Belilah Novel Aku!!!!

Saturday, September 15, 2007

BLOGGING DARI BATU PAHAT

Ya aku kembali selepas 2 hari aku tak memblogging. Hehehe...

Aku berada di Summit Batu Pahat, di CC yang bernama Welly. Tempat di mana aku mula belajar chatting dan keinginan untuk menjadi bloggers bermula.

Untuk pengetahuan kamu semua, aku sudah hampir 3 bulan tak datang ke Summit ni. Kenapa? Sejak adanya BP Mall, aku lebih suka lepak di sana. Kalau keluar dengan kawan-kawan pun, aku akan ke sana. Kalau keluar dengan famili pun, aku akan ke sana. Kalau keluar dengan sepupu dan adik angkat pun, aku akan ke sana. Bukan lah aku dah tak menghargai Summit, cuma dah ada tempat baru. Jadi nak rasa jalan dan lepak di tempat baru sebelum tempat baru tu bertukar menjadi tempat yang buruk macam Summit ni.

Dan yang lebih penting, ni pertama kali aku memblogging dari Batu Pahat. Ya!! Walaupun dah hampir 6 bulan aku memblogging, tapi ini pertama kali aku memblogging dari Batu Pahat.

Agak pening aku menggunakan komputer di CC Welly ni. Sebab semua tulisan telah di set menggunakan bahasa cina. Contohnya tulisan ini:
快捷键: 按 Ctrl 和: B = 粗体, I = 斜体, P = 发布, S = 保存, D = 草稿
Tulisan ini ada di bawah ruangan untuk aku post entri aku. Aku rasa agak janggal tapi aku cepat menyerap segala kekeliruan ini. Sekarang aku hendak cerita beberapa kisah sepanjang perjalanan aku pulang ke Batu Pahat hingga hari ini.

Balik Batu Pahat

Aku pulang menaiki bas. Sepatutnya aku pulang dengan kawan aku menaiki kereta, tetapi secara mendadak lecturer nya nak buat kelas pulak hari jumaat tersebut. Maka menyumpah lah kawan aku ni dalam kereta. Aku terpaksa menahan bebelan dia.

Dalam bas, ada mamat tidur di sebelah aku. Aku tak kisah dia nak tidur, tapi siap baik punya lentok dekat bahu aku. Kalau gadis yang nak baring dekat bahu aku, aku tidak kisah, tapi kalau lelaki, hhheemmmm... Aku takut ada orang tangkap gambar aku dengan mamat tu dan menyebar fitnah yang aku gay pulak

Member atau awek dia baik punya kutuk aku dengan mamat yang baring dekat bahu aku tu. Aku tak pasti dia tu awek atau kawan sebab kadang-kadang mesra macam bercouple, kadang-kadang ganas pulak, Awek tu sedap kutuk aku. Bila aku tengok dia, badan agak berisi dan dia pakai seluar pendek. Aku tak kisah dia pakai seluar pendek, tapi kalau kaki tu penuh peta dunia, pakai la seluar panjang. Buat sakit mata orang je. Dah tu ada hati kutuk aku pulak.

Malam aku pergi ke surau untuk Solat Tarawikh malam pertama. Surau penuh. Biasa la. Awal-awal memang penuh. Cuba tengok bila dah 2 minggu nanti. Tinggal 3-4 saf je yang akan Tarawikh nanti. Aku jumpa bekas bapak mertua ku (bapak ex-GF ku), dia senyum dekat aku, aku tak tahu nak balas apa. Aku senyum je lah.

1 Ramadhan
Puasa hari pertama. Berjalan dengan lancar. Aku tak buat apa, duduk rumah main game dan buat invois untuk syarikat ayah aku. Ada jugak aku buat asignment sikit-sikit. Aku berbuka dengan Mee Hailam, roti jala dan nugget. Semua mak aku masak, sebab kami bercadang nak berbuka hari pertama dengan masakan mak. Lagipun semua ahli rumah aku tak keluar rumah hari tu. Semua nak berehat.

Surau masih penuh untuk Solat Tarawikh. Aku jumpa kawan-kawan lama aku. Lepas Tarawikh kami berbual panjang.

2 Ramadhan
Akhirnya Handphone aku berjaya di baik pulih kembali. Kawan bapak aku yang betulkan. HP aku tu dah mengalami kerosakkan teruk. Kawan bapak aku tu tukar kan semua body Hp aku tu. Dah macam HP baru pulak bila kau tengok-tengokkan. Ternyatalah yang kedai HP segamat yang aku betulkan itu macam.....(tak boleh mencarut nanti batal pulak puasa). Mulai sekarang, kalau HP aku rosak, aku betulkan dekat Batu Pahat je.

3 Ramadhan
Aku berada di CC. Besok aku pulang ke Segamat. Bosan. Kan bagus kalau puasa semua rakyat Malaysia cuti sebulan....

9 comments:

tongah said...

la...ko orang bp ke...apa beza samit ngan bp mall tu...dulu aku p macam bosan je bp mall tu...kosong je...

Puaka Petaka said...

aku ada kemushkilan mighol.....
macam mana aku nak upgrade blog aku ke 2.0 atau lebih......
aku jumpa dia punya code. tapi aku tak boleh paste. terlalu besaq......

aremierulez said...

tongah..
masa ko pegi tu dia baru bukak...sbb tu kosong..

aku bukan ape, aku ni boleh di katakan tiap2 minggu lepak kat summit tu, tu yg rase bosan. bila dah ade tempat baru, aku lepak la tempat baru... tu je

aremierulez said...

oh...
ko paste coding dia tu kat bahagian html, bru boleh

aremierulez said...

oh ya tongah
cousin aku dari KL menggelarkan BP Mall tu "Batu Pahat Own's, KLCC".. hehehe

Puaka Petaka said...

aku dah paste dah la.....
dia kata besaq.....
tak cukup nak tunjuk.....

ada senarai page dia tak?
yang ada code upgrade.....
aku jumpa satu tapi page tu pulak buat hal......

aremierulez said...

nnt aku cari balik page tu..

senang ko design blog ko pakai code myspace jek

aweez qarnie said...

Oit2,lex arr..aku nak upgrade gak..huhuhu

aremierulez said...

hu...
ko pun nk eh yua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...