Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, July 22, 2007

LAWAK MABUK DARI SI BODOH

Masa tengah aku tunggu kawan aku, Malapetaka dan budak-budak lain untuk reunion, aku lepak dekat pintu gerbang BP Mall. Masa aku lepak dekat situ, ada sorang budak pun tengah lepak sambil tunggu member dia dekat situ.

Budak tersebut adalah seorang lelaki, pakai baju hitam. Aku gelarkan dia sebagai A untuk memudahkan penulisan aku. Tak lama lepas tu, sampailah kawan dia. Kawan dia pulak pakai baju Liverpool FC warna kuning, away jersey untuk musim lepas. Aku gelarkan mamat berjersi Liverpool ni sebagai B.

Maka Si A pun menegur Si B dengan nada separa marah:

A: Apsal kau pakai jersi ni. Berdosa besar tau.

B: Nape pulak?

A: Ye la. Jersi ni ada tulisan Carlsberg. Kan jenama arak tu.

B: Ala, bukan aku minum pun. Aku pakai je.

A: Ye la. Ni kira macam kau mempromosikan Carlsberg ni haram. Berdosa besar kau tau tak? masuk neraka

B: Ah. Kau pun sama. Kau pakai baju kau ni pun salah jugak.

A: Kenapa salah pulak?

B: Tu, baju kau ada tulisan Jack Daniel's. Apa cerita pulak?

A: Kenapa pulak dengan Jack Daniel's? Apa pulak salah aku pakai baju Jack Daniel's ni?

B: Hotak kau. Jack Daniel's ni jenama arak lah bodoh.

A: Hah!!! Ye ke? Aku tak tau la.

B: kau pandai la nasihat aku. Kau pun sama. Aku pakai baju ni sebab aku support Liverpool. kau pakai baju ni sebab support Jack Daniel's ke?

A: Ah, diam la kau.

Maka kedua-dua budak ni pun beredar dari tempat tu

Moral of the story: Kalau nak pakai baju, pastikan yang korang tahu apa maksud ayat yang ada kat baju korang. Jangan main sarung je. Dan di nasihatkan korang semua mengetahui dan ambil tahu pasal nama brand-brand arak yang ada kat pasaran untuk mengelakkan kejadian yang sama berlaku kat korang pulak

Pesanan terakhir, Liverpool johan EPL musim ni, oi.....

4 comments:

athena said...

eh, baju JD cool ape..aku pn ingat nak beli shelai dulu..hehe..

tp skang xleh la, nanti kantoi aku satanic banking..hahahahahaa

aremierulez said...

tak payah pakai bju JD pun org dh tau ko ni satanic banking...

tgk dri sinar wajah ko org dh tau..

Nezjoe said...

errrrr..
kebetulan aku tgh pakai jersi Liverpool..
errr... no comment
brand lain kalau di bawah payung yahudi pun sama je. well, itu opinion aku la

ynwa!

aremierulez said...

nezjoe...
btul tuh...
yg penting kite sokong team tu, bukan penaja dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...