Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, September 16, 2007

PUASA BULAN YANG MENDUGA KITA...TERUTAMANYA MATA KITA

Puasa memang menduga kita. Di bulan yang mulia inilah kita akan di uji tahap ketebalan iman kita. Mampukah kita menangkis dugaan tanpa di ganggu dan di goda syaitan yang di rejam?

Begitulah aku semalam. Selepas keluar dari CC Welly, aku pun jalan-jalan untuk membeli beberapa barangan keperluan aku. Dalam aku berjalan-jalan di Summit tu, aku ternampak ramai lah pulak amoi yang keluar berjalan-jalan dekat Summit hari tu. Dan yang lebih sadis sekali, ramai pula amoi yang berpakaian seksi.

Yang pakai skirt pendek atas lutut paras pangkal peha ada, yang pakai macam tube tu ada, yang pakai baju ikut body ada, yang pakai singlet ada.. Pendek kata, memang seksi belaka.

Biasanya, memang la amoi-amoi ni biasa berpakaian seksi cuma kali ni ramai sangat pula yang seksi. Adakah ini satu strategi kaum mereka untuk mengurangkan pahala dan menggoda kaum kita supaya tak berpuasa? Atau aku sahaja yang prejudis tak menentu sebab mata aku yang rambang memandang amoi seksi di kiri dan kanan sehingga aku membuat keputusan yang melulu ke atas kaum mereka?

Yang paling menyayat hati sikit, masih ada couple (orang melayu ya), yang jalan berpelukan sambil menggesel pipi mereka dikawasan awam. Come on lah! Ni bulan puasa beb. Hormat sikit beb. Tolong la faham sikit kan? Kalau bulan-bulan lain tu suka hati kamu la, tapi bulan puasa ni jangan la buat macam tu. Dekat public pula tu.

Ntah la. Mungkin aku terlampau berpikir kot. Tapi amoi skirt pendek tu memang menduga aku. Pendek sungguh skirt dia. Sayangnya dia jalan ramai-ramai dengan kawan dia. Kalau dia jalan sorang-sorang, dah lama aku tackle dia, mintak nombor telepon dia. Eh? Tackle perempuan batal puasa tak?

6 comments:

tongah said...

Setahu aku la, tackle awek or amoi tak membatalkan puasa. Tapi ko kata amoi tu jalan dengan kwn² dia kan. Apa kata ko buat amal jariah dalam bulan puasa ni. Ko mintak no telefon amoi tu dengan kwn² yang cun skali. Pastu passing kat kwn² ko. Kira beramal tu ehehe.

Hardcaffeine said...

betul tu tongah...saya sokong seratus percent...

Puaka Petaka said...

dalam banyak-banyak member aku, member-member rumah sewa lama aku saja kalau tunjuk pompuan cantik, memang, masyallah punya cantik.

kalau member aku yang lain, hmmm hampeh..... macam takdak erti kesenian langsung......

Puaka Petaka said...

yang tu termasuk sekali dengan ko la mighol......

tapi kalau ko mengorat, tak batal posa ko. tapi kalau ko bawak dia p dekat area tangga, makroh posa ko, tapi kalau ko bawak balik amoi tu, haaaa yang tu batal posa.....

azrul angkasawan said...

SANGAT SETUJU dengan tongah.. hehe

jangan prejudis tak tentu pasal, mintak je nombor telefon, semangat harmoni!

aremierulez said...

Atas sokongan kawan-kawan semua, aku akan tanya no hp diorg kalau jmpe lps ni...

dh lama tak tackle amoi, nnt aku try asah skill balik.. (",)

gimmie...
klu aku bwk pergi tangga tp ajak berbual je, makruh jugak ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...