Belilah Novel Aku!!!!

Wednesday, March 12, 2008

ENTRI TERAKHIR TENTANG POLITIK DAN PILIHANRAYA KE-12

Aku dah malas juga mahu tulis pasal politik ni. Tapi, untuk kali terakhir (harapnya) aku akan menulis juga. Untuk menjelaskan beberapa perkara berkaitan diri aku, politik dan sewktu dengannya.

Entri kali ini ada sifat perkauman. Kepada bangsa bukan melayu yang membaca blog aku (kalau ada) yang berasa marah dengan entri ini. Maafkan aku...

1. MELAYU DAN POLITIK

(a) Ketuanan Melayu

Ramai penyokong kerajaan merungut dan marah kepada orang yang menyokong pembangkang, kononnya jika pembangkan menang, Malaysia akan jatuh di tangan kaum cina atau india.

Pertama sekali biar aku katakan di sini, orang bukan melayu tidak boleh memerintah Malaysia. Kenapa? Pernahkan kamu dengar tentang "Ketuanan Melayu?" Jika tidak, mungkin kamu tidak menumpukan perhatian atau tidur semasa kamu belajar sejarah tingkatan 4 atau 5. Aku tidaklah minat sejarah tapi aku tak tahu kenapa perkataan dan subjek mengenai "Ketuanan Melayu" masih kekal dalam kepala aku.

Ketuanan Melayu ialah ialah fahaman perkauman bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Malaysia ataupun Tanah Melayu. Orang Cina Malaysia dan orang India Malaysia dianggap terhutang budi kepada orang Melayu kerana menerima kewarganegaraan dan sebagai balasan, orang Melayu mempunyai hak istimewa mengikuti Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia.

Jadi macam mana pun, pucuk pimpinan kita mestilah kaum melayu kerana jawatan Perdana Menteri hanya akan di approve oleh Duli Yang Maha Mulia Agong Malaysia yang memerintah dan mereka mahukan kaum melayu.

Begitu juga dengan Menteri Besar di mana jawatan tersebut akan di aprove oleh sultan atau raja yang memerintah di negeri berkenaan. Sebab tu Sultan Perak mahu MB Perak dari kalangan Melayu.

Cuma berbeza dengan negeri seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah yang tidak bersultan, mereka akan di perintah oleh Ketua Menteri. Ramai penyokong kerajaan bising bila DAP memerintah Pulau Pinang kerana Lim Guan Eng menjadi menteri besar sedangkan sebelum ini Tan Sri Koh Tsu Koon yang memerintah merupakan dati Parti Gerakan (parti cina).

Tahukah kamu bahawa tanah di Pulau Pinang sekarang cuma tinggal 17% sahaja milik orang melayu dan yang lain milik kaum cina? Kenapa perkara ini terjadi dan tidak di halang oleh BN sejak dari awal. Ini cerita lain dan malas aku mahu kupas kerana aku sendiri malas nak timbulkan sentimen perkauman yang agak kuat dalam entri ini. Itu kamu cari sendiri di internet, banyak bahan kamu boleh jumpa mengenainya.

(Bacaan lanjut untuk "Ketuanan Melayu", sila baca ini dan juga ini.)

Bagi pendapat aku, "Ketuanan Melayu" boleh hilang di Malaysia kerana perkara di bawah ini....

(b) Perpecahan kaum melayu dalam politik

Ramai orang melayu berpecah belah kerana menyokong parti politik yang berlainan. Sanggup bergaduh, berpecah saudara dan kawan hanya kerana fahaman politik yang berlainan. Sedangkan bangsa cina da india tidak pernah jadi seperti ini.

Adakah kamu lihat majlis sidang akhbar di mana Lim Guan Eng di lantik menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang dan menjemput Koh Tsu Koon di sidang akhbar tersebut. Mereka bersalam-salaman dan masih mesra bersama. Begitu juga dengan para pengundi mereka.

Adakah orang melayu begitu? Kita tidak payah tengok Menteri Besar sekarang. Semasa Khir Toyo di lantik menjadi Menteri Besar Selangor, adakah dia menjemput menteri besar lama? Bagaimana pula dengan Ghani Othman ketika menjadi MB Johor yang baru? Ya, tiada.

Pernahkah kita lihat dan dengar Lim Kit Siang kutuk Ong Ka Ting atau Koh Tsu Koon dalam ceramah atau kempen mereka? Pernahkah kita dengar Ong Ka Ting atau Koh Tsu Koon kutuk Lim Kit Siang dalam kempen mereka?

Yang kita selalu lihat dan dengar ialah Anwar Ibrahim kutuk Pak Lah dan Najib dan Pak Lah dan Najib kutuk Anwar Ibrahim balik.

Jadi jangan risau pasal kaum lain dari pembangkang, cuba risaukan sendiri kepincangan yang terjadi dalam barisan kerajaan dan baiki hubungan pergaulan dengan pembangkang juga menitik beratkan hal perpaduan melayu dalam politik dahulu sebelum menuding jari ke arah orang lain atas kekalahan pihak kerajaan.

2. AKU SOKONG TUN MAHATHIR

"Kenapa kau tak suka kerajaan?"

"Sebab Pak Lah dan Khairy."

"Tapi dia ketua kita."

"Memang betul. Tapi dia bukan ketua yang bagus. Aku takut, kalau kita terus sokong dia, jadi macam peribahasa melayu... Sokong membawa rebah."

"So, kau tak sokong kerajaan lagi?"

"Kalau Pak Lah letak jawatan, aku mungkin sokong BN balik."

Ya, ini perkara yang benar. Semasa Anwar Ibrahim di pecat dan berlaku pelbagai spekulasi terhadap kerajaan, aku masih sokong BN. Aku respect Mahathir, ketika itu gelaran yang paling popular bagi beliau ialah Dr M.

Beliau berkaliber, memerintah negara kita dan membawa pembangunan dan kemajuan pada negara. Beliau bijak mengatur strategi dan tahap ekonomi negara mencapai ke kemuncak ketika pemerintahan Tun Mahathir.

Tetapi, tidak Pak Lah. Tahap ekonomi negera tidak mendapat keuntungan seperti dahulu. Saham di Bursa Malaysia mula jatuh di bawah pemerintahan Pak Lah. Terlampau mengikut kata Khairy yang terlalu mentah tentang politik. Baru melibatkan diri sekejap dalam UMNO tapi sudah boleh bertanding dalam pilihanraya.

Pak Lah seorang yang ego dan tidak mahu mendengar kata orang lain. Penasihat ekonomi yang Mahathir tinggalkan tidak di gunakan, projek Mahathir yang di tinggalkan untuk Pak Lah untuk diteruskan di abaikan oleh beliau dengan alasan "Itu Mahathir punya, bukan aku punya."

Kegagalan beliau membuatkan kepincangan ekonomi negara, harga barangan harian semakin meningkat dan harga petrol terus naik dengan alasan "memang harga minyak kena naik dan harga minyak Malaysia masih murah dari negara lain" memang tak relevan.

Siapa kata akar umbi seluruh negara tidak mahu Pak Lah letak jawatan, buatlah bancian kalau tak percaya.. Mesti majoriti yang mahu beliau menyerahkan tampuk kepada Datuk Najib. Janganlah dipandang ringan diatas apa yang berlaku kerana jangan terperanjat jikalau pihak kerajaan akan kehilangan lagi banyak kerusi kepada pembangkang pada PRU13.

"Saya rasa, dia patut menimbangkan keputusan untuk meletak jawatan beliau. Seorang ketua harus di salahkan dalam kekalahan pasukannya."

Lebih kurang macam tu lah komen Mahathir kepada Pak Lah, sehari selepas keputusan pilihanraya di umumkan di Buletin Utama TV3. Mungkin boleh masuk dalam kategori quote of the year. Dan aku sokong. Sudah sampai masa untuk kerajaan sekarang di terajui oleh muka baru pula. Masa untuk berubah jika BN masih mahu memerintah di Malaysia.

3. KEADAAN NEGARA SEKARANG DARI PANDANGAN MATA AKU

a) Mungkin menjadi lebih positif dengan kehadiran ramai pembangkang. Jadi kerajaan tak boleh nak naikan harga barang sesuka hati dan lain-lain. Lagi pun, pernahkah kamu dengar ayat ini:

"Kerajaan yang baik memerlukan pembangkang yang kuat"

Jadi fikirkanlah...

b) Berasa sedikit risau kerana takut juga jika pembangkang kurang pengalaman dalam memerintah. Takut juga jadi rusuhan antara kaum atau rusushan antara penyokong fanatik kedua-dua penyokong kerajaan dan pembangkang.

4. APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKARANG?


a) Pak Lah - Letak jawatan

b) Datuk Najib - Tolong lakukan sesuatu selepas mengambil alih jawatan. Betulkan kesilapan Pak Lah dan jangan ulangi kesilapan Pak Lah. Lebihkan kepada kebajikan rakyat, bukan lagi pembangunan kerana bagi aku pembangunan di Malaysia sudah cukup sesuai dengan kedudukan ekonomi negara kita. Buat apa jika kita ada 3 KLCC tetapi hidup rakyat menderita dengan harga barang yang naik setiap bulan. Teruskan perjuangan arwah ayahanda anda, Tun Razak yang banyak membela rakyat.

c) Tun Mahathir - Teruskan kritikan. Tun masih relevan dan pandangan Tun masih boleh dipercayai dan diguna pakai.

d) Pembangakang - Jagalah negeri yang kamu menang dan sila jaga kepercayaan yang di berikan oleh rakyat kepada kamu dan tak mustahil bagi pihak kerajaan untuk merampas kembali negeri-negeri tersebut seperti apa yang di lakukan semasa merampas kembali terengganu pada tahun 2004.

7 comments:

wandai said...

apakah spekulasi kau selepas ini?
dan apakah tindakan paklah mengundur diri wajar?
dan siapakh penggantinya?

bulus-san said...

ermmm
kalo pak lah undur diri
aku tak tau la sape yg layak nak pimpin negara ni
[well Tun Dr M yg plg best]

dan.... Liverpool layak ke quarter final CL!!! Torres~~ aku admire beliau~~ [aku bukan gay ok]

sabtu kul 11 lwn Reading kat Anfield. so jgn lupe~~

luccadjiwa said...

hidup Dr M...

Puaka Petaka said...

memang tak dinafikan Tun memang the best.....

dalam masa 25 tahun saja Malaysia boleh membangun dengan pesat sekali....

Boleh jadi negara contoh....

tu pun orang dok complain..... bila dah jadi mcm ni, semua pakat sokong dia balik. pembangkang pun sama....

pi mai pi mai tang tu said...

najib pun korap gakkkk..

fairuzmokti said...

kau ni makin galak citer pasal politik ye...

aremierulez said...

wandai..
dlm situasi sekarang, pak lah memang wajar untuk berundur...
buat masa sekarang, pengganti beliau ialah najib. kita pun belum tahu lagi bagaimana kemampuan najib tapi baik kita beri peluang untuk muka baru untuk memerintah...

bulus...
kita bagi najib peluang..tengok macam mana dia buat pula. harap dia lebih baik dari pak lah..

ye.. aku juga admire torres...best striker for liverpool since fowler..

kena menang lawan reading.. hari tu kalah kat tempat reding..

luccadjiwa...
ya...hidup dr M..

puaka petaka...
apa maksud kau sokong dia balik? aku rasa orang yg menyokong Dr M tak pernah berhenti menyokong beliau... pak lah yang gagal meneruskan legasi dr m..

heartbeat..
tak pe..kita bagi peluang kat najib pulak...sebab pak lah tak boleh pakai..

fairuzmokti...
sekarang politik tengah hangat..tapi ni entri terakhir pasal politik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...