Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, January 31, 2008

HERO AND ZERO: JANUARY 2008

Sudah 2-3 hari juga aku tidak update blog ini. Aku agak sibuk kebelakangan ini. Malah minggu ini merupakan minggu yang agak banyak cabaran bagi aku.

Baiklah, aku mahu mewujudkan segmen baru dalam blog aku ini. Segmen ini di beri nama Hero & Zero, di mana setiap bulan aku akan memilih 1 atau mungkin lebih, orang yang berjaya (hero) atau si gagal (zero) tidak kira dalam apa jua kategori. Aku juga tidak pasti samada segmen ini mampu bertahan hingga akhir tahun. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

HERO

ESTRANGED




Berjaya membuat upset terbesar dalam karier mereka dengan mengalahkan nama besar seperti Datin Seri Siti Nurhaliza, Mawi (eh, mamat ni nama besar ke?) dan lain-lain lagi dalam Anugerah Juara Lagu 2007 baru-baru ini.

Estranged membawa pulang wang sebanyak RM 37 000 hasil kemenangan 2 kategori iaitu Lagu Pop Rock Terbaik dan Juara Lagu 2007. Tahniah dan harap terus maju jaya.

ZERO

FAIZAL TAHIR



Mula-mula, masuk satu team nasyid. Bila team nasyid tu dah popular sikit, keluar dari team nasyid tu, simpan rambut panjang sikit dan masuk pertandingan One In A Million. Pakai baca dengan logo Superman dan akhirnya di cap sebagai Superman Malaysia... Konon la..

Sehari sebelum pertandingan One In A Million tu, buat komen dengan berkata "Saya yakin saya akan menang" dan memperlekehkan pihak lawan dan akhirnya kamu kalah.

Lepas tu buat album, dan bukak baju seluar masa konsert live di 8TV. Lepas tu kena gam 3 bulan dan akhirnya di gam dari menyertai pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu di mana ramai orang kononnya yakin yang mamat ni boleh menang tahun ni.

So, jadi kan ini pengajaran kepada kamu semua. Kalau nak popular mendadak, jangan bukak baju masa konsert, baik buat video macam Vanilla Sky, lagi bagus.

Monday, January 28, 2008

ESTRANGED MENANG ANUGERAH JUARA LAGU

Tahniah kepada kumpulan Estranged kerana berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu 2007.

Estranged yang mempertaruhkan lagu Itu Kamu cipataan penyanyinya, Rich, berjaya memenangi Lagu Terbaik Dalam Kategori Pop Rock dan mendapat hadiah terbesar, Anugerah Lagu Terbaik atau Anugerah Juara Lagu.

Tahniah sekali lagi di ucapkan. Ini secara tidak langsung telah berjaya mengangkat martabat band dari kelompok Underground (walaupun Estranged sudah sellout..Argh! Who's care? Betul tak Azman?). Tak mustahil satu hari nanti Meet Uncle Hussain, Bittersweet atau Hujan menang Juara Lagu juga nanti (sellout jugak? Who's Care? Betul tak Azman?)

Ini dia, Tribute sikit lah... Itu Kamu dari Estranged.



Segala yang ku pasti akan aku capai tuk mengambil hati mu
Melepasi angkasa cinta ku
Sesudah aku melafazkan kesemua yang diperlu
Ianya seperti suluhan yang terang

Segala yang kau ragui akan ku padam habis dari hati mu
Mengingkari dalaman akal mu
Takkan puas ku, mengiringi semua tawa dan tangisan mu
Anggun jiwamu, pelita yg terang

Hatiku mahu mu
Rupa mu
Masih masih masih masih...

Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik
Itu Kamu

Tiada mengapa taupun sampai bila kerna cinta enggan kenal mengalah
Memanah masuk hatiku yang reti
Setelah kau nampak tetap ku masih menunjukkan erti hidupku
Yang mahu bersama kau buat selamanya...

Hatiku mahu mu
Rupa mu
Masih masih masih masih...

Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik
Itu Kamu


Sila lawati blog Estranged.

Friday, January 25, 2008

KAMU MAHU JADI POPULAR DENGAN SEGERA?

Kamu mahu jadi popular dengan segera? Lebih mudah daripada Mawi yang terpaksa menyanyi 10 minggu dalam Akademi Fantasia?

Ya!! Aku ada cara yang mudah untuk kamu yang berada dalam kategori berikut:

1. Yang bukan artis tetapi mahu jadi popular

2. Sudah ada band yang bergerak secara underground tapi masih gagal mengalahkan populariti band Hujan, Meet Uncle Hussain atau Bittersweet,

3. Baru mahu menubuhkan band untuk masuk ke bidang underground atau mainstream (orang melayu panggil arus perdana)

4. Atau kamu memang orang gila glamor tak tentu fasal dan mahu popular dengan segera.

Disini aku senaraikan tips bagaimana kamu boleh jadi popular secara mendadak.

1. Tubuhkan band untuk langkah permulaan. kalau dah ada band, tak perlu tubuhkan yang baru dan kalau mahu bergerak secara solo pun boleh juga.

2. Pilih satu lagu yang yang meletup-letup popularnya dan rakam semula lagu itu ikut versi tersendiri. Lebih baik pilih lagu pop kerana ia di terima umum dan ubah melodia nya jadi rock ke, hip hop ke.. Ini untuk memudahkan memanjat tangga populariti dengan lebih mudah.

3. Buat video klip serupa dengan video klip asal, cuma parodi kan ia sedikit. Jika lagu ini dinyanyikan oleh wanita dan kamu seorang lelaki, pastikan kamu pakai baju wanita dalam video klip ini.

4. Apabila video sudah siap, uploadkan ke youtube, metacafe, veoh atau apa-apa laman web yang boleh video streaming.

5. Sebarkan link video anda kepada kawan-kawan dan suruh kawan anda sebarkan pada kawan-kawan anda yang lain pula. Letak link video anda di blog, friendster atau myspace supaya lebih ramai orang yang tahu tentang video anda.

6. Hasilnya.... Anda akan popular sekelip mata.

Mari lihat video di bawah ini. Contoh terbaik sama seperti tips yang aku bagi di atas.



Band yang ada dalam video ini ialah Vanila Sky, band punk-rock, pop-punk yang berasal dari Italy. Band ni tak lah famous mana malahan jualan album pun tidak menggalakkan.

Untuk menjadi popular dalam sekelip mata, mereka membuat lagu cover version dari lagu popular Rihanna, Umbrella. Kemudian, mereka buat video klip sama dengan Rihanna, cuma di parodikan sedikit. Mereka pakai baju Rihanna (baju perempuan tu), buat gaya seksi Rihanna dan menari ala Rihanna.

Setelah itu mereka letakkan video itu di Youtube dan dalam sekelip mata mereka popular. Video mereka telah di lihat lebih 5 juta kali di Youtube malah video ini mula di siarkan di saluran MTV dan VH1 di Amerika dan Eropah. Juga di MTV saluarn Astro 713 dan HITZ.TV saluran Astro 705.

Alasan mereka (yang tertulis di website mereka) menyanyikan lagu tersebut dan dan membuat video sedemikian rupa hanyalah untuk memparodikan atau lebih senang cerita, mahu mempermainkan atau memperbodohkan Rihanna dan lagu Umbrella.

Tapi aku tak rasa begitu. Aku tidak rasa yang mereka mahu mempermainkan Rihanna atau lagu Umbrella itu. Aku rasa mereka lakukan hanya kerana mahu popular dengan cara ekspress.

Bagi pendapat aku, cara mereka ini salah. Kalau mahu popular, jadilah diri sendiri. Tak perlu buat begitu. Aku rasa mereka tidak serius dalam muzik. Mereka hanya mahu menjadi popular dengan lagu dan video umbrella ini.

Dan bagi aku, mereka juga telah memperbodohkan diri mereka sendiri dalam video ini. Memang tidak salah menyanyikan semula lagu orang lain. Tapi cuba buat macam band Quietdrive. Mereka menyanyikan semula lagu popular Cyndi Lauper, Time After Time dengan baik dan tidak buat video mengarut macam Vanilla Sky. Cuba dengar di bawah. Maaf, band ini tiada video.



Harap dekat Malaysia ni tak delah band yang cuba buat video klip macam Vanilla Sky tu. Aku rasa mereka nyanyikan lagu itu dengan agak baik. Cuma video itu telah menjatuhkan maruah kumpulan muzik atau muzic band.

Cuba lah buat macam budak-budak MMU ni. Band Jobbersrobbers ni menyanyikan lagu Aku cinta aku rindu dengan baik Malahan video klipnya pun baik.



Ok. Banyak aku sudah bebelkan ni......

Wednesday, January 23, 2008

SILA LETAK TAJUK YANG KAMU RASA ADA "PERASA" MELAYU

Aku tidak tahu mengapa, tetapi tiba-tiba bila terbangun daripada tidurku, aku teringat sesuatu.

Ingatkah kamu tentang iklan budi bahasa?

Iklan budi bahasa lakonan Adlin Aman Ramli. Babak iklan tersebut ialah di dalam LRT (atau mungkin di dalam komuter. Aku sudah tidak ingat sangat tapi rasanya memang dalam LRT). Dalam iklan berikut, Adlin Aman Ramli menjadi seorang yang tidak berbudi bahasa, atau dalam bahasa kasarnya, kurang ajar kerana tidak memberikan tempat duduk kepada orang buta dan wanita mengandung dengan berlakon tidur dan sebagainya.

Kalau tidak salah aku, iklan itu hasil arahan Adlin Aman Ramli sendiri. Bagi aku, aku suka iklan itu. Mesej iklan itu amat jelas. Dan penulisan kreatif iklan tersebut amat baik.

Tetapi tahukan kamu bahawa ramai orang yang mengecam iklan tersebut? Ramai yang menghentam iklan tersebut dengan menghantar surat atau sms ke surat khabar. Ada juga yang menghentam melalui blog masing-masing.

Mereka mengecam iklan tersebut kerana kononnya iklan tersebut merendahkan martabat orang melayu. Iklan tersebut konon nya menyatakan yang orang bangsa melayu kurang ajar.

Bagi aku, orang-orang yang memberi kecaman terhadap iklan itu cepat sangat melatah. Kenapa mahu sensitif sangat? Itu cuma iklan yang memberikan pengajaran kepada semua.

Baiklah. Sekarang aku mahu cerita tentang perkara yang aku nampak selama ini. Aku selalu bergerak dari satu tempat ke satu tempat menaiki bas. Dari Batu Pahat ke Segamat, Segamat ke Batu Pahat, Batu Pahat ke Kuala Lumpur, rumah aku ke bandar... Semuanya melalui bas.

Aku biasanya akan duduk di tempat paling belakang. Kenapa? Kerana aku tak mahu di ganggu. Akan aku sumbat mp3 player ke telinga aku atau aku biasa membaca komik di dalam bas. Aku tidak suka di ganggu ketika menaiki bas seorang diri. Kecuali jika ada seorang awek cun yang masih single ingin mengacau aku... Itu aku memang sangat tidak kisah. Ops... Kembali ke tajuk asal.... Ini kerana orang lain biasa akan duduk di tempat duduk sedepan yang mungkin kerana malas nak berjalan ke belakang.

Dari belakang, aku boleh nampak semua penumpang yang naik dan turun dari bas dab juga kedudukan tempat duduk merek di dalam bas.

Sering kali aku nampak orang tua naik ke bas ketika bas sudah penuh. Orang tua seperti ini tidak akan pergi ke belakang untuk cari tempat duduk kerana mereka tidak larat untuk berjalan ke belakang, campur lagi dengan gegaran bas yang sedang bergerak menyekat pergerakan mereka ke belakang.

Jadi mereka akan cari tempat duduk di hadapan sahaja. Tetapi tempat duduk depan sudah penuh. Apa jadi seterusnya? Ya. Orang tua itu akan berdiri sepanjang perjalanan. Amat jarang sekali aku lihat ada orang muda melayu yang akan bagi tempat duduk mereka pada orang tua tersebut. Kalau ada pun, mestilah orang muda dari bangsa cina dan india. Tetapi tidak ramai yang berhati mulia seperti itu.

Jadi membuatkan aku terfikir, adakah bangsa melayu kurang budi bahasa atau dalam bahasa yang lebih kasar, kurang ajar? Adakah kebanyakan (bukan semua) bangsa melayu tertanam sifat itu? Adakah mungkin salah satu sebab aku dudk di belakang bukan hanya kerana ingin mendapat privacy dengan komik dan mp3 player aku, juga kerana tidak ingin kehilangan tempat duduk aku? Adakah sifat kurang ajar itu memang sudah tertanam di dalam diri semua orang melayu?

Baik satu contoh lagi. Membuang sampah merata-rata. Perkara ini sering di buat oleh orang melayu tanpa sedar. Lepas buka bungkusan rokok atau gula-gula atau coklat atau apa-apa sahajalah, mesti akan di buang merata-rata tempat.

Mungkin bagi kamu, kamu akan fikir, "ala, sampah tu kecik je..." Tapi di negara lain. membuang sampah merata rata (tidak kira saiz sampah tersebut) di panggil kurang ajar dan tidak berpendidikan sivik. Yang aku ingin tekankan di sini ialah kurang ajar.

Tidak dapat di nafikan, ramai orang melayu yang buat begitu. Tanpa sedar atau dengan sedar. Sekali lagi ingin aku tanya, Adakah sifat kurang ajar itu memang sudah tertanam di dalam diri semua orang melayu?

Kenapa benda ini sering terjadi bagi kita? Mungkin kerana sewaktu waktu sekolah kita dahulu, kita tidak belajar subjek Pendidikan sivik di sekolah kita?

Aku ada lihat buku sepupu aku yang masih sekolah rendah sekarang. Mereka ada ambil subjek yang di panggil Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Tetapi bila aku baca silibus subjek itu, ia masih tidak cukup dan menepati tajuk subjek itu. Masih terlampau ringkas.

Adakah kamu masih ingat yang majalah Reader's Digest pernah menulis yang Malaysia merupakan negara paling kurang ajar di dunia? Kenapa? Mengikut kata penulis artikel tersebut, rakyat Malaysia memang bagus melayan pelancong dari luar negara, tetapi sifat seperti buang sampah merata-rata, tidak beratur ketika menaiki bas dan semua ini menyebabkan Malaysia di label negara paling kurang ajar.

Jadi, sekali lagi aku mahu petik, adakah Malaysia negara yang kurang ajar atau Melayu yang kurang ajar?

Ok. Sampai sini sahaja. Panjang sangat entri kali ini. Mungkin ada sesetangah melayu di luar sana akan marah dengan aku tentang entri kali ini, Jangan cepat melatah. Cuba fikirkan sedalam-dalamnya dahulu kebenaran nukilan aku kali ini.

Aku juga ingin meminta maaf jika mana-mana kamu yang terasa tentang entri kali ini. Aku bukan nak menghina bangsa sendiri, cuma mahu bagi kamu fikir sahaja. Bila aku kata melayu kurang ajar, bukan aku menuding jari kepada kamu semua sahaja, tetapi juga aku kerana di kad pengenalan aku juga tertera perkataan "MELAYU", jadi aku juga kurang ajar.

Maaf juga kerana tiba-tiba menulis sesuatu yang agak serius, ini kerana aku tidak pernah seserius ini dalam entri sebelum ini. Harap bagi komen yang membina, kalau mahu hentam aku kerana entri ini pun, aku tak kisah. Aku cuma manusia biasa......

Monday, January 21, 2008

HATI INI TIDAK KERUAN & SEMANGAT YANG HILANG

Sejak kebelakangan ini...Tidak! Sejak semester baru ini bermula, hati aku jadi tidak keruan. Aku juga hilang semangat. Malas? Perangai itu pula semakin menebal di dalam hati.

Sejak ada beberapa insiden dan halangan yang terjadi dalam proses kehidupan aku sejak semester baru ini, aku mula rasa bosan dan kemahuan untuk meneruskan pengajian aku juga macam sudah melayang di bawa angin.

Aku pernah menyatakan hasrat aku untuk berhenti belajar kepada emak aku semasa semester pertama aku di UiTM lagi, tetapi mak aku suruh aku teruskan jua.

Tetapi apabila ada halangan yang datang sekarang ini, aku jadi semakin malas. DAMN!!!

Tetapi bila mengenangkan yang aku cuma tinggal setahun (atau mungkin setahun setengah) untuk menamatkan pengajian aku, aku rasa sayang pula hendak berhenti.

Kenapa dengan diri aku ini? Ataupun ini cuma blues awal semester? Entahlah...

Friday, January 18, 2008

ROCK KAPAK.....ROCK KANGKANG.....ROCK RAMBUT SARANG TEBUAN....

Sedang aku melayari internet petang tadi, aku telah terjumpa dengan blog ini. Blog ini menyimpan lagu -lagu artis melayu zaman rock kapak , rock kangkang , rock rambut sarang tebuan, tracklist album , cover album , dan info yang berkenaan dengan album tersebut.

Jadi, tanpa membuka link blog ini pun, kamu sudah boleh agak apa kandungan blog ini kan? Ya. Blog untuk kamu download lagu-lagu rock kapak melayu yang agak susah hendak di cari sekarang.

Aku puji pemilik blog ini kerana menyediakan lagu-lagu yang susah untuk dicari kini, tidak kira di internet, dalam bentuk mp3, atau pun bentuk kaset atau CD. Pemilik blog ini memang rajin untuk mengupload semua lagu-lagu rock kapak yang berada di persada Malaysia satu masa dulu.

Jadi, aku melayari blog ini. Aku terjumpa dengan bermacam nama band rock kapak yang amat asing dari telinga aku sebelum ini. Pernah tak kamu semua dengan band seperti Penyengat, Teras, Ababil, Aces, Ad Hoc (ini pun boleh jadi nama band ke?), B n W, Espiranza, G.U.Y.S., Helter Skelter, Happy Nightmare dan Jasad Liar? Aku pun banyak yang tidak pernah dengar. Malah kalau kamu baca semua nama band tersebut, aku yakin banyak yang kamu tidak pernah dengar.

Selain dari mp3, blog ini juga meletakkan playlist album, info-info lain mengenai album dan juga yang paling menarik, cover album.

Disini aku meletakkan beberapa cover album yang agak kelakar dan kepada kamu yang ingin menceburi dunia muzik, secara underground atau mainstream, setelah melihat Hujan, Meet Uncle Hussain dan Bittersweet begitu popular dan menjadi kegilaan para-para gadis walaupun penyanyi band tersebut perform live hancur, ini sedikit tips kepada kamu agar kamu tidak membuat cover album, demo atau EP kamu seperti ini.

Budak Kaca Mata - Kilauan Memukau - 1997


Aku juga tak pasti samada Budak kacamata boleh di iktiraf sebagai rock kapak atau tidak, tapi ada dalam blog tersebut. Jadi aku terima sahaja seadanya.


Cuba kamu lihat cover mereka ini. Semua ahli band berposing dengan gaya yang agak jambu, macam tidak kena dengan konsep rock kapak.

Lebih sadis lagi cuba lihat gambar di bawah, pada mamat yang aku bulatkan dengan warna merah tu.


Pada kamu yang ingin membuat album, tolonglah jangan posing manja macam itu. Geli pulak aku tengok lama-lama.


Fantasia - Fantasia - 1988

Antara nama band yang aku tidak pernah dengar dalam blog ini. Berpakaian ala rock kapak dan tangkap gambar di dalam hutan, padang lalang , semak samun, kebun getah atau estet memang ketinggalan zaman pada waktu sekarang. Jika kamu rasa ini cool, aku sarankan band kamu main lagu-lagu rock kapak sahaja, jangan nak main lagu indie macam Hujan dan bittersweet


Halilintar D'Episode - Harga Sebuah Cinta - 1989

Pun aku tidak pernah dengar nama band ini. Sekali pandang cover album ini, aku teringat cover kumpulan girl band, Restu (mungkin di eja dengan begini - Res2) dan M'Steen (salah satu anggota kumpulan ini, kalau tidak salah aku, ialah Intan Azura).


Tangkap gambar sambil baring dengan formasi begitu hanya akan membuatkan band anda di gelar girl band daripada band rock.

High Crime - Identiti - 1989

Agak tidak boleh belah juga tengok cover band ini (ini band rock kapak ke?). Sekali tengok macam poster wayang untuk movie kelakar pula. Mungkin pada masa ini, cover macam ini amat cool....Rasanya...



Ini juga satu cara posing yang agak kelakar. Hahaha...


Magnet - Ajarlah Aku Bercinta, Kawan - 1998

Mula-mula aku mahu tanya kamu. Adakah relevan untuk meletakkan gambar magnet sebesar gajah untuk cover album kamu? Tahu lah nama band korang magnet, tak payahlah rasanya letak gambar magnet, macam kami tak pernah tengok magnet pula.


Tajuk album ini - Ajarlah Aku Bercinta, Kawan - Memang tidak relevan. Jadi kepada sesiapa yang ingin membuat band tu, ingat!!! Jangan letak tajuk album kamu macam ini.

Oh... Ini rupa kumpulan Magnet tu......

Peace - Peace - 1998

Ini lagi teruk. Sekumpulan band lelaki, menanggalkan baju (berlenggeng lah ye, bukan bogel. tapi mungkin...), duduk dalam posisi rapat-rapat dan pandang ke arah berlainan.


Juga ada ciri-ciri girl band dan bukan rock band. Malah, aku rasa cover ini macam ada sedikit......Gay! Hahahah....

Roy - Nekad - 1990

Tiada apa sangat untuk cover ini. Cuma satu aku mahu pesan, jangan pakai boot koboi untuk cover album kamu.


Utopia - Maya Percintaan

Cara pemakaian ini memang sudah tidak sesuai untuk cover album sebegini. Lagi -lagi mamat yang paling depan tu. Baju dia tu bercampur pelbagai warna. Aku mahu terangkan warna apa pun aku tak tahu..


Satu lagi. Jika ingin memilih nama band, pastikan ianya sesuai dengan genre lagu dan nama tajuk album atau lagu kamu. Contoh yang tidak sesuai

Nama band: Jasad Liar
Nama Album: Senikata Cinta
Wah! Nama band dah ganas. Sekali nama tajuk album......
Ok lah. Sampai di sini sahaja sessi aku kali ini. Aku dah mengantuk, esok kelas pukul 8 pagi. Bye...

Wednesday, January 16, 2008

LONELY SOLDIER BOY

Hari sabtu lepas, aku ada keluar dengan Maria. Masih ingat Maria? Baca entri ini dan entri ini untuk flashback balik.

Maria call aku melalui telefon rumah. Aku tidak pernah bagi nombor telefon rumah atau apa-apa nombor telefon bimbit aku kepada dia. Bila aku tanya dari mana dapat nombor rumah aku, mudah jawapan nya.

"Ala, tengok nama ayah abang dekat pintu rumah hari tu..Cari la dalam buku telefon"

Maria ada datang ke rumah sebelum aku pulang ke Segamat tempoh hari. Mungkin dia nampak papan tanda yang tertera di pagar rumah aku.

Kami keluar berdua sahaja. Adik Maria, Nat, demam pula. Sudah agak lama aku tidak keluar berdua-duaan dengan wanita di Summit Batu Pahat (keluar dengan cousin tak kira). Mungkin kalau Summit ni boleh bercakap, dia akan bertanya juga pada aku.

Kami makan di McDonald setelah aku di belasah teruk dalam permainan bowling. Tak sangka pula Maria hebat. Semasa makan, terkeluarlah soalan yang paling aku tak mahu dengar...

Maria (M): Abang tak teringin nak bercouple ke?

Aku (a): (Terkedu kejap) Eeerrr... Mesti la nak... Dah setahun lebih single nih...

M: Dah tu nape tak cari awek lain? Tak kan tak de calon?

Sebenarnya ada. Bukan seorang sahaja calon, tapi dua-tiga. Tapi calon sahaja ye? Bukan aku sudah pasang dua-tiga.

Aku kenal sudah agak lama calon-calon ini, kerana ada di antara mereka adalah kawan-kawan cousin aku. Yang membuatkan aku sedikit keliru hendak memilih ialah kerana jurang umur kami. Tahun ini aku 24 tahun dan calon-calon aku pula berumur 19 tahun. 5 tahun jurang, aku rasakan satu jurang umur yang agak jauh juga.

Selain itu, ada beberapa aspek lain (yang aku tak boleh bincang di sini) yang menyebabkan aku keliru untuk memilih. Membuatkan aku membiarkan ia tergantung. Aku serba salah. Ada orang kata jurang umur bukan masalah tetapi ada juga yang kata jurang umur jauh sangat.

"Dia tu amik jurusan doktor. Kalau kau nak tunggu dia grad, umur dia dah 25-26 tahun. Masa tu umur kau berapa pulak? Kalau dia dah grad, dia mesti nak kerja dulu. Sanggup ke kau tunggu?", kata-kata beberapa temanku.. Termasuk juga kata hati aku sendiri.

Aku ceritakan semua ini kepada Maria. Dia terdiam dan berfikir. Kemudian Maria menyambung bicara.

M: Bila di fikir-fikirkan. Ada betul dan salah jugak apa yang kawan-kawan abang kata tu. Jurang umur ni boleh bagi kesan positif dan negatif.

A: Entah la. Pening juga fikir. Maria tak de boyfriend ke?

Aku cuba korek rahsia Maria. Maria tidak pernah bercerita tentang kisah cintanya pada aku.

M: Tak pernah dan belum berminat buat masa sekarang. I'm happy to be a single girl.

A: Tak de keinginan ke?

M: Mesti la ada. Tapi belum ready lagi. I want to take it easy.

A: So belum pernah couple?

M: Belum!

A: Belum pernah rasa frust bercinta la ni?

M: Of course and I'm happy with it.. (ketawa)

A: Nat pernah couple?

M: Tak pernah jugak. Same with me. Prinsip kami sama.

Balik selepas keluar dengan Maria, aku mula berfikir. Sampai bila aku nak single ni. Dah setahun lebih ni. Kadang-kadang jealous juga tengok housemate ake semua ada awek. Tapi kadang-kadang rasa free juga bila tak de awek ni.

Sampai bila aku mau single!!!!????

Semua lelaki... Lonely Soldier Boy...

Tak, tak!!! Bukan semua. Aku sorang je....

Saturday, January 12, 2008

GOTHIC DI BATU PAHAT? ATAU AYER HITAM UNTUK LEBIH TEPAT.... ATAU MUNGKIN DI PARIT RAJA JUGA?

Aku pulang ke Batu Pahat lagi. Kali ini, aku balik naik bas. Pelbagai jenis manusia yang naik bas tu. Dari budak sekolah, orang yang bekerja, orang yang dah pencen, melayu, cina, india bangla dan pelbagai lagi.

Kemudia naik seorang budak, kalau ikut saiz badan, umur budak ni macam baru tingkatan 3. Kemudian dia pun menyapa kawan-kawannya yang berbaju sekolah. Oh ya. Budak ni tak pakai baju sekolah. Kita gelarkan budak ini sebagai Si Goth (kependekan dari si gothic) dan kawan-kawannya sebagai kawan 1 dan 2.

Si Goth ni bawa payung hitam yang dah pun di gunting-gunting dengan corak. Aku tak tau kenapa nak di gunting payung tu, mungkin fesyen budak gothic kot. Ada celak di mata dan juga berbaju hitam. Memang ciri-ciri fesyen Gothic... Aku rasa la.

Aku pun terdengar perbualan budak-budak separa matang dan baru nak naik ni. Bukan aku curi dengar, tapi mereka bercakap dalam nada yang agak tinggi. Mungkin cuba mengalahkan tone suara Jacklyn Victor atau Alicia keys.

Kawan 1: Oi. Lama tak nampak?

Si Goth: Aku kerja la sekarang. Malas nak belajar.

Kawan 2: apsal ko malas belajar eh?


Si Goth: Orang-orang bodoh macam korang je yang kena belajar, aku tak payah. Belajar ni sia-sia je. Apa guna kau belajar sampai universiti? Setakat dapat ijazah tu apa la sangat. Dapat sekeping sijil je. Orang bodoh je kejar benda tu. Tengok aku, SPM pun aku tak nak ambik. Aku buktikan pada korang aku lagi power dari korang yang pergi sekolah.

Cantik sungguh bahasa budak konon-konon gothic sangat ni. Mulai sekarang kita gelarkan dia SBGB, singkatan dari Stupid B*stard Gothic Boy.

Kawan 1: Kau ni kenapa bawak payung koyak-koyak ni? Kau tak mampu ke beli payung baru? (ketawa berdekah dengan kawan 2)

SBGB: Kau tu yang bodoh. Nama je pegi sekolah. Ni fesyen Gothic la. Korang apa tau.


Kawan 1: Apa kejadah gothic ni?


Maka dengan panjang lebar dan tiada noktah, SBGB ni pun bercerita la tentang fesyen gothic. Paling kelakar apabila SBGB ni kata yang fesyen gothic ni baru muncul tahun lepas, konon-konon fesyen terkini. Setahu aku la, dah lama aku nampak orang pakai fesyen gothic ni. Tapi bukan di Malaysia la, di luar negara la. Gothic ni baru-baru nak popular dekat Malaysia. Fesyen yang baru muncul tahun lepas? Aku rasa budak ni kena banyak buat kajian sebelum berhujah.

SBGB: Aku nak jadi trend setter dekat Ayer Hitam ni. Mula-mula aku nak kembangkan Gothic ni dekat Ayer Hitam, lepas tu turun ke Parit Raja. Lepas tu ke bandar Batu Pahat.

Adoi! Aku rasa macam dah banyak orang pakai fesyen gothic ni dekat Batu Pahat, tapi kebanyakkannya amoi. Budak lelaki cina ada sikit-sikit. Tapi yang penting dah ada la dekat Batu Pahat.

SBGB: Korang tak naik join aku ke?

Kawan 2: Dapat duit ke?

SBGB: Bodoh. Dapat respect la. Kita trend setter, mesti orang respect kita.

Kawan 1: Respect tu tak boleh buat makan pun...

SBGB: kau tak nak orang hormat kau ke?

Kawan 1: aku nak orang hormat aku dengan cara lain.



Bijak jawapan kawan 1 tu. Kali aku respect kau... walaupun tak boleh buat makan.

Kawan 2: Gothic tu bukan ke muzik?

SBGB: Muzik lain fesyen lain.

Kawan 2: Band apa yang main Gothic eh?

SBGB: Green Day, Good Charlotte...


Bapak kau! Nak je aku cakap macam tu kat si bodoh gothic ni. Bila masa pulak Green Day main gothic? Tetapi aku rasa sia-sia je aku berbalah dengan budak bawah umur yang tak matang macam mereka ni. Baik aku diam je.

Kawan 2: Band melayu la...

SBGB: Oh. Macam Jinbara la...

Kali aku rasa macam nak gelak dekat muka dia kuat-kuat. Jinbara itu Gothic? Budak ni betul-betul kena banyak membaca... Atau lebih tepat, pergi sekolah la, bodoh!

Akhirnya budak gothic tu turun dan mensarankan kawan-kawannya itu joint group gothic dia.

Ada beberapa benda yang aku nak cakap di sini.

1. Pelajaran itu penting. Malah, agama islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan mengenepikan pelajaran.

2. Sebelum berhujah, pastikan kamu betul-betul arif tentang benda yang nak di hujahkan. Jangan main hembus je.

3.Pastikan kamu mengikuti perkembangan fesyen di kawasan kamu sebelum berangan-angan mahu jadi trend setter.

4. Green Day dan Good Charlotte tak main lagu Gothic. Jauh sekali jinbara.

Thursday, January 10, 2008

CITA-CITA SAYA NAK JADI.......

Tadi, di kelas debut Relationship Marketing aku, lecture aku (aku pun tak ingat nama dia. Maklumlah, baru sekali masuk kelas dia) menyuruh semua budak kelas aku memperkenalkan diri serta menyatakan tempat asal dan cita-cita di masa depan.

Sampai giliran aku...

Lecture: Ok. Your turn. Introduce yourself...

Aku: My name is Amirul.. (nama penuh rahsia gitu....) asal dari Batu Pahat, Johor. My ambition....em.... I still don't have ambition...

Lecture: What? You are already part 5 and don't have any ambition...

Ya. Aku belum ada cita-cita sejak sekolah menengah. Kenapa? Panjang ceritanya...

Dulu, masa aku sekolah rendah, masih kecil anak, belum sunat, belum akil baligh, masih belum mumaiz, belum pandai mahu tackle awek, belum faham apa erti cinta, belum pernah jatuh cinta, belum tahu apa itu seks dan adegan ranjang yang boleh di download di internet, belum ada nafsu untuk melihat lurah buah dada artis yang keluar di majalah, akhbar atau tertonjol semasa lakonan, masih segan melihat adegan bogel dalam filem The Blue Lagoon ....... atau lebih mudah kalau aku pendekan kepada belum matang, aku punya cita-cita.

Cita-cita aku semasa itu ialah ingin menjadi seorang doktor. Bila aku fikir-fikirkan balik, aku pun tidak tahu kenapa aku ingin menjadi doktor ketika itu. Tapi pada masa itu, jika ibu dan ayah aku bertanya pada aku tentang cita-cita, aku akan cakap aku mahu jadi doktor kerana mahu mengubati ibu dan ayah aku jika mereka sakit.

Tetapi cita-cita aku lenyap pada waktu aku tingkatan 3 apabila aku dapat tahu yang jika aku ingin menjadi doktor, aku perlu belajar lebih kurang 7 tahun atau mungkin lebih. Ini menjadi satu beban kepada aku bila aku fikir-fikirkan.

Malah, abang aku yang jauh lebih cerdik dari aku juga menolak kursus perubatan ini apabila mendapat tawaran. Ditambah pula dengan pendapatan keluarga aku yang agak goyah ketika itu, kerana kursus tersebut memerlukan banyak wang. Makin pudar cita-cita aku apabila aku belajar subjek Biologi semasa tingkatan 4. Aku tidak suka Biologi. Susah mahu masuk kepala. Aku tak mahu jadi doktor.

Jadi aku tukar cita-cita aku. Aku mahu jadi jurutera pula. Ini kerana pengaruh kawan-kawan rasanya apabila ramai yang kata ingin jadi jurutera.

Tapi apabila aku belajar subjek Fizik, Kimia dan apa jua yang berkaitan dengan pekerjaan jurutera itu, aku mula pening dan hilang minat. Aku tak mahu jadi jurutera. Susah mahu masuk kepala. Aku tidak minat.

Apabila aku mengisi borang untuk menyambung pelajaran, aku mengambil jurusan dalm bidang perniagaan. Semua jurusan pilihan aku berkaitan dengan perniagaan. Tiada satu pun jurusan yang berkaitan dengan subjek sains tulen yang aku ambil semasa sekolah. Kenapa? Kerana aku telah tersasar jauh dalam pemilihan cita-cita aku semasa waktu persekolahan.

Kini, aku mengambil jurusan Ijazah Pengurusan dan Perniagaan Bahagian Pemasaran. Aku boleh jadi CMO (Chief Marketing Officer), Sales Manager, Channel and Distribution Manager atau bekerja dalam bidang Promotion and Advertising.

Tapi aku juga tak pasti adakah aku akan menjawat jawatan-jawatan tersebut (jika aku bercita-cita ingin menjadi seperti di atas itulah). Ini kerana Pak Andak dan mak andak aku bekerja di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dengan pengaruh pak andak aku, abang aku juga kini bekerja di KWSP. Malah kakak ipar aku juga bekerja di sana. Dan dengan pengaruh mereka juga, sepupu aku juga kini bekerja di KWSP. Jadi, adakah aku akan bekerja di sana?

Bagaimana kalau aku bercita-cita mahu bekerja dalam bidang pemasaran tetapi kerana pengaruh keluarga, aku bakal bekerja di KWSP juga. Bukan aku tidak suka kerja di sana, tetapi bagaimana dengan cita-cita aku?

Sebab itulah aku tidak punya cita-cita. Aku tidak mahu segala harapan aku hancur hanya kerana aku terpaksa kerja lain nanti.

Lagipun, ramai kawan-kawan aku di sekolah rendah dan menengah tidak mencapai cita-cita mereka. Yang bercita-cita mahu jadi doktor kini mengambil Jurusan Ukur Bahan. Yang bercita-cita mahu jadi jurutera kini mengambil Jurusan IT. Semuanya tidak mencapai cita-cita mereka.

Jadi kesimpulan yang aku dapat buat ialah, "Apa cita-cita kamu apabila sudah dewasa?" hanyalah soalan untuk budak sekolah rendah jawap untuk memenuhi waktu pembelajaran mereka kerana akhirnya, belum tentu mereka akan capai pada dewasa kelak.

Tidak setuju dengan apa yang aku coret kan? Terpulang kepada kamu. Kita ada pendapat masing-masing. Kepada sesiapa yang berjaya mencapai apa yang mereka cita-citakan oleh mereka semasa kecil, tahniah aku ucapkan.

Panjang sangat aku mengarut ni.....

Wednesday, January 9, 2008

SIRI SOROTAN 2007: SUKAN MALAYSIA SEPANJANG 2007

Sukan di Malaysia sepanjang 2007 menghadapi musim turun naik bagi setiap sukan. Kegagalan skuad bola sepak seperti biasa menjadi perbualan kegemaran orang ramai di warong kopi, kedai mamak dan tempat-tempat lain yang sesuai dengan nya. Aku nak bawa semua pembaca blog menyingkap sorotan sukan sepanjang 2007 ini.

Sesetengah gambar dalam entri ini aku ambil dari blog Glenn Guan, seorang wartawan akhbar The Star. Gambar yang di ambil oleh dia memang lawa

KEDAH MUNCUL JUARA 3 PIALA

Negeri dengan jolokan Sang Kenari ini mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai 3 piala kejohanan yang di pertandingkan di negara kita ini iaitu Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Kedah berjaya memecahkan rekod Selangor, yang juga memenangi 3 piala, cuba bezanya Selangor memenangi PIala Liga Perdana, bukan Piala Liga SUper. Kira Kedah ni up sikit la.
Pemain-pemain Kedah menerima bonus dan juga kenaikan gaji untuk musim ini.


MALAYSIA DI MALUKAN DENGAN TERUK DI GELANGGANG SENDIRI PADA PIALA ASIA

Bukan niat nak mengutuk atau menghina. Tapi inilah kenyataan yang pahit yang perlu di telan oleh skuad negara dan FAM.

Malaysia bersama-sama Thailand, Indonesia dan Vietnam menjadi tuan rumah untuk Piala Asia 2007. Yang sadis nya apabila Malaysia menjadi tuan rumah yang paling teruk prestasinya, kalah semua perlawanan dan bolos dalam jumlah yang besar.

Sesuatu yang menjadi perbualan hangat, malah kes kedatangan Manchester United ke Malaysia yang terpaksa di batalkan kerana penganjuran Piala Asia juga di ketengahkan apabila skuad negara kalah teruk. "Baik tengok Man Utd dari tengok Malaysia kena lauk".... Kata salah seorang penyokong Man Utd

SKUAD BAWAH 23 MALAYSIA BERJAYA MENJUARAI PESTA BOLA MERDEKA

Skuad bawah 23 tahun negara berjaya memenangi Pesta Bola Merdeka dengan mengalahkan johan bertahan, Myanmar dengan jaringan 3-1.

Lebih manis apabila kemenangan ini juga di iringi sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-50.B. Sathianathan di lantik menjadi jurulatih kebangsaan sejurus selepas kemenangan tersebut. Malah skuad bawah 23 ini juga telah di serap menjadi skuad senior kebangsaan.

Ramalan mengenai skuad ini mampu memenangi pingat emas di Sukan Sea Korat 2007 mulai tersebar. Ramai percaya skuad ini mampu pergi jauh.

Tapi.........

MALAYSIA GAGAL MELAYAKKAN DIRI KE PUSINGAN KEDUA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2010 ZON ASIA

Malaysia gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya apabila kalah kepada Bahrain.

Perlawanan di Bahrain menyaksikan Bahrain membelasah skuad negara 4-1 dan perlawanan timbal balik di Malaysia menyaksikan Malaysia hanya mampu seri 0-0.

Jurulatih kebangsaan, B. Sathianatahan berkata kegagalan skuad ini adalah kerana kurangnya pengalaman bermain dalam perlawanan antarabangsa dan masih yakin skuad ini masih mampu mendapat pingat emas di Korat.

Tapi......

SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA PULANG AWAL DI SUKAN SEA KORAT

J
angan katakan separuh akhir, dalam pusingan pertama pun Malaysia dah terkeluar. Seperti biasa, skuad ini menerima kritikan teruk dari pemerhati sukan... dan juga aku.

Pentadbiran FAM perlu di ubah untuk kemajuan bola sepak negara. Malu kita apabila sukan paling popular di Malaysia ini gagal menunjukkan prestasi yang baik seperti sukan hoki, gimnastik, renang, dan lain-lain.

BADMINTON

WONG MEW CHOO JUARA SUPER SERIES DI CHINA

Wong Mew Choo mencipta kejutan apabila menjuarai kejohanan Super Series di China, setelah mengalahkan pemain tuan rumah dan juga pemain ranking nombor 1 dunia. Mew Choo juga mengalahkan 3 pemain China lain dalam perjalanan ke perlawanan akhir.

Ini merupakan rekod buat Mew Choo, menjadi satu-satunya pemain perempuan Malaysia yang memenangi Super Series di China.

HOKI

Skuad Hoki tidak mempunyai masalah tahun 2007 ini. Skuad lelaki dan wanita dengan bergaya memenangi pingat emas di Sukan Sea Korat, walaupun skuad lelaki hanya menghantar skuad pelapis.

Di pertandingan Hoki Juara-Juara pula, skuad hoki menamatkan cabaran di tangga terakhir namun pujian tetap di berikan kepada mereka kerana dalam pertandingan tersebut, negara yang bertanding adalah negara-negara yang handal. Kalah pun tak lah teruk macam skuad bola kita tu....

PRESTASI KONTIJEN NEGARA DI SUKAN SEA KORAT 2007

68 pingat emas merupakan pencapaian terbaik atlit Malaysia untuk Sukan Sea yang diadakan di luar Malaysia. Ia juga berjaya memecahkan sasaran awal, iaitu 64 emas, walaupun beberapa atlit harapan penyumbang emas gagal menyinar di temasya kali ini.

Pingat Emas, Perak dan Gangsa yang menjadi taruhan atlet semua negara Asean dalam Sukan Sea Korat kali ini.

Qabil Ambak berjaya memenangi 4 pingat emas dalam temasya kali ini, menjadi salah satu penyumbang pingat emas terbanyak

Pasukan Ekuasterian negara, memenangi pingat emas dalam acara Dressage berpasukan


Pasukan 4x400 meter lelaki Malaysia mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas

Satu lagi kejutan: Rayzam Shah Wan Sofian mencipta kejutan apabila mendapat pingat emas dalam acara 110 meter lari berpagar, walaupun di letakkan selaku bukan pilihan untuk memenangi acara tersebut

Lee Hup Wei meneruskan tradisi Malaysia dalam memenangi acara lompat tinggi

Roslinda Samsu, memenangi pingat emas dengan hanya membuat 2 kali percubaan

Teoh Boon Lim, menang emas acara 20 km jalan kaki lelaki, setelah 6 tahun tidak menarik diri dari sukan ini


Yuan Yufang, kekal hebat dalam acara 20 km jalan kaki wanita, menepati ramalan untuk mendapat pingat emas

Kimberly Yap, pingat emas dalam Triatlon

Ngew Sin Mei, hanya pingat perak walaupun berjaya memecahkan rekod kebangsaan. Walaubagaimanapun, rekod itu di batalkan kerana bantuan angin

Mohammad Noor Imran A Hadi memenangi pingat gangsa dalam acara 100 meter lelaki

Chai Fong Ying berjaya mendapatkan emas dalam acara Tajiquan, wushu wanita


Diana Bong Siong Lin mendapatkan emas dalam acara Nanquan, wushu wanita

Diana Bong Siong Lin dalam aksi emas nya

Mohd Rizal Tisin, emas acara 1 km ujian masa lelaki

Josiah Ng, memenangi pingat emas dalam acara pecut individu lelaki

Ester Chia beraksi dalam acara bowling


Bola keranjang wanita menyumbangkan pingat emas

Mohd Zaquan Adha Abd Razak (kiri) dan Mohd Aidil Zafuan, melihat gambar yang di tangkap di persekitaran perkampungan sukan di Korat

Futsal lelaki hanya mampu meraih pingat perak

Hoki wanita cemerlang dengan pingat emas

Pasukan bowling padang Malaysia


Pasukan menembak wanita yang memenangi emas dalam acara berpasukan 50 meter raifal prone

Pasukan karate yang cemerlang dengan menyumbangkan 8 pingat emas

Khoo Chai Lin menyumbangkan 2 pingat emas kepada Malaysia dalam acara 400 meter gaya bebas wanita dan 800 meter gaya bebas wanita

Khoo Chai Lin

Siow Yi Ting mendapat pingat Emas dalam acara Renang 200m rampaian individu


Daniel Bego, emas dalam 200 meter gaya bebas lelaki dan 100 meter kuak kupu-kupu lelaki, bersama Khoo Chai Lin

Lew Yih Wey, emas 200 meter kuak lentang wanita

Aksi terjunan Leong Mun Yee yang mengutip pingat emas 1 meter papan anjal wanita

Yeoh Ken Nee dan Leong Mun Yee memperagakan pingat emas yang di menangi

Bryan Nickson Lomas menepati ramalan emas dalam 10 meter platform lelaki walaupun bertanding dalam keadaan cedera yang belum pulih sepenuhnya


Pasukan Gimnastik Artistik Malaysia yang memenangi pingat gangsa

Pasukan Gimnastik Artistik yang memenangi pingat Gangsa. (Dari kiri bawah) Tracie Ang, Nor Hasleen Fatihin Hasnan, Loh Hui Xin, (dari kiri atas) Nabihah Ali, Nurul Fatiha dan Chan Sau Wah

Aksi Chan Sau Wah yang menghasilkan pingat emas dalam acara palang tak selari

Ooi Wei Siang dan Chan Sau Wah, menunjukkan pingat emas yang di menangi mereka

Para gimnas negara memperagakan pingat yang mereka menangi


Pasukan gimrama negara yang berjaya menyumbangkan pingat emas dalam acara berpasukan


Aksi dari Chrystal Lim

Chrystal Lim menunjukkan pingat yang dimenangi. Chrystal menjadi gimnas yang paling banyak menyumbang pingat dengan 4 pingat emas

Pingat emas yang ke-64 yang dikutip oleh Moh Keen Ho

PENARIKAN DIRI SEPAK TAKRAW DI SUKAN SEA CETUS KONTROVERSI


Penarikan diri pasukan sepak takraw dalam kejohanan dwi tahunan itu mencetuskan kontroversi dan perbualan hangat di kalangan pemerhati sukan Malaysia.

Denagan alasan bola baru yang di gunakan itu telah mencederakan pemain, Persatuan Sepak Takraw Malaysia menarik diri dari pertandingan.

Ini mendapat reaksi negatif dari pelbagai pihak.

PERSARAAN 3 GIMNAS MALAYSIA

CHRYSTAL LIM

Gimnas berusia 20 tahun pada tahun ini bersara setelah kejayaan 4 pingat emas beliau di Sukan Sea Korat.

Chrystal yang sudah memenangi banyak pingat emas di Sukan Sea dan pernah beraksi di Sukan Komanwell itu bercadang untuk menumpukan kepada pelajaran setelah persaraan

Salah satu aksi Chrstal Lim di Sukan Sea Korat

Menjadi salah seorang penerima Skim Hadiah Kemenangan MSN pada Sukan Sea Korat kali ini.
DURATUN NASIHIN ROSLI

Duratun yang di belenggu dengan masalah berat badan yang naik semasa awal tahun 2007 ini bersara atas sebab kecederaan yang berlarutan.

Namun, jasa Duratun untuk negara tidak akan di lupai



NURUL FATIHA ABD HAMID

Gimnas berusia 21 tahun ini bersara setelah beraksi untuk negara sejak berumur 14 tahun.

Penampilan pertama Nurul ialah di Sukan Sea Kuala Lumpur 2001

Telah memenangi beberapa pingat emas di Sukan Sea dan merupakan gimnas senior yang paling lama bertahan di dalam skuad gimnastik artistik


Bersama pingat emas yang di menangi di Sukan Sea Manila 2005

Aksi Nurul Fatiha

Okey. Kalau aku dah ada idea, aku sambung balik blog aku dengan cerita aku sendiri. Bye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...