Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, September 23, 2007

VIRUS YANG KIAN MEREBAK DALAM DIAM

Virus ialah zarah kecil yang boleh berjangkit selain organisma biologi. Virus ialah parasit intrasel obligat, yang bermaksud mereka boleh membiak dengan cara menawan sel sel lain kerana mereka tidak berupaya untuk membiak sendiri.

Istilah virus biasanya merujuk kepada zarah zarah yang menjangkiti eukariot (organisma multisel dan organisma unisel) manakala istilah faj digunakan untuk zarah zarah yang menyerang prokariot (bakteria dan organisma seperti bakteria). Selalunya zarah zarah ini membawa asid nukliek (DNA atau RNA) yang dilindungi dengan lapisan pelindung daripada protein atau protein-lipid.

Dalam sains komputer, istilah virus juga digunakan bagi mewakili aturcara yang menjangkiti aturcara lain.

Itulah definasi virus jika soalan tersebut keluar semasa anda mengambil peperiksaan. Tak ira lah SPM, PMR, Marketing Communication, Strategic Management dan juga Research Metadology (Ya, Baox. Everything is research. Virus pun research juga).

Dan aku tak sangka ada sejenis telah merebak di rumah sewa aku di 32 Taman Rakyat Jementah ini. Virus ini merebak dalam diam. Dia merebak secara perlahan-lahan pada mulanya dan akhirnya merebak dengan pantas dalam 2-3 hari ini.

Virus ini tidak merbahayakan kesihatan tetapi boleh merbahayakan orang yang sedang berpuasa dan boleh membuatkan orang yang puasa boleh membatalkan puasa akibat penat ataupun mengidamkan air tebu semasa berbuka.

Ya. Virus yang aku maksudkan tersebut ialah virus kereta mati dan mengakibatkan sessi menolak kereta beramai-ramai bersama rakan penyewa rumah yang lain.

Panjang kan nama virus ini? Aku pendekkan kepada virus menolak kereta yang rosak.

Seperti biasa, virus ini bermula dengan kereta Bell. Berlaku pada awal-awal semester. Boleh dikatakan juga kereta Bell merupakan kereta yang paling kerap di jangkiti virus ini. Kereta Bell kerap di lihat tersadai di tepi jalan.

Aku bersama-sama apeng dan roomate aku, cendol terlibat dalam sessi serangan pertama virus ini. Puas kami menolak kereta Bell, untuk bagi enjin nya hidup. Akhirnya berjaya juga.

Seterusnya, kereta apeng pula yang kena. Juga di jangkiti virus ini beberapa kali. Juga perlu menolak beberapa kali untuk hidup.

Malam kelmarin, setelah puas merayap dengan keretanya yang baru keluar dari bengkel, Lula berasa hampeh setelah melihat keretanya juga terkena virus tersebut. Mungkin, keretanaya masih rindu akan bengkel yang di huni nya selama sebulan lebih. Maka, kami pun beramai-ramai menolak keretanya.

Kemudian kereta yang paling mendapat perhatian ramai di rumah, kereta yang paling master dekat rumah kami.... kereta Baox. Puncanya bermula apabila kereta Apeng gagal hidup enjinnya. Maka, jalan terakhir, menggunakan jumper untuk menghidupkan enjin nya.

Rumors mengatakan yang Apeng menggunakan kereta Baox sebagai batu loncatan untuk menghidupkan keretanya. Akhirnya, kereta Apeng berjaya hidup dan beliau selamat pulang ke rumah. Tetapi kereta Baox menerima nasib berbeza.

Niat murni Baox yang ingin pulang ke rumah terbantut kerana kereta beliau pula yang tak hidup. Ulasan dari Baox, "Cilakak Apeng. Dia dah sampai rumah, dia tinggalkan taik kat aku."

Beramai-ramai lah kami menolak kereta Baox. Herman dan Pujam, 2 ahli rumah yang belum menimba pengalaman menolak kereta turut serta kali ini. Setelah beberapa kali menolak, kereta Baox gagal hidup hingga menyebabkan Lula mengidam berbuka dengan air tebu.

Ada juga seorang jiran berstatus nenek menasihatkan kami supaya menghantar kereta ke bengkel. Ye lah nenek....

Kadang-kadang dah rasa yang kerja menolak kereta menjadi agenda rutin dalam kehidupan kami. Aku dan roomate aku yang tak de kereta pun sudah penuh dengan pengalaman menolak kereta di dada kami. Mungkin juga kami boleh menulis begini di resume kami nanti:

Pekerjaan: Pelajar dan part time tolak kereta

Ya. Tolak kereta. Bukan tarik kereta. Satu perkerjaan yang jarang di lalui oleh orang lain. Di harap kereta kawan-kawan ku selamat dan tidak akan di jangkiti virus lagi. Tetapi, ada khabar angin yang bertiup kencang menyatakan yang selepas ini giliran kereta herman. Kita tunggu dan lihat.....

Sebelum anda menutup blog ini dan tengok-tengok Myspaca atau Friendster anda, sila lihat gambar di bawah.

Ya. Rambut Bell. Tapi sekarang dia dah botak kan kepala. Hatinya cukup kering untuk membuat fesyen rambut seperti ini tetapi tak cukup kering untuk pergi Test dengan rambut begini.

3 comments:

tongah said...

tiap² ari ke ada keter rosak...bak mai bagi kat aku keter² tu...aku boleh setelkan...

azrul said...

nasib baik korang student dan bukan drebar lori. kalau drebar lori dah tentu korang punye keje ialah menolak lori.. waduh...

aremierulez said...

Tongah...
ko nak wat dgn kete bdk2 ni...
nak cmpk lombong ke..ke nak wat tukun...

azrul...
kalau lori mintak maaf la nak tolak...kalau tolak lori boleh jadi satu rumah tak pose

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...