Belilah Novel Aku!!!!

Saturday, October 27, 2007

LOVE HURTS... BUT SOMETIMES IT'S A GOOD HURT

AMARAN: ENTRI INI KUAT BERBAU JIWANG, PATAH HATI DAN KEKECEWAAN BERCINTA. JIKA KAMU TIDAK SUKA DENGAN TEMA-TEMA ITU, SILA ABAIKAN ENTRI INI DENGAN SEGERA

Pada pagi jumaat, pagi semalam lah ye, aku terbangun kerana SMS lagi. Tapi kali ini SMS daripada kawan aku. Bukan SMS yang sial menggangu mimpi indah aku.

Tetapi masa tu, aku sedang mimpi. Mimpi aku dapat soalan bocor paper Managerial Economic. Baru aku nak selak kertas soalan tu, SMS kawan aku telah menggangu mimpi aku itu. Cis sungguh.

Lepas tu, aku lepak. Termenung. Aku ambil MP3 yang aku pinjam daripada roomate aku. Mp3 aku sudah rosak. tengah tunggu masa untuk beli yang baru.

Tiba-tiba, bila sampai pada lagu Incubus, Love Hurts. Terus aku teringat kisah percintaan monyet ku semasa sekolah menengah.

Kisah yang aku ingat kan ini bermula selepas aku putus dengan awek pertama aku, A. Percintaan yang di bina sejak aku form 2 hingga 2 bulan selepas SPM tamat kerana salah faham yang bodoh dan kemudian, ego meninggi antara kami menyebabkan kami terus membawa haluan masing-masing.

(Maaf kan aku kalau ayat di atas terlampau jiwang dan puitis. Aku sedang menghayati. Entri kali ini akan di penuhi dengan ayat sebegini. Harap bersabar. Baik, aku sambung)

Kemudian, aku pun keseorangan. Dalam keseorangan, aku teringat kembali seorang gadis yang belajar sekelas dengan aku semasa kelas tuition add math. Nama nya M, sama nama dengan seorang watak dalam cerita lagenda melayu. Kamu patut tahu kan.

Aku memang berminat dengan dia, tetapi disebabkan aku sudah ada awek, aku tidak kacau dia. Sekadar berkawan. Selepas aku putus dengan A, aku terus menghubungi dia.

Tiap-tiap hari aku menelefon dia. Dia tidak berkerja selepas SPM, aku pula tolong ibu dan ayah aku meniaga pada waktu pagi. Jadi waktu malam atau petang, aku pasti menelefon dia.

Hari ke hari (sebenarnya baru 3 minggu je) kami semakin intim. Perbualan kami menjadi semakin mesra. Rasa cinta mula membibit dalam hati aku. Tapi kadang-kadang aku tak pasti betul ke aku cintakan dia? Atau aku cuma menjadikan dia sebagai bahan untuk melupakan kekecewaan aku dengan A.

AAHHH!!! Aku tak peduli semua itu. Lalu aku rasa tidak boleh di pendam lagi perasaan ini. Aku harus luahkan.

Aku fikir, masa sudah sesuai untuk aku meluahkan perasaan suci aku ini. (Suci sangat la pulak) Lalu aku meluahkan perasaan kepada nya. Nak tahu apa jawapan nya....

"Maaf. Saya tak boleh terima awak."

ZAP!! Bagai petir memanah hati. Bagai Mike Tyson menumbuk perut ku. Bagai terkena cirit-birit ketika hendak ambil paper final.

"Kenapa?", tanya aku ringkas.

"Hati saya telah berpunya."

"Awak dah ada boyfriend?"

"Tak."

"Habis tu."

"Saya dah suka dekat sorang laki ni."

"Dia tau ke awak suka kat dia?"

"Tak. Saya tak pernah luahkan lagi."

"Kalau dia tak terima awak. Macam mana?"

"Saya anggap saya dan dia tiada jodoh."

"Tapi saya suka awak."

"Awak cuma suka saya. Bukan cintakan saya."

"Tapi..."

"Awak... Anggaplah kita tiada jodoh. Kita cuma boleh berkawan sahaja."

"Tapi. Kalau dia tolak awak..."

"Tak pe. Saya sanggup terima."

"Kenapa awak sanggup diperlaku demikian?"
(aku tak cakap macam ni pun masa tu. Saje je nak sedap kan ayat. Ni aku bukan ingat semua pun. Main tulis je. Aku ingat isi penting je)

"Cinta itu buta. Awak pernah bercinta kan? Awak mesti pernah rasa macam ni jugak."

"Tapi..."

"Awak... Anggaplah kita tiada jodoh. Kita cuma boleh berkawan sahaja. Kalau awak tak boleh terima kenyataan, lupakan saya. Tapi saya betul-betul suka berkawan dengan awak. Awak selalu ceriakan saya. Lagipun..."

Aku terus letak ganggang. Tak mahu aku dengar dia bercakap lagi Aku tak boleh terima kenyataan. Apa beza suka dan cinta? Tiba-tiba aku rasa benci pada dia.

Dan ini juga pertama kali aku rasa di tolak oleh wanita. Senang cerita, kena reject lah. Aku tak boleh terima kenyataan semasa itu. Aku masih mentah. Masih naif untuk memahami semua itu. Masih bodoh untuk faham permainan cinta.

5 tahun kemudian, aku di sini. Dan aku kini sudah faham semua itu. Aku juga faham sekarang apa maksud suka dan cinta. Dan ya. Aku suka dia, bukan cinta dia.

Apa jadi pada M? Aku pun tak tahu. Aku cuma ada dengar cerita dia menyambung pembelajaran di Matriks dalam jurusan Sains Hayat. Semoga dia bahagia dengan pilihan hati nya (itu pun kalau dia dapat tackle laki tu lah.)

Dan aku berharap aku dapat jumpa dia. Aku hendak berbual dengan dia. Sebagai kawan. Aku sudah tidak benci pada dia. Dia telah mengajar aku tentang realiti hidup. Tentang permainan hati dan perasaan. Dan penting sekali, mematangkan aku.

Aku? Sudah single selama setahun setelah putus pada malam raya tahun lepas dengan awek nombor 3 ( ada seseorang yang wujud setelah aku gagal tackle M dan menjadi awek nombor 2. tapi tak lama)

Tak pe. Pelahan-pelahan. Jangan gopoh. Tunggu samapai yang betul-betul berkenan dihati.

Betul lirik lagu Incubus tu, "LOVE HURTS... BUT SOMETIMES IT'S A GOOD HURT."

Cinta memang menyakitkan, bila aku di reject. Tetapi memang GOOD HURT kerana telah mematangkan aku..........................

AAARRRRGGHHH!!!!! Jiwang gila entri aku ni. Ayat jiwang nak mampus. Aku pun macam tak percaya pulak aku boleh taip semua ni. Mampus aku kena kutuk dengan korang semua.

Apa nak jadi dengan blog ni? Dah jadi sampah ke? Kamu nilai sendiri.....

12 comments:

faerrin said...

kao x jiwang, kao bakat..

tapi kao perlu tabah..

juge beketrampilan..

serta bersahsiah mulia..

ape yg aku komen ni..mungkin da mlm, kepala sudah masuk air..

tongah said...

apakah itu bakat sebenarnya..
adakah bakat itu badan kebajikan masyarakat?bukan...bakat adalah sesuatu yang kita terima berkat pemberian Allah...

berbalik pada entry ko...mmg jiwang...tapi aku kagum dgn ko...ko brani tulis macam ni...aku blum tahap brani mcm ni...

bulus-san yg sepi said...

hmmm...
sesekali ko jiwang, ape salahnye...
aku tau ko tgh sepi nie..
sebb tu asyik ingat zmn dulu²...

sepi...sgt tak best... T____T

athena said...

aku ada satu komen untuk post ni dalam bentuk dua perkataan yang digabungkan jadi satu perkataan.

'sell-out'

LOL

aremierulez said...

faerrin...
aku faham...bila mlm macam ni kita mmg tak boleh berfikir dgn rasional...

tongah...
ni blum cukup berani...
ada org yg tulis semua hal dia dlm blog...
tu lagi berani..

bulu-san...
ye,,,sepi mmg tak best...
bosan dgn sepi...

athena..
kau pun penah tulis entri mcm ni..
kau sell-out dulu sebelum aku...
jgn buat2 lupa...

ke kau nak aku cerita kisah silam kau kat sini plak..
kau tau kan kisah apa..
trilalala...(nyanyian gembira)

azrul angkasawan said...

jiwang? aku belum lagi keluar pos camni, nantilah, haha..

mesti M tu hot kan? sebab tu suka, bukan cinta. Sebab tu lust, bukan love. tapi kan, aku rasa, suka pun boleh je nak bercouple.. cinta wujud-kah?

aremierulez said...

azrul..
M tu tak hot pun..tp mmg jenis pompuan sopan...
pompuan melayu terakhir gitu..

tp ade betul juga...
suka boleh couple juga...
cinta? aku tak tahu definisi sebenar benda ini...
sgt subjektif

zuriaf said...

kau memang berani pada masa tu meluahkan isi hati kau..aku kagum...

aku kagum gak dengan kejiwangan kau dalam entri kau (ke kau memang macam ni selalu) arghh..tak kisahla..

tapi kau memang best...huhu..

carik la yang baru agar kau tak kesepian lagi..hahaha

aremierulez said...

zuriaf...
aku masih mencari tapi tak jmpe lg

inah said...

kadang2 kita x perlu mencari..org tu dah ade kat depan kita selama ni =)

aremierulez said...

inah...
kata2 kau mengingatkan aku pd 1 gf aku..
aku tackle member gf aku ni, tp tak dpt..
last2 bru aku terperasan yg gf aku ni yg suka kat aku..
terus couple..

M1N4M1 said...

nak terima kenyataan kene reject tu lahai makan masa..baik makan nasik lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...