Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, November 4, 2007

TIDAK KESAMPAIAN

AMARAN: ENTRI INI JUGA KUAT BERBAU JIWANG, PATAH HATI DAN KEKECEWAAN BERCINTA SEPERTI ENTRI TERDAHULU. JIKA KAMU TIDAK SUKA DENGAN TEMA-TEMA ITU, SILA ABAIKAN ENTRI INI DENGAN SEGERA.

SILA BACA ENTRI LOVE HURTS...BUT SOMETIME IT'S A GOOD HURTS SEBELUM MEMBACA ENTRI INI

Setelah aku gagal dalam percintaan aku yang pertama dan gagal menawan hati perawan M, akhirnya aku berjaya menawan hati S. Tetapi kisah aku dan S sekejap sahaja. Kenapa?

Aku menerima dia kerana aku masih terasa tekanan atas 2 kejadian di atas. Dan aku sedar dia bukan perempuan yang di cipta untuk ku. Jadi aku meneruskan kehidupan aku seperti biasa. Aku tak mahu bercerita kisah ku dengan S. Kata Dato' Siti, "biarlah rahsia."

Aku hidup seperti biasa. Bekerja di warong ibu dan ayah. Aku lambat menyambung pelajaran. Orang lain sudah menyambung pelajaran pada bulan Julai, aku pula masuk pada bulan Disember. Aku lambat masuk satu semester.

Aku berjaya meneruskan pelajaran di Politeknik Merlimau Melaka. Aku merupakan pelajar batch pertama di sana.

Ketika belajar di sana, aku sering pulang ke Batu Pahat hampir setiap hujung minggu. Setiap hari sabtu, aku akan merayap di Summit Batu Pahat. Samada bersama kawan-kawan, famili atau seorang diri. Setiap sabtu cuma perjalanan biasa bagi aku.... Sehingga suatu hari.

Aku ternampak seorang gadis, bermuka comel, kulit coklat-coklat cerah (apa nama kulit ni?), pipi licin, bermuka ayu dan body yang baik.... Of coz.

Gadis ini bekerja di sebuah kedai menjual alat tulis dan majalah. One Stop Shop nama kedai itu, kalau tak salah aku. Lama aku memerhatikan dia. Aku bagai jatuh cinta pada pandangan pertama. Aku suka lihat wajah nya.

Setiap minggu, aku akan ke Summit, dan lalu di kedai itu. Aku hanya berani mengintai keayuannya dari jauh. Aku bagaikan gila bayang.

Aku bercerita pada seorang teman ku di Politeknik,

"Habis, kau usha dia dari jauh aje lah?", tanya kawan ku.

"Ya. Aku takut", jawabku ringkas.

"Bodoh. Jangan tunggu lama-lama. Nanti kena kebas dengan orang, Kalau awek tu cun, mesti ramai yang gilakan dia. Kalau kau lambat, kena kebas dek orang lain. Lagipun, bukannya kau tak pernah bercouple sebelum ni. Apa nak takut."

Betul kata kawan ku. Kalau aku lambat, bunga idaman ku akan di sambar orang. Aku perlu pulang hujung minggu ni. Aku kena mulakan langkah.

Maka aku berani kan diri ku. Aku masuk ke kedai itu, dan terus melangkah mendekati gadis kegilaan ku ini. Aku mengatur ayat terlebih dahulu.

"Hai."

"Hai. Ya, abang cari apa?"

"Erm... Boleh tak kita berkenalan?"

Muka gadis itu berubah. Menjadi muka orang yang kebingungan.

"Eh? Marah ke? Kalau tak boleh, tak pe lah. Ok lah, saya gerak dulu."

Tiba-tiba gadis itu bersuara.

"Tak, saya tak marah."

"So, boleh la kenal ni?"

Kami pun berbual-bual sedikit. Baru aku hendak menekan ayat, bos nya sudah menjeling. Tak mengapa, sekurang-kurang nya sudah kenal dia. Ada kemajuan.

Minggu depan nya, aku datang lagi. Begitu juga minggu seterus nya. Aku melakukan perkara tersebut selama 4 minggu berturut-turut.

Oh ya, lupa aku ingin memberitahu kamu semua. Namanya Emilia. Dia baru habis SPM, dan bekerja sambilan di kedai buku tersebut.

Selain raut wajahnya, Emilia juga mempunyai suara yang halus dan gemersik. Aku suka mendengar hilai tawanya. Kadang-kadang, kami keluar semasa waktu rehat dia. Kami makan bersama.

Minggu ke-5, aku datang lagi ke kedai tersebut. Tapi ada sedikit kekurangan kali ini. Emilia tiada di kedai itu. Aku menjadi kalut. Lantas aku bertanya kepada seorang lagi amoi yang juga bekerja di kedai tersebut. Amoi ini kenal dan tahu aku berkawan dengan Emilia.

Aku menerima jawapan yang negatif, dia sudah berhenti. Kenapa? Kerana dia mendapat tawaran belajar di Matrik. Semalam merupakan hari terakhir dia bekerja.

Aku rasa kecewa dan hampa. Tiba-tiba amoi itu menghulurkan aku sekeping kertas, surat dari Emilia katanya. Aku membaca isi surat tersebut.

Emilia berkata dia gembira berkawan dengan ku. Tetapi dia tidak bersedia untuk bercinta. Dia harap aku terus akan berkawan dengan dia. Bila sampai waktu yang tepat, kami bersatu. Dia meninggalkan nombor telefon nya pada ku.

Aku simpan nombornya. Aku menyimpan harapan yang aku ingin berjumpa dengan dia lagi. Aku ada menelefon dia beberapa kali semasa dia di matrik. Aku berhubung dengan dia dan berjumpa beberapa kali lagi dalam setahun.

Akhirnya, kesibukan masing-masing telah membuat kan kami terlupa antara kami. Kami terputus hubungan... Hingga hari ini.

Aku masih simpan nombor telefon nya. Tetapi aku tidak pernah tergerak hati untuk menghubungi dia. Mungkin dia telah berjumpa pasangan hidup yang lebih baik dari ku. Mungkin kehidupan dia jauh lebih baik dari ku...

Harap kau berbahagia, Emilia.....

23 comments:

Hardcaffeine said...

keh keh!! kan da melepas...tak bersedia untuk bercinta konon..hehehe...alasan je sume tu..ajak la jumpa lagi masa cuti sem ni..saje nak tgk die sudi ke tak..hehe... gud luck my fren!!

aria ayumi said...

coklat2 cerah tu rsnya kulit sawo matang. i guess. huhu. bese klw dh pegi matrik, msti ade sangkut dh awek tu. bukan nak menakutkan, tp mmg kenyataan. belajar dr pengalaman. :p

RiZuAn@Bulus-san said...

elek bro...cinta memang begitu. cinta akan menjatuhkan kau berkali - kali. melihat samada kau sanggup untuk bangun lagi atau tak. cinta memang kejam..

pada zaman 70-an dahulu, cinta ibarat suatu penyakit yg sangat jarang di temui. bila dah terkena, jatuh cinta membawa kepada hidup berumahtangga.

tetapi, kini, cinta ibarat virus yang teruk melanda. cinta mungkin seperti selsema atau batuk sahaja. bila terkena, boleh berpanjangan, tetapi boleh juga hilang begitu sahaja...

-parting is such a sweet sorrow

joey said...

ala...jangan risau

aku rasa ko adalah orang yang ensem walaupun aku cuma nampak sipi2 aja..hihihi

ada banyak lagi gadis untuk ko..

cam nadia, farah..leah..opsss

aremierulez said...

hardcaffeine...
patut ke aku jmpe dia lg? apa rasional aku nk jmp dia? kalau dia dh ada balak?

aria ayumi...
aku pn rase mcm tu...
sbb bila aku smbg belajar pn, aku sangkut dgn pompuan lai, tu yg lupa dia tu...

rizuan...
betul juga fakta kau bg tu...
aku putus cinta mlm raya, tp tak rasa ape pun. mase raya siap havoc gile tu..

joey...
aku tak hensem...tp manis nya ada...hahaha...
btul ke leah nak kat aku?

Hardcaffeine said...

aremierulez,nasihat aku,kalo bole let go...ko let go je...
lagipun benda da lama...jgn biarkan luka lama berdarah kembali..kelak disendiri yang merana..cewahh..macam kaunseler plak aku ni...

tapi kalo nak test2 power bole gak ko msg dia ajak die jumpa..mane tahu dia jodoh ko..
macam kata2 org dulu2..
"tuah ayam nampak dikaki..tuah manusia sape yg tahu??"
~ini pantun3 kerat dari aku..
"ikan bilis,ikan sepat,kalo tak cuba tak dapat..."

ha lagi pantun,ini kalo die da de balak
"naik kereta naik motor,jgn guna taktik kotor"

kesimpulannya :
1)adalah tida baik menggunakan taktik kotor untuk menambat ati seorang wanita..
2)try je dulu..mane tahu luck ko..h

aremierulez said...

hard caffeine...
1 cadangan yg bernas...
aku akn cuba sebaik habis

faerrin said...

kesinambungan dr shout out aku kat luar sane..


kao mahu aku tolong..nak yg se-kawasan kao atau mahu yg jauh2..heh!!


taste kao, apa??

bak mai..aku cube allocate tuk hang satuh!!

aremierulez said...

faer...
ni ciri yg aku minat..
badan kecil2 molek..
kulit putih, muka ala-ala chinese look...

tp kalau dpt mne2 yg cute pun, kira boleh la...
ahahahhahaha...........

athena said...

woohoo..!!

aku tiada komen..

woohoo..!!

aremierulez said...

athena...
apsal lak tak de komen lak?

joey said...

glup....aku cuma bagi cadangan aja....kekeke

aremierulez said...

joey..
kau menghampakan perasaan ku terhadap leah..

Puaka Petaka said...

hampeh.....
ko tulis saja kat tajuk entry ko kalau sapa yang tak layan jiwang boleh abaikan blog ni.....
ramai jugak yang commend.....

ni komen aku pasai entry ko ni....

ko nak contack boleh, tapi berjadual.....

tak selau tapi avelable....

ko bukak kelender, ko tick tarikh-tarikh. kalau hari ujung minggu jangan call..... call hari biasa.....

masanya pulak, tak lewat malam, tak awal sangat...... dalam pukul 8.45 - 9.20 malam mcm tu dah kira cantik sangat dah.....

kalau semua ni ko terlepas, jangan call sampai masa dalam jadual ko..... kalau bulan depan, terpaksalah ko tunggu.....

bila dia dah start sms ko, ko beleh la call dia 2 minggu sekali.

bila dia dah start miss-miss call hang, time tu boleh la hang nak call bila-bila pun......

itu saja......
kalau hang nak ikut, ikut la. sebab aku sendiri pun tak dak awek lagi.......

aremierulez said...

puaka petaka...
siap jadual complete lak ko bg aku...
ni betul2 kau ni...

Singkapan Minda said...

kenape xtry contact die..ntah die mnanti gak..hehe

faerrin said...

oi....asal taste kao same cam taste aku nih..??

taste aku cam kao jugak, yg kecil sedikit dari aku, putih2, dan meti chinese look..hahaha..

hoho..banyk lagi simpanan dlm arkib telefon aku, aku cube utk kao..

hahahaha...

Puaka Petaka said...

aku nak tolong member-member aku......

Aku tak mau member-member aku jadi macam aku......
semua dah cukup...... cuma hati saja yang masih lagi kerunsingan mencari makna perjalinan antara dua......

mighol..... pompuan ni pemalu sifat dia..... macam lelaki jugak.....

ikut kajian, lelaki sebenarya lebih pemalu daripada perempuan......

mulut dia saja kata tak mau.....
dalam hati dia tu kau tahu ka?

kalau tak dipecahkan ruyungnya....
manakan dapat sagunya......

Alang-alang mencelup pekasam......
biar sampai kepangkal lengan......

"this is the way of ninja!" Uzumaki Naruto......

Puaka Petaka said...

aku tengah dengar lagu naruto waktu taip commad yang kat atas tu....

aremierulez said...

singkapan minda...
kot2 dia dah tak ingat dekat aku lagi...

faerrin...
boleh la kau derma 1-2 nombor pd aku sempena mengisi ruang kosong mse cuti ni...

puaka petaka...
thanks sb mau tolong aku...
sejak bila kau pandai bermadah..

penteriak pasir said...

Mighol,
satu bende paling aku respek kat ko ialah ko nyer tahap confidence yang tinggi.
Banyak gak mende yang aku belajar dari mamat nih especially berkaitan kaum hawa,banyak buat paper work about girls,jawapan kepada semua persoalan ku dalam bidang penacklean makwe biarpun sampai skang sorang pun tak lekat kat aku..muahahahah

aremierulez said...

penteriak pasir...
thanks bro...
aku pun bnyk belajar dgn kau pasal life...
cuba lagi bro...
yakin boleh...
confident mesti ada...

chanapong said...

Leah Dizon is beautiful at asia star blog
Leah Dizon video

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...