Belilah Novel Aku!!!!

Monday, December 3, 2007

DUA KISAH SATU CERITA

KISAH 1

Aku mula berkawan dengan Maria. Dan Maria akan berhenti sebentar jika ternampak aku sedang berjalan atau berjoging di sekitar taman tempat aku tinggal ini.

Aku senang berkawan dengan dia. Aku tidak pernah meminta nombor telefonnya. Aku juga tidak meminta e-mel nya. Aku juga tidak pernah bertanya samada dia mempunyai Friendster, Myspace, Hi-5, Facebook atau benda-benda yang sewaktu dengannya.

Kenapa? Aku suka berkawan dengannya begini. Hanya berjumpa jika terserempak. Aku tak mahu berjanji untuk berjumpa dengan dia.

Maria juga sama. Tidak pernah meminta semua itu dengan aku. Kami senang dengan cara kami berkawan. Dia sering bersiar-siar dengan scooter nya. Kadang-kadang dia berseorangan menunggang scooter nya. Kadang-kadang di temani adik nya.

Maria punya 2 orang adik perempuan. Dia ada seorang abang berumur 22 tahun pada tahun ini. Seorang adiknya berumur 17 tahun dan seorang lagi 10 tahun. Yang 17 tahun tu namanya Natallia, hampir sama dengan nama awek cousin aku, Natillia. Adiknya yang bongsu aku tidak ingat namanya.

2 hari lepas, aku lepak di taman permainan bersama Maria dan Nat (nama manja Nattallia). Sedang aku melepak. Telefon bimbit Maria berbunyi. Dia menjawab dan berbual rancak. Dia bangun dari tempat kami melepak dan pergi jauh sedikit dari kami. Makin rancak perbualan dia di sambung dengan hilai ketawa dari nya tak henti-henti.

Tiba-tiba Nat bersuara, "kenapa abang berkawan dengan akak??"

Aku agak terkejut dengan pertanyaan Nat. Ada nada tegas dalam soalan yang di tanya itu. Belum sempat aku nak jawab, Nat menyambung bicaranya.

Nat: Nat harap abang tak berkawan dengan akak semata-mata dengan akak tu seksi. Nat nak abang ikhlas berkawan dengan akak dan layan dan respect her as a woman.

Abang..eh, Aku: Abang kawan dengan akak bukan sebab dia seksi (TIPU!! Sebenarnya ada sikit la), tapi sebab abang suka berbual dengan dia sebab dia mengingatkan abang pada seorang kawan abang.

Nat: Really?

Aku: Yeah. Dengan Maria, abang bebas untuk berbual dengan dia. She's knowledgeable. Bukak apa saje topic, mesti dia boleh bual punya. Pasal sukan, dia boleh. Pasal bola sepak, dia boleh. Hal politik, dia boleh. Even abang dengan dia boleh bual hal-hal perempuan dan lelaki tanpa rahsia and lebih open. Your sister is open-minded.

Nat: Even ?

Aku: Nah. Tak pernah bual dengan dia. Belum lagi kot. Tapi just minat berbual dengan Maria. Tu je.

Nat: I hope abang kawan akak dengan ikhlas. Dan harap abang jangan cuba nak ambik kesempatan kat akak. Kalau abang cuba, siap la abang. And one more thing.....

Aku: Apa?

Nat: Tolong jaga-jaga kan dia ya? Along tak de kat sini. Belajar kat Australia. So, hope abang jaga dia. Jadi macam abang kitaorang. Ok?

Aku: Ok. Abang try my best lah ye? (Tak pasal-pasal aku aku kena jadi abang pulak. Tak pe la. Dapat juga aku adik akhirnya...)

Nat: Nak Tanya ni. Jawab dengan jujur.

Aku: Apa?

Nat: Nat dengan akak, mana lagi lawa? Jawab dengan jujur.

Aku: (setelah diam kejap konon-konon buat-buat berfikir) Maria. Muka Nat still nampak childish sikit. Nampak still macam budak-budak sekolah. Maybe nanti in years to come, muka Nat akan semakin matang.

Nat: Kalau seksi pulak?

Aku: Nat more seksi dari Maria.

Nat: Hehe. Really?Nat ni seksi terpimpin tau.

Aku: Banyak la (gelak sama-sama Nat)

Maria: Ni apa gelak-gelak ni? Ngumpat Maria eh?

Nat: Mana ade?

Tapi aku agak kagum juga dengan Nat. Dia sangat ambil berat akaknya. Malah dia cuba untuk melindungi akaknya dari sebarang kesusahan.

Teringat aku, ada sesetengah orang, tidak pernah nak hiraukan adik beradik mereka. Susah senang atau apa-apalah. Yang penting diri nya selamat. Lantak apa nak jadi pada adik-beradik lain.

Aku besyukur kerana aku mempunyai seorang abang yang amat mengambil berat kepada aku. Lagipun, adik beradik aku kecil sahaja. Aku dan abang aku. Dan ini mungkin menyebabkan hubungan kami lebih akrab, kadang-kadang seperti kawan-kawan pula.

Moga kasih sayang kami adik beradik berkekalan. Begitu juga dengan kamu semua pembaca blog aku. Kalau bergaduh dengan adik beradik, cepatlah buka pintu kemaafan itu.

P/S: Lupa mahu bagitahu kamu, Nat lagi seksi dari Maria. Tapi dia bawah umur. Kalau korang cuba tackle dia dan dia buat report polis, masuk penjara 12 sebatan, beb! Ke 21 sebatan eh? Entah. Aku lupa lak.

KISAH 2

Ada orang call handphone aku. Mesti la orang, kambing mana tahu pakai handphone. Kawan aku yang call. Nama nya Li (nama betul terpaksa di rahsia kan)

Li: Am, kau kat mana?

Aku: Kat rumah la. Apsal?

Li: Aku nak jumpa kau. Betul-betul nak jumpa kau.

Aku: Kenapa pulak ni?

Li: Alia (nama awek Li. Dan masih bukan nama sebenar) tipu aku beb. Dia ada balak lain.

Tersentap aku sebentar. Tak sangaka pula aku yang Alia buat begitu. Aku agak kenal juga dengan Alia. Dan aku rasa Alia bukan jenis perempuan yang curang. Kenapa boleh jadi macam ni?

Aku: Li, rilex beb.

Li menangis. Ini kali kedua kawan lelaki aku menangis di dalam telefon kerana tewas di medan percintaan. Kali pertama masa tahun 2004, semasa aku praktikal di Telekom Batu Pahat. Kalau perempuan, sudah banyak kali.

Mungkin ada kamu yang berkata, "apa lah punya laki. Hal perempuan pun nak nangis ke??"

Bagi aku, tak salah menangis kerana menangis itu sebenarnya dapat meredakan perasaan, dapat menenangkan fikiran dan meluahkan perasaan yang terpendam. Kalau kamu pernah dengar lagu Dewa 19 yang bertajuk Airmata, kamu akan faham.

Menangis tidak semestinya tewas. Marah dan geram juga boleh mengakibatkan air mata berderai. Gembira pun sama juga.

Aku juga pernah menangis. Ketika aku terpijak paku karat dan paku itu terbenam di kaki aku dengan agak dalam. Ketika aku terpijak plug TV dan ada 3 lubang yang agak dalam terbentuk pada kaki aku sampai darah keluar tak berhenti masa aku darjah 4.

Aku juga pernah menangis kerana terhilangkan duit ayah aku yang berjumlah RM 5,000 masa tahun 2001. Sudah 3 jam aku cari, tapi tak jumpa. Aku hanya mampu menangis kerana aku tahu hukuman yang bakal aku terima. RM 5,000 beb, jangan main-main. Macam mana aku mahu ganti duit itu. Aku masih bersekolah.

Rupa-rupa nya aku tersalah letak. Ya. Aku memang cuai orangnya. Aku boleh tidak ingat di mana aku letak barang-barang aku. Roomate aku amat masak dengan habit aku yang satu ini. Kalau aku dah buka cermin mata aku, mesti aku tak tahu mana aku letak kemudiannya.

Aku bersiap untuk keluar dengan Li. Aku rasa perbualan face-to-face lebih kesan untuk menangani masalah seperti ini.

Dan aku dah letih nak menaip. Keadaan siber kafe ini semakin bising dengan kebisingan budak-budak cina yang main Counter Strike macam perang betul-betul. Lagipun panjang lagi kisah Li ni.

Jadi sambung lain kali. Mungkin kisah Li ni boleh di jadikan pengajaran kepada kamu. Adios....

12 comments:

zuriaf said...
This comment has been removed by the author.
zuriaf said...

err...kau memang nakal..hahaha..dua² seksi..huhu...err..berkawan perlukan keikhlasan dan tak perlu sebab untuk berkawan dengan seseorang...kita kene terima seadanya kawan yang kita ade..err, kem salam kat maria ye..hahaha...

KOMEN 2

aku selalu menangis kalau gelak terlampau kuat, lama dan terbahak²...macam shial..aku takleh kontrol bende tu..kalau pasal sedih² ni aku tak suka nangis..lebih baik untuk memuhasabahkan diri..bagi aku la..

err, kau ni doktor love ke..?? kagum aku...

err. komen yang terdelete tu adalah dari aku..tersalah taip yang ending lak...

Puaka Petaka said...

untung kau.......
Aku ni yang tak dapat-dapat adik lagi ni.....

aku dah macam tak leh nak bagi commend dah.....
rasa macam dah hampir ko compleat kan ko punya post......

BERKAWAN
kawan yang baik, dia akan menyusahkan kita bila dia susah dan kita akan rasa nak tolong dia walaupun kita sendiri yang susah.
kawan yang baik, dia akan cari kita dulu bila dia senang dan dia akan ajak kita lepak kat rumah kita dan lepastu dia akan ajak keluar.
kita akan faham cara dia dan dia akan faham cara kita.

MENANGIS
menangis boleh membuatkan kita sedar, faham, ambil iktibar, takut, seronok, terharu, sebagai peringatan/nasihat, dan berkongsi....
Nampak macam buruk tapi banyak maksudnya.....



kelemaan hati manusia......

Puaka Petaka said...

menangis tu buruk kalau muka dah buruk....

muahahahahahahaha!!!!!......

aria ayumi said...

perghhh. 5 ribu? sangat banyak duit itu. klw kite, sure ase macam nak terjun sungai. *sungai je ah, tak mo terjun bangunan*. huhu.

bertuah gak maria tu ye. dpt adik concerned camtu. mau terkedu 2/3 jam klw tahu adik kite uat gitu kat.

lelaki pun berhak menangis, amie. kite tak heran sgt ah klw ade lelaki nanges sbb pempuan. paham dh.

Hujan Malam said...

haah..nai dr love ke?hehe

joey said...

entah...bebudak cina ni nama ajer kaya....buatlah cyber cafe kat rumah ...main counter strike kat rumah..ini...bertenggek kat sini..hish!!!...hehehe


oh ya...belum pernah lagi menangis kerana cinta...

but I will ...mungkin tidak lama lagi.. :)

*heartbeat* said...

wahhhhhhhhh.. maria maria.. macam lagu apa ntah..

ok la tu kawan kawan..

focus said...

panjang ke main post kao kali nih..hahahahahaha

errrr...aku mahu tanye kao..adakah kao seorang pangeran pencinta??

faerrin said...

focus tu aku...errr..aku juga mahu kenal maria dan nat..aku juga tak mahu mntak frenster, e-mail dan no. henpon die..aku mahu kan keseksian dia..eh...astaga...

aremierulez said...

zuriaf...
ok..aku kim salam kat maria...aku aka pastikan gadis itu tak tahu...hehehe..

puaka petaka...
bagus definisi kamu pasal kawan tu....boleh ambil ikhtibar..

aria ayumi...
adik kamu tak macam nat ke?

hujan malam...
dr love? tak lah... cuma menjadi pendengar sahaja...

joey...
kau akan menangis? bersedia lah dengan tisu yg banyak sebab kawan aku tu banyak juga airmata nya yg menangis...

heartbeat...
ada 2 lagu yg ada pasal maria yg aku layan...marilah maria nyanyian def gab c dan maria lagu greenday..

focus menjadi faerrin...
lama kau hilang....aku bkn pengeran cinta..tp suka lagu tu..

aku dah ambil dulu keseksian nya...hehehe

Lucca D Jiwa said...

emm... ikhlas ke kite dlm bercinta? entahlah... kite insan yg biasa tidak mampu menilainya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...