Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, January 3, 2008

BERCAKAP TENTANG AZAM BARU

Ini merupkan entri pertama aku untuk tahun 2008.

Aku berbual dengan seorang kawan (not-so-called-kawan-la-actually) tentang azam 2008. Kita panggil dia si poyo.

si poyo: apa azam kau tahun ni am?

aku: aku tak de azam.

si poyo: tak kan tak de kot?

aku: tak de. tiap-tiap tahun tak de.

si poyo: kau ni. cuba la pasang azam sikit. Jai insan yang lebih sempurna. Kau tautak, bila kita ada azam baru kita boleh berjaya...bla,bla,bla...

Si poyo meneruskan lagi pertuturan ala-ala motivator kepada aku. Konon-konon aku tidak berwawasan.

Aku bukan apa. Aku memang tak suka berazam. Lagi-lagi kalau azam tidak tercapai, nanti kecewa pula.

Lagipun si poyo ni pun tak delah hebat sangat. Tiap-tiap tahun dia akan cerita pasal azamnya pada aku dan kawan-kawan. Tapi, tak pernah tercapai pun azam-azamnya tu. Kalau macam tu, baik tak payah berazam kalau tiap-tiap tahun azam tak pernah tercapai.

Azamnya tahun lepas, mahu beli kereta Toyota atau Honda memang tak tercapai. Sampai sekarang masih pakai kereta Kancil abangnya yang di lenjan macam hak milik sendiri.

Pesanan ikhlas dari aku. Sebelum berazam, ukurlah baju di badan sendiri ya!

Oh ye. Sebenarnya kepada kamu yang menantikan kisah kawan aku yang seksi, Maria, belum ada cerita menarik. Nanti aku cerita kepada kamu bila ada.

6 comments:

Malf is my Hearbeat ok said...

saya tidak mempunyai azam apatah lagi kawan bernama mohd noor hAZAMi.

aremierulez said...

heartbeat...

aku pun tak berkawan dgn org bernama hazami jika hazami itu adalah penyanyi lagu sonata musim salju itu...

Puaka Petaka said...

aku setuju jugak kalau dah tiap-tiap tahun azam tak tercapai, tak payah la dok susah-susah pening kepala, dok pikiaq apa nak di azamkan.....

bila nak buat sesuatu tu baru la berazam...... berazam untuk selesaikan azam tu......

aremierulez said...

betul kata ko puaka...

azam tu biasa akan datang dgn sendiri sebenarnya...
tak yah susah2 mau pikirkan

fairuzmokti said...

azam tak semestinya pada tahun baru...bila² masa pun kita boleh berazam..tapi betul gak tu, ukur baju di badan sendiri...

jangan cakap tak serupa bikin...

mariaaa...ohh...aku tunggu citer kau tu...

aremierulez said...

fairuz...
hehe...ko nyanyi lagu marilah maria....mesti hilang rindu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...