Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, July 31, 2007

REWIND: KISAH KERETA APENG & KERETA BELL

Kali aku nak bercerita pasal kereta-kereta kawan aku yang lain pulak. Kira macam expose la ni.
KISAH KERETA APENG
Tragedi ini terjadi pada 19 julai 2007, seminggu sebelum Lula accident. Bukan ape pun, cuma tayar kereta Apeng pecah. Beliau mendapat pertolongan daripada Lula dan Bell. Jenuh jugalah mereka menukar tayar kereta di tepi jalan. Gambar tragedi ini sekali lagi sumbangan Bell. Rajin sungguh dia ambik gambar. Aku rasa dia ni boleh jadi fotographer pada masa depan. Baik kau tukar course la Bell.
Tayar kereta Apeng pecah tak ingat punye
Lula sedang menunjukkan skill yang amat sikit Rakyat Malaysia tahu, skill membuka tayar dengar satu tangan sambil menghisap rokok.
Setelah mendapat tunjuk ajar daripada Lula, Apeng mencuba skill di atas tadi. Setelah 8 kali gagal, akhirnya Apeng pakai dua-dua tangan nya
Akhirnya mereka menggunakan alat yang betul untuk membuka tayar setelah menghadapi kesukaran ketika membuka tayar menggunakan tangan

Apeng: Sempat pulak budak Lula ni tido time-time genting ni. Hentak dengan tayar ni kang.

KISAH KERETA BELL

Kereta Bell belum pernah lagi megalami kecederaan serius sangat. Tapi kereta Bell ni sinonim dengan perkataan habis minyak. Kereta beliau sering di lihat tersadai di tepi jalan kerana habis minyak. Sampai lecturer dia pun pernah berkata, "Saya selalu jugak tengok kereta awak tersadai tepi jalan. Kereta awak yang colour hijau tu kan?"

Begitulah kisah kereta kawan-kawan ku di rumah ini. Kereta-kereta yang lain tak de masalah lagi setakat ni. Macam mana pun aku amat berterima kasih kepada kawan-kawan aku kerana sudi menumpangkan aku untuk ke kelas. Tanpa kamu semua, tak sampailah aku ke kelas. Aku harap satu hari nanti korang semua dapat kerja best, bergaji besar, lepas tu boleh beli kereta-kereta besar, best dan berkualiti. Amin......

2 comments:

athena said...

okay,
rewind next post,buat tajuk pasal keta bel plak. khusus untuk mursidul am.hahaha

aremierulez said...

aku tak de gambar kete dia tgh tersadai...
klu tak boleh gak aku post..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...