Belilah Novel Aku!!!!

Saturday, January 12, 2008

GOTHIC DI BATU PAHAT? ATAU AYER HITAM UNTUK LEBIH TEPAT.... ATAU MUNGKIN DI PARIT RAJA JUGA?

Aku pulang ke Batu Pahat lagi. Kali ini, aku balik naik bas. Pelbagai jenis manusia yang naik bas tu. Dari budak sekolah, orang yang bekerja, orang yang dah pencen, melayu, cina, india bangla dan pelbagai lagi.

Kemudia naik seorang budak, kalau ikut saiz badan, umur budak ni macam baru tingkatan 3. Kemudian dia pun menyapa kawan-kawannya yang berbaju sekolah. Oh ya. Budak ni tak pakai baju sekolah. Kita gelarkan budak ini sebagai Si Goth (kependekan dari si gothic) dan kawan-kawannya sebagai kawan 1 dan 2.

Si Goth ni bawa payung hitam yang dah pun di gunting-gunting dengan corak. Aku tak tau kenapa nak di gunting payung tu, mungkin fesyen budak gothic kot. Ada celak di mata dan juga berbaju hitam. Memang ciri-ciri fesyen Gothic... Aku rasa la.

Aku pun terdengar perbualan budak-budak separa matang dan baru nak naik ni. Bukan aku curi dengar, tapi mereka bercakap dalam nada yang agak tinggi. Mungkin cuba mengalahkan tone suara Jacklyn Victor atau Alicia keys.

Kawan 1: Oi. Lama tak nampak?

Si Goth: Aku kerja la sekarang. Malas nak belajar.

Kawan 2: apsal ko malas belajar eh?


Si Goth: Orang-orang bodoh macam korang je yang kena belajar, aku tak payah. Belajar ni sia-sia je. Apa guna kau belajar sampai universiti? Setakat dapat ijazah tu apa la sangat. Dapat sekeping sijil je. Orang bodoh je kejar benda tu. Tengok aku, SPM pun aku tak nak ambik. Aku buktikan pada korang aku lagi power dari korang yang pergi sekolah.

Cantik sungguh bahasa budak konon-konon gothic sangat ni. Mulai sekarang kita gelarkan dia SBGB, singkatan dari Stupid B*stard Gothic Boy.

Kawan 1: Kau ni kenapa bawak payung koyak-koyak ni? Kau tak mampu ke beli payung baru? (ketawa berdekah dengan kawan 2)

SBGB: Kau tu yang bodoh. Nama je pegi sekolah. Ni fesyen Gothic la. Korang apa tau.


Kawan 1: Apa kejadah gothic ni?


Maka dengan panjang lebar dan tiada noktah, SBGB ni pun bercerita la tentang fesyen gothic. Paling kelakar apabila SBGB ni kata yang fesyen gothic ni baru muncul tahun lepas, konon-konon fesyen terkini. Setahu aku la, dah lama aku nampak orang pakai fesyen gothic ni. Tapi bukan di Malaysia la, di luar negara la. Gothic ni baru-baru nak popular dekat Malaysia. Fesyen yang baru muncul tahun lepas? Aku rasa budak ni kena banyak buat kajian sebelum berhujah.

SBGB: Aku nak jadi trend setter dekat Ayer Hitam ni. Mula-mula aku nak kembangkan Gothic ni dekat Ayer Hitam, lepas tu turun ke Parit Raja. Lepas tu ke bandar Batu Pahat.

Adoi! Aku rasa macam dah banyak orang pakai fesyen gothic ni dekat Batu Pahat, tapi kebanyakkannya amoi. Budak lelaki cina ada sikit-sikit. Tapi yang penting dah ada la dekat Batu Pahat.

SBGB: Korang tak naik join aku ke?

Kawan 2: Dapat duit ke?

SBGB: Bodoh. Dapat respect la. Kita trend setter, mesti orang respect kita.

Kawan 1: Respect tu tak boleh buat makan pun...

SBGB: kau tak nak orang hormat kau ke?

Kawan 1: aku nak orang hormat aku dengan cara lain.



Bijak jawapan kawan 1 tu. Kali aku respect kau... walaupun tak boleh buat makan.

Kawan 2: Gothic tu bukan ke muzik?

SBGB: Muzik lain fesyen lain.

Kawan 2: Band apa yang main Gothic eh?

SBGB: Green Day, Good Charlotte...


Bapak kau! Nak je aku cakap macam tu kat si bodoh gothic ni. Bila masa pulak Green Day main gothic? Tetapi aku rasa sia-sia je aku berbalah dengan budak bawah umur yang tak matang macam mereka ni. Baik aku diam je.

Kawan 2: Band melayu la...

SBGB: Oh. Macam Jinbara la...

Kali aku rasa macam nak gelak dekat muka dia kuat-kuat. Jinbara itu Gothic? Budak ni betul-betul kena banyak membaca... Atau lebih tepat, pergi sekolah la, bodoh!

Akhirnya budak gothic tu turun dan mensarankan kawan-kawannya itu joint group gothic dia.

Ada beberapa benda yang aku nak cakap di sini.

1. Pelajaran itu penting. Malah, agama islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan mengenepikan pelajaran.

2. Sebelum berhujah, pastikan kamu betul-betul arif tentang benda yang nak di hujahkan. Jangan main hembus je.

3.Pastikan kamu mengikuti perkembangan fesyen di kawasan kamu sebelum berangan-angan mahu jadi trend setter.

4. Green Day dan Good Charlotte tak main lagu Gothic. Jauh sekali jinbara.

19 comments:

athena said...

bangsat betul betul budak tu. tu la, ko tak kejut aku awal2, kalau tak aku dah follow ko balik dah.

tapi gentle la, aku teringin sangat nak tengok budak tu. maut je perangai.

aremierulez said...

maut mmg maut perangai dia ni...

klu terjumpa dgn persatuan pelajar melayu ni, mau kena tikam..

joey said...

wakakakaka...nampaknya budak ni perlu dibrainwash dengan lagu-lagu dari kumpulan HI-5..ala rancangan tv bebudak...


'......five in the air......lalala

aremierulez said...

oh...aku rasa macam pernah dgr pasal cite hi-5 tu...

sebenarnya kena hukum sula sbb cuba menyebarkan fahaman yang salah..

inah said...

aku dengar greenday and good charlotte..tapi aku bukanlah goth..jauh skali..apola..padanlan bebudak main rosak

trend setter konon

bullshit la..oopps..maaf

fairuzmokti said...

hahaha..budak² baru nak menapak tu..jangan dilayan budak camtu...kalau budak yang pegi skolah pun dia kata bodoh, apatah lagi budak lepasan U kan..

dia belum jumpa pintu keinsafan lagi nampaknya...

aremierulez said...

inah...
wah... inah melemparkan kata-kata kasar (bukan kesat)..
inikah inah yang ku kenal selama ini...? hehe...
the other side of attitude ke?

fairuz mokti...
dia tu susah nak jmpe pintu keinsafan..sbb susah nak dgr kata..

Hardcaffeine said...

wahaha...
budak tu mmg akan menjadi seorang "trend setter" yang bagus..bagus dalam konteks untuk ditertawakan...wahaha

yela..da la blajar pon malas..pastu cakap orang yang belajar tu bodoh plak...die sendiri yang bodoh+tak tahu ape tu gotic...

nanti kalo ko jumpa budak tu lagi,ko suruh die blajar dulu pasal apebenda yang dia nak buat sebelum me"LABEL"kan diri die seorang trend setter..wahaha...

pastu jgn lupa ckp gud luck ngn all the best kat die tau...hahaha...

semoga dia berjaya dalam mengejar cita2 dia menjadi seorang trend setter..

aremierulez said...

apeng...
untuk mengajar dia ke jalan yg betul memerlukan masa yang lama dan usaha yang amat keras kerana dari cara dia bercakap ternyatalah dia ni bodoh sombong nak mampus...

Puaka Petaka said...

aku dah tak bolh nak kata apa.....

kalau la korang boleh dengar gelak tawa aku searang ni....

macam tu punya orang pun hidup lagi di alam nyata ni....

aremierulez said...

puaka petaka...
ni jenis2 org yg perlu bnyk bimbingan sblum hanyut lebih jauh...

Puaka Petaka said...

kalau ada geng-geng real gothic time tu. mau diorang gelak kaw-kaw punya kat dia........

time aku rasa misti pun gelak kaw-kaw jugak...... bukan senang nak gelak kat orang bodoh macam tu.....

aremierulez said...

puaka petaka...
betul tu..nasib baik aku sorg je mse tu...kalau aku ada geng, mau aku sembur ketawa kat muka dia tu...

kalau ko ade dgn aku mesti kita dah berguling kaw-kaw pnye dlm bas tu...

husna said...

salam..saya nak mintak tolong,awak kan banyak berdiskusi.saya tengah kaji gothic untuk program spaq,em selamatkan akidah anak2 remaja..saya budak usm,ambk bidang biologi,tapi aktif dgn dakwah lapangan..enail saya silentsor07@yahoo.com.my,leh add sy kat friendster..alau ada information please forward k.tq,nama saya husna

MaidenforHalos said...

Budak2 zaman skang ni mmg cam 2. Org paki something yg diaorg anggap baru, diaorg nak ikut. tapi x tau fashion tu dtg dari mane. Music tue apetah lagi. Gothic tue dtg dr zaman midieval dtg dr europe. Band yg main lagu gothic such as H.I.M, Lacuan Coil, Cradleo f Filth,Nightwish, Virgin Black , Within Temptation, Moonspell klu nak listkan mmg bnyk..
P/s Aku harap sesape yg nak jadi Gothic tue tau ape tue gothic. Kaji dulu sejarah Gothic , Music dia camne atleast band yg main music goth

Amirul said...

MaidenforHalos..
sekarang ni zaman ikut-ikutan...'
main ikut tanpa tau apa asal usul nya...

Anonymous said...

buat lawak giler....
klau ko jmpe lg budak tu suh dye buat larian bogel....lg malu dye wt lawak cm2....

zull2 said...

jimbara gothic???
ish3......cacat giler budak tu..

Anonymous said...

aku tak pernah dengar pon Greenday main gothic .. Haiyooo .. Malu laaa ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...