Belilah Novel Aku!!!!

Monday, July 30, 2007

KISAH SI ARNAB YANG EMO DAN GAMBAR TENSION

Ramai jugalah kawan-kawan aku (biasanya para-para gadis), tanya dekat aku pasal layout Friendster aku.

"Apsal ko pakai layout gambar arnab? Macam pompuan punya je?"

Atau pun....

"Apsal arnab dalam layout friendster kau tu berdarah? Kan arnab tu binatang yang comel, nape nak ade darah-darah pulak?"

Ok. Aku jawab soalan kamu semua. Kenapa aku pakai layout tu? Sebab arnab tu bukanlah arnab yang jenis comel-comel dan sinonim dengan para-para gadis. Tapi arnab ni special sikit. Nama layout tersebut ialah Emo Rabbit. Emo Rabbit ialah seekor arnab yang nampak lembut tapi dia berani meyuarakan apa saja dan kadang-kadang berani bertindak di luar dugaan.

Emo Rabbit juga berani menempuh dugaan yang kadang-kadang sampai sanggup mengorbankan jiwa dia sendiri. Tu yang berdarah-darah tu. Dia tak menghiraukan apa jua cabaran yang mendatang. Arnab ini mempunyai jiwa yang kental dan tak menghiraukan semua tu demi perjuangan untuk diri sendiri.

Puas hati dengan penjelasan aku? Tak puas hati? Ah, arnab tu tak ganggu korang dalam mimpi pun kan?

Soalan atau komen lain yang sering aku dapat ialah...

"Kenape gambar tu? Awak tengah tension ke?"

atau pun...

"Mirul, ko tukar gambar ko tu. Nyampah lak aku tengok gambar tu."

Ok. Kenapa aku pakai gambar ni? Sebab gambar tu mempunyai ciri-ciri seni estetika yang tinggi. Gambar tu macam ada related dengan gambar Emo Rabbit. Tapi bukan bermakna aku bercita-cita nak jadi seekor arnab. Tidak!! Tidak sekali-kali. Cuma gambar tu memang seni habis. Hehe...

Aku guna gambar yang sama untuk profile Friendster, Myspace dan Profile bloggers aku. So kalau aku tukar gambar, aku akan tukar tiga-tiga sekali. Tapi gambar yang aku pakai tetap mempunyai nilai-nilai seni estatika yang tinggi. Hehe... Kepada Suhana, aku tak kan tukar gambar profile aku tu senang-senang. Gambar yang perlu aku gunakan mesti ada value yang tinggi. Baru boleh jadi pengganti yang sesuai.

Para-para gadis, puas hati dengan penjelasan aku? Jadi jangan tanya lagi. Nanti aku tukar layout Emo Pig pula... Baru korang tahu. Kena samak komputer korang...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...