Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, October 30, 2007

TERPERANGKAP DI PULAU

Hari ini mood aku agak baik, jadi aku nak post entri kedua untuk hari ini.. Sila scrool ke bawah entri ini untuk melihat entri pertama aku untuk hari ini. Entri di bawah adalah untuk menghargai jasa kawan-kawan bloggers ku.

Aku terbangun pagi tapi liat nak merangkak keluar dari katil. Masih mengantuk. Jadi baik aku mengenang kisah silam ku, benda yang sering aku buat kebelakang ini.

Hasil dari suka mengenang kisah zaman silam aku, aku teringat suatu perbualan aku dan beberapa kawan aku semasa di sekolah agama dulu. Perbualan ini tidak lah penting sangat, tetapi tiba-tiba pula peristiwa ini muncul di kepala aku. Seperti kata Azrul, terjadi nya Defragmentasi minda. Minda sedang menyusun peristiwa kehidupan kita.

Aku ingat lagi kawan aku, Khusyairi, bertanya pada kami pada masa itu...

"Korang terperangkap dekat satu pulau.. Dan korang terperangkap dengan 5 orang perempuan. Korang nak terperangkap dengan siapa? Pilih perempuan yang best-best lepas tu bagi sebab. Jangan pilih mak sendiri, tak pun akak atau adik korang pulak."

Kawan-kawan yang lain bersungguh-sungguh menjawab. Ada nak terperangkap dengan rakan perempuan sekelas kami yang cute, dengan penyanyi la, dengan sepupu mereka sendiri (ada kawan aku yang suka pada sepupu sendiri. Tapi sepupu dia hot sekarang ni. Masa kecil dulu pun memang cute je tengok dia. Aku tak salah kan dia).

Ada yang nak terperangkap dengan Pamela Anderson (pengaruh tengok cerita Baywatch di TV5 Singapore) dan lain-lain. Ada yang ingin bersama Shannen Doherty. Aku tak kenal dia. Bukan tak kenal, tapi tak ingat. Walhal aku merupakan peminat setia cerita beliau yang sangat popular satu masa dulu, Beverly Hills, 90210.

Pada masa itu aku tak jawab soalan itu. Aku masih mentah. Masih naif. Masih bodoh untuk faham permainan kehidupan. belum mengenal erti cinta, jatuh cinta dan perasaan suka kepada wanita... Kata orang putih, have a cruch on a girl. Sebenarnya aku masih malu nak bercerita tentang wanita pada masa itu.

Tapi cuba kalau kawan aku tu tanya sekarang, pasti aku dengan laju nya boleh senaraikan. Sekarang biar aku senaraikan pula senarai yang gagal aku buat 10 tahun lepas.

Jika aku terperangakap di pulau dan aku terperangkap dengan 5 orang perempuan, dengan siapa aku mahu terperangkap:

1. Leah Dizon

Siapa Leah Dizon? Beliau merupakan penyanyi, pelakon dan model dari jepun, tetapi di lahirkan di Las Vegas. Umur beliau 21 tahun.

Kenapa aku mahu terperangkap dengan dia?

Sebab dia sangat comel. Aku suka tengok muka dia. Potongan badan pun boleh lah...

Tak kan tu je sebab nya?

Ok. Cuba korang google nama dia. Cari gambar dia. Kamu mesti akan dapat banyak gambar beliau yang berposing seksi. Sekarang kamu tahu kenapa aku mahu terperangkap dengan dia kan? Lagipun aku bakal terperangkap di pulau dengan dia. Kamu pasti dapat jangka kan pakaian beliau di tepi pantai.

Masalah yang bakal aku hadapi

Aku tak tahu bahasa jepun. Tapi dia mesti boleh cakap english kan? Rasanya..

2. Alessandra Ambrosio

Siapa Alessandra Ambrosio? Model kelahiran Brazil.

Kenapa aku mahu terperangkap dengan dia?

Muka nya comel. Lagipun dia model... Kamu patut faham maksud aku.

Tak kan tu je sebab nya?

Sama seperti di Leah Dizon, sila google untuk gambar beliau. kamu patut faham....

Masalah yang bakal aku hadapi

Aku tak tahu berbahasa Brazil. Tapi dia boleh cakap english. Oh ya. Dia ni tinggi orangnya. Kalau berbual sambil berjalan tepi pantai, tengkuk aku sakit jawabnya. Hilang romantik.

3. Raja Farah

Siapa Raja Farah? Merupakan pelakon drama dan filem di Malaysia. Di lahirkan di Kuala Lumpur. Umur baru 19 tahun.

Kenapa aku mahu terperangkap dengan dia?

Muka comel. Macam biasa. Aku pernah jumpa dia di KLCC. Memang comel beb.

Tak kan tu je sebab nya?

Ya. Itu je sebab nya. Memang aku suka tengok dia sejak pertama kali tengok Manggo TV.

Masalah yang bakal aku hadapi

Tiada langsung. Betul tak Farah? Hehe.... Faerrin jangan jealous. Aku tahu kamu sedang cari gadis nama farah.

4. Fazura

Siapa Nur Fazura Sharifuddin? Merupakan pelakon drama dan filem di Malaysia. Anak orang kaya juga dia ni.

Kenapa aku mahu terperangkap dengan dia?

Aku minat dia juga. Tapi sekarang dia dah ada balak pulak. Hu...

Tak kan tu je sebab nya?

Tu je. Dia tak pernah posing seksi dalam majalah. Ke aku yang tak pernah tengok.

Masalah yang bakal aku hadapi

Semua orang tahu yang Fazura ni kaki disco dan mabuk. Sudah banyak gambar (yang boleh di jumpai di internet, terutama laman forum-forum bahasa melayu) yang menunjukkan beliau girang di disco. Kat pulau tu mesti tak de disco.....

5. Maria Sharapova

Siapa Maria Sharapova? Pemain tenis dari Russia. Umur? baru 20 tahun beb.

Kenapa aku mahu terperangkap dengan dia?

Aku memang meminati beliau sejak kejohanan pertama yang di sertai oleh beliau. Beliau berjaya membuktikan yang beliau bukan setakat cantik sahaja, tetapi mampu memenangi kejohanan. Tidak seperti Anna Kournikova. Harap lawa sahaja.

Tak kan tu je sebab nya?

Aku suka tengok perempuan yang aktif bersukan.

Masalah yang bakal aku hadapi

Mungkin dia akan meronta untuk pulang dengan segera untuk bertanding. Dia mesti tak mahu ranking beliau jatuh kalau lama sangat terperangkap dekat pulau tersebut.

Itu senarai aku. kalau kawan aku tu terbaca balik, mesti dia pening kepala tengok perangai aku sekarang ni.

Sesungguh nya entri ini memang tiada faedah langsung. Mungkin bakal menerima reaksi negatif dari pembaca... Terutama nya pembaca gadis dan wanita (mungkin).

Teringat pada cerita Jepun yang bertajuk Shimokita Glory Day (kalau tak salah aku, itu tajuk nya. Maaf kalau wrong spelling). Seorang lelaki yang tinggal bersama 6 orang perempuan seksi dan hot dalam satu rumah. Impian liar (wildest dream kata orang putih) bagi semua lelaki....agaknya.... Yang gay mungkin tiada impian seperti itu.

17 comments:

joey said...

motif dalam senarai list ni takde yang hampir kepada nama nadia.....hehehe


banyak post ko ek...okla...I've got something to read..

I was busy....minggu lepas....lepas ni..tak la...

maybe exam jer kot...

RiZuAn@Bulus-san said...

hahahaha...
dh tentulah kami para lelaki bukan gay!
pastinya seronok bersame lima wanita yg HOT kt satu pulau... WOW!

aremierulez said...

joey..
aku masih tak kenal siapa nadia tu..
tak confident nak terperangkap dgn dia...
oh..busy...patut la lama tak update blog...

bulu-san..
aku tahu semua kwn2 bloggers ku mmg bkn gay..
seronok yg amat beb...

azrul said...

haha, point joey terbaik!! mana nadia? haha..

neway, aku nak bagi list aku plak..
1. jessica alba (aku dah lama jatuh cinta kat dia)
2. elisha cuthbert (dia dah lama jatuh cinta kat aku)
3. gemma atkinson (tubuh badan dia buat aku jatuh katil temimpi-mimpi)

aku dapat fikir 3 je sebab baru bangun tidur (bukan aku gay), yang lagi 2 tu aku keliru, fazura, mungkin rachel leigh cook, rozita che wan, erk. entahlah..

aremierulez said...

azrul...
gemma atkinson ni spe eh?
ex gf c.ronaldo eh?
boleh tahan gak seksi dia ni?
boleh masuk woman in my watch list ni...
hehehe...

aremierulez said...

azrul said..

aku dapat fikir 3 je sebab baru bangun tidur (bukan aku gay)


aku jawab...

aku tau ko bkn gay..
jgn risau...

athena said...

hoho..ko ni bole gak diragukan ke'gay'an nye..ko dah ade suar persatuan kan? mybi2u..hehehe..yang takde corak2 tu ahli2 lame ke bertaraf tinggi?hahahaha

aremierulez said...

kau pun tak boleh di percayai sgt ke lakian kau tu..
ke nak aku cerita pd mereka kisah darjah 6 kau tu...

faerrin said...

kalau aku, aku mahu..

1-erra fazira
2-rozita che' wan
3-intan ladyna
4-wan fara nadiah (ex gf aku)..hahaha

p/s-aku suke gadis2 melayu..sbb aku terpengaruh lagu dendangan jamal abdillah..

errr...aku nak tahu ape kish silam si cendol, kao boleh buat satu entri khusus pasal beliau..

atau kao bole buat satu laman frenster khusus buat beliau..kite kongsi ramai2..

p/s-lau kao terperangkap dgn raja farah..sori ar kawan..aku pn tetiba wujud kat pulao tuh..aku kan suke name farah2 ni..hahaha

aremierulez said...

wan fara nadiah...
ada nama gabungan yg aku dan kau mahu...

rozita che' wan
ramai juga yg minat dia..
tp dia mmg hot...

boleh kot...
tp kena tanye dia dulu..
hehehe...

dlm lima org yg aku pilih tu, raja farah yg aku paling sayang (sayang beb!!)..
jgn harap kau nak dpt dia..

joey said...

aku dah tengok leah dizon...

she's hot!!!

tapi aku tak berapa minat sangat...

aku kan....

wakakakakaka

aremierulez said...

joey...
ayat kau tergantung...
sila sambung ayat itu...
hahahaha

RiZuAn@Bulus-san said...

off topic

bro, aku dh search cite menatang ape Glory Days... kt www.veoh.com

veoh nie client tuk dwload, cam p2p.
ko kena register dulu, then dwload client veoh tu. install, then ko set option die. bape byk space HDD yg nk provide tuk dwload, dwload destinations, etc. limit 4 dwload pade satu² mase. leh resume.

make sure pas ko login kt veoh.com, family filter ko OFF kan. sebb certain cite ade kt bhgn 18+. [bukan nak suruh ko dwload cite blue]

ko search cite tu. tgk betul² length of time cite tu. jgn terpedaya tau. subtitle skali.

http://www.veoh.com/series/Jdramarox?searchId=8757967186413141815&rank=0

aremierulez said...

thnaks so much bro rizuan...
nnt aku download..
thanx again..

M1N4M1 said...

aku plak inginkan terperangkap dlm umah yg dipenuhi bahan makanan dan minuman beserta dgn gajet2 elektronik

aremierulez said...

m1n4m1...
cool juga tu. Lagi cool kalau makanan yang ada dalam rumah tu semua makanan yang mahal2 atau international food...

chanapong said...

Leah Dizon is beautiful at asia star blog
Leah Dizon video

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...