Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, November 15, 2007

KISAH DI ATAS BAS

Pada hari ahad, 11 November 2007 yang lepas, aku pulang ke Batu Pahat setelah menamatkan semester yang panjang, semester yang sibuk, semester yang menyesakkan.

Aku tidak memiliki kenderaan, jadi aku pulang menaiki bas tambang, Bas Yow Hoe, atau aku lebih suka gelarkan sebagai bas perang. Bas ini memang buruk dan sudah layak menjadi tukun ikan.

Aku menaiki bas dari perhentian bas Segamat sehingga ke perhentian Air Hitam. Sesudah sampai di air hitam, aku akan mengambil Bas Johore Motor untuk ke Bandar Batu Pahat. Biasanya, keadaan fizikal Bas Johore Motor adalah lebih baik dari Bas Yow Hoe.

Ini merupakan pertama kali aku pulang ke Batu Pahat pada hari Ahad. Biasanya aku pulang pada hari Jumaat.

Dalam perjalanan dari Air Hitam ke Batu Pahat, aku akan menempuh beberapa buah kilang. Macam-macam kilang ada di kawasan itu termasuk kilang yang paling besar dang ah, Kilang Sharp dan Kilang Fujitsu.

Apabila bas melalui kawasan kilang, bas akan berhenti untuk mengambil penumpang. Penumpang dalam konteks ini ialah pekerja kilang di kilang-kilang tersebut di mana rata-rata pekerja di kilang-kilang tersebut ialah pendatang tanpa atau dengan izin dari negara-negara luar seperti Bangladesh, Vietnam, Filipina dan negara jiran kesayangan, Indonesia.

Mereka terdiri dari jantina lelaki dan wanita, dan bercakap dengan berbilang bahasa. Dan mereka kalau dah bercakap, tidak reti mahu cakap perlahan-lahan. Cakap mahu satu bas dengar, pening kepala aku mendengarnya.

Sambil mendengar perbualan mereka dengan pelbagai bahasa, aku membuat sempat membuat sedikit penelitian dan pemerhatian gelagat mereka dan beberapa perkara lain.

1. Ada seorang dari pekerja kilang tersebut (orang Vietnam rasanya) mempunyai rupa paras orang Melayu (dia ni perempuan). Sekali pandang, aku sangkakan dia orang melayu. Tetapi bila kawan dia ajak dia berborak, barulah kantoi yang dia ini bukan orang melayu. Kalau kamu lihat dia pun pasti kamu sangka dia Melayu.

2. Mereka mula menyerap budaya Malaysia ke dalam mereka. Aku lihat ada 2-3 wanita Vietnam memakai baju kurung. Mungkin mereka bakal menjadi trend setter dalam kommuniti mereka.

3. Seorang jantan Bangla cuba mengurat seorang wanita Vietnam. Oleh kerana mereka berkomunikasi dalam bahasa berlainan, jadi proses mengurat mereka jadi sedikit haru. Pada mulanya, Bangla itu duduk di sebelah minah Vietnam ini, dan bercakap dengan Bahasa Inggeris simple, namun gagal di fahami oleh gadis tersebut. Nyatalah taraf pendidikan gadis Vietnam tu lebih rendah dari Mat Bangla itu. Maka, Mat Bangla itu mula membuat bahasa isyarat, namun masih gagal difahami oleh gadis itu. Maka mereka berbicara dengan bahasa masing-masing. Maka jadilah seperti Itik dengan Ayam sedang bercakap. Setelah melihat usahanya untuk mengurat gagal, maka Mat Bangla itu pun terus pindah tempat. Tidak mengapa, nice try dude (kalau kamu faham maksud ini, bangla).

4. Pertama kali aku nampak ada juga gadis-gadis Vietnam yang cun. Mereka semua dalam satu kumpulan yang mengandungi lima orang dan semuanya cun-cun belaka. Pertama kali aku jumpa. Rupa-rupanya ada juga gadis Vietnam yang cun-cun menjadi operator pengeluar, ingatkan semua yang cun dah menjadi pelakon filem atau drama di Vietnam? Atau menjadi pelakon lucah.

5. Perkara biasa yang kita selalu kita nampak (rasa-rasa akulah), Mat Indon berjalan berpegang-pegangan tangan. Bagi kita, ia sesuatu yang janggal. Tapi bagi mereka, itu perkara biasa. Tapi bagi aku, memang pelik?. (Ya!!! Kamu Gay)

Itu sahaja yang aku dapat rumuskan. Lain kali, aku perhatikan benda lain pula. Selamat bercuti kepada semua student UiTM.

13 comments:

tongah said...

aku dapat bayangkan keadaan masa tu. mesti macam huru hara sikitkan.

dulu kalau aku balik naik bas pun macam tu. mulut diorang boleh buat aku pening. tambah lagi dengan bau wangian diorang hehehe

aria ayumi said...

mcm2 gelagat pendatang asing ni kan. kadang, diorg uat mcm dok negara sndiri jek.

joey said...

ermmm....ko orang batu pahat ek?

actually aku dulu pernah gi batu pahat.....dah lama dah....ikut ex best friend

time aku masih lagi remaja muda...hahahaha

takdela ingat sangat cuma yang aku tau pasal taman soga and summit batu pahat and
kalau tak silap ada tugu pahat besar kat bandar....hmmm.....

*heartbeat* said...

gay semakin cool.
hahahha.

M1N4M1 said...

yg aku nampak slalu mat2 bangla yg slalu pegang2 tangan..aku geli jgk dah besar2 pun nk pegang2 tangan..kalu laki pompuan tak heran pulak aku

joey said...

ermmm..aku takde orang lain nak tag

so aku tag lah ko

jadi....kesimpulannya...

ko kena tag....

details in my site

azrulisme said...

masa aku roadtrip aritu aku naik gak bas tu! padahal duk segamat 3 tahun tak pernah pun naik bas tu.. heh.

inah said...

ermm..ko org batu pahat?ape ada kat batu pahat??nak pegi boley?

Singkapan Minda said...

haah..org vietnam ni xtau ckp melayu..bi pn xtau..ssh nak communicate ngan diorg..dlu time sy keje cashier plg mnympah klu diorg yang bli brg..amik2 byk2 pastu dh scan br ckp byr asing2..rupenye nk blikan kwn skali..hampeh je..pastu suke istilah bi yang ntah pape..nak ckp belajar die gune 'school'..nak ckp sama or serupa 'same same'..

zuriaf said...

aku tak suka naik bas yang dalam keadaan bising..tak boleh nak tenang jiwa ni..labih² lagi kalau macam kes kau ni...haha..

selamat bercuti aku ucapkan..berkebun ke cuti..??

athena said...

hooooo..pelik konon tengok indon jalan pegang tangan..ko dgn bell selalu pegang2 aku kat rumah xpape plak..!!!ekekekekeke

aremierulez said...

tongah..
macam ada ribut dalam bas tu...
bau? jgn la cerita..mcm2 bauan ada mase tu..

aria ayumi..
tau tak pe..kawan aku siap kena marah dgn indon hari tu...last2 indon tu kena cepuk dgn kawan aku..

joey..
ex best fren? ape dah jadi dgn kwn kau tu?
kau tak nak datang sini lagi ke? boleh aku dgn cendol bawak kau jalan2. mesti kau rindukan summit kan?

heartbeat
gay makin cool? i dont think so...

m1n4m1..
mungkin budaya pegang tangan biasa di negara mereka...kalau pegang laki pompuan aku pun mau.. (",)

joey sekali lagi....
lama dah aku tak kena tag... tq kerana tag aku...aku tag aku ape nih?

azrul..
wow!! 3 tahun kat sini sekali pun tak pernah naik bas yow hoe tu? aku baru seminggu duk segamat dah naik dah..

aremierulez said...

inah..
macam2 ade kat sini...yang penting bt pahat lagi happening dari semua daerah dalam johor...kecuali johor baharu (mungkin)..
meh datang sini..thn 2008 merupakan tahun melawat batu pahat..

singkapan minda..
rasanya negara mereka tak pentingkan sangat subjek bi kot..
same same...hahaha...macam kumpulan same-same plak(kumpulan pecahan dari the moffats kalau tak silap aku..)

zuriaf...
aku tak de kenderaan...
jadi kena jugalah naik bas...mmg jiwa tak tenang tapi dah lali dah..

aku tak berkebun...cuma bermalas-malasan...

athena...
kami nak hiburkan hati kau yang lara...betul..abang promise..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...