Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, October 7, 2007

AKU NAMPAK MONYET PAKAI BAJU BATIK NAIK BAS JUMAAT LEPAS

Hari jumaat lepas, aku pulang ke rumah aku di Batu pahat. Aku tahu, selasa depan aku akan balik untuk cuti raya, tetapi aku pulang atas hal-hal kekeluargaan.

Aku pulang ke Batu Pahat keseorangan kali ini. Dan aku pulang menaiki bas. Bukan bas ekspres, tapi bas tambang, atau ada juga orang panggil bas lompat atau loncat. Aku tak tahu kenapa orang menggelarkan bas tersebut sedimikian rupa walaupun bas tu tak lah melompat atau meloncat. Tapi aku lebih suka menggelarkan nya bas perang.

Semasa menunggu bas di Bus Station Segamat, aku perasan yang ramai budak asrama ingin pulang ke kampung masing-masing. Cuti raya untuk mereka sudah bermula. Macam mana aku tahu mereka budak asrama? Mudah saja, mereka perlu pakai baju batik kalau nak keluar asrama.

Jumlah mereka ramai, dan mereka pakai baju batik yang berlainan corak. Mungkin dari sekolah yang berlainan. Akhirnya bas sampai. Maka berebutlah mereka macam kambing lari masuk ke kandang sebab hujan. Berebut-rebut nak naik. Diorang ni tak tahu beratur ke? Berasak-asaklah mereka naik ke bas.

Jumlah budak asrama termasuk beberapa penumpang lain (yang tak memakai baju batik) yang mahu naik ke bas ke Air Hitam tu tak sampai 20 orang pun. Kenapa nak berebut-rebut. Tempat duduk dalam bas tu boleh menampung hampir 40 orang penumpang. Jadi, semua orang pun akan dapat tempat duduk. Aku tak nampak sebab kenapa nak berebut-rebut naik. Ke mereka tak belajar matematik dekat sekolah? Ataupun semuanya fail dalam subjek tersebut?

Yang paling membuatkan aku agak marah ialah sebab budak-budak asrama ni sanggup menolak seorang pak cik tua yang hendak naik bas tersebut. Nasib baik pak cik tu tak jatuh. Bukan sekali, tapi 2 kali pak cik tu di tolak. Sekali dengan budak lelaki, sekali dengan budak perempuan. Perempuan pun sama je perangai rupanya.

Kemudian di atas bas, memekak pulang budak-budak ni dalam bas. Terjerit-jerit macam monyet dalam bas. Menjerit-jerit ke arah seorang budak sekolah perempuan cun (bukan budak asrama sebab tak pakai baju batik), dengan tujuan hendak tackle awek tu. Come on lah, mana ada cara tackle awek menjerit jerit "Oi budak depan. Aku nak nombor telefon kau." Nampak sangat masih hanyir.

Yang membuatkan aku marah, makin lama makin kuat pulak mereka menjerit. Driver bas dah sound pun, diorang masih buat tak tahu. Mereka semakin galak. Kali ni mereka melompat-lompat dalam bas pula. Memang macam monyet.

Akhirnya, ada seorang brother berbadan sasa bangun dari tempat duduk beliau dan sound budak-budak ni. Baru lah senyap sikit mereka semua. Aku berterima kasih kepada brother tersebut. Baru lah aku boleh tidur akhirnya.

Akhirnya aku sampai ke rumah. Esok nya, semasa aku hendak keluar dengan abang aku, aku ternampak dengan salah seorang budak yang membuat perangai monyet di atas bas tu. Rupa-rupanya salah seorang budak asrama tu tinggal satu taman dengan aku. Tak sangka aku duduk satu taman dengan monyet. Aku rasa monyet tu patut di tangkap dan di hantar ke zoo.

4 comments:

azrul said...

dude, bab berasak-asak naik bas tu dah hari-hari aku tengok kat main campus nie.. dak pompuan plak tu.. aku yang gentlemen ni takkan nak tolak pompuan plak.. tu pasal aku selalu tertinggal bas.. lantas membuktikan kenapa aku selalu ponteng kelas.. heh.

aremierulez said...

azrul...
klu sbb tu ko ponteng kelas...
aku terima...
lelaki mesti gentle man beb...
aku sokong kau..
hehe

Puaka Petaka said...

Aku penah dok asrama jugak.....
Bila balik cuti naik bas perang pun pernah jugak.....
Tapi berebut naik bas aku tak pernah.....
Tolak orang tua waktu naik bas aku tak pernah.....

ni la budak zaman sekarang......

gentleman, gentle man jugak.....
tapi tak dak la tertinggal bas....

Aku tengok orang jugak. kalau dia lebih kurang macam monyet, aku akan jadi king kong.....
tapi kalau pompuan of course la aku bagi depa naik dulu, tak kira la monyet ka, beruk ka.....

faerrin said...

cis....tekel awek mcm haram!!!

nila zaman dak skola skang ni..sume mcm bangsat..mane yg ok, ok la..mane yg bangsat..mmg bangsat!!

asal kao x sound je beruk2 sarkas tuh??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...