Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, October 3, 2007

PEMERHATIAN AKU TERHADAP GADIS-GADIS DI BULAN RAMADAN INI

Pemerhatian aku terhadap gadis-gadis sepanjang bulan ramadan... Di sekitar Batu Pahat dan Segamat...

1. Bohsia di taman aku bercuti sepanjang bulan ramadan. Tak pernah aku nampak mereka sepanjang bulan ramadan ini. Biasa kalau hari-hari biasa, berkeliaran mereka satu taman. Bohsia di taman aku berumur sekitar 14 tahun sehingga awal 20-an. Bagus mereka ni, menghormati bulan puasa.

2. Awek melayu yang biasa pakai skirt atau seluar jeans pendek di Summit Batu Pahat (aku selalu nampak dia sebab dia kerja dekat Summit), dalam bulan puasa ni memakai pakaian yang lebih sopan.

3. Amoi di Summit masih lagi seksi. Mereka bukan islam. Jangan salahkan mereka. Lagipun lepas puasa aku nak usha lagi...

4. Kawan aku kata, awek nya pakai tudung sepanjang ramadan. Tapi bukak balik lepas raya (macam tahun lepas juga).

5. Sepanjang bulan ramadan ini juga, makin ramai awek cun yang aku jumpa di UiTM Segamat ni. Lagi-lagi di perpustakaan sebab 2-3 hari ni aku lepak di sana.

6. Awek yang menjaja di bazar ramadan UiTM atau bandar Segamat tak de seorang pun yang betul-betul cun. Dekat bazar Batu Pahat ada 2-3 orang yang cun.

7. Ramai juga perempuan tak puasa makan di kawasan awam. Dah 3-4 orang juga aku nampak. 1 daripadanya di Petronas Gemereh. Aku dengan Bell nampak dia makan coklat. Makin berani kaum wanita sekarang ni.

Samapai di sini saja entri aku hari ini. Memang satu entri yang mengarut. Ini lah akibatnya kalau aku menaip entri dalam keadaan kenyang, mengantuk dan tiada idea.

4 comments:

tongah said...

pasal no.6 tu...baru la hari gak aku perasan ada satu kedai jual nasi kerabu(kalau tak silap la) kat bazar shah alam ni ada awek cun jaga...sblm ni aku cuma nampak ramai pembeli berkerumun...mesti smpit kalau aku nak lalau hehehe

aremierulez said...

mesti orang yg beli sebab nasi kerabu tu sedap...tak pun nak tgk awek tu la kot...

sesetangah laki2 beli makanan tgk sape yg jual...klu awek cun, mesti beli punye..

thn lps aku pegi bazar stadium shah alam...bleh tahan cun juga gadis yang menjual tu..huhu..

faerrin said...

hohohohohoh...

gadis2 zaman skang terlalu terikut2..

x pe..teruskan pemerhatian..kao ade peluang utk cuci mate..

aremierulez said...

faerrin..

biasa la...darah muda..tu yg terikut2 tu...

aku cuci mata untuk pemerhatian...bukan dgn niat yg lain2...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...