Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, October 31, 2007

TOLONG AKUI KESALAHAN KAMU

(Entri ini adalah kesinambungan dari entri Pagi Yang Gelap telah di ganggu oleh SMS yang salah)

Selepas selesai paper Managerial Economic yang susah macam haram pagi tadi, aku terus tidur. Malam semalam aku tak cukup tidur sebab study Eco ni. Esok pagi aku ada paper Sales Management. Aku perlu tidur untuk recharge energy aku.

Sewaktu aku enak tidur, tiba-tiba ada SMS mengganggu. Cis!!! Aku pun baca SMS tu.

"Salam. Aku Johari. Joe. Kau kenal aku lagi tak?"

Siapa ni? Aku terkejut. Aku tak de kawan nama Johari. Aku tanya dia kembali.

"Ala, yang SMS kau cari member nama Kamal tu."

Oh. Mamat yang kacau aku dulu. Apa lagi mamat ni nak dari aku?

"Betul ke kau bukan Kamal. Ke kau pakai nombor Kamal sekarang? Kamal jual nombor ni kat kau ke?"

Eh, mamat ni. Lebih-lebih pulak dia ni. Aku balas...

"Aku beli nombor ni dari kedai, bukan atas tangan orang. Aku ada kawan nama Kamal. Sorang budak Perlis, sorang budak JB. Ada mana-mana kena dengan kawan kau?"

"Eh. Kamal member aku ni budak Pahang. Tapi betul la ni nombor dia. Aku yang taip nombor ni, dia sebut depan aku."

"Maybe kau salah dengar. Tak pun salah tekan nombor masa tu."

"Tak. Aku yakin betul. Aku yakin telinga aku ok lagi."

Dan aku tak balas SMS seterusnya dari dia. Membazir aku rasa berbalah dengan orang seperti dia.

Aku puji dia kerana dia ada keyakinan yang tinggi pada diri dia cuma aku tak respect dia sebab dia tak mahu menerima kesalahan diri nya. Mana lah tahu dia yang salah dengar masa kawan dia sebut nombor dia tu.

Dia patut menerima kesalahan diri dia tu. Mengakui kesalahan diri tidak bermakna kita mengakui kekalahan tanpa berjuang atau mengakui kebodohan diri. Kita cuma manusia. Tiada manusia yang sempurna di dunia. Semua manusia membuat kesilapan. Dan sesekali mengakui kekalahan diri adalah baik untuk kita juga.

Dan kita tidak boleh sentiasa menang, kerana kemenangan sahaja akan membuat kita lupa tentang permulaan kita, asal-usul kita. Dan kekalahan akan mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan memandang dunia dengan lebih realistik.

Macam Dato Fadzilah Khamsah pula.... Hehe....

Ini entri terakhir untuk bulan ini. Jumpa lagi bulan depan.... Maksud aku, esok lah. Hehehe...

15 comments:

joey said...

motif orang ni asyik bermesejan ngan kau ek...


dia memang takde kerja kot...

Oh ya...nama ko kamal ker....wakaka

aku tak nak sambung ayat aku yang tergantung pada komen sebelum ni...

hahaha....

aremierulez said...

mmg tak de keje dia ni...
tp kalau dia gadis yg comel...
aku akan layan..
syg nya dia seorg mamat...

nama aku bkn kamal...
sila lihat ambigram yg di buat oleh rizuan di bhgn atas blog aku utk mengetahui nama aku...

ke nak aku yg sambingkan komen kau tu...

hahaha...

azrul said...

hehe, aku pernah saja-saja salah sebut nombor masa bagi kat sorang tu sebab aku malas nak layan dia..

mungkin si 'Kamal' tu pun macam aku, mungkin si 'Joe' tu seorang yang dibenci, sebab tu 'Kamal' tu malas layan..

atau mungkin 'Joe' saja buat salah nombor sebab nak berkenal-kenal dengan kau? hahaha..

aremierulez said...

mungkin "kamal" itu berperangai seperti kau...

"joe" mmg di benci org...
aku juga dh benci kepada dia...

boleh nak kenal dgn aku jika dia ada adik perempuan yg comel dan masih single

athena said...

aku rase si joe ni yang terbaca blog kau dan nak cari gadis bernama fiona plak kot..haha

faerrin said...

sebenarnye..

aku lah joe itu..

aku saje nak test kao..

RiZuAn@Bulus-san said...

ataupun joe peminat ko?
hahaha..

nie link tuk direct download...

http://idols-unlimited.com/jdrama-shimokita-glory-days

register dulu.

ixora said...

Oh,saya juga pernah mengalami perkara yg sama!

Yg bengang sgt tu bila dia menuduh sesuka hati dia. "Btol ke ni no. awak? Awak beli dr mn?" Siap boleh tanya lg saya pakai hp apa.. beli kt mn.. bla.. bla.. Hellooo!! Sy beli no tu kt kedai,ok? Bkn dr org.

Opss,maaf ye kalau komen sy ter'emo' skit! (dh la first time komen lak tu)

aremierulez said...

athena...
maksud kau, joe yg pakai sweater sukan wlpn pada waktu tengahari terik dan tak main futsal?

faerrin..
ye ke? mlm ni boleh la call aku pakai super saver pula..

bulu-san...
thanx bro...

ixora..
welcome to my blog...

dah la salah no, lg mau mempersoalkan pasal no kita..
tu yg membuatkan hati bengang...
tp tanya pakai hp apa tu lg la membuatkan bertambah marah..

emo itu commercial trend sekarang...
jd tak salah sgt..

Hardcaffeine said...

aku rasa aku kenall sape joe ni..
ni mesti joe dalam lagu FIONA yang didendangklan oleh sebuah kumpulan yang diberi nama 4u2c..

dimana joe adalah seorang budak yang memakai sweater tak kira hari panas atau sejuk...dia juga pernah menggantungkan rantai dan CD dileher..

untuk melihat rupa raut wajah joe sila lihat link ni..

http://www.youtube.com/watch?v=GMiy_CXP1Wc

hehe...

aremierulez said...

hard caffeine...
aku pun rasa begitu..
tu belum lg tengok si joe tu menari seret kaki...
hahaha

joey said...

manala tau si joe itu adalah johanna...opss..johari ..lupa plak...

sib baik aku adalah joeY...bukan joe...hehehe

Puaka Petaka said...

kat rumah sewa aku lani pun ada mamat macam tu jugak.....
dalam rumah aku, dia la paling tua, tapi otak dia, pemikiran dia dan kedisiplinan dia macam budak darjah 6.
Perangai dia macam haram mampuih. dalam rumah, aku pulak paling muda. tapi boleh jugak semua dengar cakap aku. sebab aku incarge dalam rumah tu. cuma dia sorang saja.
tiap-tiap hari misti dia buat hal......
kalau aku kata dia tak mau dengar, dia siap lawan balik, macam dia betul. tapi memang dia salah. kalau member2 yang lain kata macam mana aku kata baru nak ikut......

bengang gila aku. kalau ada orang nak masuk, ganti bilik dia, memang aku halau dia tanpa notis.....

(relek naaa.... nak lepas geram)

M1N4M1 said...

nampaknya si joe tu mmg betul2 nak cari kwn dia

aremierulez said...

puaka...
haha..halau dia sudah...tak yah bnyk cite beb...

m1n4m1..
aku rasa mcm tu gk...
tp dgr la ckpp aku..
dh aku ckp aku bkn kamal, tak payah la mau tanya mcm2 pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...