Belilah Novel Aku!!!!

Friday, November 2, 2007

AKU AMAT LETIH

Aku ingin menaip entri petang tadi. Minda ku teringin menaip entri tetapi badan ku lesu dan tak mampu melaksanakan arahan minda ku. Akhirnya aku tidur sahaja.

Aku letih. Rabu dan khamis, kedua-dua hari aku ada paper final. Aku tak cukup tidur Waktu tidur ku tak menentu 2-3 hari ini. Membuatkan minda dan badan ku lesu.

Semasa menjawab paper Sales Management tadi, tiba-tiba aku mengidam ingin makan McDonald. Mengidam.... Seperti wanita yang mengandung pula.

Aku mengajak kawanku untuk lunch di McD, dan kawan aku yang memang hantu McD, terus setuju.

Sampai di McD, aku melihat senarai menu. Baru aku perasan yang McD sudah keluar menu baru, Cornetto McFlurry. Lama sungguh aku tidak pergi melawat ke restoran makanan segera.

Lepas balik, aku terus menyelam ke web. Melawat blog-blog rakan bloggers ku. Selepas meninggalkan komen, aku ingin menaip entri baru, tapi mata ku amat berat. Aku terus tidur.

Aku terlampau letih dan aku cuma sedar bila jam sudah pun mencecah pukul 8:30 malam.

Sekian, kisah kehidupan ku yang membosankan. Kamu telah membazir masa membaca entri sampah ini.

3 comments:

faerrin said...

aku tak terasa membazir pun..

kao letih, kao perlu rehatkan minda..

aremierulez said...

ye...
aku perlukan cuti...
semester ni dh la tak cuti pertengahan semester untuk dua2 semester, pastu aku wat intersessi lak tu....

i really need a rest...
cepatlah cuti...

ixora said...

Oh,samalah spt saya yg tiba-tiba mengidamkan McD slps blk dr kelas ptg smlm.

Saya perlu ke Mc Donalds~! huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...