Belilah Novel Aku!!!!

Saturday, November 3, 2007

HARI YANG PENUH KESALAHAN

Jumaat, 2 November 2007, hari di mana aku mencatatkan agak banyak kesalahan yang sepatutnya boleh di elakkan.

(kesalahan di bawah tidak mengikut susunan, aku tulis secara rawak sahaja)

Kesalahan pertama

Apa kes?

Aku ke blog Azrul dan membaca entri terbaru nya. Kemudian aku pun meninggalkan komen.

Kesalahan Aku

Aku tinggalkan komen dan aku tulis nama Azrul sebagai Faerrin. Aku terlupa yang aku baca blog Azrul, bukannya blog Faerrin.

Kesalahan Kedua

Apa kes?

Aku ingin meminta Apeng mengformat laptop aku kerana laptop aku dah jadi lembab nak mampus.

Kesalahan Aku

Aku terlupa nak burn semua benda dalam hardisc aku (terutamanya Mp3 aku yang seberat 17.1 Gigabyte). Kalau format, hilang semua. Parah nak cari balik semua lagu.

Kesalahan Ketiga

Apa Kes?

Aku hendak hantar SMS ke adik angkat ku, Nana. Ayat yang aku tulis si SMS itu ialah:

"Hai Sayang ku Nana? Tengah buat apa?"

(Aku suka-suka sahaja hendak panggil dia sayang. Saje gurau-gurau)

Kesalahan aku

Aku terhantar SMS tersebut ke ayahku. Nama ayah ku di dalam phone book hand phone aku di tulis sebagai "ABAH", nombor satu dalam senarai phone book aku.

Tak lama kemudian ayah ku membalas...

"Amboi sayang. Dah nak kawin ke? Nana ni bakal menantu abah ke?"

Kesalahan Keempat

Apa kes?

Aku ingin menanya kawan ku, kalau-kalau dia ada hint untuk paper Global Retailing isnin ini.

Kesalahan Aku

Aku terhantar SMS tersebut ke pensyarah yang mengajar subjek itu, Encik Muruga. Naib dia tak balas balik. Mungkin dia tiada nombor aku.

Kesimpulan

Maafkan aku semua. Aku tahu aku bersalah. Aku manusia biasa. Tidak sempurna. Sering melakukan kesilapan.

Harap di hari mendatang, aku tidak melakukan sebarang kesalahan yang sepatutnya boleh di elakkan seperti tadi.... Harapnya....

15 comments:

azrul sedikit pening said...

LOL! Kesalahan ke3 tu aku tak pernah buat tapi dah ramai org aku kenal buat macam tu. Solution, cuba ko hantar lagi teks kat bapak ko, tapi kali ni letak nama lain plak, pastu antar lagi, nama lain, pastu lagi, dan lagi, dan lagi, hehehe...

rizuan konpius said...

errr... menghantar sms berbaur cinta kt ayah pun telah aku lakukan. kesannya aku di perli berkali - kali kt umah.

tersilap anta sms kt lecturer?
gila haram! malu oi! hahahahaha...
ini malam, blackburn vs liverpool. prediction: 1 - 1. seri lagi....sigh.

tongah said...

eissyy...walaupun mula² aku start baca dengan mood serius...tapi tiba² berubah jadi kesian...pastu tiba² berubah lagi jadi kelaka...gelak gile dah ni...sori beb...jangan plak ko kata aku tersalah emosi...

nanti liverpool lawan blackburn jangan pulak ko salah sokong blackburn...hehehe
:)

aremierulez said...

azrul sedikit pening, pergi makan panadol...
sebenarnya kesalahan ke-3 slalu aku lakukan..
dr gf pertama sampai gf ke-3, aku mesti ada tersalah semd SMS ke ayah aku...
dia daj kenal semua nama ex-gf aku..

rizuan yg separa konpius...
kau pun pernah? kita senasib...
nasib baik la parents aku tak perli kat rumah...
hari ni lawan pkl 1 pagi kn?prediction aku bla 1-2 liv...

tongah yg tak pening dan konpius...
setiap org ada emosi yg berlainan, dan cari emosi tu kluar juga lain...

mesti la aku tak salah skong..

joey said...

hehehe..aku gelak dan senyum simpul baca entry ko ni...

korang semua ni memang funny lah..ahahaha


aiyooo...motif lecturer nama encik muruga....hihihih

aremierulez said...

joey...
kehidupan kena di penuhi dengan keriangan...
tak boleh selalu bersedih...

Hardcaffeine said...

next time jgn letak nama bapak ko jadi no first..aku pn penah kena gak!!haha..tp skg aku da ubah da..letak huruf A ..so biar la huruf A jadi no first dalam ph aku...hahaha...aku tumpang simpati

aremierulez said...

bagus juga taktik kau ni...
aku cuba nnt..

inah_sms said...

sedihnya..hahahaha..lawak2..aku pun penah antar sms salah..siap darling lagi ngan pensyarah aku..

kesilapan aku..my ex bf aku letak as darling dan supervisor aku as dr ****..huwaaa..sampai skrg aku jd bahan =(

aremierulez said...

inah...
nasib baik aku blum penah kantoi mcm tu kat lecturer aku...
parah aku di buat nya...

faerrin said...

aku tak mahu berkata banyak..kao perlu mintak maaf pade aku dan azrul..heh!!

aku pun same tersilap anto msg, aku penah anto msg kat x-gf aku, an aku terhantar ke henpon mak aku..woooowww!!!!

kao dapat bayangkan ape yg berlaku lepas tuh..x yah aku bercerita lagik..

joey said...

sib baik aku jarang buat kesilapan cam ni...

maybe takde orang nak bermesej ngan aku kot...hehehe

aremierulez said...

faerrin...
terhantar pada mak kau?
ape reaksi mak kau?

aku perlu minta maaf pada kamu berdua...nak kne bagi ampau ke?

joey..
bagi nombor kau, aku bermesej dengan kau..hehhe

penteriak pasir said...

cite aku lain sket,aku penah pakai hp sagem dan speakernye ade problem iaitu kite takleh dengar dgn jelas suara pemanggil..satu ari aku antar mak aku gi umah kawan dia sbb apa aku tak ingat,aku ada sorang makwe dulu yang hobinya ialah bertukar no.hp,kengkadang dalam seminggu 3 nombor dia tukar..jadi aku save satu nombor tetap saja.
Lepas aku hantar mak aku,aku mendapat satu panggilan yang bakal menggelapkan hari aku pada hari itu.Nombor tak dikenali,bila aku dengar,macam suara makwe aku tapi tak jelas,jadi aku pun sound:
"Tak dengar la sayang!!Nanti abang call balik.."
Tapi si pemanggil tetap ingin menyampaikan sesuatu kepadaku,jadi aku pun mendengar dengan penuh teliti,bunyinya:
"Patah balik,mai ambik mak,kawan mak tak jadi pi.."
Duh..

aremierulez said...

penteriak pasir...
okeh...
ko pnye paling kelakar setakat nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...