Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, November 11, 2007

MASIH WUJUDKAH CINTA DI KEHIDUPAN KITA?

Seringkali aku lihat pada masa kini, sering kita lihat pasangan bercinta di mana-mana sahaja. Pergi ke mana sahaja, pasti akan bersama. Bagaikan belangkas, bagaikan merpati dua sejoli. Dunia ini bagai milik mereka berdua. Kata orang barat, "Love is all around."

Tapi benarkah cinta mereka sejati? Seringkali juga kita lihat, mereka bertukar-tukar pasangan. Hari ini keluar dengan perempuan lain, esok keluar dengan perempuan lain pula. Begitu juga dengan si wanita. Bertukar teman lelaki sesuka hati. bagaikan menukar pakaian.

Fenomena ini lebih mudah di lihat di Universiti. Ada kekasih di luar kampus atau tempat asal mereka. Tetapi masih ada kekasih di dalam kampus. Katanya, cinta kontrak sahaja.

"Alah, main-main je. Bukan betul-betul pun." Itulah kata mereka bila di tanya tentang cinta kontrak, atau sekarang lebih popular dengan nama kekasih gelap (selepas di popularkan oleh kumpulan ungu)

Jadi di sini aku ingin bertanya kepada kamu semua, adakah cinta sejati masih wujud? Kalau kamu betul-betul cinta-mencintai, kenapa perlu ada cinta kontrak? Kenapa perlu ada kekasih gelap? Sila jawap tanya aku.

Maaf kan aku kawan-kawan. Aku sepatutnya meneruskan kempen Revolusi Pencinta Bebas, tapi lain pula yang aku coretkan. Maaf kan aku, aku gagal dalam menghidupkan kempen ini. Aku sering melakukan kesilapan.

_________________________________
Baiklah. Cuti semester sudah bermula. Aku akan kurang memblogging pada masa cuti kerana tiada talian internet di rumah ku. Jadi aku tidak boleh update setiap hari. Tapi tidak bermakna aku tidak akan update. Cuma tidak sekerap sekarang. Tetapi aku tetap akan update. Selamat bercuti semua!!!

15 comments:

joey said...
This comment has been removed by the author.
joey said...

ermmm...seronok nya..boleh balik...

aku plak..terpaksa merajinkan diri stay back untuk my final year project..huhuhu

anyway..aku tetap balik juga..cuma ada dua minggu lagi before i go home

Oh ya..lupa

cinta itu masih wujud...

cinta bukan untuk kekasih sahaja

:)

azrul said...

betul tu, ada kekasih kat dalam kampus, kat luar, kat bandar, kat luar bandar, dia sorang je dah 5 orang awek, pastu orang macam kita macam mana? patutnye kongsi la kan, sorang dua ke tiga ke, hehehe..

RiZuAn@Bulus-san said...

kekasih gelap?
aku benci sume itu!
kalau nak bercinta, bercinta la betul². hipokrit itu semua. kekasih gelap lar. cinta kontrak la. haram!
maaf, aku ter'emo'.

masih ada cinta sejati....

inah said...

masih ade cinta sejati..percayalah..

mahu bercinta dengan aku?? (kelip2 mata..hahahahaha)

tongah said...

love is all arround. memang benar kata kau. aku sayang kamu sahabatku.

selamat bercuti.

one love!!

aria ayumi said...

aip. sume cakap psl centa nih. kite xmo cakap psl centa, bleh ;)

Puaka Petaka said...

SUSAH SIKIT NAK COMMEND BAB-BAB CINTA NI....

Aku ada banyak kajian, dan eksperimen..... tapi jgn bimbang. semua tu aku test kat aku sendiri....
jadi aku tau la sakit mcm mana....

cinta itu wujud. tetapi cinta sejati itu yang susah nak wujud.....

*heartbeat* said...

aku loyal.
diakui oleh diri aku sendiri.

M1N4M1 said...

kekasih gelap hanya mengisi masa2 yg terluang pabila tidak bersama kekasih terang

Singkapan Minda said...

cinta ni mmg sukar nak d jangkakan..kdg2 kite ingat kite dh dpt cinta sejati tp sbnarnye tak..tp saya yakin cinta sejati itu mmg ttp wujud..cume kite perlu mencarinye..

aria ayumi said...

br perasan note amie yg last. ptt xnampak bayang pun. dh dok umah yek. enjoy ur holidays ;)

aremierulez said...

joey...
aku tahu cinta bkn untuk kekasih masih wujud...cinta itu tak kan lenyap..

tapi cinta dgn kekasih bagaimana pula?

azrul...
kongsi sorang dua ke tiga...
betul juga tu (",)

rizuan..
aku pun sama seperti kau..
tak mengapa emo...emo tu trend sekarang..

inah..
kau single ke? (",) (mata kelip2 juga)

tongah..
love is all around but love this day not like before...

aria ayumi...
suma tgh mabuk bercinta..

puaka petaka...
aku tahu susah bagi kau mahu komen isu ini...maaf kerana timbul kan entri ini..

heart beat...
kau dah kawin..mesti kena loyal...

singkapan minda...
mencari cinta sejati(kpd kekasih) mmg susah nak cari..penat aku mencari..tapi tak jumpa..

m1n4m1..
masalahnya, kekasih gelap sekarang menjadi trend kepada semua..semua nak kena ada kekasih gelap..

aria ayumi lagi...
yes..tgh cuti...selamat pada anda juga

M1N4M1 said...

kekasih gelap mungkin sesuai waktu mlm je kot

aremierulez said...

m1n4m1
kalau waktu malam nanti tak nampak pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...