Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, October 23, 2007

MISTERI MIMPI NADIA

Pagi tadi, sebaik aku sedar daripada tidur aku, tiba-tiba aku teringat kosah-kisah semasa aku masih sekolah rendah.

Dan tiba-tiba, aku teringat kisah aku semasa aku masih sekolah rendah. Semasa aku sekitar aku darjah 4 hingga darjah 6. Aku masih ingat lagi, semasa itu aku belum ada girlfriend lagi, walaupun sesetengah kawan aku sudah pun mempunyai girlfriend pada masa itu.

Semasa itu, aku teringin sangat untuk mendapatkan sorang girlfriend yang bernama Nadia. Kenapa? Aku pun tak ingat mengapa aku mahu teman wanita bernama Nadia. Aku masih naif, belum matang, mumaiz, belum berfikiran panjang dan sebagainya sewaktu itu. Jadi aku pun tidak ingat mengapa aku mahu girlfriend bernama Nadia.

Semasa aku sekolah menengah, aku langsung lupa mengenai hal ini, lebih-lebih lagi bila aku berjaya mendapatkan seorang girlfriend pada tingkatan 2. Nama awek aku semasa itu bermula dengan huruf A. Dan semasa aku berumur 23 tahun ini, baru aku teringat semula peristiwa tidak matang itu.

Ironi nya, bila aku fikir-fikir kan semula, sepanjang hidup aku, aku tidak pernah ada girlfriend bernama Nadia. Dan lebih menarik lagi, aku tidak pernah ada kawan pun yang bernama Nadia (aku rasa la). Tapi memang aku yakin aku tak de kawan bernama Nadia. Aku check senarai phone book dalam hand phone aku, memang tiada.

Paling dekat pun sepupu aku bernama Nadia, dan dia masih kecil lagi. Dan kawan kepada kawan aku, bernama Nadia. Aku pernah jumpa dia, tapi tidak pernah pun berbual dengan aku. Sebab dia bukannya kawan aku pun.

Setelah aku fikir-fikir kan, sejurus selepas aku bangun tidur petang tadi. Baru aku faham kenapa aku mahu awek bernama Nadia (mungkin la ni):

N - Nadia
A - Adalah
D - Delusi
I - Indah
A - Aku

Tapi tak mungkin aku boleh fikir benda di atas ni semasa aku sekolah rendah. Perkataan delusi tu pun aku tahu semasa aku sedang belajar peringkat diploma.

Kan bagus aku boleh patahkan balik pemikiran aku semasa aku sekolah rendah. Mungkin aku dapat tahu apa sebabnya aku mahukan girlfriend bernama Nadia. Mungkin.....

Mungkin semasa aku sudah bekerja nanti, aku di jodohkan dengan gadis bernama Nadia? Mungkin kah? Aku pun tak tahu. Time will tell.

P/S: Kepada saudara azrul, aku rasa entri terbaru aku ni pun agak sampah juga.

13 comments:

penteriak pasir said...

Le..kalo ko cakap awal2 bleh gak aku rekemenkan kat nadia dak kelas aku dulu..tapi aku takut ko je tak sanggup,untuk pengetahuan ko,si nadia tu pernah lempang member kite udang,cume udang je tak nak cite..jage ego.Garang tahap singa betina baru lepas bersalin..ade berani?

aremierulez said...

itu la yg aku maksudkan dgn "kawan kepada kawan aku" tu...

tak nk la aku nadia tu...
tgk rupa dia pn aku tau yg dia garang nak mampus.. susah gila nak tgk dia senyum...

lagipun, masa tu aku lupa la yg aku minat pompuan nama nadia...

ho... dasat gak...lempang udang eh...malang udang tuh...

azrul nadia, heh. said...

hey, ini tidak sampah, aku suka, haha..

aku ada 4 orang kawan nama nadia (yang aku ingat). tak pelik, aku ada seorang kawan perempuan yang cuma akan couple dengan lelaki yang nama-nya ada huruf 'Z'. aku rasa tu lagi pelik.

aremierulez said...

azrul..
betul gak tu...
kawan kau tu pelik juga...
aku ubah nama aku jadi zamirul lah lepas ni...
mesti kawan ko tu nak couple dgn aku lak...hehe..

dan jgn harap aku aka tackle ko wlpn ko bubuh nama nadia kat hujung nama ko..hehehe

tongah said...

tibe² aku pon nak berpikir macam ko...kalau aku nak cari awek yang bernama julia best tak?rasa² girl nama julia ni cun tak?
hehehe

aremierulez said...

tongah...
biasanya la kan.. gadis nama julia biasa cun atau dlm kategori sedap di pandang...
girl nama julia yg aku kenal mmg cun biasa nya...
gud luck dlm mencari julia..

penteriak pasir said...

A'ah,yang nama kak win pun selalunya cun gak,comel+gebu..aku nak cari awek nama kak win la

faerrin said...

dulu aku ade x girl yg juga bernama nadia..dan aku jugak ade dua adik pompuan bernama nadia..juga..aku punya kawan2 yg ramai juga bernama nadia..

apekah sume ini???

punjunk said...

aku bace artikel ni, pun rasa peningak..

aku ada membe yang nama nadia aku juga ada membe yang nama julia..

aremierulez said...

penteriak pasir...
ko nak kenal dgn kak win ke...
aku foward kan no hp dia kat ko jap lg...

aremierulez said...

faerrin...
nampaknya ko lebih bertuah dari aku...
ramai kenalan ko bernama nadia..
mungkin kita boleh bertukar-tukar kenalan antara kita??
betul tak??

punjunk...
nampaknya kehidupan ko lebih best...
dapat memenuhi kehendak aku dan tongah...

athena said...

hoho..nadia eh? dulu aku obses dengan perempuan2 bernama mula dari huruf 'S'..hehe

aremierulez said...

athena...
ape nama pompuan yang kau obses tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...