Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, July 10, 2007

HARI PERTAMA UNTUK SEMESTER BARU

Hari ini merupakan hari pertama aku ke universiti untuk semester baru. Sebenarnye kelas dah mula semalam, tapi aku baru nak pergi hari ini. Sebabnye tak perlu lah aku terangkan kat sini sebab semua orang pun tahu kan??

Aku tak pasti sama ada nak ambik 6 atau 7 subjek semester ni memandangkan semester ni agak pendek. Menurut KP aku, En. Amin, final exam semester ni maybe bulan 10. SHIT!!! Lepas raya terus final ke? Harap2 ganjak kan la sikit time final tu... Tak beraya la jawabnya.

Salah satu subjek yang aku ambik semester ni ialah ECO 555 atau nama tak saintifik nya, Managerial Economic. Sesunguhnya aku tidak suka subjek ini kerana ia merupakan subjek calculation @ subjek kira-kira di mana kita perlu bermain dengan nombor. Tambah, tolak, darab, bahagi untuk dapat jawapan. Aku memang tak suka subjek kira-kira ni.

Ketidaksukaan aku kepada subjek kira-kira ini juga telah memberi effect kepada aku bukan setakat dalam pelajaran, tapi juga kepada rancangan televisyen. Aku tak suka tengok cerita "Numbers", dimana diorang menyiasat dan menyelesaikan masalah dengan mengira. Gila weh. Tekan-tekan calculator dah boleh tangkap orang jahat. Actually, si hero dalam cerita tu pun cuma kira probability je dan kadanag-kadang tak tepat pun.

Berbalik kepada ECO 555 ni, aku sebenarnya seorang repeaters untuk subjek ni. Tak Paham??? aku kantoi paper ni sem lepas. Ya!!! Kantoi, tak lepas, fail, kantat paper tak berbagai-bagai lagi nama yang boleh di gunakan. Ehem.... Tapi tak pe... Bukan aku sorang je kantoi paper ni dalam rumah ni. Housemate a.k.a. roomate aku pun kantoi gak... tahun ni sekelas la kiaorang... Rujuk blog ini untuk melihat luahan hati insan yang fail ECO 555 tersebut

Kami satu rumah dah berazam untuk berubah semester ni. Belajar dari awal semester, tak nak belajar last minute lagi. Balik dari kelas, terus buat note. Tak boleh tunggu-tunggu lagi. Tak boleh bertangguh lagi. Ini azam baru aku. Tak mau ponteng kelas lagi. Ya. tak mahu....

Oh ya... Tadi pukul 4 ada kelas ECO 555 tapi tak pergi pulak kan. Tak pe, azam aku tu start minggu depan la.... HEHE....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...