Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, November 8, 2007

MENONGKAH ARUS ITU KERJA GILA!!!

"Blog kau dah jiwang la, bro"

"Apsal kau tulis pasal kisah cintan kau pulak ni?"

Itu adalah antara komen yang aku terima di friendster aku sejak aku menulis kisah-kisah silam aku dari kawan-kawan dan juga budak-budak junior aku semasa aku belajar di Politeknik Merlimau dulu. Ada macam-macam komen lagi.

"Kau sekarang dah banyak cerita pasal kisah silam kau. Kenapa eh?"

Tanya seorang lagi teman ku. Baik aku jawab sedikit persoalan kamu di sini.

Aku tidak seperti Faerrin, yang mampu mengupas tentang isu serius seperti kemunduran orang melayu dalam blog nya (aku suka entri kau yang itu). Aku tidak seperti Azrul yang sangat bijak mengolah kata-kata di dalam blog sehingga setiap entri nya tidak jemu untuk di baca.

Aku tidak seperti Tongah atau Rizuan Bulu-san , yang mampu membuat ambigram dengan baik dan meletakkan pada entri blog mereka. Mereka memang mempunyai seni tangan yang hebat. Azrul juga hebat dalam bidang ini. Aku juga tidak seperti Azman, yang menjumpai tangan bender di library UiTM Segamat.

Itu lah sebabnya aku sekarang menulis sesuatu dari kenangan silam ku. Supaya dapat berkongsi pengalaman aku bersama.

Menulis entri sambil mengelamun mengingatkan kisah silam kita memang seronok. Tapi aku perlu penghayatan yang tinggi untuk tulis semua ini.

"Aku suka baca blog kau. Kau dah berani luahkan perasaan kau. Macam ni la blog tak de la nak tulis pasal apa kau buat hari ini, apa jadi kat kau hari ni, bla bla bla...."

Panjang pulak komen nya, aku pun sudah tidak ingat apa yang di komen oleh dia. Dia junior aku semasa aku belajar di Politeknik Merlimau dulu. Seorang gadis yang genit dan tak pernah bercakap dengan aku walaupun sekali.. Sekali dia hantar komen dekat freindster aku, panjang pula. Macam-macam yang di tulis.

"Your blog is so funny..... I mean, funny in the right way."

Aku tak kenal juga gadis yang komen aku ni. Dia add aku dulu dan dia setahun lebih berusia dari ku. Sebenarnya aku tak faham apa maksud dia. Jadi harap kamu bagi komen lanjutan untuk itu.

"Sedih saya baca kisah kehilangan ayah angkat awak tu. Betul ke cerita pasal awak dengan bak tu?"

Ya betul. tak kan aku mahu main-main kan hal hidup mati seseorang. Aku masih melawat mereka kalau ada waktu terluang. Dan setiap raya aku pasti datang rumah arwah bak. Mak masih tinggal di situ.

"Oit, mirul. Asyik tulis cerita patah hati je. Tulis la kisah percintaan kau ke, masa kau baru nak tackle awek kau ke. Baru best. Kena ada positif dan negatif. Baru cara.."

Aku tidak mahu tulis pasal itu. Aku suka menulis pasal kes patah hati kerana... entah. Tapi aku suka. Tak mahu tulis kisah percintaan. Nanti jiwang sangat. Nanti aku akan terawang-awang pula. Hehehe....

"Saya suka kisah silam awak. Tulis banyak-banyak lagi ya?"

Komen seorang gadis yang dari gambar dan dress-up nya, seperti tomboi, tapi guna kata ganti saya dan awak. Tidak seperti tomboi lain yang guna aku dan kau. Mungkin dia bukan tomboi, tapi suka pakai macam tomboi.

"Lawa siot blog kau..."

Komen dari kawan aku. Eerr... Tak mahu komen pasal penulisan dan isi entri aku ke?

Itu adalah antara komen yang aku dapat dan aku ingat untuk aku tulis ke dalam entri ini. Terima kasih kerana membaca coretan sia-sia aku ini. Harap kamu menyokong aku seterusnya.

Maaf aku tidak sempat hendak mengupdate blog gambar ku, Gambaran Minda Ku Yang Usang. Tidak sempat. Banyak gambar yang ingin ku upload kan. Tunggulah laptop aku sudah elok, aku upload gambar-gambar lain.

Chow....

18 comments:

azrul said...

aku suka pos macam yang kau tulis. tak berat, tak susah nak hadam. cerita lama-lama cool apa, dari ko letak lirik lagu jiwang, atau kau cerita tentang resipi kek lapis..

lagipun tulis saja apa yang kau nak, ini kan blog kau. tulis untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.

RiZuAn@Bulus-san said...

betul lar tu. ini blog kau. suke hati kau lar nk cerita pasal ape pun.

kau ada cara penulisan kau sendiri. orang lain ada pandangan mereka sendiri. biarkan saja..

Puaka Petaka said...

memang sejak dua menjak ni blog ko nampak meleret nak ke jiwang sikit....

tapi setiap entry hang mengigatkan semula kisah silam dan secara automatik menyebabkan kita belajar daripada kisah silam dan kesilapan.....

bukan maksud kita ingat kisah lama untuk memboringkan tapi untuk ingat-mengigati. berkongsi pendapat dan nasihat. panduan kepada yang lain. peringatan......

semua itu benda baik.....

aku tak boring langsung.....

kalau blog aku, aku boring.....

banyak idea, masa pulak tak dak.

teruskan mighol......

kalau tak elok, aku dah complain, bukan commend.....

inah said...

betul2..ni blog sendiri..suka ati la nak tulis ape..kalo x ske..x yah baca..alamak emo plak :P

aremierulez said...

azrul..
cara penulisan kau lebih cool dari aku. aku nak asah lagi style aku untuk jd lebih cool...biar kita jd cool dlm division kita sendiri..hehehe

rizuan...
ye. ni blog aku. aku akan tulis lebih bnyk bende2 pelik lps nih...

puaka petaka..
ya..bila aku ingat kisah silam, bnyk kesilapan yg aku buat semua aku ingat balik... mengajar aku erti kehidupan...

bila kua nak update blog kau..

inah..
tak salah nak emo. emo tu skang trend, ada nilai komersial. tak caya tanya pemint MCR dan 30 second to mars

tongah said...

aku suka baca entry² kau. walaupun cuma pengalaman kau tentang cinta ke, peristiwa sedih ke, kisah gembira ke.

orang kata belajar hidup dari pengalaman. ada pengalaman yang aku tak penah alami dan aku akan belajar dari pengalaman orang lain.

aremierulez said...

tongah...
kau tak nak berkongsi pengalaman juga ke?

joey said...

i really like the way you write your entry

somehow..it feels kena ngan tajuk blog ko warmness on the soul ni.....

lagipun..you are one of my reader yang sitll doesn't terpengaruh dengan itu.......

oh ya..sepupu ko ambik dip.bank ek

tak syilap aku adik aku pun ambik dip bank kat Uitm KK...


:)

faerrin said...

hahahahahaha...kao tak perlu risau itu semua..aku suke entri2 kao..bukankah aku kate, aku sapot kao..

ohhh...kao tak jumpe tangan bender kat kampus???

errr...jgn lupe, taste kite ttg wanita same..

aremierulez said...

joey..
tajuk ni aku ambil secara spontan..tak sangka ramai yg berminat dgn tajuk blog aku ni...
tajuk blog kau mengingatkan aku pada tajuk cite will smith...
tp aku tak tgk lagi cite tu...

faerrin...
tgn bender tu ada kat library...
aku tak gi library...cendol je yg pegi sbb mse tu aku dgn apeng tgh ade paper..

ya..citarasa kita sama..kau dah ade awek ke blum?

azrul said...

sekarang aku dah tak cool. lagipun aku pun dah jiwang, entah virus apa entah yang masuk.

aremierulez said...

adakah virus aku sudah menyerap diri kau?

Anonymous said...

sumer poyo

joey said...

glup...

aku baru jer tukar nama blog..beberapa bulan yang lalu..

dulu Looking for the Shades OF Happiness and Relief

Erm..tukar kerana kesesuaian...

faerrin said...

kao tanye aku dah ade awek ke blom???

uhhh...org seperti aku, sape yg mahu??

aku picisan saja..umpama habuk2 yg berterbangan..mengikut arus udara..ditiup ke kanan. ke kanan lah aku..ke kiri..ke kiri lah aku..

uhhh...kao rase aku dah berpunya?? heh!

bagaimana kao??

aremierulez said...

joey...
oh ye ke?
aku pun bru2 baca blog kau...tu yg tak tau...

faerrin..
kau merendah diri...aku rasa kau dah berpunya..
aku? blum lagi..

anonymous...
semua poyo? kau pun poyo juga..
dlm diri masing2, semua ada kepoyoan sendiri...cuma kita tidak sedar...

athena said...

Hoi!! spell Bender with big 'B'!!

aremierulez said...

athena..
baiklah abg Bender

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...