Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, November 21, 2007

PEMERHATIAN KU KE ATAS SUMMIT BATU PAHAT

Cuti ini aku cuma banyak melepak di rumah. Cuti semester ini merupakan cuti aku yang pertama untuk tahun ini. Untuk pelajar UiTM umumnya, tiada cuti pertengahan semester untuk semester Januari dan juga semester Julai. Dan sewaktu cuti semester pada bulan Mei-Jun, aku mengambil kursus intersessi atau kalau orang Amerika menggelarkan ia sebagai summer class. So aku mahu rehat secukupnya.

Tapi ada masa aku keluar juga. Mencari ketenangan jiwa di luar pula. Kadang-kadang aku bantu ibu dan ayah aku di warong. Kemudian aku merayap di Summit Batu Pahat. Tetapi aku perasan ada beberapa perubahan berlaku di sini.

1. Amoi skirt pendek paras peha sudah berkurangan. Mereka yang aku sering menganggap sebagai "penyeri" untuk Summit kini agak berkurangan. Mungkin mereka telah berpindah ke Batu Pahat Mall yang lebih besar dan gah reputasi nya dari Summit ini.

2. Budak punk dan skinhead juga berkurangan. Susah nak jumpa mereka sekarang. Even if aku pergi ke Summit pada hari Sabtu atau Ahad. Rindu pula nak lihat rambut pacak mereka yang berwarna-warni tu. Adakah mereka sudah menjumpai Nur dan pulang ke pangkal jalan? Dah tak nak mabuk-mabuk lagi? Adakah mereka kini menjadi budak nasyid pula? Entah!

3. Pengunjung Summit juga macam sedikit berkurangan. Tak perlu aku kata mengapa. Baca balik nombor 1 untuk sebabnya.

4. Ramai budak sekolah (perempuan) yang cun lepak di Summit. Maklumlah, cuti sekolah. Dan budak-budak sekolah sekarang ni lebih gempak dari zaman aku bersekolah menengah dahulu. Cara dress-up mereka, cara mereka bersolek...Ya lah. Zaman berubah. Rasa mahu masuk sekolah menengah semula.

5. Cyber Cafe di Summit juga tidak sesak seperti dulu. Sudah ramai orang ada internet di rumah. Aku bila pula mahu pasang?

6. Ada seorang perempuan cina dalam lingkungan umur awal 40-an, main game Counter Strike duduk di sebelah kanan aku semasa aku menaip entri ini. Gila gempak auntie ni. Aku ingat budak-budak je hebat main game ni. Tak macam dia kalahkan budak-budak lain dalam cyber cafe ni. Salute You, Auntie!!

7. Ada perempuan pakai jaket terbalik tengah lepak selang satu komputer dari aku, sebelah kiri. Dia tak perasan ke dia pakai jaket terbalik? Ke itu memang fesyen terkini dan aku ketinggalan zaman. Betul ke tu fesyen terkini sekarang?

Sampai sini sahajalah pemerhatian ringkas aku. Entri ini di tujukan khas kepada Joey dengan ucapan... Kau tak rindu Summit ke? Hahaha...

Oh ya. Nak tanya pendapat kamu. Yang mana satu patut aku beli? External hardisc untuk laptop aku atau i-Pod Nano yang aku idam-idamkan sejak dulu?

13 comments:

azrul said...

pasal nombo 6, mak kepada sorang membe aku, umur dah 40 lebih, tapi memang seorang emak yg cool, dia layankan anak2 dia beli game baru, cari cheat kat internet, dan boleh layan main game sama2, gila best..

aku takut tengok ipod nano, kecik sangat, hehehehe.. tapi macam lagi best nak beli mp3 player dari xternal hard disk.. entahlah, wa tatau..

aremierulez said...

best tu mak kawan ko..siap tolong cari kan cheat tuh..
oh ya..aku nak cari cheat code jugak la...

kecik sgt ke? hehe...bukan nick ko kecik ke? hehehe..

ok... i-pod 1-0 hardisc

zuriaf said...

haha..aku ingatkan kau perhatikan orang kat summit je, dalam CC pun ko perhatikan gak eh..hahaha..

aku cadangkan kau beli je external..senang bawak..macam² boleh sedut dan sumbat...

aku nak link kan blog kau ni..harap tak kisah...

RiZuAn@Bulus-san said...

kau beli dua - dua sekali. hahaha..

bagi aku, baik bli external hDD.

kau pemerhati. boleh masuk unit permerhati polis ni.

inah said...

alop aemirulez..(sambil kelip2 mata)..besh ke summit??dari segi pemerhatian ko..mcm x besh je..heheheh

cari tempat lain okey!!

Singkapan Minda said...

ipod nano kot..heheh

joey said...

amboi....motif nak tujukan entri khas ni ngan aku...hehehe

rasanya dah berkurun lama aku tak gi batu pahat....aku pun dah tak ingat mcm mana rupa summit tuh...hahahaha

oh ya...aku rasa ko ni memang observer yang bagus... :)

and I prefer you to but external HD...bukan apa...aku pun nak beli sem depan....senang sikit nak simpan benda-benda terlampau ni..oppssss

aria ayumi said...

hehe. amie ni byk memerhati yek. byk buat spekulasi gak. erk, klw budak skinhead tuko jadik budak nasyid.. mau terbalik jgk dunia nih :p

aria ayumi said...

lupa nk jwb. i choose i-pop nano :)

Puaka Petaka said...

external hD. Nano takpayah la lagi. lgpun aku ada pln nak bagi hang mp3 player 1GB kat hang. Tunggu la bila kenduri apis nanti.

Puaka Petaka said...

ceh, gambar rosak pulak.....

haa... ok pun...

*heartbeat* said...

seingat aku la. summit kat bukit mertajam la tempat Fasha Sandra tu melepak!

aremierulez said...

zuriaf..
cc ni ada dalam summit, so dia termasuk dlm kawasan pemerhatian aku..
aku tak de hal..nnt aku link kan blog kau plak..

rizuan...
aku mmg suka buat pemerhatian kalau aku keluar merayap sorang2..
mungkin pengaruh dari minat aku yg suka tgk cerita penyiasatan..
masuk unit pemerhatian polis? tak mau la...

inah (kelip mata laju2)
tmpat ni dulu best, tp dah hilang seri sejak adanya BP Mall...dan sejak hilangnya amoi berskirt singkat...hehehe..

singkapan minda...
ramai org suh aku beli i-pod...huhu..

joey..
turun la batu pahat..nanti aku dengan athena leh bawak ko jalan2...simpan barang terlampau? huhu...

aria ayumi...
memang terbalik dunia ni jadinya...tapi aku ada member dulu..dari skinhead jadi budak alim2 gitu..kira dah tobat nasoha kot...

puaka petaka...
betul ke? TQ

heartbeat..
btul ke fasha sandha slalu lepak sana? Baik..mulai skang, aku lepak sana jugak la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...