT, NO CREDIBILITY, NO MONEY, NO FANS..." - Paul Anthony

"TENGKU ABDULLAH DID THE HONOURABLE THING. But what about the other council members. They too are responsible for taking our football back to the dark age." - A. Arumugam

"IT HAS BECOME A NATIONAL SHAME. It's A tragic fall for a sport which once did the nation proud and had such a huge following" - Abdullah Ahmad

"IT'S BACK TO BASICS. They have to start teaching youngsters the game all over again - technique , tactics, and skills. It will take 2o years to undo 20 years of mismanagement" - Johan

Wednesday, July 18, 2007

MAKA TURUNLAH HUJAN DENGAN LEBATNYA....




Beginilah keadaan UITM Segamat dalam keadaan hujan lebat gila nih. Hari ini first time aku tengok hujan paling lebat sepanjang aku study dekat sini. Maybe kalau hujan lebat macam ni berterusan sehari suntuk, boleh banjir satu Segamat. Dah la Segamat tahun lepas kena banjir kilat yang agak teruk jugak la. Tenggelam satu bandar Segamat.

Memang lebat gila hujan tadi, aku dengan roomate aku nak balik pun tak boleh. dah la kitaorang datang naik vespa dia, kalau balik memang kuyup habis la kitaorang.

Masa kat tu hujan memang lebat. Student semua sibuk mencari perlindungan. Aku dengan roomate aku cuba ke library untuk perlindungan. Sekali jalan nak ke library pun banjir. Kitaorang pun lepak la dulu kat situ. Tengah lepak-lepak tu, tiba-tiba guruh, petir dan kilat pun memanah bumi. Bunyi kuat gila sampai alarm kat blok tu berbunyi.

Tiba-tiba aku terperasan yang ada satu awek cute sudah peluk aku. Maybe dia takut dan terkejut sebab bunyi guruh dan kilat yang kuat gila tu. Bila dia perasan yang dia terpeluk aku, cepat-cepat dia lepaskan tangan aku, buat-buat cover line la. Adik, sebenarnya abang tak kisah kalau adik nak peluk abang lama-lama. Dah la adik ni cute.... Heheh...

Akhirnya kami dapat jugak ke library setelah menggunakan laluan alternatif yang lain, lepas tengok hujan dah slow sikit kitaorang pun gamble je balik. Sampai rumah kuyup jugak le kami...

Kepada gadis ayu dan cute yang peluk aku tu, kalau terbaca blog ni, sila respon ye. Hantar la nombor handphone kamu ke e-mel saya. Maybe kita boleh memulakan suatu di sini. Heheh....

LAGI PASAL SKUAD BOLA SEPAK KITA

NORIZAN HITS BACK AT CRITICS

Itulah tajuk berita di web rasmi Asian Cup 2007. Dah kalah teruk pun masih nak mempertahankan diri. Yang ni memang tak boleh nak tahan lagi dah. Sudah la Norizan Bakar, rasanya memang kita tak de peluang untuk kalahkan Iran. Tak pe lah, kami faham. Tak perlu bagi macam-macam alasan lagi. Skuad negara kita masuk Piala Asia kali ni bukan untuk menang, tapi cuma untuk pengalaman je kan? Tak tahu la bila nak guna pengalaman tu ye???

OK, mari kita buat ramalan. Dengan China yang ranking dunia No 76 kita kalah 5-1. Dengan Uzbekistan yang ranking No 58 kita kalah 5-0. Sekarang mari teka berapa pulak kita akan kena belasah dengan Iran yang ranking dunia nya No 47??

Aku agak, kena lauk 8-0 kot. Tak pun 10-0. Ape kata kamu...???

INI POST YANG KE - 50

Akhirnya setelah hampir 4 bulan aku memblogging, akhirnya dah 50 post jugak akhirnya. Ini menandakan aku bukanlah blogger yang aktif tapi juga bukan blogger yang pasif. Blogger yang aktif kalau 4 bulan maybe dia dah boleh post hampir 70 kot. Blogger pasif? Mungkin bawah 10.

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca carutan aku dalam blog ni. Aku akan cuba memberikan post-post yang menarik dan up-to-date di masa hadapan.

Aku akan lebih berusaha untuk menjadi blogger yang lebih baik dan akan berusaha lebih keras, aku juga akan berusaha juga dalam bidang pelajaran aku.

BERUSAHA LAH!!!!
GANBATE!!!!
CHAYOK!!!!
AJA AJA FIGHTIN'!!!!

Tuesday, July 17, 2007

HAHA!!! SKUAD BOLA SEPAK NEGARA KITA ADA NICKNAME BARU

Pergi ke link kat bawah ni, tengok skuad bola sepak negara kita dah ada nickname baru. Mungkin nickname ni kena dengan persembahan ala budak darjah 6 hari tu. hahaha....


Tengok la kat bahagian nickname tu, yang aku bulat dengan warna merah nih


Monday, July 16, 2007

MARI RAMAI-RAMAI TEPUK TANGAN SAMBIL KATA YYYAAAHHHHOOO!!!!

Jadual aku padat gila setiap hari isnin sampai rabu. Khamis & jumaat cuma ada satu kelas je. Hari selasa merupakan hari paling sibuk sebab aku ada kelas dari pukul 8 pagi sampai 10 malam. Ini akan menyebabkan aku agak susah nak memblogging.

Satu lagi, aku juga sudah hilang sedikit kemudahan untuk berinternet sebab modem rumah aku ada 4 lubang sedangkan komputer rumah aku ada 5. Ini juga menyebabkan aku susah nak blogging lagi.

Kenapa jadual aku padat??? Tak boleh mengeluh, aku dah berazam baru sekarang.

Dah, aku nak tengok TV kejap, lepas tu nak study ECO 555....

LAKUKAN ROMBAKAN

Thailand menjadi tuan rumah kedua tersingkir selepas Malaysia dalam competition kali ini.

Tapi takpe Thailand, sekurang-kurangnya Thai masih mampu menang 1 perlawanan dan seri satu lagi. Tak de la macam Harimau Malaya yang kena belasah dengan parahnya. Mungkin boleh tukar gelaran Kucing Malaya????

Aku terdengar pasal kenyataan Shebby Singh yang berkata teraju FAM patut di terajui oleh orang-orang yang berpengetahuan tentang bola sepak. Ya!! Aku setuju dengan hal ini. Presiden & naib presiden FAM kena letak jawatan (ampun tuanku Sultan Pahang & Tuanku Mahkota Pahang), tapi mereka kena letak jawatan kalau mereka sayangkan nasib skuad bola sepak negara kita.

Dari pemilihan pemain kita untuk skuad Piala Asia kali ini pun amat mengecewakan. Goalkeeper amatlah memalukan, Hairudin Omar pun main dengan teruknya (walaupun dah nampak yang dia memang tak boleh main masa Piala Tiger yang lepas), dan kenapa Khalid Jamlus tak terpilih untuk skuad kali ini sedangkan dia merupakan pemain tempatan yang paling banyak menjaringkan gol di Liga Super?

FAM kena memilih pemain berdasarkan performance semasa, bukan mengikut nama. Akmal Rizal baru recover dari injured yang teruk, so buat apa pilih dia sebab sah-sah la pemain yang baru elok injured tak boleh perform dengan baik. Kenapa tak pilih Titus James Palani yang dah bertahun-tahun berlatih kat Perancis tu. Tak kan nak simpan dia sampai tua baru nak pakai. FAM kena la percaya dengan tenaga muda sekarang.

Dan elok lah FAM tumpukan kepada skuad remaja. Tubuhkan skuad bawah 12, 15, 17, 19 dan 21 dan bagi tumpuan sepenuhnya sebab yang tua-tua ni dah tak boleh di asah lagi dah. Tengok Skuad bawah 13 dalam Piala Danone (kalau tak salah aku), memberikan satu persembahan yang baik. Tumpukan la pemain muda.

Ok, banyak dah aku membebel. Cepat la berubah FAM. Sekurang-kurangnya aku nak tengok skuad bola sepak kita main kat World Cup sebelum aku mati.

Sunday, July 15, 2007

KESUSASTERAAN : MALAYSIA, TANAH AIRKU....

Aku nak bersastera sikit. Walaupun aku budak sains tulen masa sekolah menengah, aku boleh jugak bersastera. Aku nak bersajak pasal negara kita yang tercinta, MALAYSIA


DI BUMI MALAYSIA

AKU ANAK MALAYSIA

DI LAHIRKAN DI BUMI MALAYSIA

AKU MENGHIRUP UDARA MALAYSIA

AKU DI SAMBUT OLEH SEORANG BIDAN BERBANGSA MALAYSIA

AKU DI LAHIRKAN SEBAGAI WARGANEGARA MALAYSIA

AKU DI BESARKAN DI MALAYSIA

AKU MEMANDANG LANGIT BIRU MALAYSIA

AKU BERLARI-LARI DI BUMI DAN RUANGAN MALAYSIA

PELUH KU MENITIS DI BUMI MALAYSIA

AKU BERGEMBIRA DI BUMI MALAYSIA

AKU MENUNTUT ILMU DI BUMI MALAYSIA

DI SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERSERGAM INDAH DI MALAYSIA

DI AJAR OLEH CIKGU-CIKGU DARI MALAYSIA

AKU BERUNTUNG MENJADI BANGSA MALAYSIA

AKU BELAJAR REALITI HIDUP DI BUMI MALAYSIA

TIDAK SEMUA INDAH DI BUMI MALAYSIA

ADA YANG MANIS ADA YANG PAHIT DI BUMI MALAYSIA

AKU MENJADI SEMAKIN MATANG DI BUMI MALAYSIA

AKU SAYANGKAN BUMI MALAYSIA

AKU MEMULAKAN HIDUP DI BUMI MALAYSIA

DAN AKAN KU AKHIRI HAYAT KU DI BUMI MALAYSIA

AKU SAYANGKAN BUMI MALAYSIA KU

AKU CINTAKAN BUMI MALAYSIA KU

TETAPI AKU BENCI SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA

MACAM SAMPAH YANG SIA-SIA

HARAP JE MAIN DI BUMI MALAYSIA

TAPI KENA BANTAI 5-0 JUGAK

MACAM BUDAK TADIKA MAIN

AKU BENCI SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA

AKU BENCI....

AKU TAK SABAR-SABAR NAK TUNGGU ENGLISH PREMIER LEAGUE START

LIVERPOOL FOREVER

YOU'LL NEVER WALK ALONE...

FAM, kamu semua faham maksud sajak di atas. Ni bukan mewakili isi hati aku sahaja, taip setiap hati rakyat BUMI MALAYSIA. FAHAM????

SATU PERSEMBAHAN "MAHASAMPAH" DARI SKUAD BOLA SEPAK NEGARA KITA

UZBEKISTAN 5 - 0 MALAYSIA
Akhirnya Skuad Malaysia menjadi segerombolan sampah yang sebenarnya apabila dengan selamba kaduknya di belasah baik punye oleh Uzbekistan
Terima kasih banyak-banyak kepada Uzbekistan kerana meberikan satu pengajaran bola sepak yang terbaik untuk skuad negara kita
Kena belasah 5-0, rasa-rasanya aku tak payah komen banyak-banyak la ye
Baik aku sokong skuad hoki ke, bowling ke, badminton ke. Selalu gak diorang menang. tak pun aku sokong skuad gimnastik artistik Malaysia, banyak jugak dapat pingat Emas masa sukan SEA... betul tak NURUL FATIHA.... HEHE>>>

CEPAT EKSPRESS MACAM #@&!

Aku benci Cepat ekspress. Ya.. Setiap kali aku naik bas ni mesti ada problem. Paling terbaru masa aku nak ke Kuala Lumpur pada Jumaat lepas, bas pukul 3;30 petang. Dalam perjalanan di lebuhraya Ayer Keroh, rosaklah bas tersebut. Akibatnya, aku dan penumpang lain tersadai kat tepi highway tu selama 40 minit... Cilakak!!!!

Kononnya, driver dia suruh tunggu bas tambahan. Dah setengah jam tunggu, driver tu cakap tak de bas tambahan. Nampak mana-mana bas Cepat Ekspress, tahan pastu terus naik. Kalau kena berdiri, berdiri la kau sampai ke KL.

Tak sanggup aku ni, separuh penumpang dah tahan satu Bas Cepat yang lalu. Maka penuh la bas tersebut dengan penumpang bas aku yang berdiri. Last-last ade budak yang mengambil inisiatif tahan bas Maharani Ekspress. kebetulan pulak bas Maharani tu cuma ade 18 penumpang. Dapat gak la aku ke KL sambil duduk bukan berdiri. HAHAHA...

Ni bukan kes pertama Cepat ni buat taik. Dulu pernah sekali masa aku naik bas syarikat ni jugak la masa tahun lepas, bas yang sepatutnya bertolak pukul 3:30 petang akhirnya bertolak 7 petang. Kenapa? Alasannya, driver hilang. Gila, tak masuk akal. Macam mana la driver dia boleh hilang.

Bas bertolak lambat sejam pun satu lagi taik yang selalu diorang buat. Kalau air-cond rosak pun biasa gak. Sepanjang perjalanan la tak de air-cond dan kitaorang kat dalam ni macam cacing kepanasan.

Cepat Ekspress ni memang haram sungguh. Nasib baik masa aku balik tadi aku dapat duduk sebelah awek cun. Tapi tu tak de kena mengena dengan Cepat Ekspress. kalau aku naik bas lain pun, boleh gak duduk sebelah awek cun..

CEPAT EKSPRESS MACAM SIAL... MEMANG SIAL....!!!!!

Friday, July 13, 2007

APA AKU BUAT HUJUNG MINGGU NI...

Aku nak ke Kuala Lumpur Petang ni. Tiket pukul 3:30 petang. Nak jumpa cousin, kawan-kawan dan siapa2 lagi la kat sane. Jumpe anak sedare yang makin lama makin banyak perkataan dia dah boleh sebut. Dan pandai gak main bola.

Oh ya... Aku juga ke Kuala Lumpur untuk mengusha wanita-wanita di sana. mana la tau boleh jadi kawan-kawan baru ke, adik angkat ke, akak angkat ke... atau awek baru hehe...

kalau ade ape-ape yang menarik nanti kau post kat blog...

Oh, Ya. Nak cari kasut baru... Maklum la, PTPTN masuk awal semester ni... Raya awal la nampak nya.... heheh

GOOGLE MEMANG ENJIN CARIAN YANG BAGUS

Pergi google pastu taip rambut botak dan tekan search...
tengok blog siapa yang ade kat first page dalam carian google...
heheh...

kalau malas klik sini je...

untuk tajuk eco 555 pun same...

klik sini untuk tengok..

bagus google... banyak lagi keluar kan blog aku...

LAGU TRANSFORMERS VERSI KARTUN

Aku jumpa lagu transformers versi kartun ni kat internet. Rindu nak dengar lagu ni. Nape eh dalam Transformers the Movie tak keluar lagu ni...???

Transformers,
More than meets the eye!
Autobots wage their battle to destroy the evil forces of the Decepticons.
Transformers,
Robots in diguise.
Tranformers,
More than meets the eye.

Michael Bay, dengar sini. Lagu ni mesti ade dalam sequal Transformers (kalau kau buat la). UNDERSTAND?????

Thursday, July 12, 2007

FINALLY... DAPAT GAK TENGOK TRANSFORMERS

WWWWOOOOHHHHHOOOOO!!!!!!!!!!!!

Akhirnya dapat gak aku tengok transformers. Setelah berdepan dengan pelbagai dugaan sebelum ni, akhirnya dapat gak. Dengar cite, semalam merupakan show last transformers kat Mahkota Parade. Kira aku & housemate aku (tak semua la) merupakan antara yang terlewat la tengok cite ni... Aaahhhh!!! Whatever yang penting aku dah tengok...

Memang tak di nafikan, CGI tahap dewa!!! Memang nampak detail giler design badan semua transformers. Tapi ade gak yang tak best nye (tapi benda-benda kecik la) macam mulut Optimus Prime tak de penutup. Dia tutup pun kejap je. Lagi design robot pun lain, Bumbblebee patut Volkswagen Beetle tapi jadi Chevrolet Camaro... Tak pe la, nak buat macam mana, Michael Bay tak dapat lesen untuk tu. Satu lagi bila Megatron tak de meriam kat tangan kanan dia. Tu trademark dia, agak tak best la bile tak de.

Tapi kredit tetap patut di beri untuk Michael Bay. Satu filem yang memang best. 5 bintang dari aku. Harap-harap ada sequal (sebab Starscream hidup lagi).

Dah, aku nak mandi & pergi kelas.

Wednesday, July 11, 2007

MALAYSIA BOLEH.... KE???

Dengan sadisnya Malaysia menjadi tuan rumah pertama dalam Piala Asia 2007 ni yang kalah... Kalah dengan teruknya... 5 - 1
Gol yang mudah di jaringkan oleh penyerang China. Ke mana hilang nya defender Malaysia yang lang sung tak marking striker China ni??
Aku dengan semangatnya siap dah pakai baju Harimau Malaya duduk depan TV untuk memberi sokongan kepada team kebangsaan kita. Tapi aku berasa kecewa lalu terus aku tukar channel bila dah kena 2-0. Baik aku tengok Durrani... Dapat gak aku tengok Raja Farah yang cute tuh... (",)

Malaysia kena tukar taktik la. Kena mainkan Indra Putra Mahayuddin dari awal. Akmal Rizal Ahmad Rakhli tak cukup fitness lagi untuk main lepas baru recover dari injury dan Hairuddin Omar yang kita dah pun tengok persembahan sampah dia masa Tiger Cup sebelum ni memang tak patut main..

Tolong la jangan kasi malu beb... MALAYSIA BOLEH!!!!! (kali ni aku laungkan dengan ikhlas)

Profile Team malaysia

Berita dari website Asian Cup

Berita Harian Online

Tuesday, July 10, 2007

HARI PERTAMA UNTUK SEMESTER BARU

Hari ini merupakan hari pertama aku ke universiti untuk semester baru. Sebenarnye kelas dah mula semalam, tapi aku baru nak pergi hari ini. Sebabnye tak perlu lah aku terangkan kat sini sebab semua orang pun tahu kan??

Aku tak pasti sama ada nak ambik 6 atau 7 subjek semester ni memandangkan semester ni agak pendek. Menurut KP aku, En. Amin, final exam semester ni maybe bulan 10. SHIT!!! Lepas raya terus final ke? Harap2 ganjak kan la sikit time final tu... Tak beraya la jawabnya.

Salah satu subjek yang aku ambik semester ni ialah ECO 555 atau nama tak saintifik nya, Managerial Economic. Sesunguhnya aku tidak suka subjek ini kerana ia merupakan subjek calculation @ subjek kira-kira di mana kita perlu bermain dengan nombor. Tambah, tolak, darab, bahagi untuk dapat jawapan. Aku memang tak suka subjek kira-kira ni.

Ketidaksukaan aku kepada subjek kira-kira ini juga telah memberi effect kepada aku bukan setakat dalam pelajaran, tapi juga kepada rancangan televisyen. Aku tak suka tengok cerita "Numbers", dimana diorang menyiasat dan menyelesaikan masalah dengan mengira. Gila weh. Tekan-tekan calculator dah boleh tangkap orang jahat. Actually, si hero dalam cerita tu pun cuma kira probability je dan kadanag-kadang tak tepat pun.

Berbalik kepada ECO 555 ni, aku sebenarnya seorang repeaters untuk subjek ni. Tak Paham??? aku kantoi paper ni sem lepas. Ya!!! Kantoi, tak lepas, fail, kantat paper tak berbagai-bagai lagi nama yang boleh di gunakan. Ehem.... Tapi tak pe... Bukan aku sorang je kantoi paper ni dalam rumah ni. Housemate a.k.a. roomate aku pun kantoi gak... tahun ni sekelas la kiaorang... Rujuk blog ini untuk melihat luahan hati insan yang fail ECO 555 tersebut

Kami satu rumah dah berazam untuk berubah semester ni. Belajar dari awal semester, tak nak belajar last minute lagi. Balik dari kelas, terus buat note. Tak boleh tunggu-tunggu lagi. Tak boleh bertangguh lagi. Ini azam baru aku. Tak mau ponteng kelas lagi. Ya. tak mahu....

Oh ya... Tadi pukul 4 ada kelas ECO 555 tapi tak pergi pulak kan. Tak pe, azam aku tu start minggu depan la.... HEHE....

Sunday, July 8, 2007

HERE WE GO AGAIN!!!!!

Lama dah aku tak update blog aku...
kawan-kawan aku pun dah tanya nape tak update..
cis... bace blog aku pandai... tinggalkan la komen skali, ni tak... baca je...
pastu send komen kat e-mel aku lak..
ish... komen je la kat blog tu...
hehe.. terEMO lak...

Aku sebenarnye tak de idea nak menulis kat blog ni....
kepala pun rasa berat and tak ready lagi nak study lagi..
ntah la.. tiba2 idea kering

Akhirnya esok akan bermula semester baru buat aku...
aku tak puas cuti... seminggu je cuti aku..
siot la... aku tak puas lagi makan masakan mak aku..
baru nak mintak mak aku masak gulai nangka.. sekali dah naik cuti la pulak..

Banyak benda yang aku plan time cuti tak dapat nak dilaksanakan
nak tengok wayang tengok transformers pun tak sempat...
aku pun tak pasti ape aku buat dalam seminggu tuh...
aih...

ok la...
kang kalau dah ade idea aku blog balik...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...