Belilah Novel Aku!!!!

Monday, December 10, 2007

PENAT, LETIH DAN KERING IDEA

Aku sekarang berada di Kuala Lumpur. Saja aku lepak di rumah cousin aku cuti-cuti ini sambil mula merancang masa depan (aku akan cerita hal ini di entri yang lain).

Aku baru pulang dari camping di Janda Baik, Pahang selama 2 hari. Badan aku keletihan, minda aku juga tersekat. Ada cerita hendak di tulis tetapi buntu untuk membina ayat.

Aku akan ceritakan kisah Li pada entri lepas ini, lepas semua sekali keletihan aku hilang, otot peha aku pulih dan otak aku mampu menjana idea.

Aku juga belum berkesempatan untuk melawat blog kamu semua. Letih mahu menghadap skrin laptop ini lama-lama.

Oh ya. Di sini aku ingin mengambil kesempatan memberitahu kamu semua bahawa aku bukan doktor love atau pengeran cinta. Cuma beberapa orang kawan aku kata aku merupakan pendengar yang baik bagi mereka mencurahkan masalah mereka.

Ya, aku merupakan pendengar yang baik tetapi bukan penyelesai masalah yang bagus kerana masalah aku sendiri pun banyak yang aku tak boleh selesaikan.

Baiklah, jumpa kamu lain kali dengan entri yang baru nanti.

9 comments:

Anonymous said...

wei aku tau ko leh jd pendegr yg setia..
ko x nk dgr problem aku ker..
huhuhuhuh...
windu nk citer dgn ko mcm2 mcm dulu..

*heartbeat* said...

berehat itu penting

Puaka Petaka said...

apa kata hang berehat dengan menonton wayang heartbreak kid yang sekarang ni tengah break di semua panggung wayang seluruh malaysia.

memang x expected langsung cerita dia. aku asal nak tengok hitman tapi dah terlewet so aku pun layan la heartbreak kid.

cerita dia pasai eddy ni yang dah 40 thn tapi tak kawin lg. tapi bila dah kawin, mcm2 pulak jadi.

lawak dia memang tahap cipan. kalau tekgelak pastikan tidak menutup mata sebab ko akan miss babak yang lebih lawak......

Anyway get some rest mate....
buat benda yang hang suka.....

The best from you.....

zuriaf said...

ooo..kau boleh jadi pendengar yang baik..jadi aku rasa hobi kau pasti mendengar radio kan..hahaha...

ala bro, jangan rilek lama² sangat..nanti badan jadi malas..hidup kene aktif..!!

joey said...

yah..berehat dan cuti2 malaysia

tinggalkan segala kerja

waaa..aku akan ke kl juga...tahun depan..hehehe

aria ayumi said...

update jugak die. penat tau tak bukak2 blog xde entri baru. ngee~ xpe amie, rehat2 le dulu. kesian kamo. later on baru cite psl plan ms depan kamo yek ;)

bulus-san said...

Liverpool layak ke KO stages. we could face either Inter, AC milan, Real Madrid, Barca, or Sevilla. draw 21 dec. gila lah!

ahad ni lawan Manu kat Anfield.
YNWA!!!!

azrul the astronaut said...

update, update, aku tak peduli korang penat ke tak, semua tak nak update, aku nak baca apa.. ah, aku paksa semua pembaca dan penulis blog yang ternampak komen ini untuk update blog anda! sekarang!

aremierulez said...

anonymous...
aku bleh dgr cite ko tp tulis la sape nama ko...
mane aku tau sapa nama ko..er..kita kawan eh dulu?

heartbeat..
memang penting supaya otak lebih fresh...

puaka...
aku mmg cadang nak tgk cite tu..tapi aku tgk anak halal tadi...gempak giler...

zuriaf...
aku tak suka dgr radio...asyik main kan lagu yg sama..banyak iklan lak tu...lagipun lagu fav aku bnyk yg tak radio friendly la...

joey...
bila mau datang batu pahat...hehehe

aria ayumi..
sory..badan sgt penat dan sgt busy sekarang nih...
aku update nanti ya?

bulusan...
sekali kalah lak dengan MU...

azrul...
kalau aku berdaya,aku akan sentiasa update blog ni...malangnya aku insan biasa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...