Belilah Novel Aku!!!!

Thursday, January 31, 2008

HERO AND ZERO: JANUARY 2008

Sudah 2-3 hari juga aku tidak update blog ini. Aku agak sibuk kebelakangan ini. Malah minggu ini merupakan minggu yang agak banyak cabaran bagi aku.

Baiklah, aku mahu mewujudkan segmen baru dalam blog aku ini. Segmen ini di beri nama Hero & Zero, di mana setiap bulan aku akan memilih 1 atau mungkin lebih, orang yang berjaya (hero) atau si gagal (zero) tidak kira dalam apa jua kategori. Aku juga tidak pasti samada segmen ini mampu bertahan hingga akhir tahun. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

HERO

ESTRANGED




Berjaya membuat upset terbesar dalam karier mereka dengan mengalahkan nama besar seperti Datin Seri Siti Nurhaliza, Mawi (eh, mamat ni nama besar ke?) dan lain-lain lagi dalam Anugerah Juara Lagu 2007 baru-baru ini.

Estranged membawa pulang wang sebanyak RM 37 000 hasil kemenangan 2 kategori iaitu Lagu Pop Rock Terbaik dan Juara Lagu 2007. Tahniah dan harap terus maju jaya.

ZERO

FAIZAL TAHIR



Mula-mula, masuk satu team nasyid. Bila team nasyid tu dah popular sikit, keluar dari team nasyid tu, simpan rambut panjang sikit dan masuk pertandingan One In A Million. Pakai baca dengan logo Superman dan akhirnya di cap sebagai Superman Malaysia... Konon la..

Sehari sebelum pertandingan One In A Million tu, buat komen dengan berkata "Saya yakin saya akan menang" dan memperlekehkan pihak lawan dan akhirnya kamu kalah.

Lepas tu buat album, dan bukak baju seluar masa konsert live di 8TV. Lepas tu kena gam 3 bulan dan akhirnya di gam dari menyertai pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu di mana ramai orang kononnya yakin yang mamat ni boleh menang tahun ni.

So, jadi kan ini pengajaran kepada kamu semua. Kalau nak popular mendadak, jangan bukak baju masa konsert, baik buat video macam Vanilla Sky, lagi bagus.

8 comments:

wandai said...

tetbe jer aku cam kesian kat f.tahir..
semua pihak cam menghentamnya tanpa belas kasihan..
adess..

Hujan Malam said...

memula mcm xkisah ape faizal wat..org ckp die over ke ape ke..tp ble die bkk bj 2 mmg over gakla..xyah publisiti cm2..org meluat..tp album die ok gak..byk gak lg ok..

Apachai Hopachai said...

ape dia ingat bdn dia cantik sgt!!!

aremierulez said...

wandai..
mmg la ade rase sket kesian kat dia tp ini sebagai pengajaran pada dia. jangan ingat suara dia best dia boleh buat ape je. dia kena ubah sket sikap dia yg ade sket berlagak nih..

mamat ni belagak seh. serious. sepupu aku penah jumpe dgn dia dulu..si ftahir konon2 belagak ala2 diva, malas nak layan peminat la, buat tak nampak la...

hujan malam...
konon2 dia ingat bila dia bukak baju, orang minat la nanti...peh...

apacai..
betul tu!! lain la kalau dia pompuan. aku pun tak kisah dia bukak baju..hehehe

fairuzmokti said...

uh, memang menyampah bila dia buat macam tu....maksud aku faizal tahir tu la...

aria ayumi said...

erm... kadang kesian pun ade... kadang nyampah pun ade ngan faizal nih...

seb baek lagu die tak menang ajl br ni.... huhu. klw tak, lagik kostrobersi rsnya

joey said...

for me..faizal tahir tuh act macam rock star ..

rock star should behave like him..tak payah nak malu2....memang rockstar perlu over..dari segi confident dan gaya ..hehehe

and...sapa kata suki tak layak menang dari faizal....hehehe

aremierulez said...

fairuzmokti..
huhu...aku mmg tak berkenan dgn dia sejak oiam lagi...skang ni lagi la bertambah2...

aria ayumi...
kalau menang pun, layak ke dia dapat anugerah tu? fiq yg nyanyi lagu tu..

joey..
over ada batasnye. dia bukan over, tapi saje nak tunjuk poyo je nih...

ya!! aku setuju. sapa kata suki tak layak menang, meh aku luku pale dia. hehehe... betul tak azman?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...