Belilah Novel Aku!!!!

Monday, February 11, 2008

FACE/OFF WITH THE EX

Aku baru kembali dari cuti semester selama seminggu. Sebagai seorang pelajar, cuti seminggu memang tidak pernah cukup rasanya.

Walaupun cuti itu amat pendek, tetapi masih meninggalkan beberapa perkara yang agak menarik (pada diri aku) dan mungkin boleh mengimbau kenangan lama aku.

Tanpa aku sangka-sangkakan, aku telah bertembung mata dengan ex-girlfriend aku yang pertama sewaktu cuti itu. Kita gelarkan dia Mir (bukan nama sebenar) ya? Pertemuan berlaku di satu-satunya kedai runcit melayu di taman aku.

Sejak putus, aku hanya pernah jumpa dan bercakap 3 kali sahaja dengan dia. Semuanya berlaku di UiTM Segamat. Tak sangka pula dia juga menyambung pelajaran nya di situ.

Mir: Lama tak jumpa. Apa khabar?

Aku: Ok-ok je.

(Seterusnya adalah perbualan tidak penting jadi aku terus ke bahagian penting sahaja)

Mir: So, awek macam mana sekarang?

Aku: Awek yang mane?

Mir: Lepas kita putus, awak ada couple dengan budak KL kan?

Aku: Oh! Tu dah putus lama dah. Kekal 7-8 bulan je. That was a mistake.

Mir: Ape yang mistake nye?

Aku: That girl and that relationship.

Mir: Hehe.. Nape cakap orang putih pulak ni.

Sebenarnya aku agak gugup ketika berbual dengan dia pada masa itu. Tu yang sampai terkeluar bahasa inggeris aku yang broken habis tu. Sungguh memalukan...

Mir: Lepas tu bukan awak ada couple dengan satu lagi ke masa belajar dekat...

Aku: Dah putus masa malam raya 2006 dan masih single sampai sekarang...

Mir: Tak cari baru?

Aku: Busy la...

Mir: Awak ada blog kan? Terjumpa friendster awak. Pastu terjumpa blog awak sekali.

Aku: Owh. Ye ke?

Mir: Tak de cerita pasal kite ke dalam blog awak tu?

Aku: Hehe... Belum lagi setakat ni. Nanti la. Kalau rajin nak korek cerita lama...

Mir: Oh ye. Maybe saya tunang akhir tahun ni. Nanti kenduri datanglah.

Aku: Insyaallah kalau tak de benda.

Mir: Ok bye.

Perbualan tamat begitu sahaja. Aku tahu dia sudah ada teman baru ketika menuntut di UiTM dulu melalui adik lelakinya. Ya, aku masih akrab dengan adiknya walaupun aku sudah putus ikatan dengan dia.

Nampaknya, dia bakal bertunang tidak lama lagi. Aku masih keseorangan.

Aku pulang ke rumah. Cuba mencari memori manis aku bersamanya sewaktu dahulu. Banyak juga yang aku ingat tetapi tiada satu pun yang aku anggap cukup manis untuk dijadikan "memori manis".

Berbeza dengan hubungan yang aku dengan ex-awek aku yang aku anggap sebagai "mistake" itu, walaupun sedikit, tetapi banyak juga yang mampu membuat aku tersenyum. (kita gelarkan awek nombor dua aku ini sebagai mistake mulai sini).

Jadi, adakah aku salah menilai perhubungan aku selama ini? Atau aku sudah berjaya melupakan Mir tetapi masih mengingati mistake?

Kadang-kadang aku ada juga teringat kepada mistake. Tetapi kami sudah sepakat untuk putus kerana menganggap hubungan kami adalah hubungan yang gagal dan tidak akan berjaya. Atau sebenarnya kami yang salah menilai ketika itu?

Aku masih ada nombor telefon mistake. Perlukah aku menghubungi dia dan memulakannya semula?

Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah? Perlukah?

Argh!!! Nanti-nantilah aku cari awek lain. Benda yang lepas usah di kenang. Tak gitu?

P/S: Dalam entri yang lepas, saudara FairuzMokti ada meninggalkan soalan di bahagian komen aku, "kenapa kau berblog..??" Jawapannya, sila baca enti ini. Sekian.

11 comments:

joey said...

pakcik...serach for another gems...

banyak lagi jewel in the palace....


maybe you should look for..apa...nadia....apa-apa ajala...

kalau kau rasa ko tak dapat melupakan si mistake...cuba2 la contact dia....mana tau dia masih berfeeling dengan ko...hehehe

palie said...

wow.. bro... sadisnya citer kamu... tersentuh hati dibuatnya...

p/s: aku dah add link blog kamu... rasanya cam dah wat dulu... tapi bile aku check2... xde lak... huhu...

wandai said...

bergantung pada kaulah mirul..
tak salah kalo contact ex yg lama..
n xsalah gak kalo cari baru..
heheeee

aremierulez said...

joey...
buat mse skang ni, malas la nak pikir pasal hal pompuan ni...
bnyk komitmen la...

palie..
sedih ke? aku pun terharu..
tak kisah la kamu nak link atau tidak. yang penting kamu terus membaca blog aku yang tak seberapa

wandai..
malas la. aku mahu hidup bebas buat masa skang..

apachai bulus said...

errmmm
ape kate ko berfoya²
baru best
hahahaha
single lagi best la aku rase
freee~

aremierulez said...

bulus...
aku pun berperasaan macam tu jugak...
dah habis study bru pikir psal pompuan...
tapi takut menyimpang lak nanti

Hujan Malam said...

sdh gak bc entri yg ni..tringat kisah lma..huhuhu

aremierulez said...

hujan malam...
kisah ape ye? boleh kongsi sama2?

Inah said...

hmm..aku terasa seyy baca entri ni.walaupun ko x de niat pun nak tulis entri ni..:)

well..talking bout ex

ex yang paling aku sayang dah kawin

ex aku yg baru ni bawak diri ke johor

dan aku?

alone

tanya pada pokok
apa sebab goyang
nanti jawab pokok
angin yang goncang
tanya sama langit
apa sebab hujan
nanti jawab langit
tanyalah awan

awan nanti kata
aku kandung air
sampai tempat sejuk
aku pun cair
tengok dalam air
nampak bayang-bayang
campak satu batu
bayang pun hilang

tanya sama hati
apa asal sayang
adakah tandanya
nampak dipandang
kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya
punya tanda-tanda
hubungan mesra

tanya sama hati
pernahkah merindu
ingat masa lena
apa mimpimu
masa berjauhan
apa nan dikenang
bila difahamkan
itulah sayang

jikalau tidak kerana sayang
kuntuman kasih tak mungkin kembang
andainya jemu mengganti rindu
jambangan mesra tentulah layu

lagu ni besh plak didengar :)

sesekali melayan lagu lama

byk makna tersirat

aria ayumi said...

huhu. bape banyak awk amie ni... dh penah kapel 2 kali ke 3 kali? huhu kompius lak. pape pun, yg dah lepas tu... tak bleh kembali pd asal... klw kembali gak, dh tak sama mcm dulu lagi... so, better kita lepaskan lah... :)

aremierulez said...

inah...
kalau ex dah kawin mesti lagi rase sayu kan...
penuh makna lagu tuh....

aria ayumi...
dah 3 kali kapel dan 3 kali putus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...