Belilah Novel Aku!!!!

Friday, January 18, 2008

ROCK KAPAK.....ROCK KANGKANG.....ROCK RAMBUT SARANG TEBUAN....

Sedang aku melayari internet petang tadi, aku telah terjumpa dengan blog ini. Blog ini menyimpan lagu -lagu artis melayu zaman rock kapak , rock kangkang , rock rambut sarang tebuan, tracklist album , cover album , dan info yang berkenaan dengan album tersebut.

Jadi, tanpa membuka link blog ini pun, kamu sudah boleh agak apa kandungan blog ini kan? Ya. Blog untuk kamu download lagu-lagu rock kapak melayu yang agak susah hendak di cari sekarang.

Aku puji pemilik blog ini kerana menyediakan lagu-lagu yang susah untuk dicari kini, tidak kira di internet, dalam bentuk mp3, atau pun bentuk kaset atau CD. Pemilik blog ini memang rajin untuk mengupload semua lagu-lagu rock kapak yang berada di persada Malaysia satu masa dulu.

Jadi, aku melayari blog ini. Aku terjumpa dengan bermacam nama band rock kapak yang amat asing dari telinga aku sebelum ini. Pernah tak kamu semua dengan band seperti Penyengat, Teras, Ababil, Aces, Ad Hoc (ini pun boleh jadi nama band ke?), B n W, Espiranza, G.U.Y.S., Helter Skelter, Happy Nightmare dan Jasad Liar? Aku pun banyak yang tidak pernah dengar. Malah kalau kamu baca semua nama band tersebut, aku yakin banyak yang kamu tidak pernah dengar.

Selain dari mp3, blog ini juga meletakkan playlist album, info-info lain mengenai album dan juga yang paling menarik, cover album.

Disini aku meletakkan beberapa cover album yang agak kelakar dan kepada kamu yang ingin menceburi dunia muzik, secara underground atau mainstream, setelah melihat Hujan, Meet Uncle Hussain dan Bittersweet begitu popular dan menjadi kegilaan para-para gadis walaupun penyanyi band tersebut perform live hancur, ini sedikit tips kepada kamu agar kamu tidak membuat cover album, demo atau EP kamu seperti ini.

Budak Kaca Mata - Kilauan Memukau - 1997


Aku juga tak pasti samada Budak kacamata boleh di iktiraf sebagai rock kapak atau tidak, tapi ada dalam blog tersebut. Jadi aku terima sahaja seadanya.


Cuba kamu lihat cover mereka ini. Semua ahli band berposing dengan gaya yang agak jambu, macam tidak kena dengan konsep rock kapak.

Lebih sadis lagi cuba lihat gambar di bawah, pada mamat yang aku bulatkan dengan warna merah tu.


Pada kamu yang ingin membuat album, tolonglah jangan posing manja macam itu. Geli pulak aku tengok lama-lama.


Fantasia - Fantasia - 1988

Antara nama band yang aku tidak pernah dengar dalam blog ini. Berpakaian ala rock kapak dan tangkap gambar di dalam hutan, padang lalang , semak samun, kebun getah atau estet memang ketinggalan zaman pada waktu sekarang. Jika kamu rasa ini cool, aku sarankan band kamu main lagu-lagu rock kapak sahaja, jangan nak main lagu indie macam Hujan dan bittersweet


Halilintar D'Episode - Harga Sebuah Cinta - 1989

Pun aku tidak pernah dengar nama band ini. Sekali pandang cover album ini, aku teringat cover kumpulan girl band, Restu (mungkin di eja dengan begini - Res2) dan M'Steen (salah satu anggota kumpulan ini, kalau tidak salah aku, ialah Intan Azura).


Tangkap gambar sambil baring dengan formasi begitu hanya akan membuatkan band anda di gelar girl band daripada band rock.

High Crime - Identiti - 1989

Agak tidak boleh belah juga tengok cover band ini (ini band rock kapak ke?). Sekali tengok macam poster wayang untuk movie kelakar pula. Mungkin pada masa ini, cover macam ini amat cool....Rasanya...



Ini juga satu cara posing yang agak kelakar. Hahaha...


Magnet - Ajarlah Aku Bercinta, Kawan - 1998

Mula-mula aku mahu tanya kamu. Adakah relevan untuk meletakkan gambar magnet sebesar gajah untuk cover album kamu? Tahu lah nama band korang magnet, tak payahlah rasanya letak gambar magnet, macam kami tak pernah tengok magnet pula.


Tajuk album ini - Ajarlah Aku Bercinta, Kawan - Memang tidak relevan. Jadi kepada sesiapa yang ingin membuat band tu, ingat!!! Jangan letak tajuk album kamu macam ini.

Oh... Ini rupa kumpulan Magnet tu......

Peace - Peace - 1998

Ini lagi teruk. Sekumpulan band lelaki, menanggalkan baju (berlenggeng lah ye, bukan bogel. tapi mungkin...), duduk dalam posisi rapat-rapat dan pandang ke arah berlainan.


Juga ada ciri-ciri girl band dan bukan rock band. Malah, aku rasa cover ini macam ada sedikit......Gay! Hahahah....

Roy - Nekad - 1990

Tiada apa sangat untuk cover ini. Cuma satu aku mahu pesan, jangan pakai boot koboi untuk cover album kamu.


Utopia - Maya Percintaan

Cara pemakaian ini memang sudah tidak sesuai untuk cover album sebegini. Lagi -lagi mamat yang paling depan tu. Baju dia tu bercampur pelbagai warna. Aku mahu terangkan warna apa pun aku tak tahu..


Satu lagi. Jika ingin memilih nama band, pastikan ianya sesuai dengan genre lagu dan nama tajuk album atau lagu kamu. Contoh yang tidak sesuai

Nama band: Jasad Liar
Nama Album: Senikata Cinta
Wah! Nama band dah ganas. Sekali nama tajuk album......
Ok lah. Sampai di sini sahaja sessi aku kali ini. Aku dah mengantuk, esok kelas pukul 8 pagi. Bye...

31 comments:

wandai said...

Telahku baca segala kritikanmu yang kurang difahami olehku..
yg aku tahu, aku lebih gemar mendengar indie daripada rock kapak, ataupun spesis yg seumpamanya..

athena said...

muahaha..bak link dia..hahaha

aremierulez said...

wandai...
adalah lebih baik jgn sesekali kau dgr rock kapak...so lame...

athena...
kau mau jadi rock kapak juga ke?

wandai said...

hahaha..
jgn bmbang pasal tu..
aku mmg xminat pon..
btw, ak dah link blog kau..

aremierulez said...

wandai....
tq. kalau ade ape2 nak tanye, jgn segan..

wandai said...

baik!
haaa..nk kne gne css editor per ek kalo nk tuka layout blog ak??
lgi 1, ak try ko nyer chatbox, tp coding cam lari sket rr..
*bertambah2 pening*

azrul said...

aku nak link dia! hahaha...

Malf is my Hearbeat ok said...

oh so 'rock'!

aremierulez said...

wandai..
wordpress pnye css aku tak tau la plak..tak penah cuba..
aku pakai coding layout myspace jek..
chatbox tu kadg2 lari sket kalau ko buat 1st time. cuba buat skali lagi..mungkin ok kot...

azrul...
slamat menjadi rockers kangkang dan tangkap gambar kat padang lalang..muahaha..

heartbeat..
yeah...so,so,so damn rock...hahahaha..

wandai said...

boleh dicuba..kelak..
skang ni tetbe jer jd busy..
sebelum2 ni xpernah pn jd cmni..
huuuu..
cam dh lari topik jer..

aremierulez said...

ckp tgh cuti...
sibuk ape lak nih..

biar lari topic, jgn lari nyawa

palie said...

Espiranza,Helter Skelter & Happy Nightmare tu aku penah dengar... malah ade kasetnya satu tika dulu... tp ilang kot skang ni..

Anonymous said...

HUahuehuaehuaeuh,,

LUAR BIASA MENGHIBUR!!!

speedrider said...

hahaha, no komen...

Anonymous said...

salam,u all ni dilahirkan era indie.xbaik lu org mengutuk era rock kapak...tahu kah lu org lagu
orang timur yg lu org ingat ACAB
punya sebenarnya adalah lagu
kumpulan SYJ..iaitu band fames era
rock kapak..dari segi muzik ,indie
terlalu ringan ..xde skill gitar,
double paddle drum...lagi satu buat
pemilik blok..kumpulan2 dalam blok
saudara sebahagiannya adalah kumpulan dari era 90an..jkalau nak
info lebih masuk link ni www.lagendarock.com...situ penuh puak2 rock kapak,thrash,speedmetal.

aremierulez/Amirul said...

encik anon:
aku pun bukannya peminat indie sangat.

aku tak mengutuk muzik rock kapak dalam entri ini. apa yang aku tekankan dalam entri ini ialah mengenai cover album & cara mereka berpakaian. harap maklum

aremierulez/Amirul said...

oh ya..
aku memang dah tau yang lagu orang timur tu lagu SYJ. aku dibesarkan di era underground. bukan di era indie...

Anonymous said...

salam.untuk info band2 rock era 80an banyak terikat dengan syarat2 dari kompeni rakaman untuk pasaran
bukan seperti sekarang karyawan sekarang yang bebas memilih pasaran sendiri.sebab itu lu org dengar name band ganas tapi lagu2nya terlalu berbunga2.peace

aremierulez/Amirul said...

anon:
hahaha.. betul tu bro. tapi kan ke aku cakap aku cite pasal cover album je kat atas tu. ah, never mind la.

tapi aku perasan band rock sekarang ni banyak tak reti nak menggunakan kesempatan yg syarikat rakaman dah bagi. walaupun dah di bagi buat album ikut citarasa sendiri, tapi kebanyakan buat lagu tak bagus jugak.

dan kebanyakan band sekarang (terutama indie banda) banyak nak glamour lebih je. lagu kalau di dengar2 kan, semua band main lagu rentak sama je. semua nak main style indei. cuba la pelbagaikan sikit.

jauh jugak aku dah melalut ni

Anonymous said...

betul bro,selain dari muzik,vokalis
pun spesen same dari segi suara..same dgm grup2 dari indon..
apepun tahniah buat mereka .skurang
2nya ade lagi artis2 berkumpulan.
bukannya artis gedik mcm AF.peace

aremierulez/Amirul said...

ha.. tu la pasal. at least band2 indie ni dapat gak tepis band2 indon. tapi takut tak tahan lama sebab muzik diorang ni tak de pembaharuan

Anonymous said...

dan ade jugak artis solo yg bikin
band sendiri.bagus tapi muzik takan
menjadi the legend..tu yg nak tengok kalau band perform..aksi gitaris,paduan drummer,dengung basis,vokalis yg mantap.ade selera
ke tengok artis solo yg mcm pondan,
gaya lucah,kain belah sanasinun,
lagu2 ala2 kelab malam...

aremierulez/Amirul said...

hahaha.. siapa artis yang kau maksud kan ni. cuba cerita sikit. aku tak alert sangat artis2 baru sekarang ni

Anonymous said...

tu biar la sendiri tau..bukan je
ko,aku sendiri pun xkenal artis
skr..lagu lagi la...

pehey said...

lu ingat band lu skarang nie bagos sangat?
macam cibai gak..
try lu tanya anak cucu lu seksok..
tanye pendapat diorang pasal band yg lu dok minat sampai kuar air puki uh..
cakap mudah la, lu budak2, mana ada zaman 2, dah zaman 2 macam 2 pakainya.,. dah lu rase band malaysia dulu bodo2, lu tengok plak band mat salleh dulu2, same gak cara pakainya..
kalau baru blajar nak bertatih, xpayah nak komen2 lebih2...

Amirul (aremierulez) said...

fffuu..
Buuthurt? Belum aku troll lagi tu.

Ada ke aku tulis band sekarang lagi bagus dari band dulu? Ada ke aku tulis cara pemakaian band luar negara lagi bagus dari band malaysia?

Butthurt to the max lah kau ni. Kau tu yang bertatih lagi agaknya

pantan punya blog said...

lu la cibai..
binatang butuh..
bodoh..
anjing..

lu letak band rock leleh..
try letak band rock btol malaysia nie.

menatang bodoh..
kepala butuh hanng..
lu budak bodoh..
lau da budak baru 2, diam2 suda..

jangan samapai, blakang kedepan..
hmm..

amirul babi nie, wandai anjing. said...

semua budak2 indie babi!!!
ha3
pantat anjing..
bdo nak mampos..
indie cam babi..
indie anjing
pantat babi indie..
babi2..

layan indie cam jugak ko layan K pop..
ha3..
same2 babi!!!!

Amirul (aremierulez) said...

Kesian budak kurang kasih sayang ni.

Sekali lagi aku tekan kan, ada aku kata band indie ni best ke? Kau nak kutuk band indie? sila kan. Aku bukan suka pun band indie overrated macam Hujan & Bunkface. Noh dengan Sam tu bukannya boleh perform live pun. Gaya je lebih band2 Indie ni

Sekali lagi aku ingat nyatakan, aku tulis pasal cover album. Bukan pasal muzik.

Aku layan jugak Wings, Search, May etc. Sebab tu aku tak sentuh band2 rock kapak yang aku minat dalam entri ini.

Tapi nampaknya korang ni bebal sangat kot. Taksub sangat sampai tak faham apa yang aku nak sampaikan.

Aku layan band rock yang boleh masuk kepala aku. Tak kiralah apa zaman band tu dilahirkan. Rock kapak ke, Indie ke, band luar negara ke... semua aku layan.

Aku open kepada muzik tak kira era apa. Bukan macam korang yang hanya terkurung dalam satu zaman lepas tu menyalak macam anjing sebab tak faham entri yang aku tulis ni.

kalau korang baca komen2 aku kat atas pun, korang patut dah dapat tangkap apa yang aku cuba tulis.

Dah. Jangan nak menyalak lagi wahai anjing dan babi anonymous. (aku babi kan korang sebab korang babikan aku. Fair game)

Sukatilah kau dengan fanatik rock kapak kau, Aku sayangkan rock dan aku terima semua jenis muzik rock. bukan macam korang yang tersepit dalam satu era saja.

mrbelia said...

Salam bro .. Rasanya elok susun semula tampilan album2 tersebut . agak sukar untuk fahami indentiti kumpulan2 rock yang cuba awak perkenalkan . Kebanyakan album2 diatas adalah rocker2 singapura era 90an ..

Anonymous said...

indon indie lebih best...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...