Belilah Novel Aku!!!!

Friday, July 20, 2007

AKU MAHU PULANG!!!!

Ya!! Aku mahu pulang!! Bukan tajuk lagu kumpulan Amuk, tapi luahan hati aku yang ingin pulang ke rumah aku di Batu Pahat.

Kenapa aku beria-ia mahu pulang minggu ini. Kerana aku nak berjumpa dengan kawan-kawan aku yang rasa-rasanya sangat lah lama aku tak jumpa. Ada yang selepas SPM terus menghilang entah ke mana sampai hidup-mati diorang pun aku tak tau.

Tapi yang paling penting sekali aku akan berjumpa dengan kawan aku yang tidak payah la aku sebut nama sebenarnya (sebenarnya aku dah lupa nama dia) tapi lebih di kenali dengan nama manja dikalangan rakan-rakan sebaya iaitu malapetaka.

MALAPETAKA????

Kenapa teruk sangat nama nickname dia tu? Mesti mesti kamu semua tertanya-tanya kan? Aku akan ceritakan asal-usul nama tersebut pada post akan datang, selepas aku jumpa dia. Boleh dapat cerita update dari dia sebelum post. Oh, ya. Maybe ada baiknya kalau aku tanya nama betul dia.

ok jumpa lagi hari ahad atau isnin nanti...

Hey, gadis. Jumpa isnin nanti, ya..... (",)

4 comments:

punjunk said...

aku dah kembali

aremierulez said...

PUNJUNK!!!!!!

Mne ko menghilangkn diri...
rindu abis aku kt ko...

athena said...

weh..post malapetaka cepat, aku nk bantai gelak..haha

aremierulez said...

dah post dah...
tapi tak kelakar mane pun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...