Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, July 31, 2007

UPDATE: KEADAAN TERKINI KERETA LULA DI BENGKEL

Korang ada baca post aku yang bertajuk "Kawan aku accident"? Sekarang kereta kelisa kesayangan nya tu tersadai di bengkel sekarang, dalam proses rehab atau dengan bahasa yang lebih sopan, baik pulih. Tak lama lagi boleh lah kereta beliau beraksi di jalan raya kembali. Berikut adalah gambar Lula dan Kelisa nya di bengkel.

(Gambar ehsan dari Encik Bell. Sorry sebab buat kau terbangun. Aku tak sengaja, aku ingat kau taruk Hand Phone kat sebelah kau. Nanti aku belanja kau nasi lemak kat kedai depan. Hehehe...)

Kelisa Lula sedang berposing di bengkel
Dari sudut yang lain pula
Anda dapat lihat kesan kerosakkan kereta Lula ini


Tuan punya kereta berposing sambil tersenyum. Walaupun muka tersenyum tapi dalam hati kecilnya berkata, "Kopak la aku nih nampaknya.."

Dalam rumah sewa aku ni, seramai 5 orang kawan-kawan aku yang mempunyai kereta. Dan setakat ni, 3 daripadanya pernah kecundang di medan perang (pernah mengalami kerosakan la). Lula merupakan orang terbaru yang masuk dalam senarai sentuhan kecundang ini. Lagi dua ialah Bell dan Apeng. Insyaallah, aku akan ceritakan pada post akan datang. Mesti cerita punye beb. Hahahaha.... Anyway, harap kereta kawan-kawan ku ini tak kan kecundang lagi dan berharap kereta Lula kembali kepangkuan Lula semula dengan segera dan selamat. Amin....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...