Belilah Novel Aku!!!!

Sunday, December 30, 2007

AKU KEMBALI......

Akhirnya aku dapat juga masa untuk update blog ni. Dah berhabuk dah blog ni. Lama sangat aku tinggalkan.

Baiklah sambung balik cerita pasal kawan aku, Li....

Aku lepak dengan Li di BP Mall. Kalau lepak di Summit, mesti jumpa ramai member-member. Li memang tak mahu di jumpai dalam keadaan pada masa itu. Kami lepak di kafe White Coffee.

Biar aku cerita sikit pasal Li. Awek Li yang pertama bernama (aku dah lupa la), boleh dikatakan yang diorang ni couple dari darjah lima. Memang lah pada masa itu mereka belum kenal sangat erti percintaan, tapi boleh dikira mereka bercouple sejak pada masa itu.

Tahun 2001, semasa kami tingkatan lima. Tiada ribut, tiada angin, tiba-tiba minta putus. Terkejut juga Li. Li minta penjelasan tetapi tidak beritahu. Akhirnya setelah di desak oleh Li, pun memberikan jawapan. Hati telah di curi oleh lelaki lain. kata, di dalam hatinya sudah tiada lagi Li. Maka kecewalah dalam percintaan buat kali pertama.

Li pun berkata kepada aku dan kawan-kawan lain yang dia amat kecewa dan berjanji tidak akan setia lagi dalam percintaan. Dia mahu main-mainkan kaum hawa. Dia ingin balas dendam.

Tidak lama kemudian, dia dapat mangsa pertama. Maka di kecewakanlah wanita itu. Bukan seorang dua, tapi ramai juga wanita yang telah di kecewakan.

Akhirnya dia berkenalan dengan seorang lagi wanita, bernama Sue (nama tipu ni). Motif awal ialah untuk mempermainkan Sue tapi lama-kelamaan, Li mula jatuh hati kepada Sue. Sue tahu kisah silam Li dan sedia menerima Li jika dia boleh membuang tabiat buruk itu.

Li pun berubah sikap kerana cintanya kepada Sue. Mereka pun bercouple. Selepas 6 bulan, mereka putus. Rupa-rupanya, Sue ingin membalas dendam juga. Rupa-rupanya, salah seorang yang menjadi mangsa Li suatau masa dahulu. Kecewa lagilah Li.

Aku sangka Li akan menjadi semakin benci kepada wanita. Tapi aku silap. Dia belajar dari pengajaran yang di terima. Dia insaf dan berjanji tidak akan mempermainkan wanita lagi. Dia sedia menjadi pencinta agung.

Akhirnya Li pun berkenalan dengan Alia. Aku tidak pasti dari mana dia kenal Alia, tapi Alia memang cantik. Jika dibandingkan dengan wanita-wanita yang pernah berganding dengan Li, Alia yang paling hebat, gah dan cantik.

Tapi akhirnya mereka putus jua selepas lebih kurang setahun menjalinkan hubungan kekasih bersama. Alia telah curang kepada Li.

Wajah Li sugul sambil menceritakan hal tersebut kepada aku. Aku tahu dia sedih. Kisah cinta Li memang malang. Kalau di jadikan filem atau drama, mesti dapat pujian dari pengkritik. Mesti bejuraian air mata penonton.

Kalau aku, aku pun tak tahu apa nak buat. Mesti sedih juga. Aku pun 3 kali putus juga tetapi semua putus dengan aman. KAlau berjumpa denganex-gf aku, rilek je boleh bual-bual lagi. Dalam kes Li ini, aku pun tak tahu.

Di sini timbul persoalan yang pernah aku soal kepada kamu semua. Masih wujudkah cinta sejati di dunia kita ini? Sila komen.....

10 comments:

azrul said...

aku rasa Li tak payah buat filem.. filem melayu sekarang ornag tak pandang.. best macam mana pun, indie macam mana pun, tak laku..

suruh dia buat lagu, jadi popstar macam anuar zain.. Lelaki ini, tak pun perempuan itu..

Anonymous said...

cinta sejati memang wujud
paling sejati adalah cinta pandang pertama
nak lagi sejati cinta dengan ALLAH S.W.T

suruh li cinta pada tuhan..nescaya cinta itu tidak akan putus selamanya

inah said...

ermm..betul kata anon..the best is cinta pada Tuhan =)

lama x masuk sini

welkambek =D

Nuha said...

fuhhh. macam xcaye wujud cite cmni luar filem. ingt dalam filem je. tumpang kesian untuk Li.

mintak mak Li yang aturkan xleh ke? Kalau Li xnak, suruh je Li tu kumpul duit banyak2. Mana tau duit boleh membahagiakan.

aremierulez said...

cinta kepada allah tu bukan cinta sejati...itu cinta maha agung...

maksud aku di sini, cinta sesama insan...

athena said...

azrul suh buat lagu, aku rasa baik Li tu wat novel je..confirm laku..hehe..tapi kna jiwa2 sket la

aremierulez said...

athena....
cube bagi nama cadangan untuk hero novel tu?
Qayyum ok ke?

fairuzmokti said...

heh..malang sugguh nasib member kau tu..kesian jugak aku dengar...

tapi kan, mana citer pasal awek seksi tu..takkan takde apa² kau dengan dia lagi...hahaha...

lama giler kau cuti dari berblog...

aremierulez said...

fairuz...
ade...
nanti aku cerita la...

Anonymous said...

aku google 'aku malang dalam percintaan' pstu kuar blog ni plk...nk mlyn jiwang pg2 buta ni (3.35am ok) huhu...so, aku pn baca la...bca pnya bca, cm best plk...so, kesimpulannye, smua org ade ups n downs dlm p'cintaan... klo sesape yg single lg tu, maknanye, kite x jmpa lg 'the one'...the best awaits us...so, sabo2 je la wpun umur dh mkin meningkat...huhu

-hazel kk-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...