Belilah Novel Aku!!!!

Friday, November 9, 2007

TAPI PADA MASA ITU, INI ADALAH COOL...

Kali ini, satu lagi entri mengenang zaman silam. Tapi biasa entri kenangan silam bertema cinta, jiwang karat, luahan patah hati dan kisah sedih. Tapi kali ini aku mahu bawa tema sedikit humor kepada kamu.

Sebelum itu, aku harap kamu tengok dulu video ini. Video dari kumpulan 4U2C, Fiona.



Itu antara video yang boleh mengimbau sedikit kenangan silam kita pada zaman dahulu kala. Mesti pada masa lagu ini popular, kamu masih kecil anak, masih belum mumaiz, masih naif dan pada masa itu kamu rasa video ini sangat cool.

Ada beberapa perkara yang kamu boleh nampak dalam video ini..

1. Pakai baju trak sukan walaupun pada masa itu panas terik tak ingat. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

2. Pakai T-Shirt dan bermuda ke mana sahaja, macam orang main futsal.... Walaupun mereka tak main futsal. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

3. Kalau kamu peka sikit, ada antara mereka yang pakai stoking lain-lain warna. Sebelah pakai warna merah, sebelah lagi pakai warna kuning. Warna stoking pun nak striking. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

4. Sebagai ahli kumpulan boy band, kenalah pakai baju yang sama warna dan corak. Walaupun corak baju itu amat menjolok mata dan buruk, tapi kena pakai juga. Ini syarat unity boyband!! Tak boleh langgar!! Sekali pandang macam boria Balik Pulau pula. Tapi boria pakai kena, mereka pakai.... Kena juga... Tapi kena kutuk lah. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

5. Gantung CD di leher. Ada ke budak-budak rap zaman sekarang nak buat lagi seperti ini? Mungkin tidak. Nasib tak gantung kaset. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

6. Tarian trademark 4U2C, tarian kaki tarik atau kaki seret atau nama yang lebih komersial, tarian kaki tertinggal dan perlu di tarik. Sekali tengok macam orang sakit kaki pula. Tapi pada masa itu, ini adalah cool.

7. Betul ke 4U2C ni kumpulan rap. Lagu jiwang dan tiada unsur rap, siap ada goreng gitar pulak tu. Adakah orang tidak peka tentang itu? tapi mereka tidak kisah. Kerana pada masa itu, ini adalah cool.

Itu lah serba sedikit tentang video zaman dulu-dulu. Kelakar tapi mengimbau kenangan lalu. Banyak lagi video-video macam ini di youtube, seperti Feminin dan Restu. Kalau rajin-rajin, cari la. Mungkin kamu pernah ambil lagu-lagu seperti ini menjadi lagu couple kamu.

Aku sudah selesai format laptop aku. Lepas ini, boleh memblogging dengan laptop aku balik.

13 comments:

RiZuAn@Bulus-san said...

hahaha...
memg cool pada zaman itu.
nasib baik tak gantung kaset? tak bleh blah! hahahaha..

kalau kau tgk vclip rock kapak pula, mesti kt kwsn pergunungan, penuh lalang. tapi ade sgt cool jugak mcm BPR - seribu thn takkan mungkin. vclip ala² guns n roses and rock band seantero dgnnya...

inah said...

erkks..aku ske je kru n 4u2c dulu..tapi skrg..ayyakk..confuse camne la aku leh suka depa dulu..well..itule perubahan masa and budaya =D

aremierulez said...

rizuan...
yup...video rock kapak biasa nak buat kat tempat2 mcm tu...
tipikal sungguh...
4u2c ni pengaruh new kid on the block nih..

inah..
aku pun suka kru gak dulu...
well...time passes by...semua nye berubah

penteriak pasir said...

Ada ke orang pakai macam tu lagi kat m'sia ni?kalau kat Pendang tak tau lak(jgn marah,udang..)

Kalau satu band tu bleh ikut peredaran zaman,wa rasa takda hal,contoh:tropica suatu masa dulu sukar untuk telinga ku 'menelan' lagu-lagunya tapi jinbara wa salute..best gak

penteriak pasir said...

..takpun band yang bleh produce lagu2 berkualiti dari dulu sampai skrg..tahukah korang bahawa alleycats adalah satu2 nya band yang tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai band paling lama bertahan di Malaysia,aku kenal alleycats sedari aku berusia 5 tahun,facts!

aremierulez said...

penteriak pasir..
org di pendang masih pakai baju mcm tu ke?
hahaha..jgn mare udg..

oh...jinbara tu tropicana ke? tak tau lak aku..

alleycats...band olskool yg masih bertahan lg...tu kira otai tu

tongah said...

aku teringat masa zaman kegemilangan lagu fiona ni. semua orang nak pakai sweater yang colourful. nasib baik masa tu aku kecik lagi, kalau tak mesti aku pun terikut sama hehehe.

tapi lagu fiona tu lagu favourite aku. sampai sekarang menjadi pilihan.

aremierulez said...

tongah..
haha...cuba kau try pakai je skang ni...mne la tau leh jd trend balik ke...ko dah leh jadi trend setter

yup...mcm mne pun lgu tu ttp jd pilihan ramai..

faerrin said...

kao rase skang ni kalau bawak radio besar bagak kat tepi leher sambil pusing keliling BP tau KL, atau bandar segamat..

adekah ianya kewl??

aremierulez said...

haha..
bagi mat hip-hop fanatikitu masih cool...
bagi org lain... that is so 90's..

athena said...

haha..kau tak tahu semalam apeng amik ifm dah nak tergelak sebab teringat lagu ni..hahaha

aremierulez said...

athena...
mesti dialog dia mcm ni...

"eh, joe!! macam mne paper hari ni..."

M1N4M1 said...

hahahaha hahahahahaha hahahahaha

sib baik xgantung radio atau laptop..time tuh laptop tak berleluasa lagi kot kalu dak mau diorg buat jugak..kata cool

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...