Belilah Novel Aku!!!!

Monday, October 29, 2007

AWAS!!!! ADA OTAI DI SEBELAH MU!!

PROLOG

Otai yang aku maksudkan bukan lah cerita lawak bodoh arahan Prof Madya Abd Razak yang sedang ditayangkan di wayang. Tetapi otai bahasa arab.

Sebelum aku cerita ke bahagian itu, biar aku ceritakan dulu beberapa kisah hidupku yang lain dulu.

BAB 1

Semalam, sekali lagi tidur pagi ku di ganggu untuk kesekian kali nya. Kali ini oleh awek Lula. Aku tak tau kenapa aku sering di ganggu pada waktu pagi. Dan orang yang kacau aku mesti orang yang berlainan. Adakah mereka semua telah berpakat untuk menganggu aku secara bergilir-gilir?

BAB 2

Hari ini aku ada paper final bahasa arab pada pukul 9 pagi. Jadi aku bercadang ingin tidur sejurus selepas perlawanan bola antara Liverpool dan Arsenal. Untuk pengetahuan kamu semua, semenjak kebelakangan ini, aku sering tidur pukul 6 atau 7 pagi. Dan tersedar awal kerana sering di ganggu.

Jadi aku ingin tidur awal untuk menstabilkan kembali waktu tidur aku. Malangnya, sehingga pukul 4:30 pagi, aku masih gagal untuk tidur. Lalu aku bangun dan berbual dengan Apeng dengan harapan aku dapat hilangkan rasa berat mata ku ini. Malas dah nak tidur balik. Takut tidur kejap sangat akan menyebabkan aku pening kepala pula.

Tapi bila jam mencecah 5:30 pagi, aku rasa mengantuk gila pulak. Aku cuba tak mahu tidur, tapi gagal. Aku tidur selama sejam. Kemudian terjaga. Lalu aku bersiap dan meminta roomate ku menghantar aku ke UiTM Segamat. Nampak nya aku bakal berdepan dengan paper arab dengan mata separa terbuka.

BAB 3

Sebaik berjumpa dengan Rahman dan beberapa member yang lain, mata aku jadi segar bugar. Syukur. Alamat baik ni. Maka aku masuk ke dewan peperiksaan.

Aku duduk bersebelahan dengan seorang rakan sekelas gadis. Aku tak kenal sangat dia dan mula-mula aku sendiri tak berapa pasti benarkah dia ni classmate aku. Maklumlah, aku sering kali gagal menghadirkan diri ke kelas arab setiap rabu pukul 12 tengahari. Aku namakan gadis tersebut sebagai GO (gadis otai. Gila Otai!!! pun boleh juga).

Maka exam bermula. Aku baca soalan perlahan-lahan. Aku pun menjeling ke meja GO. Laju sungguh dia menulis. Aku buat tak tahu.

Masa berlalu dengan laju. Dah 45 minit masa berlalu. Tiba-tiba aku nampak GO dah pun buat soalan yang terakhir, soalan bina ayat. Laju gila minah ni jawab. Gila otai!!! dan sejurus kemudian dia sudah siap. GO meletakkan pen nya lalu menutup kertas jawapan.

45 minit sudah siap. Aku 2 jam pun susah nak siapkan. Betul-betul otai. Aku dah terasa di psycho oleh GO. Yang pelik dia tak nak keluar dewan. Dia sanggup bersejuk di dalam dewan yang air-cond nya sejuk macam kat Alaska dan memerhatikan budak lain.

Lebih psycho bila dia pandang aku dan kemudian tersenyum. Senyuman dia tu bukan lah senyuman yang membawa maksud "Good Luck" atau "selamat berjuang" atau "ganbate". Tapi suatu senyuman sinis yang membawa maksud "jangan mimpi kau boleh siapkan paper tu" atau "jangan mimpi la nak dapat A" atau "tak payah la susah susah jawab. Bukan betul pun apa yang kau tulis tu".

Dia terus menunggu sampai habis 2 jam walaupun ramai orang yang dah siap menjawab keluar dari dewan. Dia memeluk diri dan tersenyum pada kawan-kawan yang lain. Aku tak tahu apa motifnya.

EPILOG

Aku bersyukur kerana buat kali pertama nya aku dapat jawab semua soalan arab (kecuali bahagian bina ayat. Yang tu susah... bagi aku). Selama ini kalau ada 10 soalan, aku cuma mampu jawab 5 atau 6. Tapi kali ini berbeza. Betul salah, belakang kira. Janji jawab semua.

Paper seterusnya, yang paling di geruni. Managerial Economic pada rabu ini.

9 comments:

bulus-san said...

die senyum kt ko tu ade maksud beb...
die suke ko dlm diam tu..so die buat paper arab tu cepat² supaya die leh pay attention kt ko...tgk gerak geri ko...hahahahaha...

ambigram ko bile aku free aku buat yer...

ko tak tersiksa jiwa ke Liverpool asyik seri jer? aku dh merana nie..

aremierulez said...

bulu-san..
tak mungkin dia suka aku..
lgpun ts 1st time kitorg berjumpe..
aku slalu giler ponteng kelas arab..

ok..kalalu susah nak buat aremierulez,kau buat kan amirul je..

mesti tersiksa beb..
tp aku percaya liverpool will bounce back..
liv kena cari centre back baru untuk cover klu2 agger or caragher injured..
hyypia tak boleh harap..

faerrin said...

errrrrr... selepas GO, tersenyum sinis pade kao, aku rase GO patut kao kidnap..kao bawak dia ke satu pub mlm..kao jual, kao kaye..btol??

biar dia bertugas menjadi GRO!!!

tapi yg tahu berbahasa arab..!!

woooowwwwww!!!!!

M1N4M1 said...

senyum sinis dia tu mcm siot je haha..aku mcm leh bayangkan..

RiZuAn@Bulus-san said...

ermmm.. aku buat mane yang termampu yer... ya, aku percaye Liverpool will bounce back.. tapi Agger and Xabi mesti fit, baru best. semlm tgk lar, Xabi memg sgt di perlukan. passing ability die memg sgt best. nasib baik torres tak fit, kalo tak, gigit jari lar Arsenal..

hyypia dh tua, lembab...tak bleh hrp!

aremierulez said...

faerrin..
baik aku jual dia kat pub kat arab..
lg masyuk...

m1n4m1..
senyuman siot yg menyindir..
skali tgk sakit hati beb..

bulu-san
mmg xabi di perlukan..
smlm liv rugi..3 org dah injured...
harap lawan carrdiff semuanya ok..

athena said...

tapi aku rase aku tau nape GO tu tersenyum selepas siap jawab paper dia tu..

"hahahaha...sampah!!!"

aremierulez said...

mungkin juga...
pandgan dia amat sinis ketika itu

nova78444 said...

tpi, bg aku.. aku ttp rsa GO tu x terniat pun nk senyum sinis kat ko.. (lgi pun, x baik bersangka buruk kat org, kan) lgi satu, aku mcm tau je ape yg GO rsa.. coz, perangai aku ni lbih kurang mcm GO.. aku rsa GO tu nk sebarkan semangat dia kat korg.. tu psal la dia x kuar dlu.. teringat plak.. aku pernah senyum kat seorg ni.. btul2 lpas final arab.. maksud senyuman aku tu.. lain kali, sy pasti awk bleh buat.. jgn kecewa tau.. (aku malu nk trus terang.. sbb dia lelaki la..) apa2 pun, aku rsa elok klau ko dpt elakkan diri drp bersyak wasangka mcm tu, ok.. rugi, beb!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...