Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, July 11, 2007

MALAYSIA BOLEH.... KE???

Dengan sadisnya Malaysia menjadi tuan rumah pertama dalam Piala Asia 2007 ni yang kalah... Kalah dengan teruknya... 5 - 1
Gol yang mudah di jaringkan oleh penyerang China. Ke mana hilang nya defender Malaysia yang lang sung tak marking striker China ni??
Aku dengan semangatnya siap dah pakai baju Harimau Malaya duduk depan TV untuk memberi sokongan kepada team kebangsaan kita. Tapi aku berasa kecewa lalu terus aku tukar channel bila dah kena 2-0. Baik aku tengok Durrani... Dapat gak aku tengok Raja Farah yang cute tuh... (",)

Malaysia kena tukar taktik la. Kena mainkan Indra Putra Mahayuddin dari awal. Akmal Rizal Ahmad Rakhli tak cukup fitness lagi untuk main lepas baru recover dari injury dan Hairuddin Omar yang kita dah pun tengok persembahan sampah dia masa Tiger Cup sebelum ni memang tak patut main..

Tolong la jangan kasi malu beb... MALAYSIA BOLEH!!!!! (kali ni aku laungkan dengan ikhlas)

Profile Team malaysia

Berita dari website Asian Cup

Berita Harian Online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...