Belilah Novel Aku!!!!

Monday, July 16, 2007

LAKUKAN ROMBAKAN

Thailand menjadi tuan rumah kedua tersingkir selepas Malaysia dalam competition kali ini.

Tapi takpe Thailand, sekurang-kurangnya Thai masih mampu menang 1 perlawanan dan seri satu lagi. Tak de la macam Harimau Malaya yang kena belasah dengan parahnya. Mungkin boleh tukar gelaran Kucing Malaya????

Aku terdengar pasal kenyataan Shebby Singh yang berkata teraju FAM patut di terajui oleh orang-orang yang berpengetahuan tentang bola sepak. Ya!! Aku setuju dengan hal ini. Presiden & naib presiden FAM kena letak jawatan (ampun tuanku Sultan Pahang & Tuanku Mahkota Pahang), tapi mereka kena letak jawatan kalau mereka sayangkan nasib skuad bola sepak negara kita.

Dari pemilihan pemain kita untuk skuad Piala Asia kali ini pun amat mengecewakan. Goalkeeper amatlah memalukan, Hairudin Omar pun main dengan teruknya (walaupun dah nampak yang dia memang tak boleh main masa Piala Tiger yang lepas), dan kenapa Khalid Jamlus tak terpilih untuk skuad kali ini sedangkan dia merupakan pemain tempatan yang paling banyak menjaringkan gol di Liga Super?

FAM kena memilih pemain berdasarkan performance semasa, bukan mengikut nama. Akmal Rizal baru recover dari injured yang teruk, so buat apa pilih dia sebab sah-sah la pemain yang baru elok injured tak boleh perform dengan baik. Kenapa tak pilih Titus James Palani yang dah bertahun-tahun berlatih kat Perancis tu. Tak kan nak simpan dia sampai tua baru nak pakai. FAM kena la percaya dengan tenaga muda sekarang.

Dan elok lah FAM tumpukan kepada skuad remaja. Tubuhkan skuad bawah 12, 15, 17, 19 dan 21 dan bagi tumpuan sepenuhnya sebab yang tua-tua ni dah tak boleh di asah lagi dah. Tengok Skuad bawah 13 dalam Piala Danone (kalau tak salah aku), memberikan satu persembahan yang baik. Tumpukan la pemain muda.

Ok, banyak dah aku membebel. Cepat la berubah FAM. Sekurang-kurangnya aku nak tengok skuad bola sepak kita main kat World Cup sebelum aku mati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...