Belilah Novel Aku!!!!

Monday, January 21, 2008

HATI INI TIDAK KERUAN & SEMANGAT YANG HILANG

Sejak kebelakangan ini...Tidak! Sejak semester baru ini bermula, hati aku jadi tidak keruan. Aku juga hilang semangat. Malas? Perangai itu pula semakin menebal di dalam hati.

Sejak ada beberapa insiden dan halangan yang terjadi dalam proses kehidupan aku sejak semester baru ini, aku mula rasa bosan dan kemahuan untuk meneruskan pengajian aku juga macam sudah melayang di bawa angin.

Aku pernah menyatakan hasrat aku untuk berhenti belajar kepada emak aku semasa semester pertama aku di UiTM lagi, tetapi mak aku suruh aku teruskan jua.

Tetapi apabila ada halangan yang datang sekarang ini, aku jadi semakin malas. DAMN!!!

Tetapi bila mengenangkan yang aku cuma tinggal setahun (atau mungkin setahun setengah) untuk menamatkan pengajian aku, aku rasa sayang pula hendak berhenti.

Kenapa dengan diri aku ini? Ataupun ini cuma blues awal semester? Entahlah...

9 comments:

Hujan Malam said...

jgn bputus asa..hdup mesti diteruskan..anggap halangan tu cubaan utk jd lbh tabah..AjA!AJA!

aremierulez said...

hujan malam...
tq

wandai said...

kalo nk kasi semangat, cam dah biasa jer..
jadi, pekata ko fikir kesusahan di alam pekerjaan kelak?
seyes ckp, ko ssh nk enjoy dowh..

palie said...

masalah yg datang tu bukannya halangan.. cuma sekadar cabaran utk kita... pikirkan2lah...

aria ayumi said...

alaa amie... jgn ah gitu... syg tu... lagik setahun nak abes... kene lah continue k... mmg kekadang malas tu ade... tapi, mcm org laen ckp... kene kuatkan semangat gak... :)

aremierulez said...

terima kasih semua...
aku akan lebih bersemangat lepas ini

Puaka Petaka said...

kekalahan hari ini tak bermaksud kau akan tewas selama-lamanya,
kejayaan hari ini tak bermaksud kau akan berjaya selama-lamanya,
kejayaan hari ini mengundang musuh hari esok,
kekalahan hari ini menjamin kemenangan hari esok.

Puaka Petaka said...

belajar dari pengalaman, bukan dari perasaan.

it's all in your head.......

aremierulez said...

puaka petaka...
kata-kata yang amat mendalam maksudnya...
thanks..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...