Belilah Novel Aku!!!!

Tuesday, February 5, 2008

MENJAWAP PERSOALAN KAMU

Aku menerima banyak komen tentang blog aku ini. Samada komen itu di komen oleh pembaca blog aku secara terus di ruang komen atau secara tidak terus.

Secara ti dak terus merujuk kepada cara komen melalui friendster dan myspace, samada melalui ruang komen friendster/ myspace atau secara message yang di baca di dalam inbox.

Ada seorang gadis telah menghantar message ke friendster aku:

"Your blog is so funny.... I mean, funny in the right way."

Aku sebenarnya kurang faham samada ini ialah pujian atau sindiran. Sweety, lain kali komen secara berterus terang ya?

Seorang blogger, bernama Wandai, meninggalkan komen di friendster aku. Rasanya bunyi komennya macam ini:

"Aku suka baca blog kau. Keselambaan..." (Wandai, kalau salah ayat ini, maafkan aku)

Terharu aku membaca komen ini. Akhirnya Wandai berjaya membuat blog melalui wordpress. Semoga terus berjaya dengan blog kamu.

Ok. Sekarang kita ke tajuk yang sepatutunya dibincangkan dalam entri ini. Aku mahu menjawab persoalan dari pembaca aku yang biasanya di soal melalui message friendster dan myspace atau secara bersemuka dengan aku.

Aku rasa, ini sessi ketiga aku menjawab soalan kamu di dalam blog aku. Tak kisahlah. Layan....

Soalan 1

Apsal entri kau sekarang ni pendek-pendek je? - Soalan dari kawan aku melalui message myspace

Jawapan 1

Aku sibuk sikit semester ini. Banyak subjek tough aku ambil semester ini. Jadi harap kau faham keadaaan aku.Lagipun aku macam belum dapat tune yang sesuai sejak tahun 2008.

Soalan 2

Kenapa tak buat entri kisah-kisah silam kau macam dulu? - Identiti penyoal dirahsiakan atas kehendak beliau.

Jawapan 2

Sebenarnya banyak juga aku mahu kongsikan tentang kisah silam aku. Tapi, kalau cerita pasal kisah silam aku, aku kena taip entri yang panjang. Sekarang ini agak sukar untuk aku taip entri yang panjang (rujuk jawapan 1 di atas).

Soalan 3

Sampai berapa lama kau nak memblog nih? - Kawan aku, Amri, secara bersemuka semasa tengah berbual tentang hal-hal politik.

Jawapan 3

Entahlah. Kita tunggu dan lihat. Kalau aku terus berblog, mungkin isi kandungan akan berubah apabila aku dewasa kelak? Entah. Tidak berani jawab soalan itu.

Soalan 4

Aku nak beli blog kau ni dengan harga sejuta. Nak tak? - Soalan dari orang yang aku tidak kenal. sebenarnya dalam mimpi yang aku alami semalam. Hehe...

Jawapan 4

Aku tidak sempat jawab sebab aku tiba-tiba tersedar.

Soalan 5

Adakah apa yang kau tulis dalam blog kau adalah kisah benar? Tentang pengalaman hidup kau lah maksud aku... - Kawan aku yang bergelar malapetaka. Aku chat dengan dia Ahad lepas dan ini benda pertama dia soal aku. Cilakak punya kawan. Tanya la khabar aku dulu.

Jawapan 5

Ya! Mestilah benar. Mungkin pada dialog perbualan ada sedikit tipu kerana kadang-kadang aku dah tak ingat dialog perbualan aku dengan seseorang. jadi aku reka ayat itu melalui isi penting perbualan yang aku ingat. Itu kira tipu ke?

Soalan 6

Kau ingat blog kau best ke? Blah la. Poyo je blog kau ni. - Oleh seorang minah yang tiba-tiba nak marah dengan aku melalui message myspace. Lepas tu nak add aku as friend pulak. Terus aku mark as spam kat dia.

Jawapan 6

Aku tak pernah nak anggap blog aku best pun sebab banyak blog yang best-best di alam cyber ni. Blog aku biasa-biasa je. Ni blog aku. Peduli ape kau blog ni best ke tak?

Sekian sessi menjawap soalan yang tidak bermakna ini. Harap kamu gembira atau mungkin bersedih sebab membuang masa membaca entri sampah ini. Salam....

11 comments:

aria ayumi said...

hehe. banyak ye soklan yg kamu dpt ttg blog.

erm... berkenaan soklan ke bape tah.. yg samada cara penulisan akan berubah ke tak... bg pandangan kite... jawapannya YA... sbb kite dh hampir 3 tahun berblog... dari semasa ke semasa... cara kite berblog... memang ade yg berubah... dan klw nak dibandingkan ms mula2 berblog dgn skang... mmg jauh bezanya... mebi sbb cara kita berpikir mudah berubah bile masa berlalu... dlm erti kata lain... lama2 kita akan matang dlm berblog... :)

wheee~~ wandai~~~ said...

Betul la komen aku tu..xsgka kau ingat lak~
heheee~

anyhow, sekarang terjawab sket persoalan yg aku fikirkan~
agak selfish, kerana aku pk ntuk diri aku sndri..
tapi kau dah jawab persoalan2 aku~
indirectly la, i mean..

per yg aku mrepek ni, ntah la..

azrul said...

bagi aku plak, semakin lama aku berblog, semakin rasa 'terdedah'. aku tak tahu perkataan apa yg sesuai. bukannya blog aku popular sangat pun, tp entahlah, mungkin sebab makin ramai orang yang aku kenal tahu pasal blog aku. ataupun aku mmg biol.

joey said...

matila....self interview ka.....hehehehe



ala-ala...jawab soklan wartawan laaa....
anggap jer ko kunun-kunun masuk top 5 blogger...dalam ABP...itupun klu aderla anugerha tuh..hehehehe


anyway..apa jugu sebab kita buat benda alah ni....yang penting kita dapat luahkan sesuatu yang terbuku dalam hati dan minda kan?

tak kisahla sama ada pasal cinta ataupun statistik macam mana nak jadi artis popular dengan segera... :)

barb michelen said...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is

Hujan Malam said...

nape ad org ckp blog kamu poyo?suke hati kamu la kan..blog kamu kn?hehe..err..ejaan 'menjawap' tu sepatutnye 'menjawab'..hehehe

Apachai Hopachai said...

epi CNY!
ko berblog la sampai ko kawen
nnt ko leh cite camne perasaan ko bile kawen nnt, dpt anak.
hahahaa

Inah said...

blog adalah luahan kita

tapi betul kata azrul..aku sendiri terasa terancam bila ade org yg dikenali mengintai blog aku dan tahu berkenaan private life aku

aku dah delete pun blog lama aku :)

aremierulez said...

aria ayumi..
aku rasa suma pemblogger akan berubah cara blog bila sudah sekian lama...
dulu masa buat blog ni, aku mmg tiada motif. mungkin benar kita semakin matang..

wandai..
aku ni seorang yang susah untuk melupakan sesuatu yg di katakan oleh org kpd aku. sbb tu aku ingat

azrul..
terdedah..ya. aku rasa perkataan tu tepat juga. setelah membaca pelbagai jenis blog, aku lebih terbuka sekarang...

kau bila nak memblogging balik azrul?

joey..
kalau ada anugerah itu, aku tetap tak kan tercalon..

kau dah cuba tak cara untuk jadi artis popular tu?

barb michelen..
berani kau tinggalkan komen spam kat blog aku. bapak kau lah!!!

hujan malam...
aku juga terperasan yg aku dah salah eja. tapi malas nak betulkan...biarlah...

bulusan...
aku mmg bercadang nak memblogging selagi termampu. kalau boleh, mungkin hingga ke akhir hayat

inah..
aku pun kadang2 rasa terancam. tapi aku buat tak tahu je..

fairuzmokti said...

aku nak tanya kau satu soalan...

kenapa kau berblog..??

aremierulez said...

fairuz mokti...
kau nak aku jawap soalan kau tu?
baca entri aku yg ni... terjawaplah persoalan kau tu..

http://aremierulez.blogspot.com/2007/08/best-ke-jadi-bloggers.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...