Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, January 16, 2008

LONELY SOLDIER BOY

Hari sabtu lepas, aku ada keluar dengan Maria. Masih ingat Maria? Baca entri ini dan entri ini untuk flashback balik.

Maria call aku melalui telefon rumah. Aku tidak pernah bagi nombor telefon rumah atau apa-apa nombor telefon bimbit aku kepada dia. Bila aku tanya dari mana dapat nombor rumah aku, mudah jawapan nya.

"Ala, tengok nama ayah abang dekat pintu rumah hari tu..Cari la dalam buku telefon"

Maria ada datang ke rumah sebelum aku pulang ke Segamat tempoh hari. Mungkin dia nampak papan tanda yang tertera di pagar rumah aku.

Kami keluar berdua sahaja. Adik Maria, Nat, demam pula. Sudah agak lama aku tidak keluar berdua-duaan dengan wanita di Summit Batu Pahat (keluar dengan cousin tak kira). Mungkin kalau Summit ni boleh bercakap, dia akan bertanya juga pada aku.

Kami makan di McDonald setelah aku di belasah teruk dalam permainan bowling. Tak sangka pula Maria hebat. Semasa makan, terkeluarlah soalan yang paling aku tak mahu dengar...

Maria (M): Abang tak teringin nak bercouple ke?

Aku (a): (Terkedu kejap) Eeerrr... Mesti la nak... Dah setahun lebih single nih...

M: Dah tu nape tak cari awek lain? Tak kan tak de calon?

Sebenarnya ada. Bukan seorang sahaja calon, tapi dua-tiga. Tapi calon sahaja ye? Bukan aku sudah pasang dua-tiga.

Aku kenal sudah agak lama calon-calon ini, kerana ada di antara mereka adalah kawan-kawan cousin aku. Yang membuatkan aku sedikit keliru hendak memilih ialah kerana jurang umur kami. Tahun ini aku 24 tahun dan calon-calon aku pula berumur 19 tahun. 5 tahun jurang, aku rasakan satu jurang umur yang agak jauh juga.

Selain itu, ada beberapa aspek lain (yang aku tak boleh bincang di sini) yang menyebabkan aku keliru untuk memilih. Membuatkan aku membiarkan ia tergantung. Aku serba salah. Ada orang kata jurang umur bukan masalah tetapi ada juga yang kata jurang umur jauh sangat.

"Dia tu amik jurusan doktor. Kalau kau nak tunggu dia grad, umur dia dah 25-26 tahun. Masa tu umur kau berapa pulak? Kalau dia dah grad, dia mesti nak kerja dulu. Sanggup ke kau tunggu?", kata-kata beberapa temanku.. Termasuk juga kata hati aku sendiri.

Aku ceritakan semua ini kepada Maria. Dia terdiam dan berfikir. Kemudian Maria menyambung bicara.

M: Bila di fikir-fikirkan. Ada betul dan salah jugak apa yang kawan-kawan abang kata tu. Jurang umur ni boleh bagi kesan positif dan negatif.

A: Entah la. Pening juga fikir. Maria tak de boyfriend ke?

Aku cuba korek rahsia Maria. Maria tidak pernah bercerita tentang kisah cintanya pada aku.

M: Tak pernah dan belum berminat buat masa sekarang. I'm happy to be a single girl.

A: Tak de keinginan ke?

M: Mesti la ada. Tapi belum ready lagi. I want to take it easy.

A: So belum pernah couple?

M: Belum!

A: Belum pernah rasa frust bercinta la ni?

M: Of course and I'm happy with it.. (ketawa)

A: Nat pernah couple?

M: Tak pernah jugak. Same with me. Prinsip kami sama.

Balik selepas keluar dengan Maria, aku mula berfikir. Sampai bila aku nak single ni. Dah setahun lebih ni. Kadang-kadang jealous juga tengok housemate ake semua ada awek. Tapi kadang-kadang rasa free juga bila tak de awek ni.

Sampai bila aku mau single!!!!????

Semua lelaki... Lonely Soldier Boy...

Tak, tak!!! Bukan semua. Aku sorang je....

17 comments:

faerrin said...

kao ni tak abes2 ngan kisah cinta kao ....hahahaha

aremierulez said...

itu je yg slalu bermain di fikiran aku..

palie said...

semoga menemui cinta anda... sebarkan rasa cinta bro...

aremierulez said...

palie...
aku berharap 2008 ini akan menjadi tahun yang baik buat aku mndptkn awek..
eh? mcm azam la plak

joey said...

maria...maria....

ermmm....aku nak juga tengok sapa maria ni...hehehe

aremierulez said...

joey..
nnt aku try amik gmbr dia...
sebenarnye aku ni segan sket dgn dia. tak tau la npe. ni kire 1st time gak la aku segan dgn pompuan

Puaka Petaka said...

sama la kita mighol.....
aku pun still 'one' lagi.....
kadang-kadang tu nak cari, tapi kadang-kadang tu rasa rugi la pulak kalau dapat.....

Aku rasa lebih baik aku fokuskan untuk mencari duit daripada mencari hati.....
sebab alau nak cari duit, kita kena takdak hati. lepastu baru la kena berhati besar, tolong kengkawan ngan famili......

wandai said...

tumpang lalu..
lagipun susah nak cari orang yang boleh memahami kau sepenuhnya..
bagi aku rr..
disamping itu, site mana ek yg cambesh ntuk blogging?

aremierulez said...

puaka petaka...
kadang2 betul juga kata kau tapi alangkah bagusnya kalau dapat kedua-duanya skali..

wandai...
itu yg susah. kdg2 kita yg misjudge org tu. dah jmpe yg sesuai, tp kita yg salah anggap...

kalau kau nak memblogging, elok kau tinggalkan blog friendster tu sbb org susah nak baca. cuba buat kat blogspot (blogger.com) atau wordpress (wordpress.com)

aremierulez said...

wandi...
tambah sikit lagi...
blog dkt friendster tak ramai yg baca berbanding blogspot dan wordpress.

dan lagi best kalau kau blogging dlm bahasa melayu. bukan nya ape, tapi sejak kebelakangan ni blog berbahasa melayu mula mendapat sambutan...trust me!!

wandai said...

cadangan yang bernas..
telahku membuat di wordpress..
mashi di dalam proses renovasi..
*kepeningan*

athena said...

ha..aku tau, kau masih rindu Bell kan?hahahahaha

aremierulez said...

wandai..
good job..lps ni kau baca blog aku, aku baca blog kau pula...

athena..
kau juga rindukan bell juga kan? sbb tu kau slalu menyamar jadi bell

Puaka Petaka said...

susah nak dapat dua-dua sekali kalau kita sorang saja yang cari duit......
lain la kalau dapat anak datuk ka, anak orang kaya ka......

bukan aku nak halang mighol..... buat masa sekarang biarlah ko jadi Dr. Love.... aku suka macam tu......

bila masa sesuai dengan orang yang sesuai dan hang pun berkemampuan, time tu boleh la hang nak pasang awek..... silap haribulan, bini terus.......

aremierulez said...

puaka petaka...
aku nak mintak tolong dengan kau...

tolong jgn panggil aku dr love..aku tak layak lagi...

aku hanya mamapu dgr masalh percintaan org, tp tak mampu menyelesaikannye...

kalau aku dr love, awek aku mesti keliling pinggang beb..hehehe

wikwiki said...

kaw ni..lembab arr..maria tu da tnya mcm tuh..ape lg..hahaha aku rasa maria nak kaw tu..orr kaw da kapel ngan dia??

konpius..konpius

aremierulez/Amirul said...

wikwiki...
nanti la...
i'm not ready la...
hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...