Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, August 5, 2007

KISAH RAMBUT PANJANG, BOLA SEPAK DAN SKUAD REMAJA


Aku masuk ke website Berita Harian EPG, untuk mencari cerita tentang kemusnahan dan kutukan untuk skuad Malaysia kita. Kamu tahu tak EPG tu ape? EPG tu singkatan kepada Emas-Perak-Gangsa, akhbar sisipan untuk akhbar Berita Harian, setiap hari khamis.

Tiba-tiba aku terbaca dekat seksyen e-mel anda, komen seorang pembaca EPG bernama Radin Zayady dari Shah Alam. Dia bagi cadangan tentang apa yang perlu FAM lakukan untuk tingkatkan mutu permainan bola sepak Malaysia:

1. Wujudkan skuad pelapis bawah 16, 18 dan 21 tahun yang berbakat mengganti skuad yang ada.

2. Jangan benarkan pemain berambut panjang mewakili negara.

3. Ketatkan disiplin pemain.

4. Tambah lagi perlawanan persahabatan dengan pasukan negara luar termasuk Jepun, Korea Selatan, China mahu pun Eropah.

5. Persatuan Bola Sepak Malaysia dan gabungan mereka harus mencungkil bakat baru untuk diketengahkan sebagai pelapis setiap tahun.

6. Pandangan orang ramai harus diambil kira.

7. Jurulatih setiap negeri harus menyiapkan laporan kemajuan setiap pemainnya jika dia dipanggil mewakili Malaysia.


Aku setuju dengan cadangan no. 1. Skuad-skuad eropah sentiasa tak kehabisan bakat-bakat muda sebab mereka ada skuad-skuad pelapis mereka.

Cadangan no.4 pun ada rasionalnya. Pemain kita kekurangan pengalaman dalam perlawanan antarabangsa. Mungkin orang anggap perlawanan bola sepak antarabangsa ni biasa sahaja, tapi perlawanan antarabangsa berbeza dengan perlawanan liga yang biasa. Suasana berbeza, berjuang untuk maruah negara, memang situasi yang berbeza.

Cadangan no. 6 pun aku setuju gila. FAM tak boleh anggap mereka sentiasa betul. FAM kena terima pandangan orang lain sebab pandangan diorang memang dah tak boleh pakai lagi. Mereka kena brainstorm untuk dapatkan idea baru dari semua pihak, terutama peminat. Jangan nak anggap diri sentiasa betul.

Cadangan no. 2 tu, aku tak setuju. What the fu.... Apa pulak kena mengena rambut dengan main bola? Bukan rambut pun yang nak menyepak bola. Adakah pemain rambut panjang tak bagus? Aku tak setuju dengan cadangan ni...

Ok, cuba korang tengok Gabriel Batistuta. Rambut panjang (masa dia main bola dulu la, sekarang ni dah pendek sebab dah tua). Tapi skill permainan dia memang hebat. Dia menjadi ikon Argentina masa World Cup 98 dulu. So, cadangan no.2 tak diterima. Lagipun ramai apa mat rock rambut panjang... Eh. Dah terkeluar tajuk ni. Hehe...

Berbalik kepada cadanga no. 1. Skuad pelapis memang amat diperlukan. Mulakan dari skuad bawah 12, kemudian diserap ke skuad bawah 16 tahun, seterusnya ke skuad bawah 18 dan ke skuad bawah 21 sebelum ke skuad senior.

Ini akan menambahkan pengalaman dan kematangan pemain muda dalam mengharungi perlawanan antarabangsa. Perlu kita ingat bahawa pemain-pemain handalan dunia sekarang bermula dengan skuad bawahan sebelum menjejak kaki ke skuad senior.

Masih ingat lagi Youth World Cup 1997 yang berlangsung di Malaysia dulu? Pertandingan ini untuk skuad renaja bawah 20 tahun. Masih ingat nama-nama besar yang menyertai pertandingan tersebut? Nwankwo Kanu (Nigeria), David Trézéguet, Thierry Henry (Perancis), Juan Román Riquelme, Pablo Aimar, Esteban Cambiasso (Argentina), Michael Owen(England), Damien Duff(Ireland), dan Shunsuke Nakamura (Jepun). Mereka sekarang dah pun menjadi nama besar dalam dunia bola sepak dan skill mereka di atas padang memang tidak boleh di pertikaikan lagi.

Jadi harap-harap FAM mengambil ikhtibar dari kekalahan yang memalukan dalam Piala Asia untuk memperbaiki semula maruah yang tercalar. Semoga kehebatan Malaysia kembali seperti era allahyarham Mokhtar Dahari.

9 comments:

makhluk buas said...

ape sangat la yang aku nak commend pun....

aku ngan bola sepak ak beberapa sangat.......

anyway, keep up tha good work......
tak suka, tak suka jugak.....
but still it is a malaysia product, so we have to proud about it. not now, but maybe in future.....

we have to have faith on them, or to them.....

support our local football team.....

makhluk buas said...

aku busy buat masa ni....
modem still tak siap lagi....
biasala kerajaan.....

aku boleh cepatkan.... tapi orang kat sana.....

pekedai pun sama.....
mintak courtation, nak bagi la, nak fax la, nak hantar la,..... tapi haram......

tension oooo lani....

bayak keja la mirul......
sorry la.....
keja penting lagi.......

aremierulez said...

aku pun tak suka sangat bola malaysia setelah melihat kehancuran skuad ni di piala asia...tp support tetap support beb..

tak pe...
hang keje elok2 dulu...
kang dah kaya, pasang internet kat rumah

athena said...

aku rasa apa yang dimaksudkan rambut pendek tu displin kot. Ye la, kan ramut pendek 2 sinonim dengan kekemasan.

mungkin keseragaman lebih sesuai.

lulaby said...

ramut??? kahkahkahkah..

dak2 isb mmg cenggini ekh??
sebelum komen pasal bola sepak malaysia..improvekan dahulu bahasa malaysia anda..

muahahaha

aku rasa la...bab rambut tu mmg xde kene mengene lgsung..apsal ngan rambut panjang??tutup mata ke??xpun tecucuk mata??

oooo....mgkin sbb da tecucuk mata..x nmpak gol lg kot..kalau camtuh senang jer solution nye..pegi kat kedai mak aku kat PD sane tuh,,beli goggle spek yg org pki wat menyelam tuh..confirm x tecucuk mate player yg main bola sepak..

muahahahaha....

aremierulez said...

athena...
displin & rambut..hhhmmm... ronaldinho rmbut pnjg ok je dia. barthez yg botak tu yg x de displin, tu yg Man Utd tendang dia...
keseragaman... rak best la klu suma pmain bola sama fesyen rambut... susah nak bezakan nnt..

lulaby...
mungkin sbb takut rambut tutup mata, tp mcm tak relevan je sebab dia tuh...

sempat gak ko promote kedai mak kau ye...

Nadia said...

apa da rambutttt...??!!...hahahha...bukannya main bola ngan rambut! cehhh..org mana tadi tu komen?..chaittt!..

apa pun, selain skuad pelapis, paling penting kena make sure skuad tu bukan adhoc lagi dah mcm yg biasa sgt mesia buat skang ni. tu je. sekian. ;-)

aremierulez said...

mesti dia ada fobia dgn org rambut panjang kot...
haha...

rasanye skuad malaysia mmg skuad adhoc pun selama nih...
hehe

chip said...

negara kita ni lain sikit. contoh Brazil makan, minum, tidur = bola. Kita makan sambil tengok bola
http://cat-world.50webs.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...