Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, July 22, 2007

BERJUMPA DENGAN MALAPETAKA

INTRO (1993 - 2002)
BAGAIMANA NAMA MALAPETAKA TERBENTUK

Malapetaka dalam konteks post ini bukanlah merujuk kepada bala bencana, bencana alam, kemalangan jalan raya, kecelakaan yang menimpa dan sewaktu dengannya lah. Tapi malapetaka merupakan nickname kepada salah seorang kawan aku. Nama betul dia ialah R, dia tak mahu namanya di display kan dalam blog aku atas sebab tak nak jadi famous. Phuih...

Dia ni kadang-kadang macam budak lembab jugak. lain yang di suruh, lain yang dia buat. Dia ni ada masalah nak mematuhi arahan orang. Tapi lembab-lembab tu, Study dia superb. SPM dapat 6A. Not bad la kan?

Kenapa dia dapat nama Malapetaka? ini kerana dia selalu boleh menimbulkan malapetaka ataupun kesusahan kepada orang lain, kadang-kadang pada diri dia sendiri juga.

Pernah sekali, masa tu kami semua ada kat padang permainan atas bukit. Masa tu dia tengah pegang Pencil box aku. Aku pun cakap la...

"baik-baik pegang pencil box aku tu. karang jatuh pulak. Dah la kau tu berdiri kat tepi...."

Belum pun habis aku cakap, terlepas la pencel box aku dari genggaman dia maka tamat lah riwayat pencil box aku tu....

Pernah juga aku bagi dia pinjam video tape aku (masa ni VCD belum wujud lagi). Lepas habis dia tengok dia pun pulangkan. Aku belek la kotak video tu, nak selidik mana lah tau dah cacat di sebabkan malapetaka yang dia bawak. Setelah aku belek, aku tak jumpa apa ke rosakkan. So aku anggap dia dah berjaya buang badi dia tu. Rupa-rupanya tidak. Bila aku bukak kotak video tu, aku tengok video tu macam basah je. Bila aku bau, ada bau teh pada video aku tu. Rupa-rupanya dia dah tumpahkan teh kat video aku. Jahanam video aku!!!!!

Tu insiden dengan aku, dengan member-member aku ada jugak. Pinjam basikal member aku, pastu bila pulangkan, tayar basikal dah pecah. Hilangkan buku member-member memang dah jadi tabiat utama. Sampai member-member dah tak bagi pinjam buku kat dia lagi.

Dia jugak pernah tolong pegangkan duit member aku. Masa tu semua duit kertas. Bila member aku tu mintak balik duit dia, tengok-tengok duit tu ada yang dah koyak. terkoyak putus dua pulak tu. Aku pun jadi pelik, apa dia buat sampai duit tu boleh koyak.

Pernah sekali, Amri, kawan satu kumpulan kami jugak la, suruh Malapetaka mintak nombor telefon sorang budak cun. Masa tu kitaorang tengah lepak dekat bus stand Batu Pahat. Si Malapetaka ni boleh pulak pergi mintak nombor telefon budak gemuk sebelah yang duduk sebelah budak cun tu. Pulak tu, dia siap bagi nombor telefon si Amri tu dekat budak gemuk tu. Aku pun tak tau macam mana Amri handle budak gemuk tu. Entah-entah Amri couple dengan budak gemuk tu kot.. Hehe.. Rilex Amri. Gurau beb.

Macam-macam lagi lagi kejadian buruk yang dia bawak. Kalau nak cerita semua, 10 kali post pun belum tentu habis. Lepas SPM, dia dapat tawaran ke UiTM Melaka, belajar dalam jurusan Mass Comm pada tahun 2002. Lepas dia daftar kat Melaka, family dia pun pindah ke Kuanatan. Maka lost contact la aku dengan dia.

PRESENT TIME (2007)
PERJUMPAAN SEMULA SETELAH TERPISAH 5 TAHUN

Setelah sekian lama merancang reunion, akhirnya kita orang bersepakat untuk buat tahun ni setelah hampir 2 tahun merancang. Banyak kali kitaorang terpaksa cancel kan program sebab kesibukan schedule masing-masing. Tapi kali ni dapat jugak.

Seram jugak sebab dah lama tak jumpa dengan sekalian member, yang paling selalu aku jumpa pun Alif seorang je, itu pun kalau aku ke surau. Kalau tak, tak jumpalah aku dengan dia. Perjumpaan di buat di Batu Pahat Mall a.k.a. BP Mall sebab ada sesetengah member yang dah pindah dari Batu Pahat dan tak tau kewujudan tempat ni. So, nak bagi peluang pada diorang untuk mengenali tempat ni dengan lebih dekat la.

Malapetaka merupakan member yang terakhir sampai Kat BP Mall dengan alasan sesat sebab dah 5 tahun tak datang Batu Pahat. Ok, alasan di terima. Macam-macam la kami bercerita. Almaklumlah, dah lama tak jumpa. Bila 7 orang mulut dah bercakap, macam-macam cerita yang keluar. yang, kelakar, sedih, serius... Macam-macam la.

Si Malapetaka ni lepas diploma, dia sambung belajar dekat UiTM Shah Alam pulak, dalam jurusan Ijazah Mass Comm. Family dia pun nak pindah ke Shah Alam lepas raya ni. Asyik pindah je family dia ni. Tapi maybe aku boleh jumpa dia kat sana sebab rumah abang aku dekat sana.

Maka bertanya la kami kepada Malapetaka ni...
"Kau ni ada kebolehan mendatangkan malapetaka macam dulu lagi tak?"

Dengan confident nya dia jawab,
"Itu dulu la geng. Sekarang aku dah berjaya hilangkan badi tu, beb."

"Bagus la tu, sekurang-kurangnya hidup kitaorang pun aman la sikit", kata aku.

Lepas tu kami pun bercerita lagi. Malapetaka ni kalau bercerita bukan dengan mulut je, siap tangan-tangan dia pun bergerak sekali. Cerita punya cerita, tangan dia sudah terkena cawan si Amri. Tumpahlah air lalu terkena la baju si Amri. Tak banyak, kena sikit je. Tapi kira kena juga la kan?

"Ape ni? Cakap dah buang badi?" Kata amri.

"Hehe... Aku tipu korang je..." balas Malapetaka dengan senyum kelat.

Mandi bunga la nampaknya kau ni. Baru boleh elok agaknya.

P/S: Post ni di tulis atas persetujuan semua kawan-kawan yang reunion sekali, terutama Malapetaka sendiri. Good luck in your future. And I really mean it....

5 comments:

amri's said...

wei mierul...

tolong skit. aku tak kapel dengan pompuan gemuk tu.
awek aku badan slim lagi menggiurkan tau...

aremierulez said...

Amri!!!
welcome...dpt gak ko cari blog aku ni...

Mne aku tau, ko tak pernah cite kat kitaorang pun pasal benda alah ni..

ke ko segan nak mengaku...

athena said...

i'm looking forwsrd to see this guy..

wait a sec..

nah, dont want la, i dont need bad luck charm..hehe

aremierulez said...

athena...
u dont need any bad luck charm anymore coz u are already a bad luck person..

amri's said...

mierul..
athena ni kawan ko ke...
nasihat la kat dia janganla sekali2 cuba nak berjumpa dengan malapetaka...

hahahahaha....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...