Belilah Novel Aku!!!!

Friday, February 29, 2008

LISTEN TO THE RHYTHM OF THE FALLING RAIN....

Entri ini agak istimewa kerana ia ditaip pada tarikh 29 Febuari, tarikh yang hanya datang 4 tahun sekali. Jika aku tidak post entri hari ini, aku perlu menunggu 4 tahun lagi untuk menghantar entri pada tarikh 29 Febuari ini....
------------------------------------------------------

Sejak-dua menjak ni, keadaan cuaca di Segamat memang jauh berubah sama sekali. Cuaca yang sering panas terik selama ini berubah menjadi hujan tidak henti-henti.

Hujan berpanjangan ini ada kebaikan dan keburukannya kepada aku.

Keburukannya, aku hampir-hampir gagal menghadiri test Servis Management pada petang Rabu kerana aku pergi ke UiTM dengan vespa roomate ku. Kalau hujan lebat, macam mana nak pergi dengan menaiki vespa? pasti basah kuyup pula....

Kebaikannya, hidung aku sudah berhenti berdarah. Seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini, hingus dan kahak ku sering berdarah dan ini membuatkan aku risau. Adakah aku menghidap penyakit serius? Atau hanya kerana suhu badanku panas?

Maka terjawablah sudah persoalan ku ini. Apabila cuaca sejuk, hidungku berhenti berdarah. Aku sihat!!!

Tapi, ada juga yang menakutkan dalam musim hujan ini.

Segamat + Hujan tak henti-henti = Banjir.

Jadi harap Segamat tidak banjir...

Bercakap tentang hujan, banyak perkara yang boleh aku ceritakan mengenai hujan (tidak termasuk tentang band indie yang semakin popular, Hujan).

Aku pernah mengalami banyak perkara dalam hujan atau pun musim hujan. Aku pernah mendapat kenangan manis di waktu hujan dan juga mendapat kenangan buruk di waktu hujan.

Kebanyakan peristiwa di waktu hujan atau musim hujan memberi impak yang dalam kehidupanaku. Aku pernah berhujan dan basah kuyup semasa menghadapi satu kejadian yang berjaya membuat satu turn over yang besar dalam hidup aku satu masa dahulu.

Apa peristiwa itu? Biarlah ia menjadi rahsia peribadi aku. Tidak semua perkara boleh di coret di atas blog aku ini.

Dan hari ini, dalam tempoh kurang 3 jam, di dalam musim hujan ini, aku mengalami dua perkara yang berjaya mengubah perspektif hidup ku.

Aku melalui peristiwa tersebut hanya melalui telefon sahaja, tetapi sudah cukup untuk mengubah haluan hidup aku dan juga perspektif sebenar tentang hidupku yang terumbang ambing ini.

Dari panggilan telefon itu, aku dapan mengetahui bahawa masa depan yang aku rancang dan impikan telah hancur dan tak mungkin akan terjadi lagi pada masa depan. Apa yang aku harapkan selama ini telah menjadi habuk. Apa yang tinggal kini, hanya kenangan yang akan aku kenang hingga hujung nyawa.

Aku sebenarnya agak berasa sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Tidak sangka ada pihak lain yang telah membuat keputusan yang begitu drastik sehingga mengganggu segala perancangan yang telah aku atur untuk masa depan ku.

Tapi apa kan daya. Kita merancang, tuhan yang menentukan. Sudah tertulis di suratan takdir bahawa aku tidak akan dapat apa yang aku rancang. Aku hanya boleh menoleh kebelakang dan hanya mampu melihat ia sebagai "bukan rezeki aku" lagi.

Aku agak berasa sedih dan kecewa. Aku terus berkelakuan biasa di depan roomate dan housemate ku. Walaupun tadi semasa aku lepak dengan roomate aku dan empat orang gadis sambil membuat lawak dan ketawa tak henti-henti, sempat jua ia melintas di mindaku. Tapi aku masih berlagak biasa di depan mereka dan terus membuat lawak.

Aku rasa, aku sudah sedikit matang dalam mengendalikan masalah perasaan dan jiwa sekarang. Mungkin agak lambat kerana sudah 24 tahun umur ku pada tahun ini, aku baru hendak matang. Tetapi aku gembira kerana aku mampu berlagak seperti biasa.

Malah aku juga terfikir, perkara ini memberikan aku satu hikmah yang besar juga pengajaran dalam hidup aku. Mungkin aku kehilangan rezeki sekarang tapi mungkin aku akan dapat rezeki yang lebih besar di masa hadapan. Siapa tahu kan?

Jadi sekarang, tiada apa yang perlu aku sedihkan atau kecewakan. Hidup mesti terus. Aku perlu mencari peluang dan rezeki di tempat lain kerana setiap insan di dunia akan di kurniakan dengan rezeki masing-masing dan terpulang pada insan tersebut untuk mencarinya.

Hujan... Turunlah segera... Aku mahu tidur dalam kesejukan hujan......

9 comments:

harapanku said...

owh, hujan itu meninggalkn byk kenangan...
weh, klo batuk + kahak berdarah tu petanda buruk tu,
rajin2 la g jumpa doc,
takut tekak ko luka tu...

F a r A said...

hm. dkat tronoh pun. sgt panas until 2 hari lepas. hujan hujan dan hujan. aku nak basoh baju pun xpat =_=" sang matahari xde. aihhh.

ha ah la. seek medical treatment.
n get well soon k.

cheers.

aremierulez said...

harapanku...
sejak musim hujan ni, dah tak de darah yang keluar dari mulut atau hidung ku...mungkin dah orait kot!!!

fara..
rupanya hujan jugak kat sane ye?

nampaknya pilihanraya tahun ni dlm musim hujan...bnyk calon bakal demam? entah la...

fairuzmokti said...

mak aih, citer pasal hidung berdarah dan hujan pun panjang giler ke...?? huhu...

aremierulez said...

fairuzmokti...

ha.. tu belum cite kisah-kisah silam aku. mau panjang tiga kaki...hehe..

Hujan Malam said...

Tuhan mentakdirkan kite tidak dapat sesuatu itu kerana Dia menjanjikan yang lebih baik utk kite di masa depan..

aremierulez said...

hujan malam..
harapnye begitulah...

aria ayumi said...

matang tidak perlu dilihat pd usia, amie... :)

aremierulez said...

aria ayumi...
tapi untuk diri saya, bila dah membesar ni baru terasa matang sikit...sikit je la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...