Belilah Novel Aku!!!!

Friday, January 4, 2008

SIRI SOROTAN 2007: SOROTON SUKAN ANTARABANGSA

Aku saje-saje je nak menyorot suka-duka arena sukan antarabangsa kepada kamu semua. Enjoy!

BOLA SEPAK

BRAZIL MEMENANGI COPA AMERIKA 2007

Brazil dengan mudah membenam musuh tradisi bola sepak mereka di Amerika Selatan, Argentina, 3-0 dalam perlawanan akhir yang di adakan di Venezuela.

Brazil bertanding di Copa Amerika tanpa pemain ternama mereka seperti Ronaldo, Ronaldinho, Kaka dan lain-lain lagi mampu memenangi kejohanan tersebut dengan bergaya.

Robinho menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan tersebut dengan 6 gol.
Pasukan Brazil ketika perlawanan pembukaan

Kami juara. Itulah kata-kata pemain Brazil. Mereka bersedia untuk ke parti mabuk-mabuk selepas ini

REAL MADRID MEMENANGI PREMEIRA LIGA

Real Madrid akhirnya berjaya memenangi Kejohanan Liga Sepanyol di bawah kendalian pengurus baru, Fabio Capello.

Capello yang mengejutkan ramai orang apabila menyingkirkan Antonio Cassano dan David Beckham dari skuad beliau malah menjual Beckham ke kelab liga Amerika, L.A. Galaxy. Bagaimanapun, Capello akhirnya memanggil semula Beckham dan Beckham menjadi tunjang utama dalam memenangi liga tersebut dengan mengatasi FC Barcelona dengan jumlah jaringan gol (menang nasib je ni).

Bagaimanapun, Capello akhirnya di pecat dari jawatannya selepas memenangi liga.

AC MILAN JUARA KELAB DUNIA

Pemain AC Milan sedang bergembira. Tetapi mereka perlu ingat sekarang dalam Liga Itali kedudukan mereka agak teruk

AC Milan berjaya memenangi Kejuaran Kelab Dunia yang berlangsung di Jepun. AC Milan mengalahkan Boca Juniors dalam perlawanan akhir dengan jaringan 4-2.

AC Milan mencatat rekod selaku kelab eropah pertama yang memenangi kejuaraan tersebut setelah kegagalan beberapa kelab ternama sebelum ini seperti Manchester United, Real Madrid, Liverpool FC dan FC Barcelona.

JERMAN JOHAN PIALA DUNIA WANITA

Aku rasa kalau Team Bola Sepak Malaysia lawan diorang ni pun belum tentu menang tu.
Pasukan Bola Sepak Wanita Jerman mengejutkan pasukan pilihan, Brazil, untuk memenangi Kejuaraan tersebut.

Jerman berjaya membuktikan bahawa bukan sahaja pasukan lelaki, tetapi pasukan wanita mereka juga sangat hebat.
IRAQ MEMENANGI PIALA ASIA

Pasukan bukan pilihan atau boleh dikatakan underdog ini mengejutkan ramai orang apabila menjadi juara kejohanan tersebut dengan mengalahkan pasukan Arab Saudi.

Piala Asia tahun ini juga mencatat sejarah lain seperti buat pertama kalinya, Australia menyertai kejohanan kali ini dan buat pertama kalinya kejohanan ini di anjurkan oleh 4 tuan rumah iaitu Thailand, Indonesia, Vietnam dan tuan rumah yang paling teruk di belasah, Malaysia.

Poster kemenangan mereka yang di tampal di Iraq

ROMARIO MENJARINGKAN GOL KE 1,000 DALAM KARIER NYA

Pemain lagenda Brazil, Romario, menjaringakan gol ke 1,000 dalam karier bola sepak nya.

Bagaimanapun FIFA hanya mengiktiraf Romario menjaringkan 929 gol sahaja kerana Romario telah mencampurkan sekali gol semasa dia menyertai pasukan remaja dan perlawanan tidak rasmi Memandang Piala Dunia yang suatu masa dulu pernah di menangi olehnya

KAKA DI IKTIRAF SEBAGAI PEMAIN TERBAIK DUNIA

Selepas di iktiraf menjadi Pemain Eropah Terbaik, Kaka memenangi Anugerah Pemain Terbaik Dunia. Beliau berjaya mengenepikan cabaran dari Lionel Messi, yang memenangi tempat ke-2, dan Christiano Ronaldo, tempat ke-3.

Pemain wanita Brazil, Martha, muncul pemain bola sepak wanita terbaik sepanjang 2007 ini.

Kaka bersama trofi yang di menangi


Martha, pemain Brazil

PERPINDAHAN PEMAIN YANG MENDAPAT PERHATIAN RAMAI

DAVID BECKHAM: DARI REAL MADRID CF KE L.A. GALAXY

Memang mengejutkan ramai pemerhati bola sepak apabila Beckham mengambil keputusan mengejut untuk bermain di Liga kurang ternama di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, gaji David Beckham kini meletakkan beliau sebagai pemain bola sepak bergaji paling mahal.

Selamat tinggal, Madrid! Hello. Amerika!

THIERY HENRY: DARI ARSENAL KE FC BARCELONA

Buah hati Arsene Wenger dan peminat Arsenal ini akhirnya berhijrah ke Barcelona setelah bertahun-tahun di gosipkan yang dia akan berpindah ke kelab tersebut.

Gandingan Henry dan Samuel Eto’o dikatakan bakal menggegarkan Liga Sepanyol. Namun, sehingga artikel ini di tulis, mereka belum pernah di gandingkan di dalam liga.

Henry ketika di perkenalkan sebagai pemain Barcelona

FRANK RIBERY: DARI MARSEILLE KE BAYERN MUNICH

Dia sering di kaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Inggeris seperti Manchester United dan Arsenal. Tetapi akhirnya dia memilih untuk ke Liga Jerman Ribery (kanan) bersama Luca Toni ketika di perkenalkan di Bayern Munich

FERNANDO TORRES: DARI ATHLETICO MADRID KE LIVERPOOL FC

Setelah 2 tahun di kaitkan dengan perpindahan ke Chelsea, Manchester United dan Arsenal, akhirnya Torres membuat pilihan untuk ke Liverpool. Kenapa? Kerana Torres merupakan peminat Liverpool sejak kecil lagi. Patutla….

Torres bersama pengurus Liverpool, Benitez, ketika di perkenalkan di Anfield.

RUGBI

AFRIKA SELATAN MUNCUL JUARA PIALA DUNIA RUGBI

Afrika Selatan berjaya mengalahkan England di final Piala Dunia Rugbi walaupun England lebih di labelkan sebagai pasukan pilihan.

GOLF

TIGER WOODS KEKAL HEBAT

Tiger woods mengekalkan kehebatan beliau sepanjang 2007 dengan memenangi satu kejuaraan major dan 8 gelaran lain

TENNIS

ROGER FEDERER UNGGULI KATEGORI LELAKI

Roger Federer sekali lagi membuktikan kehebatan beliau dengan memenangi tiga kejuaraan Grand Slam dan 8 kejuaraan lain sepanjang 2007.

Pemain kelahiran Switzeland ini berjaya mengekalkan di kedudukan pertama dalam ranking pemain tennis lelaki dengan mengenepikan cabaran dari seteru utamanya, Rafael Nadal.

Roger Federer

Rafael Nadal

HENIN HEBAT DALAM KATEGORI WANITA

Dalam kategori wanita pula, Justine Henin menjadi pemain wanita paling cemerlang sepanjang 2007.

Pemain kelahiran Belgium ini berjaya mengekalkan di kedudukan pertama dalam ranking pemain tennis wanita dengan mengenepikan cabaran dari seteru utamanya, Maria Sharapova. Tak pe Maria, tahun 2008 saya amat yakin ia milik awak…. Chewah…

Justine Henin

Maria Sharapova

SUKAN HIBURAN (WWE) GUSTI

JOHN CENA MENJADI JUARA WWE LEBIH DARI SETAHUN

John Cena menjadi juara WWE lebih dari setahun. Beliau menjadi juara terlama dalam tempoh lebih dari 20 tahun kebelakangan ini.

Cena kehilangan kejuaraan tersebut kerana kecederaan bahunya yang memaksa dia berehat dalam tempoh enam bulan hingga setahun

John Cena bersama spinning belt ciptaannya

KEJUTAN DALAM SUKAN

CHRIS BENOIT BUNUH DIRI

Chris Benoit, ahli gusti profesional di bawah kontrak WWE, dikatakan membunuh diri di kediamannya di Atlanta, dengan mengantungkan dirinya di mesin pemberat

Laporan polis mengatakan beliau membunuh isteri dan anaknya sebelum membunuh diri. Namun begitu, ramai yang membantah dan mengatakan beliau sekeluarga di bunuh. Ini kerana ada orang lain yang tahu Chris Benoit sudah mati dan menyebarkan berita tersebut di internet, walhal semasa itu polis belum pun pergi ke rumah Benoit dan menjumpai mayatnya.

Hingga sekarang kes belum di tutup


SKANDAL DADAH MARION JONES

MArion Jones tampil di akhbar dan mengaku yang beliau menggunakan dadah sepanjang kariernya untuk memenangi kejohanan yang disertai.

Semua pingat yang di menangi di Skan Olimpik telah di tarik semula


Itulah sedikit sebanyak yang aku dapat kongsikan bersama kamu. Banyak lagi sebenarnya tapi ni je yang larat aku tulis. Nanti aku sambung dengan tajuk lain pula

4 comments:

palie said...

erk... rasa cam baca berita sukan lak.. hahaha...

aremierulez said...

palie...
aku minat juga nak jadi wartawan sukan...
tapi mak aku tak kasi...so lepas geram kat blog la jawabnye...

athena said...

hohho..wartawan sukan yang malas bersukan ye?hohohoho

aremierulez said...

athena...
cuba ko suh wartawan sukan malaysia ni gi bersukan...

mesti leh blah pnye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...