Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, October 25, 2007

PAGI YANG GELAP TELAH DI GANGGU OLEH SMS YANG SALAH

Hari ini merupakan hari keluarga untuk rumah sewa kami. Kami hari ini sebulat-suara telah bersetuju untuk bergotong royong membersihkan kawasan sekeliling rumah.

Hasil daripada gotong royong yang di jalankan petang tadi, kami berjaya melonggokan sebanyak 13-14 bungkus plastik sampah untuk di buang. Hebatkan? Pasti abang pengutip sampah akan berasa pelik melihat rumah kami mampu menghasilkan sampah demikian rupa.

Tetapi hari aku bermula dengan lebih buruk pagi tadi. Sedang enak aku tidur, aku telah diganggu oleh Herman yang ingin meminjam beg laptop aku. Kemudian, di kala aku baru hendak lelap kembali, aku dapat satu lagi gangguan. Hand phone ku berbunyi. Ada SMS masuk.

SMS di sini disebut sebagai Short Message Service atau dalam bahasa melayu nya, Servis Pesanan Ringkas. Bukan lagu dangdut SMS atau lagu yang telah di nyanyikan semula oleh Kumpulan Kristal.

Mula-mula SMS dari kawan aku. Aku balas SMS kawan ku itu. Kemudian tiba satu lagi SMS. SMS itu berbunyi begini:

"Woi kawan. Lama tak dengar cerita. Apa khabar? Dah kawin ke? Anak dah berapa?"

Sapa pulak ni? Aku tengok nombor pengirim, aku tak kenal. Nombor yang aku tak simpan dalam phone book handphone aku.

Aku balas semula,"Aku belajar lagi la. Ni siapa ni eh?"

Dia membalas kembali, "Aku la. Kawan baik kau pun kau tak simpan nombor ke?"

Siapa pulak ni? Biasa aku simpan semua nombor kawan baik aku. Siapa pulak ni?

Aku jawab balik, "sorry la. Tak de nombor kau dalam phone book aku. Sape ni?"

"Aku la. Johari. Joe"

Eh? Aku tak de kawan nama Johari. Roomate aku ada la.

"Eh? Sorry beb. Aku tak de kawan nama Johari. Are you sure you got the right number?"

Tak sangka dalam mamai aku boleh taip dalam english pulak.

"Kau ni bukan Kamal ke?"

Dan di sini kita dah nampak kesilapan mamat ni.

"Nama aku Amirul la beb."

"Oh ya ke. Sorry. Selamat Hari raya."

Dan tidur aku telah di ganggu oleh SMS durjana itu. Cis sungguh. Aku tak suka di ganggu semasa tidur.

9 comments:

tongah said...

kau pasti ke yang tu salah number...mane tau si nadia cuba nak test ko...

cuber ko tanye balik nama btul die...

aremierulez said...

tak ah...
adik angkat aku dah bg no nadia kat aku...
tp aku mcm malas lak nak contact nadia tu..

faerrin said...

ceh kao , nape kao mlas nak kontek nadia tuh, bukan ke kao amat meminati nadia sedari kecil lagik..

kao patut cube, aku rase..mungkin nadia cube nak pre-test kao..

aku rase dlm mase terdekat ni, kao akan dapat satu lagi sms, mungkin juga mms, atau lebih hebat lagik..sidang video..

dari..

NADIA...

RiZuAn@Bulus-san said...

kot² mamat tu peminat setia ko ke?
keciwa die sebb ko kate die salah no...hahahaha

tido yang best di ganggu dgn msg yg cibai sgt haram!

Nadia suka nama Amirul said...

bila nak contact nadia nie...
sombongnyer...

aremierulez said...

faerrin..
aku bkn tak nak contact...
aku cuma suka pada nama.. bkn pada org...
aku takut terperangkap dlm kekeliruan...

bulu-san...
betul tu...
tp SMS salah no boleh maaf...
SMS spam yg lagi sial..
ckp maxis dah ade anti spam...
sama je mcm dulu..

Tongah...
jgn menyamar jadi nadia

joey said...

kan...sms pepagi buta ntah dari sepa mesti ganggu kita kan

aku pun ada gak message macam ni...

tapi dia kata...Hai SUE...tak nak donwload video klip aku ka..type sekian2 dan hantar ke 32XXX- Annie

bila masa pula dorang dapat no aku...

dahlah dipagi yang indah...

kalau si 'dia' takpela....

so...dapat ker jumpa nadia ni???

aremierulez said...

joey...
itu msg spam..
aku pun tak tau mne dia dpt no kita...

jgnkn jmpe..
contact pun tak lg..
nnt lah selepas aku final exam ni

M1N4M1 said...

hahahahahahhaa...baiknya sms skali salah org hahahaha buang karen betul..mesti ko tensen tahap dewa kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...