Belilah Novel Aku!!!!

Friday, February 29, 2008

LISTEN TO THE RHYTHM OF THE FALLING RAIN....

Entri ini agak istimewa kerana ia ditaip pada tarikh 29 Febuari, tarikh yang hanya datang 4 tahun sekali. Jika aku tidak post entri hari ini, aku perlu menunggu 4 tahun lagi untuk menghantar entri pada tarikh 29 Febuari ini....
------------------------------------------------------

Sejak-dua menjak ni, keadaan cuaca di Segamat memang jauh berubah sama sekali. Cuaca yang sering panas terik selama ini berubah menjadi hujan tidak henti-henti.

Hujan berpanjangan ini ada kebaikan dan keburukannya kepada aku.

Keburukannya, aku hampir-hampir gagal menghadiri test Servis Management pada petang Rabu kerana aku pergi ke UiTM dengan vespa roomate ku. Kalau hujan lebat, macam mana nak pergi dengan menaiki vespa? pasti basah kuyup pula....

Kebaikannya, hidung aku sudah berhenti berdarah. Seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini, hingus dan kahak ku sering berdarah dan ini membuatkan aku risau. Adakah aku menghidap penyakit serius? Atau hanya kerana suhu badanku panas?

Maka terjawablah sudah persoalan ku ini. Apabila cuaca sejuk, hidungku berhenti berdarah. Aku sihat!!!

Tapi, ada juga yang menakutkan dalam musim hujan ini.

Segamat + Hujan tak henti-henti = Banjir.

Jadi harap Segamat tidak banjir...

Bercakap tentang hujan, banyak perkara yang boleh aku ceritakan mengenai hujan (tidak termasuk tentang band indie yang semakin popular, Hujan).

Aku pernah mengalami banyak perkara dalam hujan atau pun musim hujan. Aku pernah mendapat kenangan manis di waktu hujan dan juga mendapat kenangan buruk di waktu hujan.

Kebanyakan peristiwa di waktu hujan atau musim hujan memberi impak yang dalam kehidupanaku. Aku pernah berhujan dan basah kuyup semasa menghadapi satu kejadian yang berjaya membuat satu turn over yang besar dalam hidup aku satu masa dahulu.

Apa peristiwa itu? Biarlah ia menjadi rahsia peribadi aku. Tidak semua perkara boleh di coret di atas blog aku ini.

Dan hari ini, dalam tempoh kurang 3 jam, di dalam musim hujan ini, aku mengalami dua perkara yang berjaya mengubah perspektif hidup ku.

Aku melalui peristiwa tersebut hanya melalui telefon sahaja, tetapi sudah cukup untuk mengubah haluan hidup aku dan juga perspektif sebenar tentang hidupku yang terumbang ambing ini.

Dari panggilan telefon itu, aku dapan mengetahui bahawa masa depan yang aku rancang dan impikan telah hancur dan tak mungkin akan terjadi lagi pada masa depan. Apa yang aku harapkan selama ini telah menjadi habuk. Apa yang tinggal kini, hanya kenangan yang akan aku kenang hingga hujung nyawa.

Aku sebenarnya agak berasa sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Tidak sangka ada pihak lain yang telah membuat keputusan yang begitu drastik sehingga mengganggu segala perancangan yang telah aku atur untuk masa depan ku.

Tapi apa kan daya. Kita merancang, tuhan yang menentukan. Sudah tertulis di suratan takdir bahawa aku tidak akan dapat apa yang aku rancang. Aku hanya boleh menoleh kebelakang dan hanya mampu melihat ia sebagai "bukan rezeki aku" lagi.

Aku agak berasa sedih dan kecewa. Aku terus berkelakuan biasa di depan roomate dan housemate ku. Walaupun tadi semasa aku lepak dengan roomate aku dan empat orang gadis sambil membuat lawak dan ketawa tak henti-henti, sempat jua ia melintas di mindaku. Tapi aku masih berlagak biasa di depan mereka dan terus membuat lawak.

Aku rasa, aku sudah sedikit matang dalam mengendalikan masalah perasaan dan jiwa sekarang. Mungkin agak lambat kerana sudah 24 tahun umur ku pada tahun ini, aku baru hendak matang. Tetapi aku gembira kerana aku mampu berlagak seperti biasa.

Malah aku juga terfikir, perkara ini memberikan aku satu hikmah yang besar juga pengajaran dalam hidup aku. Mungkin aku kehilangan rezeki sekarang tapi mungkin aku akan dapat rezeki yang lebih besar di masa hadapan. Siapa tahu kan?

Jadi sekarang, tiada apa yang perlu aku sedihkan atau kecewakan. Hidup mesti terus. Aku perlu mencari peluang dan rezeki di tempat lain kerana setiap insan di dunia akan di kurniakan dengan rezeki masing-masing dan terpulang pada insan tersebut untuk mencarinya.

Hujan... Turunlah segera... Aku mahu tidur dalam kesejukan hujan......

Thursday, February 28, 2008

FAKTA ATAU AUTA?

Kamu pasti pernah dengar fakta ini. Kaki wanita adalah berbeza dengan kaki lelaki. Kaki wanita biasanya lebih tirus pada bahagian depan.

Bentuk tirus itu membolehkan mereka mempunyai daya imbangan yang lebih baik dari kaum lelaki.

Tapi, benarkah bentuk kaki wanita seperti itu? Benarkah fakta tersebut?

Jadi, pada hari isnin yang lepas, aku berpeluang untuk membuat ujikaji untuk fakta tersebut.

Ketika Apeng dan Lula sedang sibuk membetulkan kereta kawan kami, Linda, aku yang lepak bersama Cendol dalam kereta Ain telah berjaya menjalankan ujikaji tersebut.

Secara kebetulan aku cuba memakai kasut Ain. Hasilnya.....



Terbukti fakta tersebut benar. Kaki wanita memang tirus di bahagian hadapan. Aku terfikir, macam mana pelakon lelaki yang melakonkan watak wanita memakai kasut tumit wanita? Bagaimana pula mak nyah pakai kasut wanita? Aku memang naif dan tak tahu semua benda ni...

Maka, tamatlah ujikaji bodoh ku ini. Sekian....

Sedikit hiburan buat kamu. Persembahan peserta Raja Lawak, Nabil...



Monday, February 25, 2008

MAIN JUJUR - JUJUR

Entri ini merupakan respond daripada komen-komen yang di berikan pada entri yang lepas.

---------------------------------------------------------

Pada tahun lepas, pada bulan disember, aku dan semua ahli family ku (cousin, pak cik, mak cik, abang, akak ipar ku kecuali parents aku) pergi ber camping di Janda Baik di Pahang.

Pada waktu malam, aku dan beberapa orang sepupu lelaki lepak bersama-sama dan berbual-bual pasal wanita (what else, eh?). Kemudian, sepupu aku, afiq, mengemukakan satu soalan...

Afiq: Abang Am, jom main jujur-jujur nak?


Aku: Apa tu?


Afiq: Jujur-jujur ni macam sessi soal jawab. Nanti kita akan di soal oleh orang lain dan kena jawab secara jujur. Tak boleh mengelak dari menjawab dan kena jawab dengan jujur. Nak tak?


Aku: Mana dapat benda ni?


Afiq: Ala, semua sepupu-sepupu pompuan kita selalu main. Diorang siap main kat sekolah lagi. Nak tak?


Aku: Ok la.


Afiq: Aan, nak main sekali tak?


Aan: Ok jugak.


Afiq: Abang Ekhsan nak main sekali tak?


Ekhsan: Tak nak. Abang selalu tak jujur (terus blah sebab awek dia call).


Aan: Patut la selalu tukar-tukar girlfriend.


Afiq: Ok. Soalan pertama dari Afiq kepada Abang Am. Buat masa sekarang ni, Abang Am ada minat kat sape-sape tak?

Terkedu juga aku mendengar soalan tu. Secara jujurnya, aku memang ada menyukai seorang wanita buat masa sekarang.

Gadis itu berkulit putih. Muka nya memang boleh tahan cantik (pada pandangan mata aku. Cantik sangat subjektif). Berambut panjang. Berbadan genit dan aku suka penampilannya.

Kalau mukanya ada iras-iras muka cina (chinese look), memang complete dan memenuhi citarasa wanita yang aku idam-idamkan.

Tapi, aku rasa agak kaget hendak tackle minah ni. First of all, dia berumur 19 tahun dan aku 24 tahun pada tahun ini. Beza kami 5 tahun. Tidak kah kamu rasa jarak umur aku dan dia amat jauh berbeza.

Yang kedua, dia seorang gadis yang pandai. Pada waktu persekolahannya, dia sering mendapat anugerah pelajar terbaik sekolah setiap tahun.

Yang ke third nya, dia seorang anak tunggal. Ya! Dia anak kesayangan family. Jika orang macam aku yang mahu tackle dia, pastilah parents dia akan reject aku dengan selambanya.

Yang keempat, dia hidup dalam family yang agak berada. Aku? Enuff said....

Aku juga tidak pasti samada aku akan tackle dia atau hanya akan aku jadi kan dia adik angkat. Dan yang lebih penting lagi, adakah dia sudi berkasih sayang dengan aku? (macam sial pulak ayat ni bila aku baca balik).

Soalan tersebut sering berlegar di kepala hotak aku. Pening juga bila memikirkan perkara yang tidak rumit berulang kali.

Afiq: Abang Am!!! Ada tak yang abang suka sekarang?

Jadi kamu agak, apa yang akan aku jawab?

Aku: Tak de. Buat masa sekarang, memang tak de.

Ya!!! Aku tipu. I'm a liar. Liar, liar, pants on fire. Lies for the liar. Lying is the most fun a girl have without taking her cloth off.........

Mudah sahaja aku berjaya menepis soalan itu.

Jadi pada kamu yang memberi komen bahawa aku terlampau jujur dalam entri yang lepas, mungkin tidak.

Kadang-kadang, kita kena berkelakuan jujur itu sifat yang terpuji dan baik untuk di amalkan. Tetapi kalau terlalu jujur juga akan membawa padah kepada kita.

Aku amat risau kerana sudah beberapa kali jawapan aku yang kamu kata terlalu jujur (atau pun memang jujur. Aku terlalu lurus bendul) telah beberapa kali membuatkan kenalan aku kecil hati dan menangis. tapi ada juga yang gembira aku menjawab dengan jujur.

Jadi, apa yang perlu aku lakukan? Perlukah aku terus jujur atau menipu? The answer is in your lying sadistic heart (kata kawan aku). Aku sendiri tak pasti dengan jawapan untuk soalan tersebut....

Apa pandangan kamu?

Friday, February 22, 2008

Q&A

Setiap soalan ada jawapan nya. Itulah benda yang aku pegang dalam hidup aku, walaupun kadang-kadang ada soalan yang aku tidak dapat jawab (contohnya, soalan nombor 2 test relationship marekting aku semalam, susah lah siot).

Berikut adalah beberapa soalan soalan dan jawapannya yang pernah aku dengar atau aku alami sendiri. Ada sesetengah jawapn tersebut tak masuk akal dan ada sesetengah jawapan tidak sepatutnya di berikan.

Situasi 1

Sepupu aku yang baru tingkatan 2 menyoal satu soalan kepada aku.

Soalan & Jawapan

"Abang am, awek johan (bukan nama sebenar sepupu aku) tanya kat johan ni. Dia tanya, breast dia besar ke tidak. Johan tak tahu nak jawab ni. Macam mana ni?"

"Mula-mula tanya saiz bra dia pakai. Kalau dia jawab 32A, kecik la tu. Kalau ada huruf B, sedang-sedang aje. Kalau ada huruf C, besar la tu. Kalau D, lagi besar."

Rumusan @ aftermath

Aku tidak sepatutnya menjawap soalan tersebut sebab sepupu aku tu baru form 2. Tapi lama kelamaan dia akan tahu juga kan? aku pun tak pasti penerangan aku itu 100% benar.


Situasi 2

Kawan aku menyoal kepada seorang bomoh sambil-sambil mencari kunci nya yang hilang.

Soalan & Jawapan

"Tok, macam mana nak jadi kaya?"

"Senang je. Kau beli pistol, lepas tu rompak bank."


Rumusan @ aftermath

Hotak dia lah, bomoh ni. Tak pasal-pasal masuk jail pulak nanti.


Situasi 3

Pensyarah aku menyoal kawan aku semasa subjek Channel Management

Soalan & Jawapan

"Azmi, apa maksud Halal-Hub?"

"A.... Hub.... Hup Seng (Syarikat yang keluar kan biskut)"

Rumusan @ aftermath

Pensyarah aku tu tersenyum sinis je. Nasib baik dia tak marah.


Situasi 4

Cikgu Biologi aku menyoal salah seorang classmate aku.

Soalan & Jawapan

"Di mana berlaku proses hutang oksigen?"

"Di kedai runcit."

Rumusan @ aftermath

Terus member aku tu kena marah dengan cikgu aku.


Situasi 5

Perbualan seorang budak sekolah dengan kawan nya yang konon-konon gothic sangat.

Soalan & Jawapan

"Band apa yang main Gothic eh?"

"Green Day, Good Charlotte..."

"Band melayu la..."

"Oh. Macam Jinbara la..."

Rumusan @ aftermath

Aku gelak besar-besar sorang dan taip entri ini....


Situasi 6

Kawan aku, seorang gadis, masih berasa kecewa kerana baru di tinggalkan boyfriend nya, menyoal aku soalan ini...

Soalan & Jawapan

"Mirul, kau agak-agak, boyfriend aku tu sayang kat aku lagi tak? Kau agak-agak dia still teringat kat aku lagi tak?"

"Tak kot sebab tadi aku nampak dia jalan dekat Summit dengan XXX, awek yang selalu nak try tackle balak kau masa korang tengah couple dulu"

Rumusan @ aftermath

Kawan aku tu terus straight menangis depan aku. Aku rasa aku tak patut jawab soalan tu kot...

Ok la. Sampai di sini sahaja untuk kali ini....

Wednesday, February 20, 2008

KEGEMBIRAAN KE ATAS KEMENANGAN LIVERPOOL FC DAN JUGA HAMPIR MENDAPAT MALU DI DEPAN AWEK KERANA MAMAI

Rembatan Steven Gerrard yang memberikan kemenangan mutlak ke atas Liverpool

Stevie G meraikan gol kemenangan tersebut

Setelah agak tidak besemangat untuk menyokong dan menonton perlawanan siaran langsung yang melibatkan Liverpool FC, akhirnya aku berasa ceria kerana Liverpool FC berjaya membuat kejutan dengan mengalahkan johan Liga Itali, Inter Milan 2-0.

Kredit harus di berikan kepada semua pemain Liverpool yang memberikan komitmen yang begitu baik sepanjang 90 minit.

Gol Steven Gerrard memberikan kelebihan 2 gol ketika berkunjung ke Stadium San Siro 3 minggu lagi.
----------------------------------------------

Ok. Cukup pasal Liverpool FC. Kembali ke kisah kehidupan aku yang membosankan.

Walaupun aku ada menghatar entri yang mengatakan aku akan kurang post entri kerana sibuk dengan test dan presentation, tetapi nampaknya aku telah menipu sekarang. Aku tetap menaip entri. Tension pula asyik mahu fokus pada test semata-mata.

Oleh kerana test aku yang akan datang pada hari khamis petang dan aku cuma perlu study 2 bab sahaja, aku meluangkan masa untuk menonton perlawanan bola sepak melibatkan Liverpool FC dengan Inter Milan yang berlangsung pada pukul 3:45 pagi tadi.

Aku tidak tidur malam itu untuk menunggu perlawanan tersebut. Aku berasa berbaloi kerana Liverpool berjaya menang dan menunjukkan antara aksi terbaik musim ini.

Jadi, aku pergi ke kelas dalam keadaan sedikit mamai (sedikit pening akibat tak cukup tidur). Aku tidak risau kerana kelas aku pada hari ini cuma presentation di mana aku boleh tidur di belakang tanpa di ganggu.

Sekali kelas aku batal pulak. Aku pun tidur di bilik kawan aku di kolej. Aku bangun balik pada pukul 11:45 pagi kerana aku berjanji hendak pulang ke rumah dengan kawan aku pada pukul 12:00 tengahari.

Aku masih berada dalam keadaan separuh mamai. Masih liat mata aku ini. Rasa mengantuk masih kuat melekat dalam kepala.

Kawan aku berhenti di pondok guard untuk mengambil Kad NR, kad yang menunjukkan bukti sebagai pelajarUiTM yang duduk di rumah sewa.

Aku pun keluar dan mengambil Kad NR kerana kawan aku, Apeng, dah ambik awal-awal lagi.

Selepas mengambil kad tersebut, aku pun cepat-cepat lari ke arah kereta Apeng. Tanpa aku sedari, rupa-rupanya aku telah pergi ke kereta seorang awek yang memandu kereta Wira.

Aku hampir-hampir membuka pintu kereta awek tu. Aku siap dah pegang handle pintu kereta awek tu dan hampir membukanya. Nasib baik aku cepat-cepat tersedar dengan kesilapan aku tersebut. Muka awek itu agak terkejut juga melihat aku hampir membuka pintu kereta dia.

Nasib baik aku tak masuk ke kereta awek tu, kalau tidak tercatatlah satu peristiwa yang memalukan di dalam hidup aku. Mungkin awek itu akan menjerit dan cakap aku mahu merogolnya dan aku kena tangkap dan kena buang universiti. Ah... Jauh sangat imiginasi aku ni....

Macam manalah aku boleh tak dapat bezakan kereta Proton Wira awek tu dengan kereta Mazda Apeng. Mungkin tahap mamai aku ketika itu agak tinggi seperti mat gian tengah high.

Seperti biasa, aku di gelakkan oleh Apeng dan roomate aku, Cendol, tanpa rasa belas kasihan.

Jadi, di harap kejadian ini menjadikan pengajaran kepada kamu. Kamu semua jangan tengok bola sampai tak tidur. Kamu semua jangan buat begitu, tapi aku tetap akan tengok bola lagi tak kira lah Liverpool lawan pukul berapa. Hehehehe.....

Monday, February 18, 2008

PILIHAN RAYA UMUM KE-12


Aku sudah bersedia untuk mengundi. Bagaimana dengan kamu?

Sunday, February 17, 2008

THIS WEEK......

Minggu ini aku akan menghadapi banyak test.

Strategy Marketing Management, Service Marketing dan Relationship Marketing. Semua nya ada test dan boleh di katakan subjek yang agak tough.

Itu tak termasuk presentation yang akan aku terlibat juga.

Minggu yang agak sibuk.

Mungkin kurang posting entri.

Bye.

Friday, February 15, 2008

BULLET FOR MY VALENTINE : MY BLOODY VALENTINE

Walaupun tajuk entri ini ada perkataan valentine, ini tidak bermakna aku ingin bercerita tentang sambutan Hari Valentine atau bercerita tentang pengalaman valentine aku.

Seingat akulah, aku tidak pernah menyambut hari kekasih ini. Walaupun pada masa itu aku ada teman wanita, tapi aku memang tidak sambut. Aku rasa tak payah lah aku hendak bercerita kenapa aku tak sambut benda alah ini kerana pada umumnya semua orang pun tahu tentang hari tersebut.

Tapi, ada juga benda yang ada perkataan valentine yang aku suka

1.Bullet for My Valentine

Bullet for My Valentine adalah sebuah band yang memainkan lagu bergenre metalcore/heavy metal dari USA. Album pertama band ini, The Poison, merupakan antara album yang aku minati. Mereka baru sahaja mengeluarkan album kedua mereka yang bertajuk Scream Aim Fire.

2. My Bloody Valentine

Ini merupakan tajuk lagu Good Charlotte dalam album kedua mereka, sebelum mereka merapek pada album-album seterusnya.

Nampaknya entri ini agak melalut sekarang, jadi biar aku hentikan kekalutan ini sebelum ia akan berlarutan semakin teruk.

Sebenarnya, sejak memasuki tahun 2008 ini, aku agak kekurangan idea untuk menulis. Mutu penulisan aku juga bagai sudah hilang (tak delah bermutu sangat pun penulisan aku sebelum ini) tapi rasanya macam dah merosot dari dulu.

Aku bagaikan sukar untuk menulis entri panjang lebar seperti tahun lepas. Jika kamu ada terbaca 3-4 entri aku tahun lepas tentang kisah silam aku yang jiwang dan panjang lebar dengan ayat puitis (macam sial je aku rasa masa tulis entri ini), pasti kamu ternampak perbezaan nya.

Ah!!! Biarlah! Aku rasa nanti gaya penulisan aku akan jadi seperti dulu kembali.

Oleh kerana tajuk entri ada perkataan "Bloody" di mana ia datang dari kata akar "blood", jadi aku ingin bercerita sedikit tentang darah.

Sejak kebelakangan ini, bila aku membuang kahak atau hingus, kahak dan hingus itu akan keluar bersama darah. Kadang-kadang akan keluar darah sahaja.

Keadaan ini agak merisaukan aku. Jadi aku bertanya pada mak aku. Mak aku cuma berkata suhu badan aku panas dan menjadi penyebab hidung aku berdarah. Di tambah pula dengan aku yang sering tidur lewat dan masa tidur yang tak tentu arah telah menyumbang lagi punca darah yang keluar dari hidung aku itu.

Bila aku cerita pada roomate aku, dia kata aku ada penyakit serius dan kalau aku pergi, dia nak MP4 aku. Yang sorang lagi nak laptop aku.

Celaka punya member, doakan aku mati pulak. Lepas tu ada hati pulak tu nak ambil barang-barang aku. Dapat pulak!!!!!!

Jadi aku andaikan yang badan aku panas menjadi punca kahak dan hingus aku berdarah. jadi aku ingin tanya sedikit soalan kepada kamu.

"Bagaimana mahu menurunkan tahap suhu badan aku yang panas ini?"

"Ada tak makanan atau minuman yang boleh menurunkan suhu badan aku ini?" (Tolong jangan bagi jawapan air badak kerana aku sudah banyak kali minum air badak tu dan suhu badan aku tak berubah pun)

Rasanya entri ini agak panjang juga ya. Ya. Berjaya juga aku buat entri yang agak panjang untuk tahun 2008 ini. Nanti aku akan buat entri yang lebih panjang lagi.

Tolong beri jawapan pada persoalan aku itu ya. Aku berhenti di sini kerana aku rasa aku sudah teruk sangat merepek dalam entri kali ini.....

Wednesday, February 13, 2008

AND I ALWAYS THINKING ABOUT THE FUTURE...

Minggu ini aku agak sibuk sedikit. Tetapi aku sempat jua mencuri masa untuk menaip entri ini.

Parlimen baru saja di bubarkan tengahari tadi. Ini bermakna pilihanraya sudah dekat. Kemungkinan besar pilihanraya akan di langsungkan pada 1 Mac 2008, yang aku dengar melalui rumours la...

Jadi, aku akan pergi membuang undi untuk pertama kali dalam hidup aku. Ini bukanlah perkara yang besar sangat, tetapi aku terasa sedikit teruja juga.

Ok, malas mahu cerita pasal politik.

Sebenarnya sejak kebelakangan ini, aku selalu terfikir tentang masa depan aku sebelum tidur. Aku selalu terfikir dan terasa risau pasal masa depan aku. Aku sering rasa macam aku ni seorang yang tidak punya masa depan.

Pernah tak kamu terfikir sedemikian rupa? Adakah benda ini normal bagi seseorang? Adakah ini cuma mainan perasaan?

Macam mana kalu betul? Aku sekarang berumur 24 tahun dan masih belajar dan belum bekerja. Adakah kamu rasa aku ni seorang yang dah lewat sangat umurnya untuk masih bergelar seorang pelajar dan masih belum bekerja?

Macam-macam yang aku fikir kan. Abang aku berkahwin semasa berumu 26 tahun sedangkan aku semasa umur 25 tahun nanti baru mahu cari pekerjaan.

Benda-benda ini sering bermain di benak pemikiran aku dan sering membuat kan aku risau tak tentu hala.

Adakah aku akan berjaya dalam kehidupan aku walaupun aku lambat memulakan alam pekerjaan nanti? Entah la....

Only time will tell.............

Monday, February 11, 2008

FACE/OFF WITH THE EX

Aku baru kembali dari cuti semester selama seminggu. Sebagai seorang pelajar, cuti seminggu memang tidak pernah cukup rasanya.

Walaupun cuti itu amat pendek, tetapi masih meninggalkan beberapa perkara yang agak menarik (pada diri aku) dan mungkin boleh mengimbau kenangan lama aku.

Tanpa aku sangka-sangkakan, aku telah bertembung mata dengan ex-girlfriend aku yang pertama sewaktu cuti itu. Kita gelarkan dia Mir (bukan nama sebenar) ya? Pertemuan berlaku di satu-satunya kedai runcit melayu di taman aku.

Sejak putus, aku hanya pernah jumpa dan bercakap 3 kali sahaja dengan dia. Semuanya berlaku di UiTM Segamat. Tak sangka pula dia juga menyambung pelajaran nya di situ.

Mir: Lama tak jumpa. Apa khabar?

Aku: Ok-ok je.

(Seterusnya adalah perbualan tidak penting jadi aku terus ke bahagian penting sahaja)

Mir: So, awek macam mana sekarang?

Aku: Awek yang mane?

Mir: Lepas kita putus, awak ada couple dengan budak KL kan?

Aku: Oh! Tu dah putus lama dah. Kekal 7-8 bulan je. That was a mistake.

Mir: Ape yang mistake nye?

Aku: That girl and that relationship.

Mir: Hehe.. Nape cakap orang putih pulak ni.

Sebenarnya aku agak gugup ketika berbual dengan dia pada masa itu. Tu yang sampai terkeluar bahasa inggeris aku yang broken habis tu. Sungguh memalukan...

Mir: Lepas tu bukan awak ada couple dengan satu lagi ke masa belajar dekat...

Aku: Dah putus masa malam raya 2006 dan masih single sampai sekarang...

Mir: Tak cari baru?

Aku: Busy la...

Mir: Awak ada blog kan? Terjumpa friendster awak. Pastu terjumpa blog awak sekali.

Aku: Owh. Ye ke?

Mir: Tak de cerita pasal kite ke dalam blog awak tu?

Aku: Hehe... Belum lagi setakat ni. Nanti la. Kalau rajin nak korek cerita lama...

Mir: Oh ye. Maybe saya tunang akhir tahun ni. Nanti kenduri datanglah.

Aku: Insyaallah kalau tak de benda.

Mir: Ok bye.

Perbualan tamat begitu sahaja. Aku tahu dia sudah ada teman baru ketika menuntut di UiTM dulu melalui adik lelakinya. Ya, aku masih akrab dengan adiknya walaupun aku sudah putus ikatan dengan dia.

Nampaknya, dia bakal bertunang tidak lama lagi. Aku masih keseorangan.

Aku pulang ke rumah. Cuba mencari memori manis aku bersamanya sewaktu dahulu. Banyak juga yang aku ingat tetapi tiada satu pun yang aku anggap cukup manis untuk dijadikan "memori manis".

Berbeza dengan hubungan yang aku dengan ex-awek aku yang aku anggap sebagai "mistake" itu, walaupun sedikit, tetapi banyak juga yang mampu membuat aku tersenyum. (kita gelarkan awek nombor dua aku ini sebagai mistake mulai sini).

Jadi, adakah aku salah menilai perhubungan aku selama ini? Atau aku sudah berjaya melupakan Mir tetapi masih mengingati mistake?

Kadang-kadang aku ada juga teringat kepada mistake. Tetapi kami sudah sepakat untuk putus kerana menganggap hubungan kami adalah hubungan yang gagal dan tidak akan berjaya. Atau sebenarnya kami yang salah menilai ketika itu?

Aku masih ada nombor telefon mistake. Perlukah aku menghubungi dia dan memulakannya semula?

Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah?

Argh!!! Nanti-nantilah aku cari awek lain. Benda yang lepas usah di kenang. Tak gitu?

P/S: Dalam entri yang lepas, saudara FairuzMokti ada meninggalkan soalan di bahagian komen aku, "kenapa kau berblog..??" Jawapannya, sila baca enti ini. Sekian.

Tuesday, February 5, 2008

MENJAWAP PERSOALAN KAMU

Aku menerima banyak komen tentang blog aku ini. Samada komen itu di komen oleh pembaca blog aku secara terus di ruang komen atau secara tidak terus.

Secara ti dak terus merujuk kepada cara komen melalui friendster dan myspace, samada melalui ruang komen friendster/ myspace atau secara message yang di baca di dalam inbox.

Ada seorang gadis telah menghantar message ke friendster aku:

"Your blog is so funny.... I mean, funny in the right way."

Aku sebenarnya kurang faham samada ini ialah pujian atau sindiran. Sweety, lain kali komen secara berterus terang ya?

Seorang blogger, bernama Wandai, meninggalkan komen di friendster aku. Rasanya bunyi komennya macam ini:

"Aku suka baca blog kau. Keselambaan..." (Wandai, kalau salah ayat ini, maafkan aku)

Terharu aku membaca komen ini. Akhirnya Wandai berjaya membuat blog melalui wordpress. Semoga terus berjaya dengan blog kamu.

Ok. Sekarang kita ke tajuk yang sepatutunya dibincangkan dalam entri ini. Aku mahu menjawab persoalan dari pembaca aku yang biasanya di soal melalui message friendster dan myspace atau secara bersemuka dengan aku.

Aku rasa, ini sessi ketiga aku menjawab soalan kamu di dalam blog aku. Tak kisahlah. Layan....

Soalan 1

Apsal entri kau sekarang ni pendek-pendek je? - Soalan dari kawan aku melalui message myspace

Jawapan 1

Aku sibuk sikit semester ini. Banyak subjek tough aku ambil semester ini. Jadi harap kau faham keadaaan aku.Lagipun aku macam belum dapat tune yang sesuai sejak tahun 2008.

Soalan 2

Kenapa tak buat entri kisah-kisah silam kau macam dulu? - Identiti penyoal dirahsiakan atas kehendak beliau.

Jawapan 2

Sebenarnya banyak juga aku mahu kongsikan tentang kisah silam aku. Tapi, kalau cerita pasal kisah silam aku, aku kena taip entri yang panjang. Sekarang ini agak sukar untuk aku taip entri yang panjang (rujuk jawapan 1 di atas).

Soalan 3

Sampai berapa lama kau nak memblog nih? - Kawan aku, Amri, secara bersemuka semasa tengah berbual tentang hal-hal politik.

Jawapan 3

Entahlah. Kita tunggu dan lihat. Kalau aku terus berblog, mungkin isi kandungan akan berubah apabila aku dewasa kelak? Entah. Tidak berani jawab soalan itu.

Soalan 4

Aku nak beli blog kau ni dengan harga sejuta. Nak tak? - Soalan dari orang yang aku tidak kenal. sebenarnya dalam mimpi yang aku alami semalam. Hehe...

Jawapan 4

Aku tidak sempat jawab sebab aku tiba-tiba tersedar.

Soalan 5

Adakah apa yang kau tulis dalam blog kau adalah kisah benar? Tentang pengalaman hidup kau lah maksud aku... - Kawan aku yang bergelar malapetaka. Aku chat dengan dia Ahad lepas dan ini benda pertama dia soal aku. Cilakak punya kawan. Tanya la khabar aku dulu.

Jawapan 5

Ya! Mestilah benar. Mungkin pada dialog perbualan ada sedikit tipu kerana kadang-kadang aku dah tak ingat dialog perbualan aku dengan seseorang. jadi aku reka ayat itu melalui isi penting perbualan yang aku ingat. Itu kira tipu ke?

Soalan 6

Kau ingat blog kau best ke? Blah la. Poyo je blog kau ni. - Oleh seorang minah yang tiba-tiba nak marah dengan aku melalui message myspace. Lepas tu nak add aku as friend pulak. Terus aku mark as spam kat dia.

Jawapan 6

Aku tak pernah nak anggap blog aku best pun sebab banyak blog yang best-best di alam cyber ni. Blog aku biasa-biasa je. Ni blog aku. Peduli ape kau blog ni best ke tak?

Sekian sessi menjawap soalan yang tidak bermakna ini. Harap kamu gembira atau mungkin bersedih sebab membuang masa membaca entri sampah ini. Salam....

Sunday, February 3, 2008

GELI MAT!!!!

Setelah berbual perkara sedih (sedih sangat pulak) pasal arwah atuk dan nenek aku dalam entri sebelum ini, mari kita berhibur sedikit.



Haha.... Geli Mat!!!!

DATUK DAN NENEK

Aku terima SMS semasa khamis malam.

"Mirul, kita balik esok pukul 8 pagi la. Atok aku meninggal la."

Malam tadi, aku teringat kembali tentang SMS itu. Membuatkan aku terkenangan kisah hidup aku bersama arwah atuk dan nenek.

Aku rasa, aku amat jarang (atau mungkin kurang atau tidak pernah langsung) mendapat kasih sayang dari seorang yang bergelar atuk dan nenek.

Di sebelah ayah aku, nenek telah meninggal dunia ketika ayah aku berumur 18 tahun lagi. Ini bermakna ayah aku belum berkahwin lagi ketika arwah nenek meninggal dunia. Aku hanya melihat gambar arwah nenek aku sahaja.

Atuk sebelah ayahku pula meninggal ketika umurku belum pun mencecah setahun.

Ramai pak cik dan mak cik aku yang berkata bahawa muka aku memang serupa dengan muka arwah atuk ku. Lagipun, semasa aku lahir sehingga hayat terakhir arwah atuk aku, aku merupakan cucu kesayangannya dan dia sering mendukung aku dan menjaga aku semasa ayah dan ibu ku pergi berniaga.

Ada seorang mak cik aku yang suka melihat aku. Katanya, bila dia melihat muka aku, kerinduan mak cik aku ni kepada arwah ayahnya terubat sedikit.

Arwah atuk aku sebelah ibu aku pula meninggal ketika aku berumur 4-5 tahun. Mungkin 4 untuk lebih tepat. Meninggal ketika sedang minum di warong. Aku kurang rapat dengan arwah atuk aku kerana aku tinggal di Johor dan arwah tinggal di Selangor. Lagipun, aku kecil lagi ketika itu.

Arwah nenek sebelah ibu aku meninggal ketika aku darjah 6. Beberapa minggu sebelum aku mengambil peperiksaan UPSR. Ketika dia sakit, dia menyuruh aku belajar bersunguh-sunguh dan dapat kan 4A dalam UPSR 9masa ni masih 4A lagi, belum jadi 5A macam sekarang). Arwah meninggal pada tanggal 9 jun 1996 (9/6/96).

Jadi kepada kamu yang masih ada atuk dan nenek tu, kasihilah mereka selagi hayat mereka masih ada. Setiap manusia akan pergi jua satu hari nanti, jadi kasihi mereka dan jangan sesali apabila mereka telah tiada lagi.
_________________________

Nanti. Belum habis lagi.

Aku ada bercerita tentang hal atuk dan nenek ini kepada ayahku. Ayahku menjawab ringkas...

"Kalau Aam nak rasa dapat atuk dengan nenek, bagi abah kawin dengan pompuan muda yang ada mak bapak lagi. Mesti dapat atuk dengan nenek."

Ha...Ye la tu, abah. Dapat pulak kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...